Prosedur Pertukaran Agama di Mahkamah Tinggi Syariah

Permohonan pertukaran agama juga boleh ditolak oleh Mahkamah Tinggi Syariah apabila alasan yang diberikan tidak mencapai tahap keyakinan yang boleh diterima. Contohnya pemohon mengatakan bahwa dia telah murtad karena tidak lagi mengamalkan ajaran Islam tetapi Mahkamah Tinggi Syariah juga mendapati bahwa dia juga tidak mengamalkan perkara yang dilarang dalam Islam yang telah menetapkannya dia menganut agama tertentu seperti menjalani upacara di gereja. Setelah diterima permohonan itu, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah akan mendengar dan menasihati orang itu supaya bertaubat sekiranya Hakim percaya bahwa orang tersebut telah bertaubat mengikut hukum Syarak, hendaklah mencatat taubat orang tersebut atau jika orang itu enggan bertaubat maka, Hakim akan menangguhkan pendengaran permohonan itu selama 90 hari dan pada masa yang sama menghendaki pemohon untuk menjalani sesi persidangan dan bimbingan untuk menasihati pemohon bagi menimbang semula Agama Islam sebagai agamanya yang mana masanya tidak melebihi satu tahun. Sekiranya dalam sesi tersebut pemohon telah bertaubat, pegawai yang bertanggung jawab akan menghantarkan laporan dan membawa orang itu ke Mahkamah Tinggi Syariah untuk dicatatkan taubatnya itu, tetapi jika setelah habis tempoh untuk sesi persidangan dan bimbingan akan tetapi pemohon masih tidak mau bertaubat, maka pihak Mahkamah Tinggi Syariah boleh membuat keputusan yang menyatakan bahwa orang tersebut telah meninggalkan agama Islam 62 . 62 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Sembilan 2003 Sebelum mahkamah memutuskan bahwa orang tersebut telah meninggalkan agama Islam, mahkamah hendaklah membuat perintah mengenai perkara yang berkaitan dengan: a Pembubaran Perkahwinan b Pembagian harta sepencarian c Hak Perwalian d Hak Pusaka dan e Hak Hadhanah Jelas di dalam peruntukan mengenai pengisytiharan pertukaran agama yang ada di Negeri Sembilan, ianya memberikan ruang kepada mahkamah untuk benar- benar memastikan bahwa pemohon sudah tidak mau bertaubat sebelum memberikan keputusan tentang status agama. Jangkamasa penangguhan yang berada di dalam tangan mahkamah bertujuan memberikan masa kepada pemohon untuk berfikir mengenai perkara tersebut.

M. Analisis Penulis

Mengenai kasus-kasus pertukaran agama yang telah didaftarkan di Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sembilan. Seseorang yang telah berniat untuk menukar agamanya bagi memilih agama selainnya akan membuat permohonan pertukaran agama di bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Sembilan 2003 seperti yang telah dibincangkan di bab yang lalu. Dua unsur penting di dalam kesalahan murtad adalah keluar dari Islam dan berlakunya niat jahat. Keluar dari Islam berarti tidak lagi mempercayai Islam. Ini boleh berlaku dengan tiga cara: i Dengan melakukan atau meninggalkan sesuatu perbuatan ii Dengan perkataan iii Dengan iktiqad Keluar dari Islam dengan melakukan sesuatu perbuatan seperti melakukan perbuatan yang diharamkan oleh Islam secara menolak pengharaman itu dengan sengaja atau dengan tujuan menghina Islam atau mempersendakannya, seperti sujud pada berhala atau mencampakkan al-Quran ke tempat yang kotor atau menghina isi kandungannya. Murtad dengan cara meninggalkan sesuatu perbuatan seperti meninggalkan apa-apa yang diwajibkan oleh Islam seperti solat dan zakat, dengan menafikan kewajiban atau menghalalkan peninggalannya. Manakala keluar dari agama Islam dengan perkataan seperti mengeluarkan kata-kata yang dapat menunjukkan atau membawa kekufuran, seperti mengingkari ketuhanan dengan mengatakan bahwa Allah s.w.t itu tiada, menyatakan diri keluar dari Islam atau mengaku diri sebagai seorang Nabi. Murtad dengan iktikad boleh berlaku apabila seseorang itu mempunyai iktikad yang bertentangan dengan Islam, seperti mepercayai bahwa alam ini tiada penciptanya. Para fuqaha’ sependapat bahwa orang gila, orang mabuk atau kanak- kanak melakukan perkara-perkara yang dapat membawa kepada murtad, mereka tidak dianggap telah keluar dari agama Islam, sebaliknya dianggap masih kekal di dalam Islam. Begitu juga dengan orang yang dipaksa murtad, apakah dengan perbuatan atau perkataan, dia tidak akan jatuh murtad. Ini telah disetujui oleh para fuqaha’ mazhab yang empat berdasarkan firman Allah s.w.t dalam firman Allah s.w.t: FG 1 J 9 ycE z3 3,+] 7A=MJd2 =M x :Y + i == -| 0pXY0 x DJV}h e0 =4+, ~-~ B • [e+ €• f 2 ~ k 2 O A Artinya : “Kecuali orang yang dipaksa kafir padahal hatinya tetap tenang dalam beriman Dia tidak berdosa, akan tetapi orang yang melapangkan dadanya untuk kekafiran, Maka kemurkaan Allah menimpanya dan baginya azab yang besar”. Q.S an-Nahl: 106 Niat jahat juga merupakan suatu syarat yang penting untuk menentukan apakah seseorang itu boleh dijatuhkan hukuman murtad atau tidak. Niat jahat berarti bahwa seseorang itu sengaja melakukan perbuatan atau perkataan kufur yang dia sendiri tahu mengenai perbuatan atau perkataan itu. 63 Di Malaysia, didapati orang-orang yang mencuba murtad yang terdiri dari tiga golongan yaitu orang yang murtad dengan sendirinya, orang yang keluar dari Islam dan menyatakannya, golongan yang seakan-akan murtad tetapi tidak berniat dengan sedemikian. Sebagaimana sebuah kasus Nyonya Tahir, Nomor Fail 05100-099-0021- 2006 yang merupakan antara golongan yang murtad secara sendiri. Sinopsis kasusnya, permohonan ex-parte ini telah dibuat oleh Majlis Agama Islam Negeri 63 Zaleha Kamaruddin, Kamus Istilah Undang-undang Keluarga Islam, Zebra Editions Sdn. Bhd., cet. 2002, h. 100-101