LATAR BELAKANG TEORI KAJIAN ISU YANG DIKAITKAN DENGAN POLISI MAKLUMAT

diguna bagi kajian yang berasaskan kepada analisis kandungan dokumen Ridley 2008. Dalam bidang polisi maklumat pula, pendekatan ini diguna oleh Arnold 2007 bagi mengkaji corak polisi maklumat di Afrika Selatan. Dalam kajian ini, sorotan susastera dibahagi kepada dua bahagian iaitu Bab 2 dan Bab 3. Bab 2 menyoroti susastera lampau mengenai latar belakang teori dan konsep yang dikaitkan dengan polisi maklumat. Manakala Bab 3 pula menyelidik model polisi maklumat lampau bagi mengenal pasti lompang dan isu yang dikaitkan dengan polisi maklumat. Lompang dan isu yang dikenal pasti seterusnya berfungsi sebagai asas bagi membentuk kerangka teori kajian ini. Pembahagian perbincangan sorotan susastera kepada beberapa bab turut diguna oleh pengkaji lain seperti Mohd Bakhari 2009. Polisi maklumat didakwa wujud sejak awal abad ke-16 lagi dan terus mengalami perkembangan sebagai satu bidang ilmu yang tersendiri. Walaupun pendekatan polisi maklumat moden wujud mulai tahun 1960-an Hernon Relyea 2003 namun, sehingga hari ini bidang ini masih belum mencapai kematangan dari segi teori dan amalan Arnold 2007; Duff 2004. Keadaan ini mendorong penyelidik menyoroti dua masalah yang dikaitkan dengan polisi maklumat iaitu teori dan masalah amalan polisi. Aspek teori yang disoroti adalah berkaitan dengan definisi polisi maklumat, bentuk polisi maklumat, disiplin polisi maklumat, matlamat polisi maklumat, polisi maklumat kebangsaan, isu polisi maklumat dan pengkelasan polisi maklumat. Manakala sorotan susastera berkaitan dengan aspek amalan pula dilakukan bagi mengenal pasti lompang yang berkaitan dengan amalan polisi maklumat.

2.2 LATAR BELAKANG TEORI

Teori adalah satu set hubungan sistematik yang memberi penjelasan tentang suatu fenomenon. Model pula merupakan perwakilan kepada teori dan perlu dibentuk mengguna teori Hair et al. 2006. Aspek teori dalam bidang polisi maklumat didapati masih langka dan belum matang Arnold 2007; Duff 2004. Antara aspek teori polisi maklumat yang belum matang ialah yang berkaitan dengan skop, definisi dan aspek kajian silang disiplin Arnold 2007; Case 2010. Walaupun aspek teori polisi maklumat masih belum matang, namun penting bagi pengkaji memahami konsep yang mendasari polisi maklumat kerana kegagalan memahaminya menyebabkan kekeliruan tentang skop dan tabii polisi maklumat dalam kalangan masyarakat dan kerajaan Browne 1997b. Justeru, kajian ini menyoroti konsep berkaitan polisi maklumat seperti di bawah: a Polisi Maklumat b Polisi Maklumat Kebangsaan c Isu Polisi maklumat d Pengkelasan Polisi maklumat Sorotan ke atas konsep di atas adalah bagi menentukan kedudukan lompang dalam bidang polisi maklumat dan letak duduk sesuatu teori.

2.3 POLISI MAKLUMAT

Definisi polisi maklumat dijelaskan dalam perenggan ini. Definisi yang dikemukakan dapat diguna sebagai asas bagi menentukan skop dan konteks kajian. Kajian ini mengemuka dua definisi polisi maklumat iaitu yang bersifat mikro dan yang besifat makro.

2.3.1 Definisi Polisi Maklumat

Sorotan susastera menunjukkan terdapat berbagai pandangan berkaitan definisi dan konsep polisi maklumat yang dikemukakan oleh pengkaji lampau sehingga menyebabkan definisi polisi maklumat tidak dapat dipersetujui bersama oleh para pengkaji Duff 2004. Kajian mendapati wujud polisi yang didakwa sebagai polisi maklumat tetapi boleh dipertikai dan masih terus diletak di bawah tajuk alternatif. Sebahagian pengkaji cenderung untuk menakrif batas bidang polisi maklumat secara sempit atau memfokus kepada isu tertentu dan ada yang melihat bidang polisi maklumat dari perspektif yang luas Braman 2011. Kepelbagaian disiplin dan isu yang dikaitkan dengan polisi maklumat menyukarkan para pengkaji mendefinisi polisi maklumat dan menentu kerangka teori bagi kajian polisi maklumat Case 2010. Selain itu, masalah definisi polisi maklumat juga berpunca dari sifat maklumat itu sendiri yang dinamik, inovatif, serta memberi implikasi sosial dan ekonomi. Walaupun Braman 2009 mengemukakan beberapa pendekatan bagi mendefinisi polisi maklumat berdasarkan beberapa komponen seperti perundangan, industri, peringkat dalam rantai penghasilan maklumat dan kesan maklumat kepada masyarakat. Namun, kepelbagaian definisi polisi maklumat mendorong kajian ini mengemukakan definisi polisi maklumat berdasarkan kepada dua kumpulan iaitu definisi bersifat mikro dan definisi bersifat makro. a Definisi Bersifat Mikro Sebahagian pengkaji mengemukakan definisi polisi maklumat berdasarkan skop yang khusus dengan perspektif teori yang tertentu Rabina 2001. Menurut Braman 2011 definisi mikro yang terawal adalah isu yang berkaitan dengan capaian kepada maklumat kerajaan. Selain itu pengkaji yang mengemukakan definisi seperti ini ialah Jaeger 2007 yang berpandangan bahawa polisi maklumat adalah kombinasi perundangan, peraturan, dan garis panduan yang mengawal penghasilan, pengurusan, dan penggunaan maklumat - yang mencorak peranan maklumat dalam masyarakat. Sementara pengkaji lain memberi definisi berdasarkan perundangan dan peraturan seperti yang dikemukakan oleh Kamar 2006 dan polisi menggalak dan merangsang pertukaran maklumat oleh Cornella 1998. Polisi maklumat turut didefinisi secara khusus sebagai set aktiviti berkait dengan pemprosesan maklumat dan komunikasi Trauth 1986. Case 2010 dan Wilkinson Nilsen 2010 pula mengemukakan definisi polisi maklumat yang dikaitkan dengan perpustakaan. Case mendakwa polisi maklumat adalah panduan pembangunan infrastruktur rangkaian telekomunikasi, komputer dan bangunan perpustakaan dan kandungan semua yang berkaitan daripada perjanjian hakcipta kepada dokumentasi sebenar. b Definisi Bersifat Makro Sebahagian pengkaji mengemukakan definisi polisi maklumat yang bersifat makro iaitu definisi polisi maklumat yang merangkumi berbagai isu. Pengkaji yang memilih definisi makro menganggap polisi maklumat boleh dirujuk sebagai payung kepada sekumpulan polisi awam yang bersatu secara langsung atau tidak langsung dengan istilah maklumat Burger 1993; Trauth 1986. Bagi yang berpandangan seperti ini, polisi maklumat turut dikaitkan dengan bidang lain seperti pendidikan, sains dan teknologi Bustamante 2007; Soler 2007, budaya, ketelusan pentadbiran awam dan polisi anti rasuah dan khususnya polisi teknologi maklumat Bustamante 2007 dan kesihatan Soler 2007. Selain itu, polisi maklumat juga tidak boleh hanya berfungsi sebagai menyedia capaian kepada maklumat teknikal dan saintifik semata-mata, tetapi perlu meliputi semua jenis maklumat dan pengetahuan Soler 2007. Antara pengkaji terawal yang mengemukakan definisi makro ialah Porat 1977. Walaupun Porat dianggap cenderung mengaitkan polisi maklumat dengan ekonomi berasaskan maklumat, namun Porat tidak mengetepikan sektor bukan maklumat seperti masyarakat dan kerajaan. Malah beliau menegaskan ahli teknologi perlu mengambil perhatian terhadap kesan teknologi maklumat ke atas sektor lain supaya perspektif polisi yang dibangun tidak menjadi sempit. Encyclopedia of Library and Information Science dlm. Hill 1994 turut dikesan mengemukakan definisi yang luas iaitu polisi maklumat sebagai satu bidang yang terdiri daripada sains maklumat dan polisi awam dan menganggap maklumat sebagai komoditi yang terikat dengan teori ekonomi berkait dengan hak harta dan menganggap maklumat sebagai sumber yang dikumpul, dilindungi, dikongsi, dimanipulasi dan diurus. Pengkaji terkini seperti Pajaro Betancourt 2007a pula mendakwa polisi maklumat adalah satu garis panduan dan hala tuju tindakan terancang bagi menjamin capaian maklumat universal untuk menjalankan semua aktiviti sosial, ekonomi dan politik, bagi membantu mencapai matlamat pembangunan negara. Sementara itu, Maxwell 2003b pula mengemukakan definisi polisi maklumat sebagai keputusan sosial, politik, perundangan, ekonomi dan teknologi yang berkait dengan peranan maklumat dalam masyarakat. Bersesuaian dengan skop kajian yang bersifat kebangsaan dan persekitaran maklumat yang kompleks, polisi maklumat yang komprehensif perlu meliputi semua sektor yang boleh dikaitkan dengan maklumat dalam sesebuah negara. Kajian ini menganggap polisi maklumat perlu dikaitkan dengan penyediaan maklumat yang berbagai bagi kegunaan semua sektor dalam negara. Justeru, kajian ini mengambil definisi polisi maklumat yang bersifat luas seperti yang diguna oleh Maxwell 2003b dan Pajaro Betancourt 2007a.

2.3.2 Bentuk Polisi Maklumat

Sarjana polisi maklumat berbeza pendapat tentang bentuk polisi maklumat kebangsaan. Antara pandangan awal bentuk polisi maklumat adalah seperti yang dikemukakan oleh Trauth pada tahun 1986. Trauth berpandangan polisi maklumat boleh dalam bentuk undang-undang, kebiasaan atau kelaziman dalam masyarakat, tindakan pentadbiran, tekanan pasaran dan antarabangsa. Dalam pada itu, Browne 1997a menegaskan polisi maklumat tidak wajar terhad kepada kajian perundangan dan polisi bertulis yang formal semata-mata. Sebahagian pengkaji pula berpandangan, polisi maklumat adalah dalam bentuk anrbitan dan bertulis yang boleh diperoleh dari sumber seperti jurnal perundangan, penerbitan perundangan, jurnal dan penerbitan lain sama ada oleh kerajaan atau swasta Kamar 2006. Pandangan terkini tentang bentuk polisi maklumat adalah seperti yang dikemukakan oleh Kargbo 2007 yang berpandangan polisi maklumat boleh dalam bentuk perundangan bertulis atau tidak bertulis, peraturan, amalan berkaitan penciptaan, perolehan, organisasi, penyebaran atau penilaian maklumat. Justeru, kajian ini mengadaptasi bentuk polisi maklumat kebangsaan yang dikemukakan oleh Oladele 2001 dan Moore 2005 dengan pandangan bahawa polisi maklumat kebangsaan boleh dalam bentuk formal dan tidak formal. Polisi maklumat merangkumi penyataan polisi, perundangan dan peraturan serta program dan inisiatif bagi mencapai matlamat polisi, atau secara tidak formal dan diamal dalam pekerjaan.

2.3.3 Disiplin polisi maklumat

Kajian polisi maklumat bukan sahaja diminati dan berkait dengan aspek akademik sahaja tetapi turut meliputi kumpulan yang berbagai. Kumpulan ini membentuk satu komuniti polisi terdiri dari kerajaan, industri, kumpulan komuniti, dan individu pengguna maklumat Nilsen 2000. Dari aspek akademik, polisi maklumat turut menjadi bidang ilmiah yang menarik minat dalam kalangan pengkaji dari berbagai disiplin. Hal ini dibukti dengan kepelbagaian penerbitan dan kajian berkaitan polisi maklumat oleh sarjana sains maklumat, kajian dasar, ekonomi, pentadbiran awam dan sosial seperti dikesan oleh Hill sejak 1994 lagi. Disiplin kajian yang berbagai menyebabkan pengkaji lampau membuat kajian bagi menentu disiplin kajian yang sebenar bagi polisi maklumat seawal 1993 oleh Burger, diikuti oleh Hernon McClure dlm. Nilsen 2000, Duff 2004 hinggalah yang terkini oleh Wilkinson Nilsen 2010. Berbeza dari Hill, beberapa kajian cuba membuktikan polisi maklumat adalah satu komponen bagi disiplin sains maklumat. Kecenderungan ini dikesan sejak 1993 oleh Burger dan Browne 1997a. Pandangan ini disokong oleh Rowlands 1999 yang membuat kajian terhadap 771 artikel berkaitan dengan polisi maklumat. Kajian Rowlands mendapati 540 artikel diterbit dalam jurnal kajian maklumat dan perpustakaan, 92 artikel dalam jurnal perundangan, 32 pentadbiran awam, 32 sains politik, 26 kajian komunikasi, sains sosial 24 dan pengurusan dan perniagaan 15 buah. Sementara Hahn 2003 pula mendakwa dalam kebanyakan kes, penulis artikel berkaitan maklumat mempunyai latar belakang pendidikan sains maklumat dan perpustakaan. Orna 2008 turut mengakui peranan dan sumbangan disiplin sains maklumat kepada badan ilmu polisi maklumat secara teori dan amalan. Perenggan 2.3.3 menunjukkan sains maklumat adalah rumah disiplin yang berpotensi bagi bidang polisi maklumat. Bagaimanapun kajian ini mengambil pandangan Wilkinson Nilsen 2010 dan Braman 2010 yang mendakwa polisi maklumat adalah bidang silang disiplin. Kajian ini menyimpul bahawa disiplin akademik yang dikaitkan dengan polisi maklumat adalah seperti berikut: a Bidang Sains Maklumat dan Perpustakaan. b Bidang Ekonomi. c Bidang Sains Politik. d Bidang Dasar awam. e Bidang Sosiologi. f Bidang Kajian Komputer. g Bidang Komunikasi. h Bidang Pentadbiran Awam. i Bidang Undang-Undang.

2.3.4 Matlamat Polisi Maklumat

Kekeliruan matlamat pembangunan polisi maklumat masih berlaku dalam bidang polisi maklumat Duff 2004. Keadaan ini dibuktikan dengan kepelbagaian pandangan berkenaan matlamat polisi maklumat. Meskipun pendekatan polisi maklumat kebangsaan adalah berbeza dari sebuah negara ke sebuah negara yang lain Arnold 2004; Pajaro Betancourt 2007, namun matlamat polisi maklumat adalah sama bagi kebanyakan negara Case 2010; Orna 2008. Isu yang ditangani menerusi polisi maklumat adalah juga sama bagi kebanyakan negara. Antara isunya ialah capaian maklumat universal, kepastian terhadap hak peribadi, perlindungan terhadap harta intelek dan penggalakan aktiviti e-dagang Moore 2004b. Justeru, menentukan matlamat polisi maklumat adalah penting kerana dapat diguna sebagai asas menganalisis polisi maklumat semasa sesebuah negara. Kajian ini mengenal pasti bahawa polisi maklumat digubal dan diamal bagi mencapai matlamat yang pelbagai. Matlamat polisi maklumat adalah seperti berikut: a Matlamat Menyediakan Perkhidmatan Maklumat Dalam Masyarakat Polisi maklumat kebangsaan perlu bagi menyedia perkhidmatan maklumat dalam masyarakat Henrici 2004. Polisi maklumat diperlukan bagi setiap negara bagi memasti pelaksanaan dan operasi sistem, perkhidmatan dan sumber maklumat yang harmoni dapat dicapai Priftis Oppenheim 1999. Keperluan kepada polisi maklumat kebangsaan yang berkesan penting kepada pakar dan profesional maklumat yang terlibat dengan proses capaian, pengurusan, pengedaran dan mengenal pasti penggunaan maklumat oleh berbagai kumpulan pengguna dalam masyarakat. Polisi maklumat juga penting bagi memasti koordinasi dan kerjasama sistem maklumat dan perkhidmatan yang berkesan dapat dilaksanakan Henrici 2004. b Matlamat berkaitan Infrastruktur dan Aplikasi ICT Teknologi Maklumat dan Komunikasi ICT diperakui penting bagi memperbaiki kehidupan, pemerkasaan sosio-politik dan pembangunan ekonomi Hosman Howard 2010. Bagi menyediakan infrastruktur sokongan dan meningkat penggunaan teknologi dengan optimum bagi pembangunan negara polisi maklumat memainkan peranan penting Pajaro Betancourt 2007b. Polisi maklumat perlu menjadi penyelia untuk mencapai infrastruktur telekomunikasi yang berkesan dan murah Moore 2004b; Pajaro Betancourt 2007b serta aplikasi ICT yang inovatif Soler 2007. Selain itu polisi maklumat berfungi menyedia dan melaksana pelan tindakan pembangunan dan operasi sistem maklumat kebangsaan berdasarkan kepada infrastruktur sedia ada, mengenal pasti dan membaiki kekurangan, mengisi jurang dan interaksi produktif dengan program dan sistem maklumat antarabangsa Montviloff 1990. Selain itu, polisi maklumat perlu digubal bagi penyatuan media, teknologi dan perkhidmatan maklumat di samping menetapkan piawaian selari dengan cabaran etika baharu terhasil dari ICT Soler 2007. c Matlamat berkaitan Budaya, Sosial dan Masyarakat Sebuah masyarakat adalah bersifat kompleks dan bergantung kepada maklumat sebagai keperluan kepada semua sektor dalam negara. Maklumat mesti dibangun secara terancang, dikoordinasi, dan optimum. Antara pengkaji yang mengaitkan polisi maklumat dengan kepentingan budaya, sosial dan masyarakat ialah Henrici 2004, Soler 2007, Case 2010 dan Prins et al.

2011. Selain kajian individu, badan dunia seperti UNESCO turut

menunjukkan kepentingan maklumat kepada budaya, sosial dan masyarakat. UNESCO membuktikan peranan dan kepentingan maklumat dalam sistem sosial sejak tahun 1971 melalui penganjuran program UNISIST United Nations International Scientific Information System dan seterusnya melalui program NATIS National Information System pada tahun 1974. Manakala pada tahun 1977 pula, melalui Program Maklumat Umum GIP bagi menganti UNISIST dan NATIS yang menjelaskan matlamat polisi maklumat bukan sahaja berkaitan dengan penyediaan maklumat sains dan teknologi, tetapi semua jenis maklumat bagi aktiviti harian manusia termasuk pertukaran maklumat bagi pengekalan budaya suatu bangsa Soler 2007. Selain maklumat bagi kepentingan sosial, kerajaan perlu mempunyai polisi bagi melindungi maklumat tradisi kerana selain penting bagi pengekalan warisan budaya, maklumat tradisi turut mempunyai potensi dari sudut nilai ekonomi Bustamante 2007. Maklumat dan pengetahuan yang berkaitan dengan budaya termasuklah cerita rakyat, pakaian tradisi, bahasa, muzik, tarian, ritual, perayaan, perubatan dan penyembuhan tradisional, masakan dan semua kemahiran istimewa yang berkaitan dengan budaya. Menurut Bustamante 2007, pengetahuan tradisi bukan berkaitan dengan perkara silam, tetapi merupakan proses yang berlaku secara berterusan dalam masyarakat. d Matlamat Berkaitan Kerajaan dan Capaian Maklumat Maklumat adalah perkara pokok bagi demokrasi dan pentadbiran yang telus. Polisi maklumat dikaitkan dengan kerajaan kerana peraturan diperlukan bagi memenuhi hak rakyat seperti hak kebersendirian, kebebasan mengemukakan pendapat Henrici 2004; Soler 2007; Uhegbu 2004 dan hak capaian maklumat kerajaan Pajaro Betancourt 2007a. Selain itu, kerajaan melalui polisi maklumat kebangsaan mesti menyedia maklumat yang memadai kepada mereka yang berhak pada waktu dan format yang sepatutnya Uhegbu 2004. Kerajaan mesti menyedia maklumat yang berkaitan dengan kos yang berpatutan kepada semua yang menyumbang kepada pencapaian matlamat pembangunan negara iaitu pengkaji, jurutera dan juruteknik, perancang pembangunan, penggubal polisi dan pentadbir, para profesional, petani dan usahawan. Penyediaan maklumat kerajaan bukan saja untuk memenuhi kepentingan individu tetapi pada masa yang sama dapat mengurangi kos dan nilai tambah data kepada sektor swasta dan sektor yang lain Saxby 2011. Malah Saxby menambah komitmen kerajaan menyedia maklumat awam menjadikan kerajaan semakin telus dan seterusnya dapat mengatasi ketidakcekapan pentadbiran. Melalui capaian maklumat, rakyat boleh turut serta dalam proses pembangunan polisi dan agenda kerajaan dan tidak hanya bergantung kepada lobi, proses parlimen dan konsultasi sahaja. Bagi menjadikan maklumat kerajaan menepati keperluan rakyat dan dapat menyumbang kepada pembangunan negara, beberapa saranan dibuat oleh Saxby 2011 terhadap hala tuju polisi maklumat boleh dikuti. Saranan yang diberi oleh Saxby adalah seperti berikut: a. kerajaan perlu mengambil kira pandangan rakyat melalui forum sokongan dalam talian dan menganggap sebagai tempat penting bagi membantu rakyat. b. pegawai kerajaan perlu dilatih dan bimbing bagi menyokong perkhidmatan maklumat awam. c. mengguna teknik dalam talian bagi dialog terbuka dan memecah proses tradisional konsultasi. d. Mengubah data geografi peta digital bagi kegunaan awam dan ekonomi. e. Memoden penerbitan data dan penggunaan semula bagi memperbaiki perkhidmatan awam dan mencipta perniagaan baharu. f. Pengiktirafan dari kerajaan penting bagi memasti kejayaan perubahan terhadap fungsi perkhidmatan awam. Selain menyedia maklumat, kerajaan juga perlu menghapus semua halangan sosial, budaya, kognitif, teknologi, ekonomi bagi capaian maklumat dan rangkaian data digital Pajaro Betancourt 2007a; Soler 2007. Kerajaan perlu melindungi maklumat domain awam dari capaian yang tidak wajar dengan mengambil kira kesukaran menyelia rangkaian yang bersambungan di seluruh dunia. Melalui polisi maklumat, kerajaan perlu menyedia capaian maklumat mengguna berbagai bahasa Soler 2007. e Matlamat berkaitan Ekonomi dan Pembangunan Maklumat adalah satu sumber yang bernilai Arnold 2004 menyebabkan polisi maklumat mempengaruhi dan memberi kesan kepada pembangunan negara Arnold 2007; Case 2010; Soler 2007. Kekayaan maklumat dapat mempercepat masa pembangunan jika aktiviti kritikal seperti penggubalan keputusan, perancangan dan pengurusan mengguna maklumat yang betul dan tepat Henrici 2004. Di samping itu, dengan mengguna maklumat sebagai sumber perkembangan dalam organisasi, polisi maklumat didapati dapat memperbaiki persaingan, meningkatkan produktiviti industri dan komersial Pajaro Betancourt 2007a. Produktiviti dicapai melalui penggunaan maklumat sama ada penyelidikan bagi tujuan inovasi, automasi dalam proses pengurusan atau melalui aplikasi teknik pengurusan berintensifkan maklumat. Manipulasi maklumat bagi tujuan di atas dapat dilaksana oleh pekerja berpengetahuan Calanag 2003; Moore 2004b; Mokmin 2005a. Selain penggunaan maklumat secara intensif dalam kalangan pekerja berpengetahuan, polisi maklumat turut berfungsi menggalak penghasilan pengetahuan anggota masyarakat dan institusi awam Pajaro Betancourt 2007a. Apabila syarikat, industri, orang awam dan institusi awam sertai agensi kerajaan mengguna maklumat secara intensif, ekonomi keseluruhannya menjadi kompetitif, nilai tambah pekerja dan purata pendapatan per kapita turut meningkat. Keadaan ini membawa kepada perubahan sistem ekonomi daripada ekonomi berasaskan industri kepada ekonomi berteraskan maklumat. Justeru, polisi maklumat secara tidak langsung menyumbang kepada perkembangan dan pertumbuhan ekonomi berasaskan pengetahuan yang membantu dalam pembangunan negara. f Matlamat Berkaitan Pendidikan ICT Pendidikan merupakan satu keperluan bagi perkembangan kerajaan dan pembangunan strategik modal insan yang menjadi teras produktiviti dan kreativiti dalam ekonomi Henrici 2004; Soler 2007. Bagi Moore 2004b semua lapisan masyarakat perlu mempunyai maklumat dan kemahiran teknologi asas. Ini perlu dipertingkat bagi memenuhi keperluan organisasi yang berteraskan maklumat. Pendidikan dan sistem latihan juga perlu disesuaikan dengan keperluan pembelajaran sepanjang hayat dan proses yang konsisten bagi memperkaya dan meningkat kemahiran Pajaro Betancourt 2007b. Polisi maklumat turut berfungsi bagi memasti sokongan kepada penyelidikan maklumat yang berkaitan dengan teori, amalan, pendidikan, latihan kepada menghasil, memindah dan mengguna maklumat Pajaro Betancourt 2007a. Selain itu, polisi maklumat penting bagi menyokong penyediaan rangkaian pembelajaran kolektif untuk inovasi dan menghasil pengetahuan tempatan untuk pengeluaran Soler 2007. Kepelbagaian matlamat polisi maklumat seperti dibentangkan di atas mengukuh lagi hujah bahawa polisi maklumat adalah satu bidang silang disiplin. Selain itu, kepelbagaian matlamat polisi maklumat secara tidak langsung menunjukkan keperluan kepada satu model maklumat yang bersepadu yang terdiri dari beberapa komponen dari berbagai disiplin yang dikaitkan antara satu dengan yang lain. Model bersepadu ini dijangka dapat memberi kefahaman tentang bidang polisi maklumat yang tepat dan menyeluruh.

2.3.5 Polisi Maklumat Kebangsaan

Tema polisi maklumat kebangsaan adalah tema yang dominan sejak kebelakangan ini. Walaupun dominan pada tahun terkebelakang, namun polisi maklumat kebangsaan bukan suatu isu baharu kerana telah dikemukakan secara serius di Perancis pada tahun 1978, Sweden pada tahun 1980 dan United Kingdom pada tahun 1983. Bagaimana pun Arnold 2007 mendakwa skop polisi maklumat kebangsaan masih belum jelas sehingga sekarang. Istilah polisi maklumat kebangsaan seperti yang dikemukakan seawal 1974 oleh Lamberton, diikuti oleh Law 2000, Oladele 2001, Arnold 2002 dan Rowlands et al. 2002 didapati sinonim dengan istilah lain iaitu polisi maklumat awam Maxwell 2003a; Esanu 2004; Nyquist 2004, polisi maklumat persekutuan Smith et al. 2000; Smith 2004, polisi maklumat kerajaan Nilsen 2000 dan istilah polisi maklumat kerajaan Pusat Ministry of Labour Government Administration Norway 2001. K ajian ini mendapati bahawa tidak ada perbezaan antara istilah ‘polisi maklumat’ dan ‘polisi maklumat kebangsaan’ kerana isu yang menjadi persoalan bagi keduanya adalah serupa. Antara isu yang dikemukakan adalah Akta kebersendirian, kebebasan maklumat dan arkib kebangsaan seperti yang dijelaskan dalam perenggan 2.4.6. Perkara yang membezakan antara kedua istilah itu adalah skop penggunaannya. Polisi maklumat dirujuk sebagai polisi maklumat kebangsaan apabila sesebuah kajian dijalankan terhadap negara tertentu Rabina 2001. Dalam kajian ini istilah polisi maklumat diguna.

2.4. KAJIAN ISU YANG DIKAITKAN DENGAN POLISI MAKLUMAT

Susastera dalam bidang polisi maklumat menemui banyak isu dikenal pasti boleh mendasari pembentukan sesuatu polisi maklumat khususnya polisi maklumat kebangsaan. Sebagai contoh, Braman 2009 menemui 20 klausa berbeza dalam perundangan AS yang boleh dianggap sebagai polisi maklumat. Walaupun penentuan isu polisi maklumat diakui penting Wilkinson Nilsen 2010 namun sejak kajian Porat pada tahun 1997, perkembangan berkaitan dengan pembangunan topologi isu polisi maklumat adalah tidak menggalakkan Hernon Relyea 2003. Duff 2004 mengakui isu yang perlu dijadikan asas atau perlu dirangkumi dalam pembangunan polisi maklumat masih tidak dapat diputuskan terutamanya apabila terdapat isu baharu seperti teknologi maklumat dan amalan pengurusan sumber maklumat. Justeru, tidak menghairankan apabila sarjana masih tidak bersependapat dalam menentukan apakah isu yang dapat dikelas sebagai polisi maklumat. Keadaan ini menyebabkan sebahagian besar kajian tentang polisi maklumat hanya mengadaptasi isu yang diguna pakai oleh pengkaji sebelumnya. Misalnya Arnold 2007 mengadaptasi senarai isu polisi maklumat yang dihasilkan oleh Porat 1977, Rabina 2001 dan Maxwell 2003a mengadaptasi senarai Overman Cahill 1990 dlm. Rabina 2001. Henrici 2004 mengadaptasi senarai daripada tiga orang pengkaji yang beliau namakan iaitu Montviloff 1990, Wild 1996 dan Roos 1998 manakala Rowlands 1996 mengemukakan senarai isu polisi maklumat berdasarkan tinjauan susastera yang bererti turut mengguna pakai senarai pengkaji lain. Kajian mendapati senarai isu polisi maklumat masih terus dibahas. Sebagai contoh, Porat 1977 mengemuka senarai isu polisi maklumat berdasarkan kesan teknologi kepada sektor maklumat primer dan sekunder. Pendekatan yang diguna oleh Porat adalah suatu kelainan lantas mendapat maklum balas dan kritikan yang meluas. Dalam pada itu, Arnold 2007 mengiktiraf senarai yang dikemukakan oleh Porat 1977 lalu menjadikannya sebagai asas kajian beliau bagi menganalisis situasi terkini polisi maklumat kebangsaan di Afrika Selatan. Berlainan pula dengan Burger 1993, Rowlands 1996 dan Duff 2004 yang enggan mengiktiraf senarai Porat kerana didakwa kabur. Sementara itu, Duff didapati bersetuju dengan senarai yang dihasil oleh Rowlands 1996 manakala Browne mencadangkan agar penemuan Overman Cahill pula dijadikan asas bagi menentukan isu yang mendasari pembangunan polisi maklumat tanpa mengira konteks sosial dan politik seperti yang dilakukan oleh Lamberton 1974. Meskipun Arnold 2007 mengadaptasi senarai Porat, namun beliau turut mengambil kira faktor masa, tempat dan sejarah, pengaruh antarabangsa dan tujuan polisi maklumat dibangun. Arnold sebenarnya melibatkan tafsiran sendiri sama seperti yang diguna oleh Uhlir 2004. Muir Oppenheim 2002a pula menentukan isu polisi maklumat melalui persetujuan di antara mereka dengan The Policy Advisory Group PGA of the UK Library Association yang merupakan kumpulan penasihat berkaitan dengan polisi maklumat kebangsaan. Antara punca kepada masalah kesukaran menentukan isu polisi maklumat adalah akibat ketiadaan kaedah penentuan isu yang jitu seperti dakwaan Rowlands 1996. Kesukaran menentukan isu polisi maklumat juga disebabkan oleh teknologi, amalan, proses menyediakan polisi dan sifat maklumat itu sendiri yang merupakan bidang yang khusus Braman 2009. Keadaan isu polisi yang tidak dapat diputuskan turut menjadi bukti bahawa polisi maklumat adalah satu bidang yang belum mencapai tahap kematangan intelektual Arnold 2007; Calanag 2003. Ketidakpastian tentang isu yang mendasari polisi maklumat mengakibatkan pemahaman pengkaji terhadap suatu isu polisi maklumat bergantung kepada persepsi dan sikap pengkaji itu sendiri Arnold 2007. Hal ini boleh menjejaskan kefahaman dan seterusnya menyebabkan kegagalan analisis atau pembangunan polisi maklumat yang menyeluruh. Justeru, bagi mengelak masalah pembangunan polisi yang tidak menyeluruh seperti penjelasan di atas, kajian ini dimulakan dengan mengenal pasti isu yang dikaitkan dengan polisi maklumat. Menentukan isu yang berkaitan dengan polisi maklumat adalah salah satu aspek penting bagi membangun model polisi maklumat yang bersepadu Trosow 2010. Bagi menentukan secara terperinci isu yang mendasari polisi maklumat, kajian ini mengadaptasi pendekatan reduksionis oleh Uckan 2009. Sementara itu, pendekatan senarai diadaptasi dari kajian oleh Braman 2009. Hasil analisis kandungan dokumen terhadap bahan susastera, kajian ini mengenal pasti 91 isu yang boleh dikaitkan dengan polisi maklumat seperti dalam Senarai 2.1. Jadual 2.1 Senarai Isu polisi maklumat Infrastruktur ICT Lebuhraya maklumat IT untuk pendidikan, inovasi dan persaingan Inovasi, R D, perpindahan teknologi Aplikasi dan perisian Super komputer rangkaian saintifik Arkib digital Perpustakaan Awam Arkib Negara Perpustakaan Repositori Undang- undang berkaitan buku Pengurusan sumber maklumat kerajaan Kebebasan Intelektual Pengumpulan, penggunaan, pengedaran data Hak cipta, hak harta intelek Pemilikan maklumat Kerajaan Elektronik Bibliografi kebangsaan Penerbitan Kerajaan Maklumat teknikal dan saintifik Aliran data merentas sempadan Aliran maklumat antarabangsa Sistem maklumat kebangsaan Kerajaan Maklumat tradisional warisan, legasi dan cerita rakyat tradisi, budaya Rangkaian dan penyambungan Telekomunikas i, penyiaran, pemancaran satelit Jurang Utara Selatan, jurang digital sambungan… …sambungan Pengedaran kandungan maklumat Piawaian capaian maklumat Capaian Maklumat Universal Capaian Maklumat kerajaan Pusat capaian awam Pembangunan kandungan maklumat kebangsaan Mengekal menyimpan maklumat Kemahiran mengguna maklumat Celik maklumat celik digital Pakar maklumat dan bidang pekerjaan Industri teknologi maklumat Industri maklumat termasuk industri kreatif Industri, pertanian dan perdagangan Ekonomi berasaskan maklumat E-Dagang Penapisan Integriti maklumat kesahan kualiti Keselamatan maklumat Kebersendirian Rahsia Kerajaan keselamatan kebangsaan Pendedahan Maklumat Cetak rompak Pendepositan sah Undang- undang paten Polisi maklumat statistik dan pemetaan Polisi berkaitan perundangan dan peraturan Kod panel Akta komunikasi Undang- undang Siber Jenayah Komputer dan Peraturan Polisi harga Kebebasan bercakap bersuara, hak berkomunikasi Kebebasan maklumat dan media Hak harta industri Hak berhimpun Maklumat pelanggan dan kesihatan Perolehan penerbitan asing Capaian kepada buku Pindahan dana elektronik Cap dagangan Piawaian capaian maklumat antarabangsa Kesediaan Maklumat Pendidikan latihan pekerjaan Cukai dan perundangan pekerja Maklumat di tempat kerja bersambung… …sambungan Perkampungan global Pasaran Maklumat Metadata Pertukaran maklumat perkongsian maklumat Nilai maklumat bagi persaingan ekonomi Kos pembiayaan pelaksanaan polisi maklumat Pendekatan teori bagi membangun polisi maklumat Kadar buta huruf Kebebasan pembangunan Kawal selia percantuman teknologi maklumat, komunikasi dan multimedia Isu maklumat berkaitan sektor awam dan swasta Storan maklumat berkeupayaan tinggi Masyarakat bermaklumat Undang- undang rahsia perniagaan Pembangunan perniagaan, produktiviti dan persaingan Proses membangun polisi Kos capaian Maklumat Hak asasi manusia Kualiti hidup Kempen membaca Kontrak sosial

2.5. PENGKELASAN