No. 10 Tahun 2003 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Sembilan

c Hak Perwalian d Hak Pusaka, dan e Hak Hadhanah

K. Pertukaran Agama dan Peruntukan Undang-Undang mengenainya

Terdapat beberapa perkara yang berkaitan dengan pertukaran agama dari segi undang-undang. Di Malaysia, telah ada peruntukan undang-undang murtad. Walau bagaimanapun, oleh kerana Undang-undang Islam di Malaysia ini diletakkan di bawah wewenang negeri, maka tidak ada keseragaman mengenai undang-undang ini. Jika dilihat dari undang-undang yang telah dibentuk mengenai murtad di negeri-negeri di Malaysia ini, maka akan didapati lima bentuk peraturan.

i. Peraturan yang menyatakan “Murtad adalah kesalahan yang memiliki

hukuman” Di beberapa negeri, dapat dilihat ada yang meletakkan murtad ini sebagai satu kesalahan yang memiliki sanksi sebagaimana yang telah diatur oleh undang-undang. Contohnya antara lain yaitu: 1. Perak 54 Perak adalah negeri yang menyatakan bahwa murtad adalah satu kesalahan yang dikenakan hukuman. Sebagai contohnya, di dalam seksyen 54 Enakmen Undang-undang Jenayah Syariah Negeri Perak, 1992 13 Enakmen Undang-undang Jenayah Syariah Perak, 1992 dinyatakan bahwa: “Seseorang Islam yang dengan sengaja, sama ada dengan perbuatan atau perkataan atau dengan cara apa jua, mengaku hendak keluar daripada agama Islam atau mengisytiharkan dirinya sebagai orang yang bukan Islam adalah melakukan suatu kesalahan mempersendakan agama Islam dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya”. 2. Terengganu Di negeri Terengganu juga dinyatakan bahwa murtad merupakan satu kesalahan yang dikenakan hukuman sebagaimana telah diatur di dalam seksyen 29 Enakmen Undang-undang Pentadbiran Islam Terengganu, 1996 yang menyatakan bahwa 55 : “Barangsiapa yang berhasrat untuk meninggalkan agama Islam atau mengisytiharkan bahawa beliau telah meninggalkan agama Islam, boleh dikenakan denda sehingga RM 3,000.00 atau dihukum penjara tidak kurang dari setahun atau kedua-duanya sekali”. 3. Pahang 56 Selain itu di Pahang, murtad juga diatur di dalam enakmen. Dalam enakmen ini dinyatakan bahwa murtad termasuk kesalahan yang mempunyai sanksi hukum contohnya, di dalam seksyen 185 Enakmen 55 Enakmen Undang-undang Pentadbiran Islam Terengganu, 1996 56 Enakmen Undang-undang Pentadbiran Agama Islam dan Adat Melayu Pahang 1982 Pindaan 1989 Undang-undang Pentadbiran Agama Islam dan Adat Melayu Pahang 1982 Pindaan 1989 menyatakan bahwa: “Seseorang yang mengaku bahawa dia bukan lagi beragama Islam, sama ada melalui percakapan, penulisan atau apa-apa cara dengan apa-apa niat, adalah melakukan kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak lebih RM 5,000.00 atau penjara tidak kurang dari 3 tahun atau kedua-dua sekali, dan sebat tidak lebih dari 6 sebatan”. ii. Tidak mengkategorikan ia sebagai kesalahan murtad tetapi sebagai sebagian dari perbuatan menghina agama dan akan dikenakan tindakan undang-undang Selain itu, ada sebagian negeri yang tidak menyatakan secara langsung mengenai murtad ini, tetapi meletakkannya dibawah kategori menghina agama Islam. Ini dapat dilihat dibeberapa negeri diantaranya: 1. Melaka 57 Di negeri Melaka, orang yang murtad dianggap orang yang menghina agama Islam. Orang yang menghina agama Islam dikenakan tindakan undang-undang. Sebagai contoh apa yang telah diperuntukkan di dalam seksyen 209 1 Enakmen Undang-undang Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Melaka 1986 yang menyatakan bahwa orang yang menghina agama Islam akan disanksi tidak melebihi RM 3,000.00 atau satu tahun penjara atau kedua-duanya sekali. Selain itu di dalam menperjelas tindakan menghina agama Islam ini, seksyen 209 2 menambah yaitu: 57 Enakmen Undang-undang Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Melaka 1986