Hambatan Dalam Membangun Harta Wakaf

tanah, menyusun perancangan pembangunan tanah Wakaf, mengurus proses pengambilan pada peringkat Majlis, mengawal aktiviti pencerobohan ke atas tanah Wakaf dan menyediakan laporan tahunan dan kemajuan Wakaf. Akan tetapi masyarakat lebih suka menggunakan cara tersendiri karena menurut mereka mengikut prosedur hanya akan melambatkan proses.

E. Hambatan Dalam Membangun Harta Wakaf

Pelaksanaan wakaf untuk Negara Bagian Kedah tidaklah semudah yang dicadangkan. Ini karena umat Islam di Kedah kurang mewarisi tanah atau harta pemilikan seperti yang ada pada negara Islam yang lain. Oleh itu cabaran yang terbesar adalah untuk meujudkan wakaf tersebut. Mewujudkan wakaf adalah dengan berusaha untuk memiliki sesuatu harta yang mana ia dapat menjadi sesuatu yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat secara berkekalan. Dalam merancang dan menguruskan pembangunan wakaf, pelbagai pengalaman dalam pengelolaan dan pengurusan harta wakaf. Seperti sumber manusia, struktur organisasi, sistem dan prosedur, kepimpinan, kemahiran dan sumber keuangan. Antara hambatan-hambatan yang dihadapi dalam membangunkan harta wakaf ialah 80 : 1. Kurang karyawan professional yang kompeten untuk mengurus, membangun dan memajukan harta-harta wakaf. 80 Wawancara Pribadi Dengan Nurul Hidayah Hj. Salleh, Alor Setar, Kedah, 10 April 2008. 2. Prosedur pengurusan dan pengelolaan harta wakaf yang kurang jelas peraturan dan proses-proses dalam pewakafan menyulitkan orang ramai yang hendak berwakaf. 3. Undang-undang wakaf antar propinsi-propinsi di Malaysia tidak selaras dan mengwujudkan perbedaan dalam pengertian, tafsiran, tatacara mengeluar fatwa dan hukum. Tidak ada peraturan khusus berkaitan pengurusan dan pentadbiran wakaf, menyebabkan pencerobohan tanah wakaf dan kegagalan tanah wakaf ini dibangunkan karena tidak jelas kedudukannya. 4. Keadaan tanah wakaf yang berantakan dan saiznya yang kecil serta tidak sesuaiekonomis untuk dibangunkan termasuk tanah-tanah yang perkongsian bersama ahli keluarga 5. Kurang sumber keuangan untuk membangun proyek-proyek yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat seperti proyek perumahan, tempat perniagaan dan sekolah karena peruntukan perbelanjaan Majlis yang terhad. 6. Kurang kefahaman dari masyarakat tentang pembangunan umat melalui Institusi Wakaf. Table 4.1 Persentase Pengetahuan Masyarakat Kedah Terhadap Pelaksanaan Wakaf yang dilaksanakan oleh Kerajaan Kedah. TAHUN PERSENTASE 2003 10 2004 15 2005 30 2006 30.7 2007 35 2008 40 Sumber data: dari Tabung Baitul Mal Majlis Agama Islam Kedah.

C. Analisa Penulis