Akhlak dan pribadi Akar Pemikiran Abdullah Nashih Ulwan

Beliau berhijrah ke Jordan pada tahun 1400 H 1979 M, kemudian beliau ke Arab Saudi dan bertugas di Universitas Al-Malik Al-Abdul Aziz di Jeddah. Dan pada tahun 1404 H beliau menyelesaikan studinya dan mendapat gelar Ph.D didalam bidang Syari’ah Islamiyyah di Universitas Sind di Pakistan, dalam tesisnya yang berjudul “Fiqh Ad-Dakwah Ad-Da’iyyah” 6 .

B. Akhlak dan pribadi

Dr. Abdullah Nashih Ulwan disenangi oleh semua pihak kecuali mereka yang memusuhi Islam. Beliau menjalinkan hubungan yang baik dengan sesiapa sahaja. Beliau adalah seorang yang sangat berani menyatakan kebenaran, tidak takut atau gentar kepada sesiapa pun dalam menyatakan kebenaran sekalipun kepada pemerintah. Beliau telah meletakkan amanah dalam dakwah adalah amalan yang wajib kepada umat Islam. Semasa di Syria, beliau telah menegur beberapa sistem yang diamalkan oleh pemerintah di waktu itu dan senantiasa menyeru supaya kembali kepada sistem Islam, kerana Islam adalah penyelamat. Keadilan Islam adalah rahmat kepada ummah. Keluhuran pekerti kesan didikan Islam yang meresap dalam jiwa beliau telah meletakkan beliau sangat disanjungi oleh ulama dan masyarakat. Rumahnya sentiasa dikunjungi oleh orang ramai. Sahabat karib beliau, Dr. Muhammad Walid menyatakan, Dr Abdullah Nasih Ulwan adalah seorang yang sangat peramah, murah untuk memberi senyuman kepada sesiapa sahaja, pertuturannya sangat mudah difahami, percakannya sentiasa disulami nasihat dan peringatan, beliau juga seorang yang tegas dengan prinsip asas Islam. Dr Abdullah Nasih Ulwan juga seorang yang sangat benci kepada perpecahan dan munculnya berbilang-bilang jamaah dalam negara Islam. Menyeru kepada perpaduan dan kesatuan atas nama Islam untuk membina kekuatan umat Islam yang semakin pudar. Beliau berpendapat bahawa pepecahan umat Islam perlu dimuhasabah semula oleh setiap lapisan umat Islam. Apabila berbincang mengenai perpaduan dan kesatuan umat Islam, air 6 www.google.com\dr-abdullah-nasih-ulwan-selagi-nadi.html matanya pasti tumpah menandakan beliau adalah seorang yang sangat cintakan kesatuan umat Islam. Dalam persahabatan, beliau menjalinkan hubungan dengan sesiapa sahaja serta senantiasa menziarahi teman-teman. Bertanyakan kabar serta mementingkan ikatan ukhuwah Islamiah yang terjalin. Menghuluran bantuan dan pertolongan sekalipun bersusah payah untuknya. 7

C. Akar Pemikiran Abdullah Nashih Ulwan

Abdullah Nashih Ulwan merupakan salah satu tokoh pemikiran pendidikan di dunia Islam. Pemikirannya diwarnai oleh nilai-nilai dakwah yang sangat tinggi. Salah satu contohnya adalah setiap buku-buku atau karya- karyanya berisikan nilai-nilai dakwah, ajakan atau seruan kepada setiap kaum muslimin. Dalam hal ini penulis dalam memberi contoh yaitu karya beliau yang berjudul Ila Warasatil Anbiyai. Dalam buku ini beliau menjelaskan materi-materi tentang bagaimana para Ulama melaksanakan kewajiban menyampaikan Islam dengan hikmah dan ajaran yang baik. Sebagai seorang aktivis Ikhwanul Muslimin, Ulwan sangat terpana dengan kepribadian Hasan Al-Banna. Dengan semangat juang dan dakwah yang tinggi, sehingga yang melatarbelakangi pemikiran Ulwan adalah Hasan Al-Banna. Ikhwanul Muslimin merupakan jamaah yang murni religius dan filantropis, yang bertujuan menyebarkan moral Islam dan amal baik. Kemunculan Ikhwanul Muslimin merupakan respon terhadap berbagai perkembangan yang terjadi di dunia Islam khususnya Timur Tengah, berkaitan dengan makin luasnya dominasi imperialis Barat 8 . Sehingga organisasi ini berkembang dengan pesat ke seluruh wilayah Timur Tengah seperti Mesir, Suriah tempat kelahiran Abdullah Nashih Ulwan, Lebanon, Yordania, Kuwait, Arab Saudi, Bahrain, Qatar, Uni Emirat Arab, Palestina, sudan, Maroko, Aljazair, dan Tunisia. 7 www.google.com\dr-abdullah-nasih-ulwan-selagi-nadi.html 8 Endang Turmudi dan Riza Sihbudi eds, Islam dan Radikalisme di Indonesia, Jakarta: LIPPI Press, 2005. Cet. I. h. 56 Sebagai organisasi yang berkembang pada saat itu sehingga Abdullah Nashih Ulwan tergerak untuk bercimpung dalam gerakan tersebut. Apalagi Suriah dan Mesir merupakan tempat kelahiran dan tempat beliau menuntut llmu, maka secara langsung “ruh” ideologi yang ada dalam Ikhwanul Muslimin masuk kedalam pemikiran beliau. Oleh karena itu pantaslah pemikiran beliau sangat mencirikan nilai-nilai dakwah untuk merubah moral pada kaum muslimin.

D. Karya-karya Abdullah Nashih Ulwan