Peraturan yang menyatakan “Murtad adalah kesalahan yang memiliki

Undang-undang Pentadbiran Agama Islam dan Adat Melayu Pahang 1982 Pindaan 1989 menyatakan bahwa: “Seseorang yang mengaku bahawa dia bukan lagi beragama Islam, sama ada melalui percakapan, penulisan atau apa-apa cara dengan apa-apa niat, adalah melakukan kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak lebih RM 5,000.00 atau penjara tidak kurang dari 3 tahun atau kedua-dua sekali, dan sebat tidak lebih dari 6 sebatan”. ii. Tidak mengkategorikan ia sebagai kesalahan murtad tetapi sebagai sebagian dari perbuatan menghina agama dan akan dikenakan tindakan undang-undang Selain itu, ada sebagian negeri yang tidak menyatakan secara langsung mengenai murtad ini, tetapi meletakkannya dibawah kategori menghina agama Islam. Ini dapat dilihat dibeberapa negeri diantaranya: 1. Melaka 57 Di negeri Melaka, orang yang murtad dianggap orang yang menghina agama Islam. Orang yang menghina agama Islam dikenakan tindakan undang-undang. Sebagai contoh apa yang telah diperuntukkan di dalam seksyen 209 1 Enakmen Undang-undang Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Melaka 1986 yang menyatakan bahwa orang yang menghina agama Islam akan disanksi tidak melebihi RM 3,000.00 atau satu tahun penjara atau kedua-duanya sekali. Selain itu di dalam menperjelas tindakan menghina agama Islam ini, seksyen 209 2 menambah yaitu: 57 Enakmen Undang-undang Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Melaka 1986 “Bagi maksud subseksyen ini, seseorang yang mengakui dirinya sebagai seorang yang bukan Islam adalah membuat hina terhadap agama Islam”. 2. Sabah Di Sabah, peruntukan yang dibuat adalah dibawah menghina agama Islam. Sebagai contoh di dalam seksyen 55 1 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Sabah 1995 ada memperuntukkan bahwa: “Barang siapa secara lisan atau penulisan atau apa cara jua yang dianggap membawa maksud mempersendakan atau menghina agama Islam atau apa-apa perjalanan Mazhab atau pegawai agama yang dilantik, guru agama, Imam, fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis atau Mufti mengikut mana-mana peruntukkan atau Enakmen ini adalah melakukan kesalahan dan sekiranya disabitkan boleh didenda tidak lebih RM 2,000.00 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua- duanya”. Pasal lainnya menyebutkan murtad sama dengan menghina agama adalah seksyen 55 2 yang berbunyi: “Seseorang yang beragama Islam yang mengaku bahawa dia bukan lagi beragama Islam adalah melakukan kesalahan mengikut subseksyen 1, dan sekiranya disabitkan boleh dihukum mengikut hukuman tersebut”. iii. Peraturan yang mengatur tentang pemohon murtad akan dikenakan tahanan di Pusat Pemulihan Aqidah Ada sebagian negeri yang mengatur bahwa pemohon yang memohon untuk menjadi murtad akan dikenakan tahanan di Pusat Pemulihan Aqidah sebagai satu usaha untuk menghalangi terjadinya murtad ini. Negeri yang memperlakukan aturan tersebut, diantaranya: 1. Sabah 58 Di negeri Sabah, seorang muslim yang ingin keluar dari agama Islam atau ingin dianggap sebuah kesalahan menghina agama dan akan dikenakan tindakan undang-undang. Disamping itu, Sabah juga mengatur agar dipulihkan akidahnya. Sebagai contoh di dalam Seksyen 63 1 Enakmen Undang-undang Jenayah Islam Sabah, 1995 dinyatakan bahwa mereka yang ingin keluar dari Islam boleh ditahan di Pusat Pemulihan Aqidah tidak lebih dari 3 bulan. 2. Kelantan 59 Bagi negeri Kelantan juga menyatakan perkara yang sama. Ini dapat dilihat kepada seksyen 102 Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Kelantan, 1994 dinyatakan bahwa jika seorang muslim ingin keluar dari Islam boleh ditahan di Pusat Pemulihan Aqidah tidak lebih dari 36 bulan bagi tujuan pendidikan dan orang itu diminta bertaubat mengikut hukum syarak. iv. Memberikan Bimbingan Rohani dan Spritual 1. Negeri Sembilan 58 Enakmen Undang-undang Jenayah Islam Sabah, 1995 59 Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Kelantan, 1994 Di negeri Sembilan, orang yang hendak keluar dari Islam diberi jalan dengan syarat. Negeri Sembilanlah satu-satunya negeri di Malaysia yang mengatur syarat-syarat tertentu bagi orang yang ingin keluar dari Islam. Di dalam Seksyen 119.Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Sembilan 2003 ada dinyatakan bahwa apabila seorang Hakim di Mahkamah Tinggi Syariah telah mendengar permohonan tersebut, pihak hakim hendaklah menangguhkan pendengaran kasus berkenaan untuk satu tempoh selama 90 hari dan pihak pemohon akan diserahkan kepada pihak Mufti untuk tujuan kaunseling. Jika setelah habis tempoh 90 hari itu hakim berkenaan boleh mengisytiharkan bahwa pemohon berkenaan bukan lagi beragama Islam atau sebaliknya. 60 Di dalam undang-undang di Negeri Sembilan ini, tidak ada hukuman atau penahanan yang diatur dalam enakmen tersebut.

v. Tidak diatur dalam Undang-undang

Di beberapa negeri di Malaysia tidak memiliki undang-undang yang mengatur tentang orang yang ingin murtad. Negeri-negeri tersebut adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan dan Sarawak. Dari paparan di atas telah dilihat beberapa aturan yang mengatur tentang masalah murtad ini di dalam beberapa buah negeri, ada yang dikenakan hukuman, ditahan di Pusat Pemulihan Aqidah, ada juga diberi kaunseling dan ada juga negeri yang tidak mengatur masalah ini sama sekali. 60 Artikel diakses pada 12 Desember 2008 dari http:www.jksm.gov.mydisplyakta.asp?page03 Berdasarkan keadaan yang ada di Malaysia, tidak ada satu kes pun yang dibawa ke Mahkamah Syariah atas kesalahan murtad yang mana orang murtad itu dibicarakan dan dijatuhi hukuman di atas kesalahan itu. Undang-undang yang telah diatur untuk kesalahan murtad masih lagi kabur dan longgar terutamanya di dalam prosedurnya.

L. Prosedur Pertukaran Agama di Mahkamah Tinggi Syariah

Permohonan pertukaran agama bagi Negeri Sembilan merupakan mal dan bukan kesalahan jinayah dibandingkan dengan negeri-negeri lain yang meletakkan pertukaran agama sebagai satu kesalahan jinayah. Peraturan mengenai pertukaran agama telah dimasukkan ke dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Sembilan 2003 menyatakan bahwa seorang muslim tidak boleh keluar dari agama Islam atau tidak dianggap keluar dari agama Islam sehingga dia mendapatkan satu deklarasi daripada Mahkamah Tinggi. Perkara ini diperuntukkan dibawah Seksyen 119 1 yaitu: “Seseorang Islam tidak boleh keluar daripada agama Islam atau disifatkan telah meninggalkan Agama Islam sebagai agamanya melainkan jika dan sehingga dia telah memperoleh suatu perisytiharan bagi maksud itu daripada Mahkamah Tinggi Syariah” Deklarasi itu diperoleh dengan membuat permohonan secara ex-parte yang disertai dengan alasan-alasan permohonan kepada Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dalam perbicaraan yang terbuka. Pengamalan permohonan ex-parte hanya dibenarkan untuk kasus-kasus yang dianggap benar-benar terdesak Real urgency . Begitu juga dengan bentuk permohonan bagi pertukaran agama yang dianggap sebagai kasus yang perlu diselesaikan segera. 61 Keinginan untuk keluar dari Agama Islam dan menganut agama selainnya merupakan satu perbuatan yang ditegah oleh agama Islam. Walaupun tegahan tersebut tidak dapat menghalang seseorang itu untuk membatalkan niatnya. Setiap permohonan untuk pertukaran agama yang didaftarkan di Mahkamah Tinggi Syariah di Negeri Sembilan adalah bertujuan untuk memastikan apakah permohonan mereka itu diterima atau ditolak dan dibuang dengan perintah Mahkamah Tinggi Syariah. Tetapi terdapat juga pemohon yang membatalkan pemohonannya dan menarik semula kasus yang telah diajukan. Kasus yang diterima oleh Mahkamah Tinggi Syariah apabila pemohon dapat membuktikan alasan-alasan yang kuat sebagai contoh, jika pemohon memberi alasan untuk berpindah agama karena sering melakukan upacara keagamaan di kuil, makan makanan yang haram, maka Mahkamah Tinggi Syariah akan meneliti dan memeriksa bukti-bukti yang diajukan untuk melihat kebenarannya. Permohonan akan diterima apabila hakim berpendapat bahwa pemohon dari kecil telah hidup dengan cara agama yang dianutnya. Mahkamah Tinggi Syariah juga akan menerima permohonan tersebut apabila meneliti laporan yang diberikan oleh Jabatan Mufti semasa proses persidangan yang menunjukkan bahwa sebagian hidup pemohon tidak lagi mengamalkan ajaran Islam. 61 Wawancara Pribadi dengan Ustaz Abdul Halim bin Shariff, Negeri Sembilan, 07 Agustus 2008.