Prosedur Pendaftaran Wakaf Dan Perubahan Status Harta Wakaf.

BAB IV ANALISIS TERHADAP PERMASALAHAN WAKAF

DI NEGARA BAGIAN KEDAH

D. Prosedur Pendaftaran Wakaf Dan Perubahan Status Harta Wakaf.

Peraturan sudah ada, tetapi masyarakat tidak mengetahui bagaimana cara menggunakannya, seperti dijelaskan dalam prosedur ini, pendaftaran tanah yang diwakafkan oleh individu orang Perorangan, syarikat dan Pihak Berkuasa Negeri supaya menepati kaedah syarak dan sesuai dengan peruntukan Kanun Tanah Negara. Terdapat beberapa pendekatan yang dapat digunakan oleh Majlis Agama Islam Negeri MAIN sebagai panduan untuk Tabung Baitul Mal Kedah antaranya ialah: 1. Proses Permohonan Mendaftarkan tanah wakaf individu dan cara yang perlu diambil oleh Majlis Agama Islam Negeri KedahTabung Baitul Mal Kedah seperti berikut 63 : a. Permohonan mendaftarkan tanah wakaf boleh dilakukan oleh pewakaf dengan menggunakan “Borang Berwakaf” Tabung Baitul mal Kedah Majlis Agama Islam Kedah sebagaimana dilampirkan. Maklumat yang diperlukan adalah seperti berikut. 1 Surat Permohonan kebenaran daripada pewakaf dan mereka yang berkaitan dengan benda ain wakaf. 63 Jabatan Wakaf, Zakat Dan Haji Jabatan Perdana Menteri. “Manual Pengurusan Tanah Wakaf” Kuala Lumpur 2006 h. 15-21. 2 Salinan Kad Pengenalan Kartu Tanda Pengenalan pewakaf dan mereka yang berkaitan 3 Salinan Geran surat hak milik seterpikat tanah 4 Salinan cukai tanah terbaru Pajak tanah 5 Salinan pelan tanah yang menunjukkan luas kawasan dan lokasi tanah wakaf yang dicadangkan. 6 Lain-lain dokumen berkaitan jika ada Seperti mana yang terkandung dalam IV Seksyen 416C- Peruntukan- peruntukan mengenai hak-hak dalam keseluruhan atau sebahagian tanah berimilik yang terletak hak memberipewaqif pada penerima pindahan 64 . 1. Jika sekiranya keseluruhan atau sebahagian mana-mana tanah bermilik yang dipegang oleh pemindah diduduki, digunakan, dikawal atau diuruskan oleh penerima pindahan di bawah apa-apa hak atau kelayakan entitlement yang diperolehi dengan cara derma donation, hadiah gift, warisan bequest, kebenaran permission, persetujuan consent, atau apa-apa cara yang lain, dari pemindah atau mana-mana pendahulu dalam hak milik pemindah untuk apa-apa maksud statutori berkuatkuasa, hak penerima pindahan kepada pendudukan, pengunaan, kawalan atau pengurusan tersebut hendaklah, atas permohonan secara bertulis olehnya kepada pendaftar, diendorskan atas dokumen hakmilik daftaran kepada tanah, jika Pendaftar berpuas hati bahawa peletakkan statutori tentang hak atau kelayakan tersebut pada penerima pindahan telah dikuatkuasakan. 64 Dalam Kanun Tanah Negara Akta No. 56 Tahun 1965 Bab 81 Kedah 2. Hak yang diendroskan di atas dokumen hakmilik daftaran di bawah kanun 1 hendaklah berkuatkuasa dari tarikh bilamana peletakkan statutori itu berkuatkuasa dan akan kekal pada seluruh tempoh hakmilik itu dan hendaklah mengikat setiap tuan punya tanah yang kemudian. Pada seksyen 65 ini pihak Tabung Baitulmal Kedah TBK selaku pihak yang menguruskan segala tanah wakaf berdasarkan peruntukan Undang-undang Pentadbiran Agama Islam bisa memohon supaya posisi memberipewaqif yang berkanun di bawah seksyen 416 C Kanun Tanah Negara KTN digunakan bagi mendaftar semua tanah wakaf sebagaimana yang dinyatakan dalam Pekeliling Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Persekutuan Bil. 81999. 1. Pengelola harta wakaf yaitu pegawai Tabung Baitul Mal Kedah yang bertanggungjawab tentang wakaf menseleksi dan membuat siasatan ke atas kesahihan permohonan wakaf berdasarkan formulir yang terlampir 66 . 2. Pengurus wakaf menyerahkan surat tanda terima permohonan wakaf kepada pewakaf dan mengambil tindakan seperti berikut 67 : a. Membuat rencana menerusi pencarian di Kantor Tanah daerahKantor Pengarah Tanah dan Galian bagi mendapat kepastian maklumat tanah dan status hak pewakaf ke atas tanah yang hendak diwakafkan, serta membuat pemeriksaan kawasan yang hendak diwakafkan untuk memastikan kedudukan 65 Istilah Seksyen dimaksudkan dengan pasal, seperti yang ada pada Undang-undang di Indonesia atau dalam bahasa Indonesia “statuta”. 66 Ibid , Jabatan Wakaf, Zakat Dan Haji Jabatan Perdana Menteri. “Manual Pengurusan Tanah Wakaf”. h. 17 67 Ibid. h 19 tanah. Sekiranya terdapat halangan dalam dokumen hakmilik, baik karena ada batasan kepentingan ataupun halangan urusan berusaha seperti ada larangan dan atau perintah dari pengadilan atau digadaikan atau mempunyai tunggakan pajak tanah, maka kesemua ini perlu diselesaikan pewakaf terlebih dulu. b. Sekiranya permohonan wakaf mendapat kelulusan daripada Pihak Berwenang Tabung Baitulmal Kedah TBK, pengurus wakaf perlu mengambil langkah- langkah sebagai berikut: 1 Menetapkan surat cara dan menyempurnakannya serta Blanko Berwakaf seperti yang dilampirkan. 2 Urusan Pindah milik menerusi peletakhakan berkanun menggunakan Formulir G “Kanun Tanah Kedah” Bab 81 Kedah 68 . a Jika sekiranya keseluruhan atau sebahagian mana-mana tanah bermilik yang dipengang oleh pemindah diduduki, digunakan, dikawal atau diuruskan oleh penerima pindahan di bawah apa-apa hak atau kelayakan entitlement yang diperolehi dengan cara derma donation, hadiah gift, warisan bequest, kebenaran permission, persetujuan consent, atau apa-apa cara yang lain, dari pemindah atau mana-mana pendahulu dalam hak milik pemindah untuk apa-apa maksud statutori berkuatkuasa, hak penerima pindahan kepada pendudukan, pengunaan, kawalan atau pengurusan tersebut hendaklah, atas permohonan secara bertulis olehnya kepada pendaftar, diendorskan atas dokumen hakmilik daftaran 68 Kanun Tanah Negara. G. Kedah. h. 53. kepadda tanah, jika Pendaftar berpuas hati behawa peletakkan statutori tentang hak atau kelayakan tersebut pada penerima pindahan telah dikuatkuasakan. b Hak yang diendroskan di atas dokumen hakmilik daftaran di bawah kanun, hendaklah berkuatkuasa dari tarikh bilamana peletakhakan statutori itu berkuatkuasa dan akan kekal pada seluruh tempoh hakmilik itu dan hendaklah mengikat setiap tuan punya tanah yang kemudian. Tabung Baitulmal Kedah selaku pihak yang menguruskan segala tanah wakaf berdasarkan peruntukan Undang-undang Pentadbiran Agama Islam boleh memohon supaya peletakkan pengurusan berkanun di bawah seksyen 416C Kanun Tanah Negara KTN digunakan bagi mendaftar semua tanah wakaf sebagaimana yang dinyatakan dalam Pekeliling Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Persekutuan Bil.81999 seperti di lampiran 69 Prosedur Perubahan Status Harta Wakaf Jika melihat kepada maqsadtujuan disyariatkan, perubahan harta wakaf dengan cara menjual dalam bentuk badal ganti untuk membeli harta yang lebih ekonomis adalah satu yang sesuai dengan maqsadtujuan selama mana adanya maslahah atau kebaikan kepada semua pihak. Ada pelbagai panduan yang digariskan oleh para ulama tetapi menjurus kepada persoalan sejauh mana ia mencapai maslahah yang dikehendaki daripada pensyariatan wakaf 70 . Sebagai contoh untuk 69 Ibid. Kanun Tanah Negara. h. 60 70 “Prasarana Pelaksanaan Wakaf”. Utusan Kedah, 8 April 2008. membolehkan wakaf ditukar atau diganti, Mazhab Hanbali hanya mensyaratkan wujudnya hajat atau kebutuhan penukaran tersebut. Sedangkan Mazhab Hanafi mensyaratkan yaitu harta asal yang diwakafkan tidak dapat dimanfaatkan dan hendaklah diganti dengan harta bukan uang. Bagaimana pun hal itu adalah masalah ijtihad , setiap masalah perlu diteliti posisi hukum sesuatu maslahah, mungkin berbeda dengan maslahah yang lain 71 . Harta wakaf terbagi dalam dua bagian: Yang pertama adalah barang-barang atau tanah yang dijadikan wakaf oleh pengelola wakaf dari hasil wakaf itu sendiri 72 . Misalnya masjid yang diwakafkan itu mempunyai ladang kebun, lalu pengurus wakaf menyewakannya dan dari hasilnya dia membeli atau membangun toko yang manfaatnya digunakan untuk kepentingan wakaf tadi atau diperoleh toko sebagai sumbangan dari para dermawan. Jika barang-barang tersebut termasuk dalam kategori ini, maka barang-barang tersebut boleh dijual atau ditukar, sepanjang dalam hal tersebut terdapat kemaslahatan. Barang-barang tersebut pada hakikatnya bukan wakaf, melainkan hasil atau kekayaan barang wakaf, maka pengelola wakaf berhak menggunakannya demi kemaslahatan, sama seperti haknya menggunakannya hasil kebun masjid demi kemaslahatan masjid, kecuali bila hakim syar’i yang langsung menangani pewakafan 71 Muhammad Abid Abdullah Al-Kabisi, “Hukum Wakaf”. Penterjemah Ahrul Sani Faturrahman, Dompet Dhuafa Republika Dan IIMaN, cet.1, 2004. h.479. 72 Muhammad Akram Laldin, “Maqasid Syariah Dalam PelaksanaanWaqaf” Konvensyen Wakaf Kebangsaan 2006 h. 12. barang yang dibeli oleh pengelola. Dalam kasus seperti itu, barang tersebut tidak boleh dijual kecuali karena adanya alasan-alasan yang membolehkannya 73 . Jenis yang kedua adalah barang-barang yang diwakafkan oleh kaum dermawan demi kemaslahatan masjid atau madrasah. Misalnya ada seorang yang mewasiatkan rumah, toko atau tanahnya agar dijadikan wakaf bagi masjid atau madrasah, atau ia sendiri yang langsung mewakafkan barang-barang tersebut. Barang-barang seperti ini diberi hukum sebagai barang-barang wakaf khusus, yang boleh dijual karena adanya alasan-alasan yang membolehkannya, misalnya rusak atau hasil sangat kecil dan nyaris tidak ada sama sekali. Tanpa alasan-alasan tersebut, barang-barang itu tidak boleh dijual. Misalnya kalau masjid tersebut runtuh atau ditinggalkan dan harta wakaf masjid itu tidak manfaat lagi, maka barang-barang wakaf yang dikhususkan untuk masjid itu dapat digunakan untuk kebajikan- kebajikan, tetapi lebih utama bila ia dimanfaatkan untuk masjid lain 74 . Tanah wakaf yang ditukar status wakafnya bagi kegunaan yang lain oleh Tabung Baitul Mal Kedah harus mendapatkan ada keperluan untuk menukar status wakaf ke atas salah satu tanah wakaf atas sebab berikut 75 : a. Niat waqif tidak boleh dilaksanakan karena keadaan permukaan tanah yang tidak baik untuk diusahakan. 73 Ibid, h. 14. 74 Ziswaf, Goh Chok Tong Kepicut Wakaf, Republika. 20 april 2008. 75 Mahmood Zuhdi Abd Majid, Konsep, Objektif Dan Amalan Wakaf Dalam Islam Seminar Wakaf Negeri Kedah, Alor Setar Kedah, 2006 h. 30. b. Maslahat umum umat Islam seperti pembinaan rumah untuk korban bencana dan pembinaan sekolah atau masjid. c. Perlu diambil Pemerintah bagi maksud manfaat khusus. Perkara yang harus dilakukan oleh Tabung Baitul Mal Kedah untuk proses penukaran atau perubahan tanah wakaf adalah seperti berikut 76 : a. Pengurus wakaf perlu membuat rencana ke atas tanah yang hendak ditukar. b. Pengurus wakaf harus mendapatkan penilaian daripada Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta JPPH. c. Pengurus wakaf menyediakan laporan atas maksud menukar status wakaf berdasarkan kriteria berikut: 1 Nilai tanah baru yang sama atau lebih baik. 2 Luas tanah baru yang sama atau lebih luas. 3 Tanah yang digantikan hendaklah memenuhi syarat asal tanah yang diwakafkan 4 Penggunaan tanah yang sama mengikut wakaf asal. walau bagaimanapun pertimbangan sesuatu pertimbangan sesuatu kriteria tunduk kepada keputusan Jawatankuasa Fatwa d. Pengurus wakaf menyediakan kertas kerja mengandung urusan di atas dan dibawa ke Jawatankuasa Fatwa. e. Pengurus wakaf mengangkat hasil musyawarah bagi mendapat Perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan DYMMSeri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong 76 Ibid h.34. Tuan Yang Terutama Negeri yang tidak mempunyai sultan yaitu Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Melaka. f. Pengurus wakaf melaksanakan aktivitas seperti yang berikut: 1 Menjual tanah wakaf asal yang telah diputuskan untuk digantikan 77 . a Pengurus wakaf mengenal pasti agensiindividu dan membuat tawaran kepada yang berminat. b Menguruskan proses pindah milik tanah wakaf asal setelah dikenal pasti pembelinya. c Menerima bayaran hasil jualan dan memasukkan ke dalam akaun istibdal untuk membeli tanah baru yang lebih baik atau harta wakaf yang lebih manfaat kepada masyarakat. 2 Membeli tanah baru dari uang pampasan bagi mengantikan tanah wakaf asal 78 . a Pengurus wakaf mengenal pasti tanah wakaf baru yang sesuai bertepatan dengan kaedah syara’. b Mendaftarkan pindahmilik tanah wakaf atas nama Tabung Baitul Mal Kedah dan merekodkan harta wakaf baru dalam buku Daftar Tanah Wakaf. Walaupun bertentangan dengan Seksyen IV Bab 81 Kedah yaitu “….dengan syarat harta berkenaan tidak boleh dijual, diberikan kepada orang lain dan diwarisi” tetapi karena maslahah khusus dari Pemerintah untuk kegunaan rakyat umum dan 77 Ibid, , Mhammad Akram Laldin, “Maqasid Syariah Dalam PelaksanaanWaqaf”. h. 13. 78 Ibid. h, 14 telah mendapat keputusan dari Jawatankuasa Fatwa setelah meneliti maslahah tersebut 79 . 1. Walaupun sudah ada peraturan berwakaf tetapi masyarakat tetap tidak mengetahui cara dan bagaimana harus berwakaf, karena mereka lebih suka berwakaf mengikut cara tersendiri atau sebelumnya dengan kehadiran kepala desa atau saksi-saksi yang bertempat tinggal dikawasan itu. Dengan ini sekiranya terjadi sesuatu perkara yang tidak diingini seperti perebutan tanah sebagai contoh, kemudian melibatkan yang berwenang, maka akan membebankan pihak yang berwenang karena peraturan sudah disediakan tetapi masyarakat tidak tahu bagaimana prosedur berwakaf. 2. Dengan banyaknya peraturan yang disediakan, masih lagi terdapat masyarakat yang mengalami kesulitan bila hendak berwakaf karena bagi masyarakat yang tinggal dikawasan pendalaman amat sukar untuk mengetahui lebih banyak prosedur berwakaf disebabkan tidak terdapat kemudahan-kemudahan seperti internet, sosialisasi antara orang luar dan sebagainya. 3. Kerajaan sudah menyediakan berbagai cara seperti mengadakan sosialisasi bagi menggalakkan orang ramai melakukan ibadah wakaf selaras dengan kehendak semasa, menyelaras rekod tanah Wakaf, mengurus sewaan tanah Wakaf, menerima dan menyelaras hasil-hasil Wakaf, mengurus permohonan penggunaan hasil Wakaf, menjalankan rencana terhadap maukuf yang hendak mewakafkan 79 Noor Naemah Abd. Rahman, “Fatwa-fatwa Wakaf Di Malaysia : Analisa Khusus Di Negeri Kelantan . Konvensyen Wakaf Kebangsaan, Kuala Lumpur, 2006 h. 6. tanah, menyusun perancangan pembangunan tanah Wakaf, mengurus proses pengambilan pada peringkat Majlis, mengawal aktiviti pencerobohan ke atas tanah Wakaf dan menyediakan laporan tahunan dan kemajuan Wakaf. Akan tetapi masyarakat lebih suka menggunakan cara tersendiri karena menurut mereka mengikut prosedur hanya akan melambatkan proses.

E. Hambatan Dalam Membangun Harta Wakaf