Pertukaran agama menurut enakmen Pentadbiran Agama Islam In Mahkamah Tinggi Syariah Seremban Negeri Sembilan,Malaysia

(1)

Skripsi

Diajukan kepada Fakultas Syariah dan Hukum Untuk Memenuhi Pensyaratan Memperoleh Gelar Sarjana Hukum Islam (SHI)

KHAIRULNEZA BINTI JUAHER 107044103848

K O N S E N T R A S I P E R A D I L A N A G A M A PROGRAM STUDI AHWAL AL-SYAKHSHIYAH

FAKULTAS SYARIAH D AN HUKUM UIN SYARIF HIDAYATULLAH

J A K A R T A 1430 H / 2009 M


(2)

(3)

(4)

KATA PENGANTAR

Segala Puji bagi Allah s.w.t Tuhan yang telah menciptakan alam ini. Solawat dan salam kepada Nabi Muhammad s.a.w sebagai penghulu bagi sekalian Nabi, Para Sahabat, Para Istri, ahli keluarga serta seluruh umat Islam yang tidak jemu memperjuangkan Islam di masa kini.

Skripsi berjudul: PERTUKARAN AGAMA MENURUT ENAKMEN PENTADBIRAN

AGAMA ISLAM DI MAHKAMAH TINGGI SYARIAH SEREMBAN NEGERI SEMBILAN, MALAYSIA, ditulis untuk memenuhi dan melengkapi syarat-syarat dalam mencapai gelar Sarjana Hukum Islam (SHI) pada Fakultas Syariah dan Hukum Universitas Islam Negeri (UIN) Syarif Hidayatullah, Jakarta.

Skripsi ini dapat diselesaikan karena mendapat dukungan dan bantuan dari berbagai pihak. Untuk itu sebagai ungkapan rasa hormat penulis menyampaikan terima kasih yang tidak terhingga kepada yang terhormat:

1. Bapak Prof. Dr. H. Muhammad Amin Suma, SH, MA, MM, sebagai Dekan Fakultas Syariah & Hukum, UIN Syarif Hidayatullah, Jakarta, yang telah memberikan kepercayaan kepada penulis dalam menyusun skripsi ini.

2. Ketua Program Studi Ahwal al-Syakhshiyah, Drs. H. A. Basiq Djalil, SH., MA., dan Sekretaris Program Studi Ahwal al-Syakhshiyah, Kamarusdiana S.Ag., MH yang telah membantu penulis sejak masa perkuliahan hingga berakhirnya skripsi ini.

3. Ibu Hotnida Nasution, S.Ag., M.A selaku pembimbing yang sabar memberikan petunjuk, waktu dan masukan kepada penulis hingga selesai skripsi ini.


(5)

4. Seluruh dosen Fakultas Syariah dan Hukum UIN Jakarta dan di Akademi Pengajian Islam dan Dakwah, Manjung Perak, juga terima kasih yang sebesar-besarnya kepada staf perpustakaan, karyawan-karyawati yang banyak membantu memfasilitasi penyelesaian penulisan skripsi ini.

5. Pegawai yang terlibat secara langsung dan tidak langsung di Mahkamah Tinggi Syariah Seremban Negeri Sembilan, di Perpustakaan Utama UM, UIA, UKM, di Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Melaka, di Jabatan Mufti, di JPN dan di JAINS.

6. TYT. Dato’ Duta Malaysia di Indonesia, Tuan Pengarah JPMI, Atase Agama serta seluruh staf Kedutaan Besar Malaysia atas pengawasan dan kebajikan yang diberikan

7. Teristimewa Abah dan Emak tercinta, En. Juaher bin Abas dan Pn. Nor Zaiyah bte Johan, serta adik beradik yang kusayangi, Abdul Khirman, Azizul Khaidir, Aznan Khairan, Azizan Khaotamin, Azlan Khusoiry, Azri Khairi, kakak Ipar yang paling cantik, Norli Hayati dan tidak lupa juga baby comel Nawal Aneesa dan seluruh ahli keluarga yang dikasihi.Tidak dilupakan yang dicintai, Mohamad Amir. Terima kasih di atas segala bantuan dan doa terutama dari segi moral, material, dan doa hingga dapat menyelesaikan pengajian di sini dengan selamat, dan sempurna. Segala jasa dan pengorbanan kalian akan sentiasa terpahat di ingatan.

8. Teman-teman di Indonesia maupun di Malaysia, kepada kak Ros, Ruzuliah, teman-teman Program Studi Ahwal Syakhshiyah, antaranya Ina, Nor, Syud, Huda, Mama Holland(Bai), Ernie, Bib, Baayah, Yati, dan yang lain serta teman-teman di PKPMI’CJ dan Kelab UMNO JAKARTA yang turut memberi motivasi demi keberhasilan penulisan karya ilmiah ini.


(6)

Terima kasih atas kebersamaan kalian dalam menemani penulis selama kuliah di UIN Syarif Hidayatullah Jakarta.

9. Kerajaan Malaysia dan Pemerintah Indonesia

Akhirnya semoga penulisan skripsi ini dapat memberikan kontribusi yang positif kepada para pembaca. Kepada Allah SWT jualah penulis memohon, semoga jasa baik yang telah mereka sumbangkan menjadi amal shaleh dan mendapat balasan yang lebih baik dari Allah SWT. Amin

Jakarta: _29 December 2008_

01 Muharam 1430H

Penulis

DAFTAR ISI

KATA PENGANTAR………i

DAFTAR ISI………...iv

DAFTAR LAMPIRAN...vi

BAB I PENDAHULUAN A. Latar Belakang Masalah………1

B. Pembatasan dan Perumusan Masalah………5

C. Tujuan dan Manfaat Penelitian...……….. 6

D. Metodologi Penelitian...…...……..6


(7)

BAB II PERTUKARAN AGAMA

A. Pengertian Pertukaran Agama………11

1. Pengertian dari segi etimologi………...12 2. Pengertian dari segi terminologi………...…13 3. Pengertian dari segi perundang-undangan…………....15

B. Faktor Penyebab Pertukaran Agama………...16

C. Dasar Hukum dan Sanksi ………...19

D. Dampak Pertukaran Agama di dalam Undang-Undang

di Malaysia……….…….…25 E. Implikasi Hukum terhadap orang yang bertukar Agama...36

BAB III GAMBARAN UMUM MENGENAI MAHKAMAH TINGGI SYARIAH

SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

A. Diskripsi Negeri Sembilan………...…....39

B. Sejarah Singkat Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sembilan…41

C. Landasan Hukum Mahkamah Tinggi Syariah……….…42

D. Struktur dan Organisasi Mahkamah Tinggi Syariah…..…….…45

BAB IV PERTUKARAN AGAMA MENURUT ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA

ISLAM NEGERI SEMBILAN


(8)

Negeri Sembilan...46

B. Pertukaran Agama dan Peruntukan Undang-Undang mengenainya…...48

C. Prosedur Pertukaran Agama di Mahkamah Tinggi Syariah…...54

D. Analisis Penulis………..57

BAB V PENUTUP A. Kesimpulan ……….…63

B. Saran-saran………...…64

DAFTAR PUSTAKA...65

LAMPIRAN-LAMPIRAN...69

DAFTAR LAMPIRAN A. Borang MS 3 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah Negeri Sembilan 2003 [Subseksyen 13 (1)]...72

B. Borang MS 26 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah Negeri Sembilan 2003 [Subseksyen 113 (1)] ...73

C. Borang Maklumat Peribadi...75


(9)

BAB I PENDAHULUAN

A. Latar Belakang Masalah

Malaysia merupakan sebuah negara Islam yang sedang membangun dan sering mendapat perhatian dunia. Ini tidak lain karena pembangunan ekonomi dan kestabilan politiknya sekalipun penduduknya terdiri dari berbagai macam suku, bangsa dan agama. Keharuman negara ini terlihat apabila ia berjaya menjadi contoh dalam memajukan Islam dan memperbaiki taraf hidup rakyatnya yang beragama Islam tanpa menghalangi kebebasan beragama bagi penganut-penganut agama lain dan tanpa menindas suku tertentu di negara ini.


(10)

Negara ini sedang berusaha gigih ke arah mewujudkan sebuah masyarakat maju yang beridentitas nilai-nilai Islam. Ini berasaskan kepada kesedaran betapa pembangunan fisik atau material tanpa disertai dengan pembangunan rohani lambat laun akan menjerumuskan negara ke jurang kehancuran karena sikap negatif dan prilaku yang salah dari masyarakatnya. Dengan kata lain, rakyat di negara ini akan dibentuk mengikut ajaran Islam, serta pembangunan akan dilaksanakan tanpa keluar dari dasar-dasar yang digariskan oleh al-Quran dan Sunnah. Singkatnya, pembangunan phisik dan ekonomi akan dibangun seiringan dengan pembangunan rohani dan spiritual rakyat dan pemimpinnya.

Bangsa Melayu khususnya di Malaysia, adalah satu-satunya bangsa di dunia yang menggunakan istilah yang jelas di dalam perlembagaan1 untuk mendefinisikan perkataan Melayu serta bagian-bagiannya. Istilah Melayu di Malaysia dijelaskan sebagai seorang yang memeluk agama Islam, serta Islam dan Melayu pada dasarnya mengikut definisi Perlembagaan sama sekali tidak boleh dipisahkan. Perkara ini diletakkan dengan jelas di dalam Perlembagaan dan menjadi suatu Undang-Undang di Malaysia untuk Orang Melayu tidak dibenarkan meninggalkan Islam.2 Perlembagaan Negara Malaysia telah menerima Islam sebagai agama resmi negara sementara itu penganut agama lain bebas mengamalkan agama mereka selama mana mereka tidak menggangu dan meracuni akidah umat Islam di negara ini. Perkara 3 ayat 1 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahwa Islam ialah agama bagi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan secara aman dan damai di mana-mana bagian Persekutuan. Oleh karena itu, perkataan ‘Islam’ dan ‘bukan agama Islam’ yang digunakan di Perkara 3 dapat dipahami bahwa

1 Perlembagaan artinya adalah undang-undang atau peraturan negeri.

2 Perlembagaan Persekutuan Negara, Rujuk Artikel 160 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, artikel diakases pada 01 Maret 2008 dari http://www.utusan Malaysia.com.my


(11)

apa yang dimaksudkannya ialah Islam sebagai satu cara hidup mengikut Islam yaitu Islam sebagai ad-din.

Di dalam perkara 11 ayat 1 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan ketentuan yang mengatur tentang mengamalkan agama yang berbunyi:

.... setiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan tertakluk kepada Pasal 4 mengembangkan agamanya ....

Pasal 4 memperuntukkan bahwa:

(a) Undang-Undang Negeri dan Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, Undang-Undang Persekutuan boleh mengawal dan menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama antara orang yang menganuti agama Islam.3

Bidang hukum Islam yang sangat dekat dan erat dengan prilaku masyarakat Islam Malaysia adalah bidang hukum sosial keluarga yang di dalamnya meliputi perkawinan, warisan dan wakaf. Sebab peristiwa yang berkenaan dengan aturan tata nilai sosial tersebut pasti akan dialami dan dijalani oleh setiap muslim dalam perjalanan hidupnya.4

Di Malaysia, Undang-Undang Keluarga yang berlaku berbeda dengan undang-undang di negara lain karena masyarakatnya terdiri atas berbagai bangsa dan suku.5 Bagi masyarakat yang menganut agama Islam, mereka tunduk kepada Undang-undang Islam dibawah pengurusan berbagai enakmen yang ada di setiap negeri-negeri bagian.6 Bagi yang beragama Kristen atau selain

3 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, rujuk Perkara 11 ayat 1, Artikel diakses pada 25 Januari 2009 dari http://wikisource.org/wiki/Perlembagaan_Persekutuan_Malaysia.

4 Tan Sri Ahmad Mohamed Ibrahim, Tinjauan Kepada Perundangan Islam, (Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia, 1996), cet. Kedua, h. 41

5 Mimi Kamariah Majid, Undang-Undang Keluarga Islam Di Malaysia, (Kuala Lumpur: Butterworths Asia, 1992), h. 2

6 Hamid Jusoh, Kedudukan Undang-undang Dalam Perlembagaan Di Malaysia, (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992), h. 67


(12)

dari agama Islam, upacara perkawinan yang dijalankan hendaklah mengikuti peruntukan di dalam Ordinan Perkawinan Sivil 1952. Mana-mana perkawinan yang diupacarakan tidak berdasarkan kepada Ordinan (undang-undang) yang bersangkutan adalah dianggap batal.7

No.11 Enakmen8 Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Sembilan 2003, di dalam pembubaran perkawinan, ada mengatakan di dalam perkara 46 ayat 1 dan ayat 2 yang mengatakan bahawa:

(1) Jika salah satu pihak kepada sesuatu perkahwinan itu murtad atau memeluk sesuatu kepercayaan selain Islam, maka perbuatan yang demikian tidak boleh dengan sendirinya berkuatkuasa untuk membubarkan perkahwinan itu melainkan jika dan sehingga disahkan sedemikian oleh Mahkamah.

(2) Jika salah satu pihak kepada sesuatu perkahwinan bukan Islam memeluk agama Islam, maka perbuatan yang demikian tidak boleh dengan sendirinya berkuatkuasa untuk membubarkan perkahwinan itu melainkan jika dan sehingga disahkan sedemikian oleh Mahkamah.9

Perkara Pertukaran Agama sebelum ini dianggap sebagai isu yang sensitif oleh banyak pihak dan tidak dibincangkan secara terbuka bahkan statistiknya juga tidak dipublikasikan kepada umum. Rentetan daripada ini, pihak berkuasa perlu lebih prihatin dan seharusnya mempublikasikan statistik permohonan pertukaran agama oleh masyarakat Melayu-Islam ini, karena gejala ini bisa merusakkan institusi Keluarga Islam bahkan ia lebih buruk daripada gejala sosial dan narkoba. Terdapat banyak pandangan, pendekatan dan ide-ide yang telah dilakukan sebelum ini yang masih belum menampakkan hasil karena itu dirasakan perlu dibuat satu pengkajian yang tuntas untuk mengoreksi kasus ini dengan lebih tepat, yang berupaya membantu pihak kerajaan mengenal secara pasti cara penyelesaian yang terbaik mengatasi permasalahan pertukaran agama dikalangan masyarakat di Malaysia.

7Ibid, h. 69

8 Enakmen maksudnya undang-undang bertulis yang disahkan oleh Parlemen

9

Undang-undang Syariah Negeri Sembilan, Enakmen No. 10 Undang-undang Keluarga Islam Negeri Sembilan, (Warta Kerajaan ,2003), h.255


(13)

Berdasarkan latar belakang masalah di atas penulis merasa perlu untuk membahas mengenai pelaksanaan Pertukaran Agama, dalam bentuk karya ilmiah berupa skripsi dengan judul:

PERTUKARAN AGAMA MENURUT ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM DI MAHKAMAH TINGGI SYARIAH SEREMBAN NEGERI SEMBILAN, MALAYSIA.

B. Pembatasan Dan Perumusan Masalah

1) Pembatasan Masalah

Agar lebih terfokusnya pembahasan ini, maka penulis membatasi penelitian ini dalam hal Pertukaran Agama menurut Nomor 10 Tahun 2003 Enakmen Pentadbiran Agama Islam di Mahkamah Tinggi Syariah Seremban di Negeri Sembilan, Malaysia. Pertukaran agama ini dibatasi pada pertukaran agama dari Islam ke agama lain, dan bukan dari agama lain ke agama Islam. Mahkamah Tinggi Syariah dibatasi hanya di Mahkamah Tinggi Syariah Seremban, Negeri Sembilan, dan bukan di negeri lain.

2) Perumusan Masalah

Masalah dalam skripsi ini penulis merumuskan bahwa Pertukaran Agama di Negeri Sembilan mestinya sesuai dengan aturan yang dijalankan menurut Enakmen Pentadbiran Agama Islam Di Mahkamah Tinggi Syariah Seremban, kenyataannya tidak bersesuaian dengan aturan yang ada di dalam No. 10 Tahun 2003 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Sembilan. Rumusan tersebut penulis rinci dalam bentuk pertanyaan sebagai berikut:

1. Bagaimana bentuk Pertukaran Agama di Negeri Sembilan, Malaysia?

2. Apakah dasar-dasar hukum dan sanksi terhadap orang yang bertukar agama menurut Perundangan di Negeri Sembilan, Malaysia?


(14)

3. Bagaimana Implikasi hukum terhadap orang yang bertukar agama di Negeri Sembilan, Malaysia?

4. Bagaimana dampak pertukaran agama kepada masyarakat serta langkah yang bagaimana seharusnya dilakukan dalam menyelesaikan kasus ini?

C. Tujuan dan Manfaat Penelitian

Sehubungan dengan masalah-masalah yang telah dijelaskan di atas, maka penelitian ini mempunyai tujuan untuk menyelesaikan dan mencari jawaban atas masalah-masalah tersebut dengan upaya sebagai berikut:

1. Untuk mengetahui bentuk Pertukaran Agama di Negeri Sembilan, Malaysia

2. Untuk mengetahui dasar-dasar hukum dan sanksi terhadap orang yang menukar agama menurut Perundangan di Negeri Sembilan, Malaysia

3. Untuk mengetahui Implikasi hukum apa yang ditimbulkan apabila berlakunya pertukaran agama di Negeri Sembilan, Malaysia.

4. Untuk mengetahui dampak-dampak dan bahaya Pertukaran Agama kepada masyarakat Islam serta untuk mengetahui langkah yang seharusnya dilakukan dalam menyelesaikan kasus ini.

Manfaat Penelitian ini dapat digunakan pada beberapa hal seperti:

1. Memberikan informasi kepada masyarakat mengenai Pertukaran Agama Islam kepada agama lain.


(15)

2. Sebagai tambahan bagi khazanah wacana keilmuan di Indonesia khususnya bagi Universitas Islam Negeri Syarif Hidayatullah Jakarta.

D. Metodologi Penelitian

Untuk menyelesaikan penelitian ini, penulis menggunakan metodologi penelitian sebagai berikut:

1. Jenis Penelitian

Penelitian ini merupakan penelitian kualitatif yaitu proses pencarian data untuk memahami masalah yang didasari pada penelitian yang menyeluruh, dibentuk oleh kata-kata, dan diperoleh dari situasi yang alamiah. Penelitian ini tidak dibatasi oleh angka-angka, perhitungan statistik dan sifatnya fleksibel. Oleh karena itu, fokusnya adalah lebih pada interpretasi daripada kuantifikasi. 2. Lokasi Penelitian

Penulis melakukan penelitian di Lokasi Mahkamah Tinggi Syariah di Seremban, Negeri Sembilan, di Perpustakaan Utama Universiti Malaya, Universiti Islam Antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia, di Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Melaka, di Jabatan Mufti, Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan.

3. Obyek dan Subyek Penelitian

Subyek penelitian yang dilakukan ini adalah Pertukaran Agama menurut No.10 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Sembilan. Manakala obyeknya adalah Ketua Pendaftar Pegawai Syariah, wakil ketua, para hakim, ketua hakim dan pentadbiran Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan.


(16)

4.Sumber Data

a)Data Primer : Data primer adalah data yang langsung diperoleh dari sumber yang asli atau data pertama di lokasi penelitian atau obyek penelitian.10 Data ini akan didapatkan langsung dari Mahkamah Tinggi Syariah Seremban Negeri Sembilan, Malaysia. Data ini dokumen, Enakmen Pentadbiran Agama Islam, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam, hasil penelitian tentang Pertukaran Agama dan lain-lain.

b)Data Sekunder : Data sekunder adalah data yang diperoleh dari sumber kedua atau sumber sekunder dari data yang kita butuhkan.11 Data ini adalah semua literatur yang terkait dengan materi yang dibahas dalam skripsi ini.

c)Data Tertier : Data tertier merupakan data perlengkapan yang terdiri daripada majalah, jurnal, eksiklopedia, kamus dan lain-lain.

5. Teknik Pengumpulan Data

Dalam rangka menyusun dan mengumpul bahan bagi skripsi ini, penulis menggunakan dua macam teknik pengumpulan data yaitu melalui Penelitian Kepustakaan (Library Research) dan Penelitian Lapangan (Field Research).

a) Penelitian Kepustakaan ( Library Reseach )

Penulis akan menggunakan kitab-kitab, buku-buku yang relevan dan berbagai literatur yang ada di perpustakaan dan simpanan pribadi, yang sesuai dengan judul skripsi ini.

b) Penelitian Lapangan ( Field Research )

Dalam penelitian lapangan, untuk memperoleh data yang valid penulis langsung ke lapangan atau ke lokasi penelitian yaitu di Mahkamah Tinggi Syariah Seremban Negeri

10 Burhan Bungin, S.sos, M. Si, Metodologi Penelitian Kuantitatif : Komunikasi, Ekonomi Dan Kebijakan Publik Serta Ilmu-Ilmu Sosial Lainnya, (Jakarta: Prenada Media, 2005), Cet I, h. 122


(17)

Sembilan, di Perpustakaan Utama Universiti Malaya, Universiti Islam Antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia, di Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Melaka, di Jabatan Mufti, Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan. 6. Analisis Data

Setelah terkumpul dan teridentifikasi, semua data baik primer atau sekunder, diolah dan dianalisis, untuk menghasilkan pemaparan dan gambaran yang bersifat pengamatan awal hingga akhir.

7.Metode Penulisan

Dalam penulisan skripsi ini penulis menggunakan buku Pedoman Penulisan Skripsi dan Karya Ilmiah yang dikeluarkan oleh Universitas Islam Negeri (UIN) Syarif Hidayatullah Jakarta, tahun 2007.

E. Sistematika Penulisan

Untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai materi yang menjadi pokok penulisan dan memudahkan para pembaca dalam memahami tata aturan penulisan skripsi ini, maka penulis menyusun sistematika penulisan seperti berikut:

Bab pertama, ditulis tentang pendahuluan yang terdiri dari latar belakang masalah, pembatasan dan perumusan masalah, tujuan dan manfaat penelitian, metode penelitian dan sistematika penulisan.

Bab kedua, penulis menguraikan tentang pengertian, faktor penyebab pertukaran agama, dasar hukum dan sanksi, dampak pertukaran agama di dalam Undang-Undang di Malaysia.


(18)

Bab ketiga, penulis mendiskripsikan tentang Negeri Sembilan, sejarah singkat penubuhan Mahkamah Tinggi Syariah, Landasan hukumnya serta Struktur dan Organisasi Mahkamah Tinggi Syariah Seremban.

Bab keempat, penulis menguraikan tentang Pertukaran Agama menurut Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Sembilan, Pertukaran Agama dan peruntukan undang-undang mengenainya, serta prosedur pertukaran agama di Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sembilan dan analisis penulis.

Bab kelima adalah penutup, meliputi kesimpulan dari pembahasan, serta beberapa saran-saran berdasarkan hasil analisis dari penelitian ini yang di harapkan dapat dijadikan bahan masukan dan sumbangan penulis pada pihak-pihak terkait.

BAB II

PERTUKARAN AGAMA


(19)

Agama Islam adalah agama yang suci yang diturunkan oleh Allah S.W.T kepada Rasulullah S.A.W untuk seluruh umat manusia. Seseorang yang menganut agama selain daripada Islam adalah tertolak. Ini jelas seperti yang terdapat di dalam al-Quran;

!"

$ %&

'()

**

%&+,

-. /012

3

*

45

6

7

9

:;<=

;

;

> :

=?0

@ A

Artinya: “Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, Maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan Dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”. (Q.S Al-Imran : 85)

Pengutusan Rasulullah s.a.w sebagai pembawa Agama Islam bertujuan rahmat bagi seluruh alam. Kenyataan ini jelas seperti firman Allah s.w.t;

BC 9*,&=' D E

FG

1

HI

J =D

BKL

M%& =4,&

N

O

PA

Artinya: “Dan Tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam”. (Q.S Al-Anbiyaa’ : 107)

Sebagai agama yang membawa rahmat kepada sekalian alam Islam memberi lindungan penjagaan hak kepada orang-orang Islam dan orang-orang yang berada di dalam naungan Islam itu sendiri. Ia juga tidak memaksa kepada umat manusia supaya menganut agama Islam. Ini jelas di dalam Firmannya:

QG

9%

0R

1

6

7

A7S

T

U

Artinya: “Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam)”


(20)

Dengan kata-kata lain, Islam memberi kebebasan kepada umat manusia untuk memilih agama mereka masing-masing. Namun, kebebasan itu terbatas dalam hal-hal tertentu saja.

Islam telah menetapkan beberapa batasan bagi kebebasan tersebut. Ini sejajar dengan tujuan Islam diturunkan yaitu untuk menjaga kepentingan seluruh umat manusia hingga akhir zaman. Rasionalnya jika kebebasan diberi secara total maka sudah tentu berlakunya penindasan atau ketidakadilan terhadap sesuatu pihak tertentu. Begitu juga dengan kebebasan aqidah12.

Justru, sekiranya seseorang itu telah melaksanakan segala kewajiban yang telah diwajibkan oleh Islam ke atasnya. Seseorang yang telah memeluk agama Islam juga dilarang untuk menukarkan agamanya kepada agama yang lain. Hal ini (murtad) dilarang di dalam Islam dan terdapat hukuman yang berat bagi kesalahan tersebut.

a. Pengertian dari segi etimologi

Pertukaran agama atau murtad bermaksud seseorang yang keluar daripada agama Islam. Kesalahan ini dipanggil ( ) yaitu kembali. Sesungguhnya Allah tidak akan memberikan hidayah dan petunjuk kepada orang-orang yang murtad kecuali apabila memang ia benar-benar ingin bertaubat.13 Di dalam pengunaan Hukum Syarak, sebagai salah satu istilah dalam hukum jenayah, murtad berarti keluar daripada agama Islam.

12 Muhammad bin Abdullah, Pertukaran Agama Menurut Islam dan Undang-undang, (Ahbab Media, April 2006), cet. 1, h. 2

13 Mohammad, Jinayat dalam Islam: Satu Kajian Ilmiah mengenai Hukum Hudud, (Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka , 1993), h. 123


(21)

Murtad menurut bahasa Arab berasal daripada kalimah ( yang berarti rusak. Kemudian, perkataan murtad itu berasal daripada Isim Fa’il ( )14 yaitu berarti kembali daripada sesuatu kepada selainnya. Oleh karena itu, dari bahasa murtad bermakna kembali dari sesuatu kepada sesuatu.

Di dalam Kamus Dewan (Bahasa Malaysia), murtad adalah orang yang keluar daripada agama Islam, sama ada melalui perbuatan, perkataan, atau niat.15

b. Pengertian dari segi terminologi

Dari segi ini, murtad didefenisikan dengan berbagai defenisi diantaranya ialah sesuatu perbuatan atau perkataan yang murtad.

Seseorang yang telah keluar daripada agama Islam sama ada menganut agama lain ataupun tidak. Para Ulama’ Fiqih mengatakan murtad sebagai salah satu perbuatan jinayah yang termasuk di dalam kategori hudud. Firman Allah s.w.t:

V+

$XYH

2

Z

H

J([M

+,

45

\

,]-^

=_`a +

b cb+,

J(+d

_=

[e4& =MJ2 E

6

7

f gDV

9

:;<=

U

=_`a +

b cE

d& =+Jh E

D

iH

U

$45

=e

,

Bj k

=;

lOPA

Artinya : ”Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu Dia mati dalam kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni neraka, kekal di dalamnya.”(Q.S. Al-Baqarah : 217)

14 Jamaah Min Kibar Al-Lughawiyinal arab, al-Mujam al-‘Arabi Al-Asasi, (Munazzamah Al-‘Arabiah Lit-Tarbiah Wa Thawafah Wal Ulum, 1999), h. 517


(22)

Berlakunya pertukaran agama melalui tiga cara yaitu:

a. Dengan melakukan atau meninggalkan sesuatu perbuatan b. Dengan perkataan

c. Dengan iktiqad

Atas dasar itu para ulama’ fiqih menyatakan bahwa unsur daripada jinayah pertukaran agama adalah melalui pernyataan keluar dari agama Islam dan dilakukan secara sengaja dan sadar.

Selain daripada itu, menurut al-Sheikh Abd Qadir Audah, pertukaran agama adalah meninggalkan agama Islam dan keluar daripadanya setelah menganutnya.16

Berdasarkan arti ini, dapat disimpulkan bahwa murtad adalah seorang muslim mukallaf yang keluar daripada agama Islam sama ada dengan kepercayaan, perkataan, atau perbuatan dengan kehendaknya sendiri.17

c. Pengertian dari segi Perundang-undangan

Di Malaysia, Perlembagaan mempunyai kedudukan yang istimewa. Ia merupakan satu-satunya institusi atau sumber perundangan yang tertinggi. Terdapat lima perkara yang berkaitan dengan agama di dalam Perlembagaan di antaranya, agama Islam ialah agama bagi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di bagian Persekutuan.

Menganut sesuatu agama adalah titik permulaan ekspresi keagamaan seseorang, yang mana sebelum individu itu mengamalkan atau menyebarkan sesuatu agama, maka terlebih dahulu perlu

16 Awdah, al-Tashri’ al Jina’ al Islami Muqarinan bi al Qanun al Wadie’, Muassasah ar Risalah, (Beirut, 1994), jilid 1, h. 661

17 Muhammad bin Abdullah, Pertukaran Agama Menurut Islam dan Undang-undang, (Ahbab Media, April 2006), cet. 1, h. 4


(23)

menganut agama tersebut. Menganut meliputi aspek kerelaan dan keyakinan terhadap agama yang dipilih. Hak menganut agama sebagai satu hak yang tiada batasan karena ia seiring dengan hak menukar agama bahkan, tidak satu pun yang boleh terikat dengan satu agama yang tidak memberi ruang untuk menukar kepada agama lain.

Perubahan dalam diri seseorang adalah satu perkara yang tidak dapat dielakkan termasuklah menukar agama tambahan pula, di Malaysia rakyatnya bersuku-suku, budaya dan agama. Justru, percampuran lebih mudah berlaku dan ia mungkin membawa kepada proses pertukaran agama.18 Orang Islam di Malaysia tidak dibenarkan memilih agama lain sesuka hati tanpa melalui proses-proses tertentu. Perbuatan keluar daripada agama Islam merupakan satu jinayah hudud yang boleh dikenakan hukuman bunuh. Undang-undang hudud termasuk hukuman ke atas orang yang keluar agama Islam atau murtad tidak dapat dilaksanakan di Malaysia.

Undang-undang murtad di Malaysia menafsirkan pertukaran agama dengan berbagai penafsiran dan menetapkan hukuman sama ada dalam bentuk sanksi atau penjara atau kedua-duanya. Ini dapat dilihat antara lain di dalam Enakmen Undang-undang di beberapa negeri yang akan dijelaskan oleh penulis nanti.

Dengan berdasarkan undang-undang pertukaran agama beberapa negeri dapat difahami bahwa pertukaran agama merujuk kepada tindakan seseorang terhadap dirinya untuk menunjukkan telah keluar dari agama Islam dan menyatakan dirinya tidak lagi mengamalkan ajaran agama Islam.19

18 Lee Min Choon, Freedom of Religion in Malaysia, (Kuala Lumpur, Kairos Research Center, 1999), h. 35

19 Ahmad Hidayat Buang, Undang-Undang Islam di Mahkamah-Mahkamah Syariah di Malaysia, (Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1998), h. 187


(24)

C. Faktor Penyebab Pertukaran Agama

Terdapat banyak faktor penyebab berlakunya pertukaran agama. Di antara alasan-alasan yang diberikan oleh afidavit20di Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sembilan ialah:

1) Kembali kepada Keluarga

Diantara golongan yang menukar agama Islam kepada agama asalnya secara ex-parte21 untuk kembali kepada keluarganya ialah golongan muallaf atau ‘saudara baru’. Faktor yang membawa saudara baru murtad ialah keinginan untuk kembali kepada keluarganya. Kerelaan ini berlaku disebabkan kebanyakan pemeluk Islam yang dilahirkan oleh saudara baru adalah tanpa restu keluarga dan lantaran itu mereka telah disingkirkan. Sabagai contoh, kes Azman Wong bin Abdullah nomor Fail 05100-043-0290-2006, alasan beliau karena keluarganya tidak menyukai tindakannya yang telah menganut agama Islam dan keluarganya tidak mempedulikan dirinya lagi. Selain itu semenjak dia memasuki Islam banyak kejadian penipuan yang dialaminya serta hatinya tidak tenang sejak memasuki Islam. Walau bagaimanapun, kasus itu terpaksa dihapuskan pada tanggal 18 Januari 2007 karena pihak pemohon tidak hadir ke Mahkamah tanpa alasan.22

2) Kembali kepada Agama asal

20 Afidavit artinya kenyataan atau keterangan bertulis atas nama seseorang yang bersumpah yang disaksikan oleh seorang yang pakar

21 Ex-parte artinya adalah permohonan yang dibuat sebelah pihak saja.


(25)

Bagi mereka yang baru memeluk agama Islam mengharapkan kehadiran mereka ke dalam masyarakat Islam dapat diterima baik. Menurut Islam, hak kebebasan beragama merupakan di antara beberapa hak asasi ’ahl al-Dhimmah’ serta diberi perlindungan oleh Islam. Seseorang yang bukan beragama Islam mempunyai kebebasan menganut sebagai kepercayaan mereka dan beribadah dalam lingkungan agamanya.23

Seseorang yang telah dibesarkan dalam suasana agamanya, adalah sukar untuk meninggalkan agamanya itu secara langsung, ditambah pengasuh yang menjaganya adalah non muslim, sudah pasti asuhan dan didikan yang diberikan oleh pengasuhnya dengan agama yang dianutnya. Sebagaimana kasus Zaleha bte Mohd Hanifah Balasingam nomor fail 05100-043-0292-2004 yang mana beliau telah dibesarkan oleh kedua-dua datuk dan neneknya yang beragama Hindu. Maka sukar baginya yang berstatuskan agama Islam dan kekal sebagai umat Islam karena kehidupan seharian yang telah dilaluinya adalah bersangkutan dengan agama Hindu. Pengikut agama keluarga asalnya akan mendorongnya mengikut agama asalnya.

3) Berlaku krisis rumahtangga

Apabila seseorang itu memeluk agama Islam karena ingin menikah dengan pasangan yang beragama Islam, bukan karena keikhlasan hati menerima hidayah Allah s.w.t, maka jika terjadi perceraian atau kematian pada pasangan mereka. Mereka mudah sekali kembali kepada agama asal mereka. Apalagi jika mereka tidak diberi bimbingan agama secukupnya oleh pasangan mereka sendiri.24

23 Al-Qardawi, Kedudukan Non Muslim dalam Negara Islam(Terj), Penerjemah Mat Saad Abd Rahman, (Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur), h.13

24 Ariffin Suhaimi, Naib Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), Mingguan Malaysia, 10 Agustus 2008, h.4


(26)

Demikian juga dengan mereka yang memeluk agama Islam dengan niat untuk kepentingan tertentu, apabila kepentingan itu tidak tercapai, mereka kembali kepada agama asal mereka. Keadaan ini berlaku kerana iman mereka belum kukuh, terumbang ambing dan hati mereka mudah goyah. Oleh sebab itu, perlu ada pendekatan bimbingan bagi mengukuhkan dan menetapkan keimanan mereka.25

D. Dasar Hukum dan Sanksi

Firman Allah s.w.t:

im

1

7S

]n

U

2*

X

o 4

U

2 !p!R

o 4

U

2H

X

o 4

U

2 !p!R

o 4

U

[

= 0q

r 0pXR

n

XY

s

p0

f

$3t

-G

$uv

V

V v

w!f

/='

O>PA

Artinya: Sesungguhnya orang-orang yang beriman kemudian kafir, kemudian beriman (pula),

kemudian kafir lagi, kemudian bertambah kekafirannya, maka sekali-kali Allah tidak akan memberi ampunan kepada mereka, dan tidak (pula) menunjuki mereka kepada jalan yang lurus. (Q.S An-Nisa’ : 137)

Ayat ini telah menjelaskan tentang sifat orang munafik yang murtad kemudian beriman secara bersilih ganti, namun tidak disebutkan hukumannya. Oleh karena itu, penting hukuman itu dikenakan bagi mereka yang murtad supaya tidak mengulangi kesalahan yang sama.26

Untuk menghukum seseorang itu telah murtad, maka terdapat dua cara pembuktian yaitu:

25 Dato’ Seri Setia Awang Haji Adam Bin Haji Ahmad, Cabaran Negara di Alaf Baru, (Pusat Dakwah Islamiah Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam, 2003), h. 8

26 Muhammad Muslehuddin, (terj) Asiah Idris, Jenayah dan Doktrin Islam dalamtindakan pencegahan, (Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1992) h. 37


(27)

1) Melalui pengakuan tertuduh 2) Melalui Keterangan saksi

Melalui pengakuan tertuduh bahwa ia berlaku dengan ridho tanpa paksaan dari pihak manapun. Manakala melalui pengakuan saksi ia mesti menghadirkan dua orang saksi yang adil untuk memberikan keterangan dan pembuktian diatas kesalahan murtad yang telah dilakukan oleh tertuduh. Inilah pendapat Imam Malik, Auzaie, Syafie dan ulama’-ulama’ Mazhab Hanafi.27

Pendapat yang umum di kalangan para fuqaha’, dan orentalis Barat ialah, bahwa murtad dari agama Islam merupakan kesalahan yang telah ditetapkan hukumannya, yaitu mati. Hukuman mati adalah termasuk hukuman hudud. Sebagaimana Firman Allah s.w.t;

!p-^

x

R

V 4 x

pZ

H =M

1

FG

1

J

9%> y^cE

z3 3/,&+]

7A=MJd2

=M ()

x

:Y +

i

==

-|

> 0pXY0

x

*DJV}h

e0 %&=4+,

~&-~!"

B

[e+

ۥ

!f 2

~

k 2

O

A

Artinya: Barangsiapa yang kafir kepada Allah sesudah Dia beriman (dia mendapat kemurkaan Allah), kecuali orang yang dipaksa kafir padahal hatinya tetap tenang dalam beriman (dia tidak berdosa), akan tetapi orang yang melapangkan dadanya untuk kekafiran, maka kemurkaan Allah menimpanya dan baginya azab yang besar.

(Q.S an-Nahl: 106)

Ayat di atas mengenai azab dan balasan di akhirat ke atas orang yang murtad. Mohamad El-Awa dalam bukunya menyatakan tiada nas daripada Al-Quran dan As-Sunnah mengenai hukuman di dunia ke atas orang yang murtad.28

27Ibid, h. 38


(28)

Seorang muslim yang melakukan jinayah murtad akan dijatuhi dengan hukuman hudud. Jika ada keraguan maka dia hendaklah dibebaskan berdasarkan kaedah “hudud dihindarkan dengan syubhat.”29

Hukuman hudud merupakan hukuman yang telah ditentukan oleh al-Quran dan Sunnah Nabi, dan ia mesti dilaksanakan jika terbukti kesalahannya. Lantaran itu, untuk menentukan apakah murtad itu perbuatan yang menurut hukum Islam ditetapkan sebagai hukuman hudud, maka perlu diperhatikan firman Allah s.w.t dan hadith yang bersangkutan dengannya. Karena di dalam al-Quran hanya terdapat tiga belas ayat yang terkandung di dalam beberapa surah mengenai murtad tetapi tidak ada satu ayat pun yang menjelaskan tentang hukuman yang disahkan kepada orang yang murtad ketika berada di dunia. Sebaliknya yang terkandung ialah jaminan bahwa orang murtad itu akan dihukum di akhirat. Sebagaimana firman Allah s.w.t;

V+

$XYH

2

Z

H

J([M

+,

45

\

,]-^

=_`a +

b cb+,

J(+d

_=

[e4& =MJ2 E

6

7

f gDV

9

:;<=

U

=_`a +

b cE

d& =+Jh E

D

iH

U

$45

=e

,

Bj k

=;

lOPA

Artinya : ”Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu Dia mati dalam kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni neraka, kekal di dalamnya.”(Q.S. Al-Baqarah : 217)

Berbeda dengan Ibn Hazm, yang menurutnya hukuman bagi orang yang murtad tetap ada di dunia dan hukuman tersebut tidak bertentangan al-Quran. Sanksi pertukaran agama menurutnya

29 Abdul Monir Yaacob, “Kesan Pertukaran Agama dan kesan dari perspektif Syariah” (kertas Kerja Seminar Pertukaran Agama dan Kesan dari Perspektif Syariah dan Perundangan, 15 Julai 2006) h. 9


(29)

terdapat tiga sanksi yaitu, sanksi asal, sanksi ganti dan sanksi sampingan. Wujud dari sanksi-sanksi tersebut adalah berkaitan dengan keputusan hakim dengan melihat kepada sebab dan latar belakang kasus-kasus murtad.30

Berikut dijelaskan tiga sanksi pertukaran agama yang dikemukakan oleh Ibn Hazm yaitu:

1) Sanksi Asal

Menurut fiqh Islami, perkara murtad adalah perkara yang dikategorikan sebagai kesalahan hudud di mana hukuman bagi kesalahan ini telah ditentukan oleh Allah s.w.t malahan ia tidak boleh dimaafkan sekiranya kesalahan ini telah dilaporkan kepada qadi. Oleh karena itu jelaslah bahwa kesalahan murtad bukanlah satu kesalahan yang boleh dianggap ringan.

Sanksi asal bagi seseorang yang telah murtad adalah dibunuh. Sanksi wajib bunuh boleh dikenakan kepada siapa saja baik lelaki ataupun perempuan, tua maupun muda. Ia adalah pendapat Jumhur Ulama kecuali Imam Abu Hanifah, yang mengecualikan kaum wanita yang murtad dibunuh.31 Bagi perempuan yang murtad terdapat dua pendapat ulama’ yang mana, pendapat pertama ialah jumhur ulama’ yang terdiri daripada mazhab Hambali, Shafi’e, Maliki dan Ja’afariah berpendapat bahwa muslimah yang murtad wajib dihukum bunuh sebagaimana lelaki. Dan di antara alasan golongan ini ialah mereka mengatakan bahwa perempuan seperti lelaki dari sudut ahli

30 Mohamed S. El Awa, Hukuman dalam Undang-undang Islam; Satu Kajian Perbandingan, (Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur, 1999), h. 73-74


(30)

taklifi.32 Mereka menggunakan pendapat yang pernah digunakan oleh Abu Bakar bahwa orang yang murtad sekalipun perempuan hukumnya sama seperti lelaki.33

Pendapat kedua daripada golongan mazhab Hanafi adalah, perempuan yang murtad tidak dihalalkan darahnya dan tidak dibunuh karena murtad. Tetapi wajib dipenjara dan memintanya supaya dia bertaubat dan kembali kepada Islam. Sekiranya dia kembali kepada Islam maka akan dibebaskan tetapi sekiranya dia menolak maka dia dipenjarakan sehingga dia menerima Islam ataupun mati.34

Jika orang yang murtad melakukan perlawanan kemudian dapat dikalahkan, maka ia dihukum mati karena perbuatan hirabahnya (pemberontakan) itu, dan tidak perlu untuk diminta bertaubat, baik perlawanan itu dilakukan di negara Islam atau sesudah memasuki negara bukan Islam, kecuali ia menyerahkan diri.35

2) Sanksi Ganti

Apabila sanksi asal bunuh ke atas orang-orang yang melakukan jinayah murtad itu tidak boleh dijalankan, maka sanksi ganti boleh dilaksanakan mengikut sebab-sebab tertentu. Antaranya, ia boleh digugurkan daripada orang-orang murtad disebabkan dia telah bertaubat dan kembali semula kepada agama Islam. Dalam kes tersebut hakim boleh menggantikan sanksi asal itu dengan sanksi

32 Abdul Rashid Hj Abdul Latif, Undang-undang Pusaka dalam Islam, , (terbitan al-Hidayah, 2002), Cetakan Keempat, h. 62

33 Muhammad Najib al-Muti’I, Kitab al-Mazmu’ Sarh al-Muhazzab li Syirazi, (Maktabah al-Irsyad, Jeddah), jilid 21 h. 73

34 Sayid Sabiq, Fiqh as-Sunnah, Dar al-Fikr, jilid 2, h. 305

35 Ibnu Rusyd, Bidayatul Mujtahid Analisa Fiqih Para Mujtahid,(terj), (Jakarta, Pustaka Amani, 2002), cet. kedua, h. 675


(31)

takzir yang sesuai sebagai satu pengajaran kepadanya supaya tidak lagi mengulangi perbuatan tersebut seperti dipenjarakan atau dicambuk pada kadar yang tertentu.

Kebanyakan ulama’ berpendapat memberikan hukuman yang agak berat kepada orang yang murtad walaupun telah bertaubat, akan tetapi sebagian ulama’ berpendapat tidak memberikan hukuman kepada orang yang murtad, tidak terkecuali yang murtad karena mencerca Rasul.36

Sebab yang kedua digugurkan kerana didapati ada kesamaran. Terdapat kasus seperti ini, yang telah dijalankan oleh Abu Hanifah apabila beliau menggugurkan sanksi bunuh terhadap kaum wanita dan kanak-kanak yang telah murtad. Ia telah diganti dengan sanksi penjara sampai mereka bertaubat atau kembali kepada Islam.37

3) Sanksi Sampingan

Sanksi ini adalah untuk menjamin kemaslahatan dan keselamatan umat Islam yang lain dari perkara-perkara yang boleh memberi kesan yang negatif kepada kehidupan mereka dari aspek pergaulan dan kemasyarakatan. Sanksi sampingan yang digariskan dalam Islam kepada orang yang murtad ialah, merampas semua harta orang yang murtad dan mengurangi wewenangnya terhadap hartanya.

Jangka waktu bertaubat, berdasarkan pandangan ulama fiqh, Imam Malik mengatakan selama tiga hari tiga malam. Ia dihitung seseorang itu diputuskan kesalahannya dan bukan dikira daripada masa seseorang itu telah menjadi murtad atau daripada kasus itu dibawa ke Mahkamah. Manakala Imam Hanafi berpendapat, ia tertakhluk kepada budi bicara dan ketetapan kerajaan atau wakilnya

36 Mahfodz Mohamed (t.t), Satu Kajian Ilmiah mengenai Hukuman Hudud, Nurin Enterprise, Kuala Lumpur), h. 101.


(32)

yaitu hakim untuk menentukannya sekiranya pihak tersebut merasa masih ada harapan untuk orang yang murtad itu bertaubat atau ia meminta supaya taubatnya itu ditangguhkan, maka pihak yang berkaitan hendaklah menangguhkan dan memberikan waktu untuk bertaubat selama tiga hari. Jika orang tersebut tidak juga bertaubat maka orang tersebut dibunuh pada masa itu juga.

Mengenai masa bertaubat, Imam Syafi’e berpendapat bahwa, orang yang telah diputuskan kesalahan murtadnya diberi peluang bertaubat selama tiga hari dan orang-orang yang telah diputuskan murtad, telah diminta bertaubat menurut ahli fiqih, harus mengucap dua kalimah syahadah secara serius dan menyatakan dirinya telah bebas dari segala bentuk kekafiran.38

E. Dampak Pertukaran Agama di dalam Undang-Undang di Malaysia

Terdapat beberapa dampak yang dapat dilihat berdasarkan isu pertukaran agama menurut undang-undang di Malaysia. Dampak ini adalah berdasarkan Islam maupun peruntukan perundangan yang ada di negara Malaysia.

Dengan demikian, ada beberapa dampak terhadap pertukaran agama di dalam Islam dan Undang-undang yaitu dampak terhadap harta pusaka, hadhanah, hak perkawinan, perwalian, persaksian dan harta gono gini.

a) Dampak Pertukaran Agama Dari segi Harta Pusaka

Orang yang murtad diibaratkan sebagai orang kafir, bahkan mengikut kedudukannya lebih rendah dan hina daripada kafir biasa. Maka ia kehilangan hak untuk menerima pusaka dari keluarga

38 Said Hj Ibrahim, Jenayah Murtad dari sudut Hukum Syara’ dan Perundangan Islam, (Darul Ma’rifah, Kuala Lumpur, 1998), h. 15-16


(33)

dan sebaliknya.39 Perkara ini boleh dikuatkuasakan di Malaysia karena undang-undang warisan bagi orang-orang Islam ialah hukum Islam.

Menurut hukum Islam, hukum bagi orang murtad terkait dengan peninggalan dibagikan kepada dua bagian yaitu:

i) Hak orang murtad atau orang kafir untuk mewarisi harta orang yang Islam

Dalam Islam, murtad merupakan salah satu penghalang bagi individu untuk mewarisi harta pusaka dan ini berdasarkan kepada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Usamah bin Zaid:

!"

#

$

%%!

&

$'

(

"

) *

"+

,

-"

#

.

/

0

1

%

2

"#

3

4

-0

3

4

%

2

"#

Artinya : Dari Usamah R.A bahwa Nabi S.A.W telah bersabda, Seseorang Muslim tidak boleh mewarisi harta orang kafir dan orang kafir tidak boleh mewarisi harta orang Muslim.40

Jelas menunjukkan bahwa hadis ini bermaksud sekiranya seseorang itu murtad maka haknya untuk mewarisi harta yang ditinggalkan untuknya sama ada daripada ibubapanya atau suaminya atau istrinya atau anaknya adalah terhalang sama sekali. Kedudukan orang yang telah diputuskan murtad adalah seperti orang yang mati dan tidak berhak untuk memiliki harta apapun malah hubungan mereka juga terputus dengan keluarga yang beragama Islam.

39 Abu Mazaya al-Hafiz, Fiqh Jenayah Islam, (Al-Hidayah Publishers, Kuala Lumpur, 2004), h. 24

40 Hadith Riwayat Bukhari lihat Al Shawkani, Nayl Awt’ar Sharh Muntaqa Akhbar, (Beirut; Dar al-Fikr,1994), jilid 6, h. 178


(34)

Di dalam perundangan, seseorang yang bukan Islam tidak boleh mewarisi harta peninggalan kerabat-kerabatnya yang Islam. Di dalam kasus Re Timah Binti Abdullah, Mahkamah telah memutuskan ahli waris bukan Islam kepada seorang perempuan Jepang Islam, tidak mendapat apa-apa bagian dari harta pusakanya.

ii) Hak orang muslim untuk mewarisi harta orang murtad

Bagi hak yang kedua ini, yaitu hak orang Muslim terhadap harta orang murtad, ulama’ telah berselisih pendapat dan perselisihan ini disebabkan perbedaan penafsiran hadis Usamah bin Zaid yang menyatakan bahwa orang Islam tidak akan mewarisi daripada orang kafir dan demikian juga orang kafir terhadap orang Islam.

Oleh karena itu, bagi sebagian pendapat di antaranya Sayyidina Ali, Abdullah ibn Mas’ud, Zaid bin Thabit, Imam Abu Hanifah menyatakan bahwa harta orang yang murtad akan dipusakai oleh ahli-ahli warisnya yang beragama Islam dan mereka beralasan bahwa hadis tersebut merupakan hadis ahad dan ia sebenarnya ditujukan kepada orang-orang kafir yang berlainan agama dan bukannya kepada orang yang telah murtad.

Dalam Rangcangan Undang-undang Kanun Jenayah Syariah Pasal (11) Kelantan disebutkan apabila Mahkamah memutuskan hukuman bunuh terhadap orang murtad, Mahkamah hendaklah memerintah supaya hartanya, sama ada diperolehi sebelum atau selepas melakukan kesalahan itu, dirampas untuk dipegang oleh Baitul Mal.

Walau bagaimanapun, Rangcangan undang-undang ini tidak akan dapat dilaksanakan karena bertentangan dengan artikel 13 Perlembagaan Persekutuan yaitu:


(35)

Tiada seseorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang. Tiada suatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta-harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi”

b) Dampak Pertukaran Agama Kepada Perkawinan Menurut Undang- Undang

Di dalam membicarakan hal ini, kita akan membicarakan dari dua sudut yaitu:

(i) Dampak terhadap perkawinan orang Islam jika salah satu pasangan keluar dari Islam. Dampak terhadap perkahwinan jika berlaku pertukaran agama di dalam Undang-undang Islam di negara ini. Sebagai contoh, di dalam seksyen 46 Akta Undang-Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 telah meperuntukan bahwa:

(1) Jika salah satu pihak kepada suatu perkawinan itu murtad atau memeluk agama sesuatu kepercayaan lain daripada Islam, maka perbuatan sedemikian tidak boleh dengan sendiriannya berkuatkuasa membubarkan perkawinan itu melainkan dan sehingga disahkan demikian oleh mahkamah

(2) Jika salah satu pihak kepada salah satu perkawinan bukan Islam memeluk agama Islam, maka perbuatan yang demikian tidak boleh dengan sendirinya berkuatkuasa membubarkan perkawinan itu melainkan dan sehingga disahkan demikian oleh mahkamah

Walaupun Mahkamah Syariah mempunyai wewenang untuk mengesahkan pembubaran perkahwinan itu, Mahkamah Syariah tidak boleh membuat putusan yang terkait dengan nafkah, pembagian harta bersama atau hak asuh anak terhadap pihak yang murtad. Ini kerana Mahkamah Syariah tidak ada kuasa terhadap orang yang bukan Islam.


(36)

Dari sudut hukum fiqh, Ulama’ telah berselisih pendapat dalam isu ini. Menurut Mazhab Shafi’e, Hanbali dan Maliki, sekiranya suami atau istri atau kedua-duanya murtad sebelum berlaku persetubuhan maka difasakhkan nikahnya ketika perkara itu terjadi. Jika murtad itu berlaku selepas persetubuhan maka terfasakhlah perkawinan tersebut dengan beriddah.41 Seandainya mereka kembali kepada Islam semasa iddah tersebut maka akad perkawinan tersebut tetap berlangsung. Namun jika mereka tidak kembali kepada Islam sehingga tamat iddah berakhir, maka pasangan tersebut hendaklah dipisahkan. Apabila berlaku persetubuhan semasa iddah maka mereka tidak akan dikenakan hukuman zina yaitu hukum hudud tetapi mereka hanya dikenakan hukuman ta’zir karena hal tersebut terjadi dalam keadaan syubhat.

Sekiranya istri kembali kepada Islam sebelum suaminya dan suaminya kembali semasa waktu iddah atau kedua-duanya kembali dalam masa yang sama semasa iddah maka tetaplah akad nikah mereka. Bagaimanapun sekiranya salah seorang kembali kepada Islam dan seorang lagi tidak kembali kepada Islam sehingga waktu iddah berakhir maka pernikahan mereka difasakhkan.

Menurut Mazhab Hanafi, hendaklah dipisahkan di antara suami dengan istri sekiranya dihukumkan sah murtadnya. Selain itu, menurut Imam Abu Hanifah dan Imam Abu Yusuf pula, hukum fasakh kerana murtadnya suami tidak perlu menunggu keputusan hakim dan ini berarti hukum fasakh berlaku ketika salah satu pihak murtad.

41 Arieff Salleh Rosman, Murtad Menurut Perundangan Islam, (Terbitan Universiti Teknologi Mara Skudai, 2001), cet. Kedua, h. 64


(37)

Di dalam kes yang berlaku di Terengganu yaitu, Permohonan ex-parte Zaimas, pemohon telah memohon mengesahkan perceraiannya di luar mahkamah. Permohonan mengesahkan perceraian di luar mahkamah ini dikuatkan lagi dengan bukti menunjukan bahwa suami itu telah diputuskan murtad oleh Kadi Daerah Johor Bahru. Dengan itu, mahkamah telah memutuskan bahwa setelah mengetahui suami itu memang telah murtad, mahkamah telah membubarkan perkawinan itu mengikut seksyen 43(1) Enakmen Undang-undang Penntadbiran Keluarga Islam 1985 yang memperuntukan:

”Jika salah satu pihak kepada suatu perkahwinan itu murtad atau memeluk sesuatu kepercayaan lain daripada Islam, maka perbuatan yang demikian tidak boleh dendan sendirinya berkuatkuasa membubarkan perkahwinan itu melainkan dan sehingga disahkan sedemikian oleh Mahkamah.”

Oleh karena itu, bagi kasus orang Islam yang ingin murtad apa yang diperhatikan dalam beberapa Undang-undang Keluarga Negeri, prosedur mengenai keluar dari Islam masih lagi longgar walaupun ada yang menyentuh mengenainya. Kesannya, orang yang hendak murtad tidak dapat diputuskan hasratnya itu. Hasilnya, di dalam Undang-undang di Malaysia, orang yang hendak keluar dari Islam, memang tidak akan diperbolehkan oleh Undang-undang dan dia masih terikat kepada Mahkamah Syariah di dalam hak-hak yang berkaitan agama.

(ii) Dampak terhadap perkahwinan orang bukan Islam jika salah satu pasangan masuk ke dalam agama Islam.

Ada beberapa kasus di Malaysia yang berkaitan dengan dampak pemelukan agama Islam oleh salah satu pihak pada perkawinan di kalangan orang bukan Islam. Mengikut


(38)

hukum Islam, jika seseorang itu memeluk agama Islam dan istrinya tidak mengikut bersama memeluk agama Islam sehabis masa iddah maka, perkawinan itu akan bubar tetapi di Malaysia seseorang yang telah memeluk agama Islam, ia masih tidak ada hak untuk membubarkan perkawinannya selagi pihak yang tidak Islam itu tidak memohon perceraian di Mahkamah Sivil. Perkara ini dilihat sebagai suatu yang mendorong kepada kesusahan bagi pihak yang memeluk Islam.42

Menurut Undang-undang Sivil, Seksyen 4 Akta memperbaharui Undang-undang Perkahwinan dan Perceraian 1976, memperuntukan:

(1) Tiada apa-apa jua dalam akta ini boleh menyentuh sahnya sesuatu perkawinan yang telah diupacarakan di bawah sesuatu undang-undang.

(2) Perkawinan itu, jika sah di bawah undang-undang agama, adat atau kelaziman yang dibawahnya ia telah diupacarakan itu, hendaklah disifatkan sebagai didaftarkan di bawah Akta ini.

(3) Tiap-tiap perkawinan itu melainkan jika tidak sah di bawah undang-undang, agama, adat atau kelaziman yang dibawahnya ia telah diupacarakan itu, hendaklah berterusan hingga dibubarkan:

(a) Dengan kematian salah satu pihaknya atau

(b) Dengan perintah sesuatu mahkamah yang mempunyai bidangkuasa yang layak atau,

42 Muhammad bin Abdullah, Pertukaran Agama Menurut Islam dan Undang-undang, (Ahbab Media, April 2006), cet. 1, h. 57


(39)

(c) Dengan satu dikri pembatalan yang dibuat oleh sesuatu mahkamah yang mempunyai bidangkuasa yang layak.

Seksyen 3 (3) Akta tersebut juga memperuntukan bahwa Akta tersebut tidak boleh dipakai bagi seorang Islam atau bagi seorang yang kawin di bawah hukum syara’ dan tidak satupun perkawinan boleh diupacarakan atau didaftarkan di bawah Akta itu jika salah seorang daripada pihak kepada perkawinan itu menganut agama Islam, tetapi tiada apa-apa jua dalam Pasal ini boleh diartikan sebagai menghalang sesuatu mahkamah yang dihadapannya sesuatu petisyen43 perceraian telah dibuat di bawah Seksyen 51 Akta tersebut daripada memberi dekri44 perceraian atas petisyen daripada satu pihak kepada sesuatu perkawinan jika pihak yang satu lagi telah masuk Islam dan dekri itu adalah, walau apa pun Undang-undang bertulis lain yang berlawanan, sah terhadap pihak kepada perkawinan itu yang telah masuk Islam sedemikian itu.45

Terdapat beberapa kasus yang dapat dilihat tentang dampak undang-undang dalam isu ini. Dalam kes Pedley lwn Majlis Ugama Islam Pulau Pinang, telah diputuskan bahwa di bawah Undang-undang Sivil, suatu perkawinan bukan Islam tidak dibubarkan apabila salah satu pihaknya memeluk agama Islam. Ia hanya memberi alasan bagi pihak yang tidak memeluk agama Islam itu memohon perceraian.

43 Petisyen maksudnya Permohonan resmi kepada mahkamah supaya sesuatu tindakan kehakiman dapat diambil. 44 Dekri maksudnya Perintah yang dibuat oleh pihak berkuasa


(40)

Kasus itu mengenai pihak yang menuntut beragama Kristian Katolik Roman, telah berkawin dengan seorang perempuan seagama dengannya mengikut upacara Katolik Roman kemudian istrinya telah memeluk agama Islam dan menukar namanya kepada nama Islam tanpa pengetahuan pihak yang menuntut . Lantaran itu, Kadi Besar Pulau Pinang telah mengirim surat kepada yang menuntut mengatakan istrinya telah memeluk agama Islam dan oleh kerana itu pihak yang menuntut dinasihatkan untuk memeluk agama Islam dalam masa 90 hari dan jika ia tidak berbuat demikian maka perkawinan mereka akan berakhir mengikut hukum Islam. Pihak yang menuntut telah memohon suatu putusan bahwa masuknya istrinya ke dalam Islam tidak akan merubahkan ikatan perkawinan mereka. Sehubungan dengan itu Hakim Mahkamah Tinggi Sivil telah memutuskan bahwa pernyataan Kadi Besar itu tidak akan mengganggu keadaan pihak yang menuntut hal ini sesuai dengan Undang-undang peribadinya46 dan Undang-undang Sivil negara.

Dampak perundangan seperti ini juga dapat dilihat dalam kasus Ng Swee Pian lwn Abdul Wahid dan seorang lagi di mana pihak penuntut telah memohon agar Mahkamah Tinggi menghilangkan haknya yang wujud pada yang kena tuntut untuk membubarkan perkawinan mereka dan tidak mempunyai bidangkuasa perundangan untuk mengeluarkan perintah pembubaran tersebut. Pihak yang menuntut juga telah memohon kepada Mahkamah untuk mengekalkan perkawinan mereka dan masih sah dari sudut Undang-undang, Mahkamah Sivil memutuskan bahwa Mahkamah Kadi Daerah Bukit Mertajam tidak mempunyai bidangkuasa untuk mendengar permohonan tersebut tetapi sebaliknya


(41)

Mahkamah Sivil yang mempunyai bidangkuasa bagi perkara tersebut tetapi jika hanya dimohon oleh pihak yang tidak memeluk agama Islam

Demikianlah yang terjadi yang melibatkan peruntukan dalam Undang-undang Membaharui 1976 dan hasil daripada penelitian, Akta Undang-undang tersebut tidak mempunyai peruntukan khusus mengenai keluar daripada Islam.

c) Dampak Pertukaran Agama Kepada Perwalian

Wali yang telah murtad tidak mempunyai hak perwalian terhadap orang lain. Perkara ini termasuklah haknya untuk menjadi wali dalam acara akad nikah bagi anak perempuannya.47 Wali dalam Islam harus yang beragama Islam. Orang kafir tidak boleh menjadi wali kepada orang Islam begitulah sebaliknya. Jika lelaki murtad maka hilanglah hak perwalian terhadap anak-anaknya. Ia tidak dibenarkan menjadi wali terhadap anak-anak lelakinya yang masih kecil dan tidak pula menjadi wali pernikahan bagi anak perempuan.

d) Dampak pertukaran Agama Kepada Persaksian

Dalam hukum Islam, saksi mestilah orang Islam yang adil. Orang fasik tidak diterima persaksiannya apalagi orang kafir walaupun kafir dzimmi, kecuali dalam perkara wasiat orang Islam yang hendak meninggal dunia dalam suatu perjalanan apabila tidak didapati orang Islam disampingnya.

Dalam perkawinan dan perceraian, hendaklah dipersaksikan orang Islam yang adil. Maka, apabila orang kafir dzimmi tidak dibenarkan menjadi saksi, tentulah orang yang murtad yang tidak tentu agamanya lebih tidak layak dan tidak sah mengikut syarat sah sorang saksi Islam.

47 Ahmad Mohamed Ibrahim, Pentadbiran Undang-undang Islam di Malaysia, (Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM),Kuala Lumpur, 1997), h. 412


(42)

F. Implikasi Hukum terhadap Orang yang Bertukar Agama

Murtad merupakan satu bahaya yang besar kepada umat Islam. Karena gejala ini bisa merusakkan akidah seseorang. Perbuatan bertukar agama Islam kepada agama lain, tanpa ada perasaan takut akan azab Allah akan menggalakkan orang lain mempermainkan ajaran Islam yang suci ini. Oleh karena itu, perlaksanaan hukuman Islam terhadap gejala murtad ini perlulah dilaksanakan.

Terdapat banyak implikasi hukum terhadap orang yang bertukar agama ini, antaranya ialah murtad dapat mendatangkan kemudharatan kepada masyarakat umat Islam dan negara. Hal ini dapat berlaku, apabila seseorang itu murtad maka ia telah dianggap telah mengkhianati Islam. Maka tidak mustahil kekhianatannya dalam agama akan membawa kepada hal-hal lain seperti tidak amanah, tidak bertanggungjawab dan sebagainya.

Apabila seorang muslim itu telah diluluskan permohonan pertukaran agamanya kepada agama yang lain, maka implikasinya, orang Islam yang lain akan dibenar meninggalkan agama Islam pada bila-bila masa saja, walaupun mengakui mereka adalah bangsa Melayu. Maka, akan terjadi bangsa Melayu di Malaysia bukan lagi terikat dengan agama Islam seperti yang telah dituliskan di dalam perlembagaan. Selain daripada itu, kesalahan Syarie yang dilakukan oleh seorang muslim tidak boleh diambil tindakan disebabkan perundangan Syariah sudah tidak relevan lagi. Contohnya solat boleh dilakukan mengikut cara yang tersendiri, tidak melakukan puasa di bulan Ramadhan dan sebagainya.

Bagi institusi Raja-raja Melayu akan hilang kuasa sebagai benteng dan simbol keagamaan bagi umat Islam. Begitu juga apabila seorang kanak-kanak umurnya masuk 18 tahun, ibubapa akan


(43)

terus hilang kelayakan untuk menetapkan agama dan fahaman mereka, dan tindakan boleh diambil ke atas ibubapa yang memaksa anak mereka untuk mengamalkan ajaran Islam.

Maka, kasus-kasus pertukaran agama ini akan menjadi perhatian menyeluruh bagi sebuah organisasi, individu bukan Islam dan seluruh negara-negara besar menghantar wakil untuk memberikan tekanan yang besar kepada institusi perundangan negara yang lemah untuk membela aqidah umat Islam.

BAB III

GAMBARAN UMUM MENGENAI MAHKAMAH TINGGI SYARIAH SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN


(44)

Negeri Sembilan mempunyai luas 6,645 kilometer persegi.48 Populasi penduduk diprediksi kurang lebih satu juta orang dengan mayoritas adalah orang Melayu. Daerahnya pada masa kini terbahagi kepada tujuh daerah yaitu Jelebu, Jempol, Kuala Pilah, Port Dickson, Rembau, Seremban dan Tampin.

Persekutuan Tanah Melayu terbentuk pada tahun 1948, maka corak pemerintahan Negeri Sembilan dan lain-lain negeri di Semenanjung turut berubah. Selain dari Pulau Pinang dan Melaka, semua sembilan buah negeri Melayu yang beraja telah melantik ketua-ketua pemerintah dengan nama ‘Menteri Besar’. Bagaimanapun oleh karena negeri ini masih lagi dijajah, maka kerajaan Inggeris tetap juga meletakkan seorang pegawai Inggeris yang telah ditukar namanya dari ‘British Resident’ sebelum perang dan ‘Resident Commissioner’ dalam masa Malayan Union kepada ‘British Adviser’ atau ‘Penasihat British’.

Dengan terbentuknya Persekutuan Tanah Melayu ini, muncullah satu babak baru dalam sebuah negeri. Jika sebelumnya Negeri Sembilan belum ada perlembagaan yang tertulis akan tetapi setelah Persekutuan Tanah Melayu terbentuk maka, Negeri Sembilan juga turut menerima perubahan, sebuah perlembagaan yang bertulis telah dikanunkan. Dengan adanya perlembagaan ini maka terbentuklah sebuah dewan undangan yang dinamakan Majlis Undangan Negeri (State Legislative Council) dengan semua ahlinya dilantik oleh Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan dengan persetujuan Undang yang Empat.

Nama Negeri Sembilan diambil dari nama ‘Sembilan Negeri’ yang diketuai oleh ‘Sembilan Penghulu’ yang mengangkat Raja Melewar. Perkataan ‘Negeri’ dipangkal huruf ‘Sembilan’ itu diambil dari istilah yang lazim dipakai di tanah leluhur Minangkabau yang membawa pengertian


(45)

satu kawasan atau daerah yang kira-kira seluas luak atau mukim atau kampung, orang-orang Minangkabau memanggil dengan nama ‘Negeri’ yaitu nagari.

Seperti kerajaan lain, Negeri Sembilan telah memiliki sistem pemerintahan yang teratur meskipun baru terbentuk setelah runtuhnya kerajaan Melayu Melaka dan Johor. Sebelum Negara mencapai kemerdekaan, Negeri Sembilan adalah sebuah negeri yang dijajah sejak Yamtuan (Yang Dipertuan) Antah, dikalahkan dalam Perang Bukit Putus pada tahun 1874. Resminya Negeri Sembilan bernaung di kekuasaan Kerajaan Inggeris (protektorat), dan diperintah oleh Pesuruhjaya Tinggi British (British High commissioner).

Seremban adalah pusat pentadbiran dan ekonomi kepada Negeri Sembilan dan merupakan Ibu Negeri, terdapat 62 mukim dan Bandar diraja adalah Sri Menanti. Sejajar dengan kepesatan perindustrian Negara, Negeri Sembilan tidak ketinggalan sebagai antara negeri utama di Malaysia yang menempatkan pelbagai jenis industri yang telah membuka banyak peluang pekerjaan kepada rakyat di Negara Malaysia.49

Selain itu, Negeri Sembilan yang mendapat pengaruh yang kuat dari Minangkabau dikenal dengan sebutan negeri berbudaya. faktor itu turut menjadikan negeri itu unik hingga muncul sebagai salah satu negeri wisata. Dengan kedudukan yang strategis di wilayah Selat Melaka selain bertetangga dengan Lembah Klang, Negeri Sembilan adalah sebuah negeri yang sangat maju dari segi ekonomi.

H. Sejarah Singkat Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sembilan


(46)

Jabatan kehakiman Syariah Negeri Sembilan (JKSNS) dibentuk berdasarkan kepada Seksyen 41(1) dan (2) Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak Negeri Sembilan, 1960. Sejak dibentuk hingga tahun 1991, Mahkamah dijalankan bersama oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JAINS). Mulai tahun 1991 Mahkamah telah diasingkan dari pengurusan di bawah JAINS dan mempunyai wewenang sendiri yang dinamakan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan dan beribu pejabat di Seremban Negeri Sembilan.

Mahkamah Syariah Negeri Sembilan dibentuk melalui Perintah Majlis 1893 yang diberi nama ‘Penubuhan dan Kuasa Mahkamah Jenayah dan Sivil’ yang dikenali sebagai Mahkamah Kadi. Pada mulanya Mahkamah Syariah adalah di bawah Pentadbiran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan dan ianya diasingkan mulai 1 Januari 1992 dan diberi nama Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan Darul Khusus. Sejak dari lahirnya Enakmen Undang-Undang Pentadbiran Hukum Syarak Negeri Sembilan 1991 pada 20 Juni 1991 Mahkamah Syariah memiliki tiga tingkat, yaitu:

a. Mahkamah Rendah Syariah b. Mahkamah Tinggi Syariah c. Mahkamah Rayuan Syariah.

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan bertanggungjawab menguruskan perjalanan perkara Mal dan perkara Jinayah di semua tingkat Mahkamah berdasarkan bidangkuasa yang diberikan di bawah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Sembilan 2003, Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Sembilan 2003, Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah


(47)

Negeri Sembilan 2003, Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah Negeri Sembilan 2003, Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Negeri Sembilan 2003.50

I. Landasan Hukum Mahkamah Tinggi Syariah

Landasan hukum Mahkamah Tinggi Syariah yang merupakan satu objektif dalam melaksanakan keadilan berdasarkan wewenang yang diberikan oleh undang-undang dan perlembagaan selaras dengan kehendak prinsip Islam yang terkandung di dalam Al-Quran dan Sunnah serta Ijmak dan Qias. Manakala misi Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan menjadikan Jabatan itu sebuah jabatan yang tepat dalam melaksanakan keadilan di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Sembilan 2003. Visinya sebagai sebuah agensi yang cemerlang dalam melaksanakan keadilan berdasarkan Hukum syarak bagi masyarakat Islam di Negeri Sembilan.51

Menurut Seksyen 61 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Sembilan 2003, telah mengatur Mahkamah Tinggi Syariah mempunyai wewenang di seluruh Negeri Sembilan dan diketuai oleh seorang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah. Pada Seksyen 61 (2), Ketua Hakim Syarie boleh bersidang sebagai hakim Mahkamah Tinggi Syariah dan mengetuai Mahkamah itu.

Manakala pada Seksyen 61 (3), bidangkuasa jinayah Mahkamah Tinggi Syariah, membicarakan mengenai kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh seseorang orang Islam dan boleh dihukum di bawah Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Sembilan 2003 atau di

50 Wawancara Pribadi dengan Ustaz Abd Razak bin Mat Nayan, Negeri Sembilan, 04 Agustus 2008.

51 Latar Belakang Mahkamah Syariah, artikel diakses pada 08 Agustus 2008 dari http://www.jksm.gov.my/jksm/display/akta.asp?page=03


(48)

bawah mana-mana undang-undang yang menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun Agama Islam, dan boleh mengenakan mana-mana hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu. Wewenang malnya, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan proses yang berkaitan dengan pertunangan, perkawinan, rujuk, perceraian, pembubaran perkawinan atau apa-apa yang berkaitan dengan hubungan suami istri antaranya hadhanah, harta gono gini, wasiat atau hibah semasa sakit keras, wakaf, perwarisan dan sebagainya serta, termasuk pernyataan bahwa seseorang itu bukan lagi orang Islam, pernyataan seseorang yang telah mati adalah seorang Islam atau sebaliknya semasa kematian dan perkara lain yang berkaitan dengan wewenang undang-undang yang tertulis.52


(49)

SETIAUSAHA DYMM YANG DIPERTUAN

BESAR NEGERI SEMBILAN

KETUA HAKIM SYARIE

PEGAWAI SYARIAH (PENYELIDIK) 7 PANEL RAYUAN JKSM PEMBANTU TADBIR (KESETIAUSAHAAN) MAHKAMAH RENDAH PENGURUSAN DAN SUMBER MANUSIA PENTADBIRAN KEHAKIMAN MAHKAMAH TINGGI KEUANGAN KETUA PENDAFTAR MRS JELEBU

MRS P. DICKSON

MRS K.PILAH MRS REMBAU MRS JEMPOL MRS TAMPIN HAKIM MTS MRS SEREMBAN UNIT TEKNOLOGI/ PUSAT SUMBER PENTADBIRAN UNIT SULH


(50)

PERTUKARAN AGAMA MENURUT ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN

J. No. 10 Tahun 2003 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Sembilan

Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Sembilan ini telah disahkan oleh Dewan Undangan Negeri pada tanggal 11 November 2003. Antara lain isinya adalah Seksyen 119 yang berbunyi sebagai berikut:

i. Seseorang Islam tidak boleh keluar daripada agama Islam atau disifatkan telah meninggalkan agama Islam sebagai agamanya melainkan jika dan sehingga dia telah memperoleh suatu pengisytiharan bagi maksud itu daripada Mahkamah Tinggi Syariah.

(2) Suatu permohonan bagi pengisytiharan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat secara ex-parte kepada Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dalam mahkamah terbuka oleh orang yang berhasrat untuk meninggalkan Agama Islam.

(3) Suatu permohonan di bawah subseksyen (2) hendaklah menyatakan alasan-alasan yang berdasarkannya pemohon berhasrat untuk meninggalkan agama Islam sebagai agamanya dan hendaklah disokong oleh suatu afidavit yang menyatakan semua fakta yang menyokong alasan permohonan itu.

(4) Setelah diterima permohonan di bawah subseksyen (2), Hakim Mahkamah Tinggi Syariah yang mendengar permohonan tersebut hendaklah;

a) Menasihati orang itu supaya bertaubat, dan jika Hakim berpuas hati orang itu telah bertaubat mengikut Hukum Syarak, hendaklah merekodkan taubat orang itu, atau

b) Jika orang itu enggan bertaubat, sebelum membuat apa-apa perintah terhadap orang itu, menangguhkan pendengaran permohonan itu untuk tempoh 90 hari dan pada masa yang sama menghendaki pemohon untuk menjalani sesi runding cara dan bimbingan bagi maksud menasihati pemohon untuk menimbang semula Agama Islam sebagi agamanya.


(51)

(5) Jika pada bila-bila masa orang yang dikehendaki menjalani sesi runding cara dan bimbingan itu telah bertaubat, pegawai yang bertanggungjawab terhadapnya hendaklah menyediakan suatu laporan dengan secepat mungkin dan membawa orang itu ke hadapan Mahkamah Tinggi Syariah (6) Jika hakim berpuas hati bahawa orang yang dikemukakan dihadapannya

mengikut subseksyen (5) telah bertaubat mengikut Hukum Syarak, hakim itu hendaklah merekodkan taubat orang itu.

(7) Jika setelah habis tempoh 90 hari yang disebut dalam perenggan (4)(b), orang itu masih enggan bertaubat, maka pegawai yang bertanggungjawab terhadapnya hendaklah menyediakan suatu laporan dengan secepat mungkin dan membawa orang itu ke hadapan Mahkamah Tinggi Syariah. (8) Jika setelah diterima laporan yang disebut dalam subseksyen (7),

Mahkamah berpendapat bahawa harapan masih ada untuk orang itu bertaubat, maka Mahkamah boleh menangguhkan pendengaran permohonan orang itu di bawah subseksyen (2) dan pada masa yang sama memerintahkan orang itu supaya menjalani sesi runding cara dan bimbingan yang selanjutnya selama tempoh yang tidak melebihi satu tahun.

(9) Jika selepas perintah di bawah subseksyen (8) dibuat, orang itu bertaubat, maka subseksyen (5) dan (6) terpakai.

(10) Jika setelah habis tempoh yang diperintahkan di bawah subseksyen (8) dan orang itu masih enggan bertaubat, pegawai yang bertanggungjawab terhadapnya hendaklah menyediakan suatu laporan dan membawa orang itu ke hadapan Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah boleh membuat keputusan untuk mengisytiharkan bahwa orang itu meninggalkan Agama Islam sebagai agamanya.

(11) Sebelum Mahkamah mengisytiharkan bahwa orang itu telah meninggalkan Agama Islam sebagai agamanya, Mahkamah hendaklah membuat perintah mengenai perkara yang berikut53:

(a) Pembubaran Perkawinan (b) Pembagian harta sepencarian


(52)

(d) Hak Pusaka, dan (e) Hak Hadhanah

K. Pertukaran Agama dan Peruntukan Undang-Undang mengenainya

Terdapat beberapa perkara yang berkaitan dengan pertukaran agama dari segi undang-undang. Di Malaysia, telah ada peruntukan undang-undang murtad. Walau bagaimanapun, oleh kerana Undang-undang Islam di Malaysia ini diletakkan di bawah wewenang negeri, maka tidak ada keseragaman mengenai undang-undang ini. Jika dilihat dari undang-undang yang telah dibentuk mengenai murtad di negeri-negeri di Malaysia ini, maka akan didapati lima bentuk peraturan.

i. Peraturan yang menyatakan “Murtad adalah kesalahan yang memiliki hukuman”

Di beberapa negeri, dapat dilihat ada yang meletakkan murtad ini sebagai satu kesalahan yang memiliki sanksi sebagaimana yang telah diatur oleh undang-undang. Contohnya antara lain yaitu:

1. Perak54

Perak adalah negeri yang menyatakan bahwa murtad adalah satu kesalahan yang dikenakan hukuman. Sebagai contohnya, di dalam seksyen


(53)

bahwa:

“Seseorang Islam yang dengan sengaja, sama ada dengan perbuatan atau perkataan atau dengan cara apa jua, mengaku hendak keluar daripada agama Islam atau mengisytiharkan dirinya sebagai orang yang bukan Islam adalah melakukan suatu kesalahan mempersendakan agama Islam dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya”.

2. Terengganu

Di negeri Terengganu juga dinyatakan bahwa murtad merupakan satu kesalahan yang dikenakan hukuman sebagaimana telah diatur di dalam seksyen 29 Enakmen Undang-undang Pentadbiran Islam Terengganu, 1996 yang menyatakan bahwa55:

“Barangsiapa yang berhasrat untuk meninggalkan agama Islam atau mengisytiharkan bahawa beliau telah meninggalkan agama Islam, boleh dikenakan denda sehingga RM 3,000.00 atau dihukum penjara tidak kurang dari setahun atau kedua-duanya sekali”.

3. Pahang56

Selain itu di Pahang, murtad juga diatur di dalam enakmen. Dalam enakmen ini dinyatakan bahwa murtad termasuk kesalahan yang mempunyai sanksi hukum contohnya, di dalam seksyen 185 Enakmen

55 Enakmen Undang-undang Pentadbiran Islam Terengganu, 1996

56 Enakmen Undang-undang Pentadbiran Agama Islam dan Adat Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1989)


(54)

(Pindaan 1989) menyatakan bahwa:

“Seseorang yang mengaku bahawa dia bukan lagi beragama Islam, sama ada melalui percakapan, penulisan atau apa-apa cara dengan apa-apa niat, adalah melakukan kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak lebih RM 5,000.00 atau penjara tidak kurang dari 3 tahun atau kedua-dua sekali, dan sebat tidak lebih dari 6 sebatan”.

ii. Tidak mengkategorikan ia sebagai kesalahan murtad tetapi sebagai sebagian dari perbuatan menghina agama dan akan dikenakan tindakan undang-undang

Selain itu, ada sebagian negeri yang tidak menyatakan secara langsung mengenai murtad ini, tetapi meletakkannya dibawah kategori menghina agama Islam. Ini dapat dilihat dibeberapa negeri diantaranya:

1. Melaka57

Di negeri Melaka, orang yang murtad dianggap orang yang menghina agama Islam. Orang yang menghina agama Islam dikenakan tindakan undang-undang. Sebagai contoh apa yang telah diperuntukkan di dalam seksyen 209 (1) Enakmen Undang-undang Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Melaka 1986 yang menyatakan bahwa orang yang menghina agama Islam akan disanksi tidak melebihi RM 3,000.00 atau satu tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Selain itu di dalam menperjelas tindakan menghina agama Islam ini, seksyen 209 (2) menambah yaitu:


(55)

seorang yang bukan Islam adalah membuat hina terhadap agama Islam”.

2. Sabah

Di Sabah, peruntukan yang dibuat adalah dibawah menghina agama Islam. Sebagai contoh di dalam seksyen 55 (1) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Sabah 1995 ada memperuntukkan bahwa:

“Barang siapa secara lisan atau penulisan atau apa cara jua yang dianggap membawa maksud mempersendakan atau menghina agama Islam atau apa-apa perjalanan Mazhab atau pegawai agama yang dilantik, guru agama, Imam, fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis atau Mufti mengikut mana-mana peruntukkan atau Enakmen ini adalah melakukan kesalahan dan sekiranya disabitkan boleh didenda tidak lebih RM 2,000.00 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya”.

Pasal lainnya menyebutkan murtad sama dengan menghina agama adalah seksyen 55 (2) yang berbunyi:

“Seseorang yang beragama Islam yang mengaku bahawa dia bukan lagi beragama Islam adalah melakukan kesalahan mengikut subseksyen (1), dan sekiranya disabitkan boleh dihukum mengikut hukuman tersebut”.

iii. Peraturan yang mengatur tentang pemohon murtad akan dikenakan tahanan di Pusat Pemulihan Aqidah

Ada sebagian negeri yang mengatur bahwa pemohon yang memohon untuk menjadi murtad akan dikenakan tahanan di Pusat Pemulihan Aqidah sebagai satu usaha untuk menghalangi terjadinya murtad ini. Negeri yang memperlakukan aturan tersebut, diantaranya:


(56)

Di negeri Sabah, seorang muslim yang ingin keluar dari agama Islam atau ingin dianggap sebuah kesalahan menghina agama dan akan dikenakan tindakan undang-undang. Disamping itu, Sabah juga mengatur agar dipulihkan akidahnya. Sebagai contoh di dalam Seksyen 63 (1) Enakmen Undang-undang Jenayah Islam Sabah, 1995 dinyatakan bahwa mereka yang ingin keluar dari Islam boleh ditahan di Pusat Pemulihan Aqidah tidak lebih dari 3 bulan.

2. Kelantan59

Bagi negeri Kelantan juga menyatakan perkara yang sama. Ini dapat dilihat kepada seksyen 102 Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Kelantan, 1994 dinyatakan bahwa jika seorang muslim ingin keluar dari Islam boleh ditahan di Pusat Pemulihan Aqidah tidak lebih dari 36 bulan bagi tujuan pendidikan dan orang itu diminta bertaubat mengikut hukum syarak.

iv. Memberikan Bimbingan Rohani dan Spritual

1. Negeri Sembilan

58 Enakmen Undang-undang Jenayah Islam Sabah, 1995


(57)

dengan syarat. Negeri Sembilanlah satu-satunya negeri di Malaysia yang mengatur syarat-syarat tertentu bagi orang yang ingin keluar dari Islam. Di dalam Seksyen 119.Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Sembilan 2003 ada dinyatakan bahwa apabila seorang Hakim di Mahkamah Tinggi Syariah telah mendengar permohonan tersebut, pihak hakim hendaklah menangguhkan pendengaran kasus berkenaan untuk satu tempoh selama 90 hari dan pihak pemohon akan diserahkan kepada pihak Mufti untuk tujuan kaunseling. Jika setelah habis tempoh 90 hari itu hakim berkenaan boleh mengisytiharkan bahwa pemohon berkenaan bukan lagi beragama Islam atau sebaliknya.60

Di dalam undang-undang di Negeri Sembilan ini, tidak ada hukuman atau penahanan yang diatur dalam enakmen tersebut.

v. Tidak diatur dalam Undang-undang

Di beberapa negeri di Malaysia tidak memiliki undang-undang yang mengatur tentang orang yang ingin murtad. Negeri-negeri tersebut adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan dan Sarawak. Dari paparan di atas telah dilihat beberapa aturan yang mengatur tentang masalah murtad ini di dalam beberapa buah negeri, ada yang dikenakan hukuman, ditahan di Pusat Pemulihan Aqidah, ada juga diberi kaunseling dan ada juga negeri yang tidak mengatur masalah ini sama sekali.


(58)

dibawa ke Mahkamah Syariah atas kesalahan murtad yang mana orang murtad itu dibicarakan dan dijatuhi hukuman di atas kesalahan itu. Undang-undang yang telah diatur untuk kesalahan murtad masih lagi kabur dan longgar terutamanya di dalam prosedurnya.

L. Prosedur Pertukaran Agama di Mahkamah Tinggi Syariah

Permohonan pertukaran agama bagi Negeri Sembilan merupakan mal dan bukan kesalahan jinayah dibandingkan dengan negeri-negeri lain yang meletakkan pertukaran agama sebagai satu kesalahan jinayah. Peraturan mengenai pertukaran agama telah dimasukkan ke dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Sembilan 2003 menyatakan bahwa seorang muslim tidak boleh keluar dari agama Islam atau tidak dianggap keluar dari agama Islam sehingga dia mendapatkan satu deklarasi daripada Mahkamah Tinggi. Perkara ini diperuntukkan dibawah Seksyen 119 (1) yaitu:

“Seseorang Islam tidak boleh keluar daripada agama Islam atau disifatkan telah meninggalkan Agama Islam sebagai agamanya melainkan jika dan sehingga dia telah memperoleh suatu perisytiharan bagi maksud itu daripada Mahkamah Tinggi Syariah”

Deklarasi itu diperoleh dengan membuat permohonan secara ex-parte yang disertai dengan alasan-alasan permohonan kepada Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dalam perbicaraan yang terbuka. Pengamalan permohonan ex-parte hanya dibenarkan untuk kasus-kasus yang dianggap benar-benar terdesak (Real


(59)

dianggap sebagai kasus yang perlu diselesaikan segera.61

Keinginan untuk keluar dari Agama Islam dan menganut agama selainnya merupakan satu perbuatan yang ditegah oleh agama Islam. Walaupun tegahan tersebut tidak dapat menghalang seseorang itu untuk membatalkan niatnya. Setiap permohonan untuk pertukaran agama yang didaftarkan di Mahkamah Tinggi Syariah di Negeri Sembilan adalah bertujuan untuk memastikan apakah permohonan mereka itu diterima atau ditolak dan dibuang dengan perintah Mahkamah Tinggi Syariah. Tetapi terdapat juga pemohon yang membatalkan pemohonannya dan menarik semula kasus yang telah diajukan.

Kasus yang diterima oleh Mahkamah Tinggi Syariah apabila pemohon dapat membuktikan alasan-alasan yang kuat sebagai contoh, jika pemohon memberi alasan untuk berpindah agama karena sering melakukan upacara keagamaan di kuil, makan makanan yang haram, maka Mahkamah Tinggi Syariah akan meneliti dan memeriksa bukti-bukti yang diajukan untuk melihat kebenarannya. Permohonan akan diterima apabila hakim berpendapat bahwa pemohon dari kecil telah hidup dengan cara agama yang dianutnya.

Mahkamah Tinggi Syariah juga akan menerima permohonan tersebut apabila meneliti laporan yang diberikan oleh Jabatan Mufti semasa proses persidangan yang menunjukkan bahwa sebagian hidup pemohon tidak lagi mengamalkan ajaran Islam.

61 Wawancara Pribadi dengan Ustaz Abdul Halim bin Shariff, Negeri Sembilan, 07 Agustus 2008.


(1)

116


(2)

117


(3)

118


(4)

119


(5)

120


(6)

121