Tidak diatur dalam Undang-undang

urgency . Begitu juga dengan bentuk permohonan bagi pertukaran agama yang dianggap sebagai kasus yang perlu diselesaikan segera. 61 Keinginan untuk keluar dari Agama Islam dan menganut agama selainnya merupakan satu perbuatan yang ditegah oleh agama Islam. Walaupun tegahan tersebut tidak dapat menghalang seseorang itu untuk membatalkan niatnya. Setiap permohonan untuk pertukaran agama yang didaftarkan di Mahkamah Tinggi Syariah di Negeri Sembilan adalah bertujuan untuk memastikan apakah permohonan mereka itu diterima atau ditolak dan dibuang dengan perintah Mahkamah Tinggi Syariah. Tetapi terdapat juga pemohon yang membatalkan pemohonannya dan menarik semula kasus yang telah diajukan. Kasus yang diterima oleh Mahkamah Tinggi Syariah apabila pemohon dapat membuktikan alasan-alasan yang kuat sebagai contoh, jika pemohon memberi alasan untuk berpindah agama karena sering melakukan upacara keagamaan di kuil, makan makanan yang haram, maka Mahkamah Tinggi Syariah akan meneliti dan memeriksa bukti-bukti yang diajukan untuk melihat kebenarannya. Permohonan akan diterima apabila hakim berpendapat bahwa pemohon dari kecil telah hidup dengan cara agama yang dianutnya. Mahkamah Tinggi Syariah juga akan menerima permohonan tersebut apabila meneliti laporan yang diberikan oleh Jabatan Mufti semasa proses persidangan yang menunjukkan bahwa sebagian hidup pemohon tidak lagi mengamalkan ajaran Islam. 61 Wawancara Pribadi dengan Ustaz Abdul Halim bin Shariff, Negeri Sembilan, 07 Agustus 2008. Permohonan pertukaran agama juga boleh ditolak oleh Mahkamah Tinggi Syariah apabila alasan yang diberikan tidak mencapai tahap keyakinan yang boleh diterima. Contohnya pemohon mengatakan bahwa dia telah murtad karena tidak lagi mengamalkan ajaran Islam tetapi Mahkamah Tinggi Syariah juga mendapati bahwa dia juga tidak mengamalkan perkara yang dilarang dalam Islam yang telah menetapkannya dia menganut agama tertentu seperti menjalani upacara di gereja. Setelah diterima permohonan itu, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah akan mendengar dan menasihati orang itu supaya bertaubat sekiranya Hakim percaya bahwa orang tersebut telah bertaubat mengikut hukum Syarak, hendaklah mencatat taubat orang tersebut atau jika orang itu enggan bertaubat maka, Hakim akan menangguhkan pendengaran permohonan itu selama 90 hari dan pada masa yang sama menghendaki pemohon untuk menjalani sesi persidangan dan bimbingan untuk menasihati pemohon bagi menimbang semula Agama Islam sebagai agamanya yang mana masanya tidak melebihi satu tahun. Sekiranya dalam sesi tersebut pemohon telah bertaubat, pegawai yang bertanggung jawab akan menghantarkan laporan dan membawa orang itu ke Mahkamah Tinggi Syariah untuk dicatatkan taubatnya itu, tetapi jika setelah habis tempoh untuk sesi persidangan dan bimbingan akan tetapi pemohon masih tidak mau bertaubat, maka pihak Mahkamah Tinggi Syariah boleh membuat keputusan yang menyatakan bahwa orang tersebut telah meninggalkan agama Islam 62 . 62 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Sembilan 2003