Implikasi Hukum terhadap Orang yang Bertukar Agama

Negeri Sembilan mempunyai luas 6,645 kilometer persegi. 48 Populasi penduduk diprediksi kurang lebih satu juta orang dengan mayoritas adalah orang Melayu. Daerahnya pada masa kini terbahagi kepada tujuh daerah yaitu Jelebu, Jempol, Kuala Pilah, Port Dickson, Rembau, Seremban dan Tampin. Persekutuan Tanah Melayu terbentuk pada tahun 1948, maka corak pemerintahan Negeri Sembilan dan lain-lain negeri di Semenanjung turut berubah. Selain dari Pulau Pinang dan Melaka, semua sembilan buah negeri Melayu yang beraja telah melantik ketua-ketua pemerintah dengan nama ‘Menteri Besar’. Bagaimanapun oleh karena negeri ini masih lagi dijajah, maka kerajaan Inggeris tetap juga meletakkan seorang pegawai Inggeris yang telah ditukar namanya dari ‘British Resident’ sebelum perang dan ‘Resident Commissioner’ dalam masa Malayan Union kepada ‘British Adviser’ atau ‘Penasihat British’. Dengan terbentuknya Persekutuan Tanah Melayu ini, muncullah satu babak baru dalam sebuah negeri. Jika sebelumnya Negeri Sembilan belum ada perlembagaan yang tertulis akan tetapi setelah Persekutuan Tanah Melayu terbentuk maka, Negeri Sembilan juga turut menerima perubahan, sebuah perlembagaan yang bertulis telah dikanunkan. Dengan adanya perlembagaan ini maka terbentuklah sebuah dewan undangan yang dinamakan Majlis Undangan Negeri State Legislative Council dengan semua ahlinya dilantik oleh Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan dengan persetujuan Undang yang Empat. Nama Negeri Sembilan diambil dari nama ‘Sembilan Negeri’ yang diketuai oleh ‘Sembilan Penghulu’ yang mengangkat Raja Melewar. Perkataan ‘Negeri’ dipangkal huruf ‘Sembilan’ itu diambil dari istilah yang lazim dipakai di tanah leluhur Minangkabau yang membawa pengertian 48 Keluaran Khas Kemerdekaan Berita Harian, Sabtu 30 Agustus 2008, h. 41. satu kawasan atau daerah yang kira-kira seluas luak atau mukim atau kampung, orang-orang Minangkabau memanggil dengan nama ‘Negeri’ yaitu nagari. Seperti kerajaan lain, Negeri Sembilan telah memiliki sistem pemerintahan yang teratur meskipun baru terbentuk setelah runtuhnya kerajaan Melayu Melaka dan Johor. Sebelum Negara mencapai kemerdekaan, Negeri Sembilan adalah sebuah negeri yang dijajah sejak Yamtuan Yang Dipertuan Antah, dikalahkan dalam Perang Bukit Putus pada tahun 1874. Resminya Negeri Sembilan bernaung di kekuasaan Kerajaan Inggeris protektorat, dan diperintah oleh Pesuruhjaya Tinggi British British High commissioner. Seremban adalah pusat pentadbiran dan ekonomi kepada Negeri Sembilan dan merupakan Ibu Negeri, terdapat 62 mukim dan Bandar diraja adalah Sri Menanti. Sejajar dengan kepesatan perindustrian Negara, Negeri Sembilan tidak ketinggalan sebagai antara negeri utama di Malaysia yang menempatkan pelbagai jenis industri yang telah membuka banyak peluang pekerjaan kepada rakyat di Negara Malaysia. 49 Selain itu, Negeri Sembilan yang mendapat pengaruh yang kuat dari Minangkabau dikenal dengan sebutan negeri berbudaya. faktor itu turut menjadikan negeri itu unik hingga muncul sebagai salah satu negeri wisata. Dengan kedudukan yang strategis di wilayah Selat Melaka selain bertetangga dengan Lembah Klang, Negeri Sembilan adalah sebuah negeri yang sangat maju dari segi ekonomi.

H. Sejarah Singkat Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sembilan

49 Puteri Fahsyar, Siri Gemilang Tanah Nusa Pahang dan Negeri Sembilan, Pustaka Buana, 2004, cet. 1, hlm 38