Pengertian dari segi terminologi
menganut agama tersebut. Menganut meliputi aspek kerelaan dan keyakinan terhadap agama yang dipilih. Hak menganut agama sebagai satu hak yang tiada batasan karena ia seiring dengan hak
menukar agama bahkan, tidak satu pun yang boleh terikat dengan satu agama yang tidak memberi ruang untuk menukar kepada agama lain.
Perubahan dalam diri seseorang adalah satu perkara yang tidak dapat dielakkan termasuklah menukar agama tambahan pula, di Malaysia rakyatnya bersuku-suku, budaya dan agama. Justru,
percampuran lebih mudah berlaku dan ia mungkin membawa kepada proses pertukaran agama.
18
Orang Islam di Malaysia tidak dibenarkan memilih agama lain sesuka hati tanpa melalui proses-proses tertentu. Perbuatan keluar daripada agama Islam merupakan satu jinayah hudud yang
boleh dikenakan hukuman bunuh. Undang-undang hudud termasuk hukuman ke atas orang yang keluar agama Islam atau murtad tidak dapat dilaksanakan di Malaysia.
Undang-undang murtad di Malaysia menafsirkan pertukaran agama dengan berbagai penafsiran dan menetapkan hukuman sama ada dalam bentuk sanksi atau penjara atau kedua-
duanya. Ini dapat dilihat antara lain di dalam Enakmen Undang-undang di beberapa negeri yang akan dijelaskan oleh penulis nanti.
Dengan berdasarkan undang-undang pertukaran agama beberapa negeri dapat difahami bahwa pertukaran agama merujuk kepada tindakan seseorang terhadap dirinya untuk menunjukkan telah
keluar dari agama Islam dan menyatakan dirinya tidak lagi mengamalkan ajaran agama Islam.
19
18
Lee Min Choon, Freedom of Religion in Malaysia, Kuala Lumpur, Kairos Research Center, 1999, h. 35
19
Ahmad Hidayat Buang, Undang-Undang Islam di Mahkamah-Mahkamah Syariah di Malaysia, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1998, h. 187