Pengertian dari segi etimologi

Berlakunya pertukaran agama melalui tiga cara yaitu: a. Dengan melakukan atau meninggalkan sesuatu perbuatan b. Dengan perkataan c. Dengan iktiqad Atas dasar itu para ulama’ fiqih menyatakan bahwa unsur daripada jinayah pertukaran agama adalah melalui pernyataan keluar dari agama Islam dan dilakukan secara sengaja dan sadar. Selain daripada itu, menurut al-Sheikh Abd Qadir Audah, pertukaran agama adalah meninggalkan agama Islam dan keluar daripadanya setelah menganutnya. 16 Berdasarkan arti ini, dapat disimpulkan bahwa murtad adalah seorang muslim mukallaf yang keluar daripada agama Islam sama ada dengan kepercayaan, perkataan, atau perbuatan dengan kehendaknya sendiri. 17

c. Pengertian dari segi Perundang-undangan

Di Malaysia, Perlembagaan mempunyai kedudukan yang istimewa. Ia merupakan satu- satunya institusi atau sumber perundangan yang tertinggi. Terdapat lima perkara yang berkaitan dengan agama di dalam Perlembagaan di antaranya, agama Islam ialah agama bagi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di bagian Persekutuan. Menganut sesuatu agama adalah titik permulaan ekspresi keagamaan seseorang, yang mana sebelum individu itu mengamalkan atau menyebarkan sesuatu agama, maka terlebih dahulu perlu 16 Awdah, al-Tashri’ al Jina’ al Islami Muqarinan bi al Qanun al Wadie’, Muassasah ar Risalah, Beirut, 1994, jilid 1, h. 661 17 Muhammad bin Abdullah, Pertukaran Agama Menurut Islam dan Undang-undang, Ahbab Media, April 2006, cet. 1, h. 4 menganut agama tersebut. Menganut meliputi aspek kerelaan dan keyakinan terhadap agama yang dipilih. Hak menganut agama sebagai satu hak yang tiada batasan karena ia seiring dengan hak menukar agama bahkan, tidak satu pun yang boleh terikat dengan satu agama yang tidak memberi ruang untuk menukar kepada agama lain. Perubahan dalam diri seseorang adalah satu perkara yang tidak dapat dielakkan termasuklah menukar agama tambahan pula, di Malaysia rakyatnya bersuku-suku, budaya dan agama. Justru, percampuran lebih mudah berlaku dan ia mungkin membawa kepada proses pertukaran agama. 18 Orang Islam di Malaysia tidak dibenarkan memilih agama lain sesuka hati tanpa melalui proses-proses tertentu. Perbuatan keluar daripada agama Islam merupakan satu jinayah hudud yang boleh dikenakan hukuman bunuh. Undang-undang hudud termasuk hukuman ke atas orang yang keluar agama Islam atau murtad tidak dapat dilaksanakan di Malaysia. Undang-undang murtad di Malaysia menafsirkan pertukaran agama dengan berbagai penafsiran dan menetapkan hukuman sama ada dalam bentuk sanksi atau penjara atau kedua- duanya. Ini dapat dilihat antara lain di dalam Enakmen Undang-undang di beberapa negeri yang akan dijelaskan oleh penulis nanti. Dengan berdasarkan undang-undang pertukaran agama beberapa negeri dapat difahami bahwa pertukaran agama merujuk kepada tindakan seseorang terhadap dirinya untuk menunjukkan telah keluar dari agama Islam dan menyatakan dirinya tidak lagi mengamalkan ajaran agama Islam. 19 18 Lee Min Choon, Freedom of Religion in Malaysia, Kuala Lumpur, Kairos Research Center, 1999, h. 35 19 Ahmad Hidayat Buang, Undang-Undang Islam di Mahkamah-Mahkamah Syariah di Malaysia, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1998, h. 187