Dampak Pertukaran Agama di dalam Undang-Undang di Malaysia

Di dalam perundangan, seseorang yang bukan Islam tidak boleh mewarisi harta peninggalan kerabat-kerabatnya yang Islam. Di dalam kasus Re Timah Binti Abdullah, Mahkamah telah memutuskan ahli waris bukan Islam kepada seorang perempuan Jepang Islam, tidak mendapat apa-apa bagian dari harta pusakanya. ii Hak orang muslim untuk mewarisi harta orang murtad Bagi hak yang kedua ini, yaitu hak orang Muslim terhadap harta orang murtad, ulama’ telah berselisih pendapat dan perselisihan ini disebabkan perbedaan penafsiran hadis Usamah bin Zaid yang menyatakan bahwa orang Islam tidak akan mewarisi daripada orang kafir dan demikian juga orang kafir terhadap orang Islam. Oleh karena itu, bagi sebagian pendapat di antaranya Sayyidina Ali, Abdullah ibn Mas’ud, Zaid bin Thabit, Imam Abu Hanifah menyatakan bahwa harta orang yang murtad akan dipusakai oleh ahli-ahli warisnya yang beragama Islam dan mereka beralasan bahwa hadis tersebut merupakan hadis ahad dan ia sebenarnya ditujukan kepada orang-orang kafir yang berlainan agama dan bukannya kepada orang yang telah murtad. Dalam Rangcangan Undang-undang Kanun Jenayah Syariah Pasal 11 Kelantan disebutkan apabila Mahkamah memutuskan hukuman bunuh terhadap orang murtad, Mahkamah hendaklah memerintah supaya hartanya, sama ada diperolehi sebelum atau selepas melakukan kesalahan itu, dirampas untuk dipegang oleh Baitul Mal. Walau bagaimanapun, Rangcangan undang-undang ini tidak akan dapat dilaksanakan karena bertentangan dengan artikel 13 Perlembagaan Persekutuan yaitu: “Tiada seseorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang. Tiada suatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta-harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi” b Dampak Pertukaran Agama Kepada Perkawinan Menurut Undang- Undang Di dalam membicarakan hal ini, kita akan membicarakan dari dua sudut yaitu: i Dampak terhadap perkawinan orang Islam jika salah satu pasangan keluar dari Islam. Dampak terhadap perkahwinan jika berlaku pertukaran agama di dalam Undang- undang Islam di negara ini. Sebagai contoh, di dalam seksyen 46 Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 telah meperuntukan bahwa: 1 Jika salah satu pihak kepada suatu perkawinan itu murtad atau memeluk agama sesuatu kepercayaan lain daripada Islam, maka perbuatan sedemikian tidak boleh dengan sendiriannya berkuatkuasa membubarkan perkawinan itu melainkan dan sehingga disahkan demikian oleh mahkamah 2 Jika salah satu pihak kepada salah satu perkawinan bukan Islam memeluk agama Islam, maka perbuatan yang demikian tidak boleh dengan sendirinya berkuatkuasa membubarkan perkawinan itu melainkan dan sehingga disahkan demikian oleh mahkamah Walaupun Mahkamah Syariah mempunyai wewenang untuk mengesahkan pembubaran perkahwinan itu, Mahkamah Syariah tidak boleh membuat putusan yang terkait dengan nafkah, pembagian harta bersama atau hak asuh anak terhadap pihak yang murtad. Ini kerana Mahkamah Syariah tidak ada kuasa terhadap orang yang bukan Islam. Dari sudut hukum fiqh, Ulama’ telah berselisih pendapat dalam isu ini. Menurut Mazhab Shafi’e, Hanbali dan Maliki, sekiranya suami atau istri atau kedua-duanya murtad sebelum berlaku persetubuhan maka difasakhkan nikahnya ketika perkara itu terjadi. Jika murtad itu berlaku selepas persetubuhan maka terfasakhlah perkawinan tersebut dengan beriddah. 41 Seandainya mereka kembali kepada Islam semasa iddah tersebut maka akad perkawinan tersebut tetap berlangsung. Namun jika mereka tidak kembali kepada Islam sehingga tamat iddah berakhir, maka pasangan tersebut hendaklah dipisahkan. Apabila berlaku persetubuhan semasa iddah maka mereka tidak akan dikenakan hukuman zina yaitu hukum hudud tetapi mereka hanya dikenakan hukuman ta’zir karena hal tersebut terjadi dalam keadaan syubhat. Sekiranya istri kembali kepada Islam sebelum suaminya dan suaminya kembali semasa waktu iddah atau kedua-duanya kembali dalam masa yang sama semasa iddah maka tetaplah akad nikah mereka. Bagaimanapun sekiranya salah seorang kembali kepada Islam dan seorang lagi tidak kembali kepada Islam sehingga waktu iddah berakhir maka pernikahan mereka difasakhkan. Menurut Mazhab Hanafi, hendaklah dipisahkan di antara suami dengan istri sekiranya dihukumkan sah murtadnya. Selain itu, menurut Imam Abu Hanifah dan Imam Abu Yusuf pula, hukum fasakh kerana murtadnya suami tidak perlu menunggu keputusan hakim dan ini berarti hukum fasakh berlaku ketika salah satu pihak murtad. 41 Arieff Salleh Rosman, Murtad Menurut Perundangan Islam, Terbitan Universiti Teknologi Mara Skudai, 2001, cet. Kedua, h. 64 Di dalam kes yang berlaku di Terengganu yaitu, Permohonan ex-parte Zaimas, pemohon telah memohon mengesahkan perceraiannya di luar mahkamah. Permohonan mengesahkan perceraian di luar mahkamah ini dikuatkan lagi dengan bukti menunjukan bahwa suami itu telah diputuskan murtad oleh Kadi Daerah Johor Bahru. Dengan itu, mahkamah telah memutuskan bahwa setelah mengetahui suami itu memang telah murtad, mahkamah telah membubarkan perkawinan itu mengikut seksyen 431 Enakmen Undang- undang Penntadbiran Keluarga Islam 1985 yang memperuntukan: ”Jika salah satu pihak kepada suatu perkahwinan itu murtad atau memeluk sesuatu kepercayaan lain daripada Islam, maka perbuatan yang demikian tidak boleh dendan sendirinya berkuatkuasa membubarkan perkahwinan itu melainkan dan sehingga disahkan sedemikian oleh Mahkamah.” Oleh karena itu, bagi kasus orang Islam yang ingin murtad apa yang diperhatikan dalam beberapa Undang-undang Keluarga Negeri, prosedur mengenai keluar dari Islam masih lagi longgar walaupun ada yang menyentuh mengenainya. Kesannya, orang yang hendak murtad tidak dapat diputuskan hasratnya itu. Hasilnya, di dalam Undang-undang di Malaysia, orang yang hendak keluar dari Islam, memang tidak akan diperbolehkan oleh Undang-undang dan dia masih terikat kepada Mahkamah Syariah di dalam hak-hak yang berkaitan agama. ii Dampak terhadap perkahwinan orang bukan Islam jika salah satu pasangan masuk ke dalam agama Islam. Ada beberapa kasus di Malaysia yang berkaitan dengan dampak pemelukan agama Islam oleh salah satu pihak pada perkawinan di kalangan orang bukan Islam. Mengikut hukum Islam, jika seseorang itu memeluk agama Islam dan istrinya tidak mengikut bersama memeluk agama Islam sehabis masa iddah maka, perkawinan itu akan bubar tetapi di Malaysia seseorang yang telah memeluk agama Islam, ia masih tidak ada hak untuk membubarkan perkawinannya selagi pihak yang tidak Islam itu tidak memohon perceraian di Mahkamah Sivil. Perkara ini dilihat sebagai suatu yang mendorong kepada kesusahan bagi pihak yang memeluk Islam. 42 Menurut Undang-undang Sivil, Seksyen 4 Akta memperbaharui Undang-undang Perkahwinan dan Perceraian 1976, memperuntukan: 1 Tiada apa-apa jua dalam akta ini boleh menyentuh sahnya sesuatu perkawinan yang telah diupacarakan di bawah sesuatu undang-undang. 2 Perkawinan itu, jika sah di bawah undang-undang agama, adat atau kelaziman yang dibawahnya ia telah diupacarakan itu, hendaklah disifatkan sebagai didaftarkan di bawah Akta ini. 3 Tiap-tiap perkawinan itu melainkan jika tidak sah di bawah undang-undang, agama, adat atau kelaziman yang dibawahnya ia telah diupacarakan itu, hendaklah berterusan hingga dibubarkan: a Dengan kematian salah satu pihaknya atau b Dengan perintah sesuatu mahkamah yang mempunyai bidangkuasa yang layak atau, 42 Muhammad bin Abdullah, Pertukaran Agama Menurut Islam dan Undang-undang, Ahbab Media, April 2006, cet. 1, h. 57 c Dengan satu dikri pembatalan yang dibuat oleh sesuatu mahkamah yang mempunyai bidangkuasa yang layak. Seksyen 3 3 Akta tersebut juga memperuntukan bahwa Akta tersebut tidak boleh dipakai bagi seorang Islam atau bagi seorang yang kawin di bawah hukum syara’ dan tidak satupun perkawinan boleh diupacarakan atau didaftarkan di bawah Akta itu jika salah seorang daripada pihak kepada perkawinan itu menganut agama Islam, tetapi tiada apa-apa jua dalam Pasal ini boleh diartikan sebagai menghalang sesuatu mahkamah yang dihadapannya sesuatu petisyen 43 perceraian telah dibuat di bawah Seksyen 51 Akta tersebut daripada memberi dekri 44 perceraian atas petisyen daripada satu pihak kepada sesuatu perkawinan jika pihak yang satu lagi telah masuk Islam dan dekri itu adalah, walau apa pun Undang-undang bertulis lain yang berlawanan, sah terhadap pihak kepada perkawinan itu yang telah masuk Islam sedemikian itu. 45 Terdapat beberapa kasus yang dapat dilihat tentang dampak undang-undang dalam isu ini. Dalam kes Pedley lwn Majlis Ugama Islam Pulau Pinang, telah diputuskan bahwa di bawah Undang-undang Sivil, suatu perkawinan bukan Islam tidak dibubarkan apabila salah satu pihaknya memeluk agama Islam. Ia hanya memberi alasan bagi pihak yang tidak memeluk agama Islam itu memohon perceraian. 43 Petisyen maksudnya Permohonan resmi kepada mahkamah supaya sesuatu tindakan kehakiman dapat diambil. 44 Dekri maksudnya Perintah yang dibuat oleh pihak berkuasa 45 Akta Memperbaharui Undang-undang Perkawinan dan Perceraian 1976 Kasus itu mengenai pihak yang menuntut beragama Kristian Katolik Roman, telah berkawin dengan seorang perempuan seagama dengannya mengikut upacara Katolik Roman kemudian istrinya telah memeluk agama Islam dan menukar namanya kepada nama Islam tanpa pengetahuan pihak yang menuntut . Lantaran itu, Kadi Besar Pulau Pinang telah mengirim surat kepada yang menuntut mengatakan istrinya telah memeluk agama Islam dan oleh kerana itu pihak yang menuntut dinasihatkan untuk memeluk agama Islam dalam masa 90 hari dan jika ia tidak berbuat demikian maka perkawinan mereka akan berakhir mengikut hukum Islam. Pihak yang menuntut telah memohon suatu putusan bahwa masuknya istrinya ke dalam Islam tidak akan merubahkan ikatan perkawinan mereka. Sehubungan dengan itu Hakim Mahkamah Tinggi Sivil telah memutuskan bahwa pernyataan Kadi Besar itu tidak akan mengganggu keadaan pihak yang menuntut hal ini sesuai dengan Undang-undang peribadinya 46 dan Undang-undang Sivil negara. Dampak perundangan seperti ini juga dapat dilihat dalam kasus Ng Swee Pian lwn Abdul Wahid dan seorang lagi di mana pihak penuntut telah memohon agar Mahkamah Tinggi menghilangkan haknya yang wujud pada yang kena tuntut untuk membubarkan perkawinan mereka dan tidak mempunyai bidangkuasa perundangan untuk mengeluarkan perintah pembubaran tersebut. Pihak yang menuntut juga telah memohon kepada Mahkamah untuk mengekalkan perkawinan mereka dan masih sah dari sudut Undang- undang, Mahkamah Sivil memutuskan bahwa Mahkamah Kadi Daerah Bukit Mertajam tidak mempunyai bidangkuasa untuk mendengar permohonan tersebut tetapi sebaliknya 46 Undang-undang Pribadi maksudnya persetujuan-persetujuan yang dibuat ketika menikah perjanjian perkawinan Mahkamah Sivil yang mempunyai bidangkuasa bagi perkara tersebut tetapi jika hanya dimohon oleh pihak yang tidak memeluk agama Islam Demikianlah yang terjadi yang melibatkan peruntukan dalam Undang-undang Membaharui 1976 dan hasil daripada penelitian, Akta Undang-undang tersebut tidak mempunyai peruntukan khusus mengenai keluar daripada Islam. c Dampak Pertukaran Agama Kepada Perwalian Wali yang telah murtad tidak mempunyai hak perwalian terhadap orang lain. Perkara ini termasuklah haknya untuk menjadi wali dalam acara akad nikah bagi anak perempuannya. 47 Wali dalam Islam harus yang beragama Islam. Orang kafir tidak boleh menjadi wali kepada orang Islam begitulah sebaliknya. Jika lelaki murtad maka hilanglah hak perwalian terhadap anak-anaknya. Ia tidak dibenarkan menjadi wali terhadap anak-anak lelakinya yang masih kecil dan tidak pula menjadi wali pernikahan bagi anak perempuan. d Dampak pertukaran Agama Kepada Persaksian Dalam hukum Islam, saksi mestilah orang Islam yang adil. Orang fasik tidak diterima persaksiannya apalagi orang kafir walaupun kafir dzimmi, kecuali dalam perkara wasiat orang Islam yang hendak meninggal dunia dalam suatu perjalanan apabila tidak didapati orang Islam disampingnya. Dalam perkawinan dan perceraian, hendaklah dipersaksikan orang Islam yang adil. Maka, apabila orang kafir dzimmi tidak dibenarkan menjadi saksi, tentulah orang yang murtad yang tidak tentu agamanya lebih tidak layak dan tidak sah mengikut syarat sah sorang saksi Islam. 47 Ahmad Mohamed Ibrahim, Pentadbiran Undang-undang Islam di Malaysia, Institut Kefahaman Islam Malaysia IKIM,Kuala Lumpur, 1997, h. 412

F. Implikasi Hukum terhadap Orang yang Bertukar Agama

Murtad merupakan satu bahaya yang besar kepada umat Islam. Karena gejala ini bisa merusakkan akidah seseorang. Perbuatan bertukar agama Islam kepada agama lain, tanpa ada perasaan takut akan azab Allah akan menggalakkan orang lain mempermainkan ajaran Islam yang suci ini. Oleh karena itu, perlaksanaan hukuman Islam terhadap gejala murtad ini perlulah dilaksanakan. Terdapat banyak implikasi hukum terhadap orang yang bertukar agama ini, antaranya ialah murtad dapat mendatangkan kemudharatan kepada masyarakat umat Islam dan negara. Hal ini dapat berlaku, apabila seseorang itu murtad maka ia telah dianggap telah mengkhianati Islam. Maka tidak mustahil kekhianatannya dalam agama akan membawa kepada hal-hal lain seperti tidak amanah, tidak bertanggungjawab dan sebagainya. Apabila seorang muslim itu telah diluluskan permohonan pertukaran agamanya kepada agama yang lain, maka implikasinya, orang Islam yang lain akan dibenar meninggalkan agama Islam pada bila-bila masa saja, walaupun mengakui mereka adalah bangsa Melayu. Maka, akan terjadi bangsa Melayu di Malaysia bukan lagi terikat dengan agama Islam seperti yang telah dituliskan di dalam perlembagaan. Selain daripada itu, kesalahan Syarie yang dilakukan oleh seorang muslim tidak boleh diambil tindakan disebabkan perundangan Syariah sudah tidak relevan lagi. Contohnya solat boleh dilakukan mengikut cara yang tersendiri, tidak melakukan puasa di bulan Ramadhan dan sebagainya. Bagi institusi Raja-raja Melayu akan hilang kuasa sebagai benteng dan simbol keagamaan bagi umat Islam. Begitu juga apabila seorang kanak-kanak umurnya masuk 18 tahun, ibubapa akan terus hilang kelayakan untuk menetapkan agama dan fahaman mereka, dan tindakan boleh diambil ke atas ibubapa yang memaksa anak mereka untuk mengamalkan ajaran Islam. Maka, kasus-kasus pertukaran agama ini akan menjadi perhatian menyeluruh bagi sebuah organisasi, individu bukan Islam dan seluruh negara-negara besar menghantar wakil untuk memberikan tekanan yang besar kepada institusi perundangan negara yang lemah untuk membela aqidah umat Islam.

BAB III GAMBARAN UMUM MENGENAI MAHKAMAH TINGGI SYARIAH

SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

G. Diskripsi Negeri Sembilan

Negeri Sembilan mempunyai luas 6,645 kilometer persegi. 48 Populasi penduduk diprediksi kurang lebih satu juta orang dengan mayoritas adalah orang Melayu. Daerahnya pada masa kini terbahagi kepada tujuh daerah yaitu Jelebu, Jempol, Kuala Pilah, Port Dickson, Rembau, Seremban dan Tampin. Persekutuan Tanah Melayu terbentuk pada tahun 1948, maka corak pemerintahan Negeri Sembilan dan lain-lain negeri di Semenanjung turut berubah. Selain dari Pulau Pinang dan Melaka, semua sembilan buah negeri Melayu yang beraja telah melantik ketua-ketua pemerintah dengan nama ‘Menteri Besar’. Bagaimanapun oleh karena negeri ini masih lagi dijajah, maka kerajaan Inggeris tetap juga meletakkan seorang pegawai Inggeris yang telah ditukar namanya dari ‘British Resident’ sebelum perang dan ‘Resident Commissioner’ dalam masa Malayan Union kepada ‘British Adviser’ atau ‘Penasihat British’. Dengan terbentuknya Persekutuan Tanah Melayu ini, muncullah satu babak baru dalam sebuah negeri. Jika sebelumnya Negeri Sembilan belum ada perlembagaan yang tertulis akan tetapi setelah Persekutuan Tanah Melayu terbentuk maka, Negeri Sembilan juga turut menerima perubahan, sebuah perlembagaan yang bertulis telah dikanunkan. Dengan adanya perlembagaan ini maka terbentuklah sebuah dewan undangan yang dinamakan Majlis Undangan Negeri State Legislative Council dengan semua ahlinya dilantik oleh Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan dengan persetujuan Undang yang Empat. Nama Negeri Sembilan diambil dari nama ‘Sembilan Negeri’ yang diketuai oleh ‘Sembilan Penghulu’ yang mengangkat Raja Melewar. Perkataan ‘Negeri’ dipangkal huruf ‘Sembilan’ itu diambil dari istilah yang lazim dipakai di tanah leluhur Minangkabau yang membawa pengertian 48 Keluaran Khas Kemerdekaan Berita Harian, Sabtu 30 Agustus 2008, h. 41.