Polisi Maklumat Kebangsaan POLISI MAKLUMAT

berteraskan maklumat. Pendidikan dan sistem latihan juga perlu disesuaikan dengan keperluan pembelajaran sepanjang hayat dan proses yang konsisten bagi memperkaya dan meningkat kemahiran Pajaro Betancourt 2007b. Polisi maklumat turut berfungsi bagi memasti sokongan kepada penyelidikan maklumat yang berkaitan dengan teori, amalan, pendidikan, latihan kepada menghasil, memindah dan mengguna maklumat Pajaro Betancourt 2007a. Selain itu, polisi maklumat penting bagi menyokong penyediaan rangkaian pembelajaran kolektif untuk inovasi dan menghasil pengetahuan tempatan untuk pengeluaran Soler 2007. Kepelbagaian matlamat polisi maklumat seperti dibentangkan di atas mengukuh lagi hujah bahawa polisi maklumat adalah satu bidang silang disiplin. Selain itu, kepelbagaian matlamat polisi maklumat secara tidak langsung menunjukkan keperluan kepada satu model maklumat yang bersepadu yang terdiri dari beberapa komponen dari berbagai disiplin yang dikaitkan antara satu dengan yang lain. Model bersepadu ini dijangka dapat memberi kefahaman tentang bidang polisi maklumat yang tepat dan menyeluruh.

2.3.5 Polisi Maklumat Kebangsaan

Tema polisi maklumat kebangsaan adalah tema yang dominan sejak kebelakangan ini. Walaupun dominan pada tahun terkebelakang, namun polisi maklumat kebangsaan bukan suatu isu baharu kerana telah dikemukakan secara serius di Perancis pada tahun 1978, Sweden pada tahun 1980 dan United Kingdom pada tahun 1983. Bagaimana pun Arnold 2007 mendakwa skop polisi maklumat kebangsaan masih belum jelas sehingga sekarang. Istilah polisi maklumat kebangsaan seperti yang dikemukakan seawal 1974 oleh Lamberton, diikuti oleh Law 2000, Oladele 2001, Arnold 2002 dan Rowlands et al. 2002 didapati sinonim dengan istilah lain iaitu polisi maklumat awam Maxwell 2003a; Esanu 2004; Nyquist 2004, polisi maklumat persekutuan Smith et al. 2000; Smith 2004, polisi maklumat kerajaan Nilsen 2000 dan istilah polisi maklumat kerajaan Pusat Ministry of Labour Government Administration Norway 2001. K ajian ini mendapati bahawa tidak ada perbezaan antara istilah ‘polisi maklumat’ dan ‘polisi maklumat kebangsaan’ kerana isu yang menjadi persoalan bagi keduanya adalah serupa. Antara isu yang dikemukakan adalah Akta kebersendirian, kebebasan maklumat dan arkib kebangsaan seperti yang dijelaskan dalam perenggan 2.4.6. Perkara yang membezakan antara kedua istilah itu adalah skop penggunaannya. Polisi maklumat dirujuk sebagai polisi maklumat kebangsaan apabila sesebuah kajian dijalankan terhadap negara tertentu Rabina 2001. Dalam kajian ini istilah polisi maklumat diguna.

2.4. KAJIAN ISU YANG DIKAITKAN DENGAN POLISI MAKLUMAT

Susastera dalam bidang polisi maklumat menemui banyak isu dikenal pasti boleh mendasari pembentukan sesuatu polisi maklumat khususnya polisi maklumat kebangsaan. Sebagai contoh, Braman 2009 menemui 20 klausa berbeza dalam perundangan AS yang boleh dianggap sebagai polisi maklumat. Walaupun penentuan isu polisi maklumat diakui penting Wilkinson Nilsen 2010 namun sejak kajian Porat pada tahun 1997, perkembangan berkaitan dengan pembangunan topologi isu polisi maklumat adalah tidak menggalakkan Hernon Relyea 2003. Duff 2004 mengakui isu yang perlu dijadikan asas atau perlu dirangkumi dalam pembangunan polisi maklumat masih tidak dapat diputuskan terutamanya apabila terdapat isu baharu seperti teknologi maklumat dan amalan pengurusan sumber maklumat. Justeru, tidak menghairankan apabila sarjana masih tidak bersependapat dalam menentukan apakah isu yang dapat dikelas sebagai polisi maklumat. Keadaan ini menyebabkan sebahagian besar kajian tentang polisi maklumat hanya mengadaptasi isu yang diguna pakai oleh pengkaji sebelumnya. Misalnya Arnold 2007 mengadaptasi senarai isu polisi maklumat yang dihasilkan oleh Porat 1977, Rabina 2001 dan Maxwell 2003a mengadaptasi senarai Overman Cahill 1990 dlm. Rabina 2001. Henrici 2004 mengadaptasi senarai daripada tiga orang pengkaji yang beliau namakan iaitu Montviloff 1990, Wild 1996 dan Roos 1998 manakala Rowlands 1996