maklumat masih belum matang, namun penting bagi pengkaji memahami konsep yang mendasari polisi maklumat kerana kegagalan memahaminya menyebabkan kekeliruan
tentang skop dan tabii polisi maklumat dalam kalangan masyarakat dan kerajaan Browne 1997b. Justeru, kajian ini menyoroti konsep berkaitan polisi maklumat
seperti di bawah:
a Polisi Maklumat
b Polisi Maklumat Kebangsaan
c Isu Polisi maklumat
d Pengkelasan Polisi maklumat
Sorotan ke atas konsep di atas adalah bagi menentukan kedudukan lompang dalam bidang polisi maklumat dan letak duduk sesuatu teori.
2.3 POLISI MAKLUMAT
Definisi polisi maklumat dijelaskan dalam perenggan ini. Definisi yang dikemukakan dapat diguna sebagai asas bagi menentukan skop dan konteks kajian. Kajian ini
mengemuka dua definisi polisi maklumat iaitu yang bersifat mikro dan yang besifat makro.
2.3.1 Definisi Polisi Maklumat
Sorotan susastera menunjukkan terdapat berbagai pandangan berkaitan definisi dan konsep polisi maklumat yang dikemukakan oleh pengkaji lampau sehingga
menyebabkan definisi polisi maklumat tidak dapat dipersetujui bersama oleh para pengkaji Duff 2004. Kajian mendapati wujud polisi yang didakwa sebagai polisi
maklumat tetapi boleh dipertikai dan masih terus diletak di bawah tajuk alternatif. Sebahagian pengkaji cenderung untuk menakrif batas bidang polisi maklumat secara
sempit atau memfokus kepada isu tertentu dan ada yang melihat bidang polisi maklumat dari perspektif yang luas Braman 2011. Kepelbagaian disiplin dan isu
yang dikaitkan dengan polisi maklumat menyukarkan para pengkaji mendefinisi polisi maklumat dan menentu kerangka teori bagi kajian polisi maklumat Case 2010. Selain
itu, masalah definisi polisi maklumat juga berpunca dari sifat maklumat itu sendiri yang dinamik, inovatif, serta memberi implikasi sosial dan ekonomi.
Walaupun Braman 2009 mengemukakan beberapa pendekatan bagi mendefinisi polisi maklumat berdasarkan beberapa komponen seperti perundangan,
industri, peringkat dalam rantai penghasilan maklumat dan kesan maklumat kepada masyarakat. Namun, kepelbagaian definisi polisi maklumat mendorong kajian ini
mengemukakan definisi polisi maklumat berdasarkan kepada dua kumpulan iaitu definisi bersifat mikro dan definisi bersifat makro.
a Definisi Bersifat Mikro
Sebahagian pengkaji mengemukakan definisi polisi maklumat berdasarkan skop yang khusus dengan perspektif teori yang tertentu Rabina 2001. Menurut Braman 2011
definisi mikro yang terawal adalah isu yang berkaitan dengan capaian kepada maklumat kerajaan. Selain itu pengkaji yang mengemukakan definisi seperti ini ialah
Jaeger 2007 yang berpandangan bahawa polisi maklumat adalah kombinasi perundangan, peraturan, dan garis panduan yang mengawal penghasilan, pengurusan,
dan penggunaan maklumat - yang mencorak peranan maklumat dalam masyarakat. Sementara pengkaji lain memberi definisi berdasarkan perundangan dan peraturan
seperti yang dikemukakan oleh Kamar 2006 dan polisi menggalak dan merangsang pertukaran maklumat oleh Cornella 1998. Polisi maklumat turut didefinisi secara
khusus sebagai set aktiviti berkait dengan pemprosesan maklumat dan komunikasi Trauth 1986. Case 2010 dan Wilkinson Nilsen 2010 pula mengemukakan
definisi polisi maklumat yang dikaitkan dengan perpustakaan. Case mendakwa polisi maklumat adalah panduan pembangunan infrastruktur rangkaian telekomunikasi,
komputer dan bangunan perpustakaan dan kandungan semua yang berkaitan daripada perjanjian hakcipta kepada dokumentasi sebenar.
b Definisi Bersifat Makro
Sebahagian pengkaji mengemukakan definisi polisi maklumat yang bersifat makro iaitu definisi polisi maklumat yang merangkumi berbagai isu. Pengkaji yang memilih
definisi makro menganggap polisi maklumat boleh dirujuk sebagai payung kepada sekumpulan polisi awam yang bersatu secara langsung atau tidak langsung dengan
istilah maklumat Burger 1993; Trauth 1986. Bagi yang berpandangan seperti ini, polisi maklumat turut dikaitkan dengan bidang lain seperti pendidikan, sains dan
teknologi Bustamante 2007; Soler 2007, budaya, ketelusan pentadbiran awam dan polisi anti rasuah dan khususnya polisi teknologi maklumat Bustamante 2007 dan
kesihatan Soler 2007. Selain itu, polisi maklumat juga tidak boleh hanya berfungsi sebagai menyedia capaian kepada maklumat teknikal dan saintifik semata-mata, tetapi
perlu meliputi semua jenis maklumat dan pengetahuan Soler 2007.
Antara pengkaji terawal yang mengemukakan definisi makro ialah Porat 1977. Walaupun Porat dianggap cenderung mengaitkan polisi maklumat dengan
ekonomi berasaskan maklumat, namun Porat tidak mengetepikan sektor bukan maklumat seperti masyarakat dan kerajaan. Malah beliau menegaskan ahli teknologi
perlu mengambil perhatian terhadap kesan teknologi maklumat ke atas sektor lain supaya perspektif polisi yang dibangun tidak menjadi sempit. Encyclopedia of Library
and Information Science dlm. Hill 1994 turut dikesan mengemukakan definisi yang luas iaitu polisi maklumat sebagai satu bidang yang terdiri daripada sains maklumat
dan polisi awam dan menganggap maklumat sebagai komoditi yang terikat dengan teori ekonomi berkait dengan hak harta dan menganggap maklumat sebagai sumber
yang dikumpul, dilindungi, dikongsi, dimanipulasi dan diurus. Pengkaji terkini seperti Pajaro Betancourt 2007a pula mendakwa polisi maklumat adalah satu garis
panduan dan hala tuju tindakan terancang bagi menjamin capaian maklumat universal untuk menjalankan semua aktiviti sosial, ekonomi dan politik, bagi membantu
mencapai matlamat pembangunan negara. Sementara itu, Maxwell 2003b pula mengemukakan definisi polisi maklumat sebagai keputusan sosial, politik,
perundangan, ekonomi dan teknologi yang berkait dengan peranan maklumat dalam masyarakat.
Bersesuaian dengan skop kajian yang bersifat kebangsaan dan persekitaran maklumat yang kompleks, polisi maklumat yang komprehensif perlu meliputi semua
sektor yang boleh dikaitkan dengan maklumat dalam sesebuah negara. Kajian ini menganggap polisi maklumat perlu dikaitkan dengan penyediaan maklumat yang
berbagai bagi kegunaan semua sektor dalam negara. Justeru, kajian ini mengambil definisi polisi maklumat yang bersifat luas seperti yang diguna oleh Maxwell 2003b
dan Pajaro Betancourt 2007a.
2.3.2 Bentuk Polisi Maklumat