Diskripsi Negeri Sembilan GAMBARAN UMUM MENGENAI MAHKAMAH TINGGI SYARIAH

satu kawasan atau daerah yang kira-kira seluas luak atau mukim atau kampung, orang-orang Minangkabau memanggil dengan nama ‘Negeri’ yaitu nagari. Seperti kerajaan lain, Negeri Sembilan telah memiliki sistem pemerintahan yang teratur meskipun baru terbentuk setelah runtuhnya kerajaan Melayu Melaka dan Johor. Sebelum Negara mencapai kemerdekaan, Negeri Sembilan adalah sebuah negeri yang dijajah sejak Yamtuan Yang Dipertuan Antah, dikalahkan dalam Perang Bukit Putus pada tahun 1874. Resminya Negeri Sembilan bernaung di kekuasaan Kerajaan Inggeris protektorat, dan diperintah oleh Pesuruhjaya Tinggi British British High commissioner. Seremban adalah pusat pentadbiran dan ekonomi kepada Negeri Sembilan dan merupakan Ibu Negeri, terdapat 62 mukim dan Bandar diraja adalah Sri Menanti. Sejajar dengan kepesatan perindustrian Negara, Negeri Sembilan tidak ketinggalan sebagai antara negeri utama di Malaysia yang menempatkan pelbagai jenis industri yang telah membuka banyak peluang pekerjaan kepada rakyat di Negara Malaysia. 49 Selain itu, Negeri Sembilan yang mendapat pengaruh yang kuat dari Minangkabau dikenal dengan sebutan negeri berbudaya. faktor itu turut menjadikan negeri itu unik hingga muncul sebagai salah satu negeri wisata. Dengan kedudukan yang strategis di wilayah Selat Melaka selain bertetangga dengan Lembah Klang, Negeri Sembilan adalah sebuah negeri yang sangat maju dari segi ekonomi.

H. Sejarah Singkat Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sembilan

49 Puteri Fahsyar, Siri Gemilang Tanah Nusa Pahang dan Negeri Sembilan, Pustaka Buana, 2004, cet. 1, hlm 38 Jabatan kehakiman Syariah Negeri Sembilan JKSNS dibentuk berdasarkan kepada Seksyen 411 dan 2 Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak Negeri Sembilan, 1960. Sejak dibentuk hingga tahun 1991, Mahkamah dijalankan bersama oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan JAINS. Mulai tahun 1991 Mahkamah telah diasingkan dari pengurusan di bawah JAINS dan mempunyai wewenang sendiri yang dinamakan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan dan beribu pejabat di Seremban Negeri Sembilan. Mahkamah Syariah Negeri Sembilan dibentuk melalui Perintah Majlis 1893 yang diberi nama ‘Penubuhan dan Kuasa Mahkamah Jenayah dan Sivil’ yang dikenali sebagai Mahkamah Kadi. Pada mulanya Mahkamah Syariah adalah di bawah Pentadbiran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan dan ianya diasingkan mulai 1 Januari 1992 dan diberi nama Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan Darul Khusus. Sejak dari lahirnya Enakmen Undang-Undang Pentadbiran Hukum Syarak Negeri Sembilan 1991 pada 20 Juni 1991 Mahkamah Syariah memiliki tiga tingkat, yaitu: a. Mahkamah Rendah Syariah b. Mahkamah Tinggi Syariah c. Mahkamah Rayuan Syariah. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan bertanggungjawab menguruskan perjalanan perkara Mal dan perkara Jinayah di semua tingkat Mahkamah berdasarkan bidangkuasa yang diberikan di bawah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Sembilan 2003, Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Sembilan 2003, Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah Negeri Sembilan 2003, Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah Negeri Sembilan 2003, Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Negeri Sembilan 2003. 50

I. Landasan Hukum Mahkamah Tinggi Syariah

Landasan hukum Mahkamah Tinggi Syariah yang merupakan satu objektif dalam melaksanakan keadilan berdasarkan wewenang yang diberikan oleh undang-undang dan perlembagaan selaras dengan kehendak prinsip Islam yang terkandung di dalam Al-Quran dan Sunnah serta Ijmak dan Qias. Manakala misi Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan menjadikan Jabatan itu sebuah jabatan yang tepat dalam melaksanakan keadilan di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Sembilan 2003. Visinya sebagai sebuah agensi yang cemerlang dalam melaksanakan keadilan berdasarkan Hukum syarak bagi masyarakat Islam di Negeri Sembilan. 51 Menurut Seksyen 61 1 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Sembilan 2003, telah mengatur Mahkamah Tinggi Syariah mempunyai wewenang di seluruh Negeri Sembilan dan diketuai oleh seorang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah. Pada Seksyen 61 2, Ketua Hakim Syarie boleh bersidang sebagai hakim Mahkamah Tinggi Syariah dan mengetuai Mahkamah itu. Manakala pada Seksyen 61 3, bidangkuasa jinayah Mahkamah Tinggi Syariah, membicarakan mengenai kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh seseorang orang Islam dan boleh dihukum di bawah Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Sembilan 2003 atau di 50 Wawancara Pribadi dengan Ustaz Abd Razak bin Mat Nayan, Negeri Sembilan, 04 Agustus 2008. 51 Latar Belakang Mahkamah Syariah, artikel diakses pada 08 Agustus 2008 dari http:www.jksm.gov.myjksmdisplayakta.asp?page=03