Sejarah Singkat Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sembilan

Negeri Sembilan 2003, Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah Negeri Sembilan 2003, Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Negeri Sembilan 2003. 50

I. Landasan Hukum Mahkamah Tinggi Syariah

Landasan hukum Mahkamah Tinggi Syariah yang merupakan satu objektif dalam melaksanakan keadilan berdasarkan wewenang yang diberikan oleh undang-undang dan perlembagaan selaras dengan kehendak prinsip Islam yang terkandung di dalam Al-Quran dan Sunnah serta Ijmak dan Qias. Manakala misi Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan menjadikan Jabatan itu sebuah jabatan yang tepat dalam melaksanakan keadilan di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Sembilan 2003. Visinya sebagai sebuah agensi yang cemerlang dalam melaksanakan keadilan berdasarkan Hukum syarak bagi masyarakat Islam di Negeri Sembilan. 51 Menurut Seksyen 61 1 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Sembilan 2003, telah mengatur Mahkamah Tinggi Syariah mempunyai wewenang di seluruh Negeri Sembilan dan diketuai oleh seorang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah. Pada Seksyen 61 2, Ketua Hakim Syarie boleh bersidang sebagai hakim Mahkamah Tinggi Syariah dan mengetuai Mahkamah itu. Manakala pada Seksyen 61 3, bidangkuasa jinayah Mahkamah Tinggi Syariah, membicarakan mengenai kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh seseorang orang Islam dan boleh dihukum di bawah Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Sembilan 2003 atau di 50 Wawancara Pribadi dengan Ustaz Abd Razak bin Mat Nayan, Negeri Sembilan, 04 Agustus 2008. 51 Latar Belakang Mahkamah Syariah, artikel diakses pada 08 Agustus 2008 dari http:www.jksm.gov.myjksmdisplayakta.asp?page=03 bawah mana-mana undang-undang yang menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun Agama Islam, dan boleh mengenakan mana-mana hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu. Wewenang malnya, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan proses yang berkaitan dengan pertunangan, perkawinan, rujuk, perceraian, pembubaran perkawinan atau apa-apa yang berkaitan dengan hubungan suami istri antaranya hadhanah, harta gono gini, wasiat atau hibah semasa sakit keras, wakaf, perwarisan dan sebagainya serta, termasuk pernyataan bahwa seseorang itu bukan lagi orang Islam, pernyataan seseorang yang telah mati adalah seorang Islam atau sebaliknya semasa kematian dan perkara lain yang berkaitan dengan wewenang undang-undang yang tertulis. 52 52 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Sembilan 2003 SETIAUSAHA DYMM YANG DIPERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN KETUA HAKIM SYARIE PEGAWAI SYARIAH PENYELIDIK 7 PANEL RAYUAN JKSM PEMBANTU TADBIR KESETIAUSAHAAN MAHKAMAH RENDAH PENGURUSAN DAN SUMBER MANUSIA PENTADBIRAN KEHAKIMAN MAHKAMAH TINGGI KEUANGAN KETUA PENDAFTAR MRS JELEBU MRS P. DICKSON MRS K.PILAH MRS REMBAU MRS JEMPOL MRS TAMPIN HAKIM MTS MRS SEREMBAN UNIT TEKNOLOGI PUSAT SUMBER PENTADBIRAN UNIT SULH 45

BAB IV PERTUKARAN AGAMA MENURUT ENAKMEN PENTADBIRAN

AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN

J. No. 10 Tahun 2003 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Sembilan

Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Sembilan ini telah disahkan oleh Dewan Undangan Negeri pada tanggal 11 November 2003. Antara lain isinya adalah Seksyen 119 yang berbunyi sebagai berikut: i. Seseorang Islam tidak boleh keluar daripada agama Islam atau disifatkan telah meninggalkan agama Islam sebagai agamanya melainkan jika dan sehingga dia telah memperoleh suatu pengisytiharan bagi maksud itu daripada Mahkamah Tinggi Syariah. 2 Suatu permohonan bagi pengisytiharan di bawah subseksyen 1 hendaklah dibuat secara ex-parte kepada Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dalam mahkamah terbuka oleh orang yang berhasrat untuk meninggalkan Agama Islam. 3 Suatu permohonan di bawah subseksyen 2 hendaklah menyatakan alasan-alasan yang berdasarkannya pemohon berhasrat untuk meninggalkan agama Islam sebagai agamanya dan hendaklah disokong oleh suatu afidavit yang menyatakan semua fakta yang menyokong alasan permohonan itu. 4 Setelah diterima permohonan di bawah subseksyen 2, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah yang mendengar permohonan tersebut hendaklah; a Menasihati orang itu supaya bertaubat, dan jika Hakim berpuas hati orang itu telah bertaubat mengikut Hukum Syarak, hendaklah merekodkan taubat orang itu, atau b Jika orang itu enggan bertaubat, sebelum membuat apa-apa perintah terhadap orang itu, menangguhkan pendengaran permohonan itu untuk tempoh 90 hari dan pada masa yang sama menghendaki pemohon untuk menjalani sesi runding cara dan bimbingan bagi maksud menasihati pemohon untuk menimbang semula Agama Islam sebagi agamanya. 5 Jika pada bila-bila masa orang yang dikehendaki menjalani sesi runding cara dan bimbingan itu telah bertaubat, pegawai yang bertanggungjawab terhadapnya hendaklah menyediakan suatu laporan dengan secepat mungkin dan membawa orang itu ke hadapan Mahkamah Tinggi Syariah 6 Jika hakim berpuas hati bahawa orang yang dikemukakan dihadapannya mengikut subseksyen 5 telah bertaubat mengikut Hukum Syarak, hakim itu hendaklah merekodkan taubat orang itu. 7 Jika setelah habis tempoh 90 hari yang disebut dalam perenggan 4b, orang itu masih enggan bertaubat, maka pegawai yang bertanggungjawab terhadapnya hendaklah menyediakan suatu laporan dengan secepat mungkin dan membawa orang itu ke hadapan Mahkamah Tinggi Syariah. 8 Jika setelah diterima laporan yang disebut dalam subseksyen 7, Mahkamah berpendapat bahawa harapan masih ada untuk orang itu bertaubat, maka Mahkamah boleh menangguhkan pendengaran permohonan orang itu di bawah subseksyen 2 dan pada masa yang sama memerintahkan orang itu supaya menjalani sesi runding cara dan bimbingan yang selanjutnya selama tempoh yang tidak melebihi satu tahun. 9 Jika selepas perintah di bawah subseksyen 8 dibuat, orang itu bertaubat, maka subseksyen 5 dan 6 terpakai. 10 Jika setelah habis tempoh yang diperintahkan di bawah subseksyen 8 dan orang itu masih enggan bertaubat, pegawai yang bertanggungjawab terhadapnya hendaklah menyediakan suatu laporan dan membawa orang itu ke hadapan Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah boleh membuat keputusan untuk mengisytiharkan bahwa orang itu meninggalkan Agama Islam sebagai agamanya. 11 Sebelum Mahkamah mengisytiharkan bahwa orang itu telah meninggalkan Agama Islam sebagai agamanya, Mahkamah hendaklah membuat perintah mengenai perkara yang berikut 53 : a Pembubaran Perkawinan b Pembagian harta sepencarian 53 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Sembilan 2003 c Hak Perwalian d Hak Pusaka, dan e Hak Hadhanah

K. Pertukaran Agama dan Peruntukan Undang-Undang mengenainya

Terdapat beberapa perkara yang berkaitan dengan pertukaran agama dari segi undang-undang. Di Malaysia, telah ada peruntukan undang-undang murtad. Walau bagaimanapun, oleh kerana Undang-undang Islam di Malaysia ini diletakkan di bawah wewenang negeri, maka tidak ada keseragaman mengenai undang-undang ini. Jika dilihat dari undang-undang yang telah dibentuk mengenai murtad di negeri-negeri di Malaysia ini, maka akan didapati lima bentuk peraturan.

i. Peraturan yang menyatakan “Murtad adalah kesalahan yang memiliki

hukuman” Di beberapa negeri, dapat dilihat ada yang meletakkan murtad ini sebagai satu kesalahan yang memiliki sanksi sebagaimana yang telah diatur oleh undang-undang. Contohnya antara lain yaitu: 1. Perak 54 Perak adalah negeri yang menyatakan bahwa murtad adalah satu kesalahan yang dikenakan hukuman. Sebagai contohnya, di dalam seksyen 54 Enakmen Undang-undang Jenayah Syariah Negeri Perak, 1992