Bentuk Polisi Maklumat Disiplin polisi maklumat

berbagai bagi kegunaan semua sektor dalam negara. Justeru, kajian ini mengambil definisi polisi maklumat yang bersifat luas seperti yang diguna oleh Maxwell 2003b dan Pajaro Betancourt 2007a.

2.3.2 Bentuk Polisi Maklumat

Sarjana polisi maklumat berbeza pendapat tentang bentuk polisi maklumat kebangsaan. Antara pandangan awal bentuk polisi maklumat adalah seperti yang dikemukakan oleh Trauth pada tahun 1986. Trauth berpandangan polisi maklumat boleh dalam bentuk undang-undang, kebiasaan atau kelaziman dalam masyarakat, tindakan pentadbiran, tekanan pasaran dan antarabangsa. Dalam pada itu, Browne 1997a menegaskan polisi maklumat tidak wajar terhad kepada kajian perundangan dan polisi bertulis yang formal semata-mata. Sebahagian pengkaji pula berpandangan, polisi maklumat adalah dalam bentuk anrbitan dan bertulis yang boleh diperoleh dari sumber seperti jurnal perundangan, penerbitan perundangan, jurnal dan penerbitan lain sama ada oleh kerajaan atau swasta Kamar 2006. Pandangan terkini tentang bentuk polisi maklumat adalah seperti yang dikemukakan oleh Kargbo 2007 yang berpandangan polisi maklumat boleh dalam bentuk perundangan bertulis atau tidak bertulis, peraturan, amalan berkaitan penciptaan, perolehan, organisasi, penyebaran atau penilaian maklumat. Justeru, kajian ini mengadaptasi bentuk polisi maklumat kebangsaan yang dikemukakan oleh Oladele 2001 dan Moore 2005 dengan pandangan bahawa polisi maklumat kebangsaan boleh dalam bentuk formal dan tidak formal. Polisi maklumat merangkumi penyataan polisi, perundangan dan peraturan serta program dan inisiatif bagi mencapai matlamat polisi, atau secara tidak formal dan diamal dalam pekerjaan.

2.3.3 Disiplin polisi maklumat

Kajian polisi maklumat bukan sahaja diminati dan berkait dengan aspek akademik sahaja tetapi turut meliputi kumpulan yang berbagai. Kumpulan ini membentuk satu komuniti polisi terdiri dari kerajaan, industri, kumpulan komuniti, dan individu pengguna maklumat Nilsen 2000. Dari aspek akademik, polisi maklumat turut menjadi bidang ilmiah yang menarik minat dalam kalangan pengkaji dari berbagai disiplin. Hal ini dibukti dengan kepelbagaian penerbitan dan kajian berkaitan polisi maklumat oleh sarjana sains maklumat, kajian dasar, ekonomi, pentadbiran awam dan sosial seperti dikesan oleh Hill sejak 1994 lagi. Disiplin kajian yang berbagai menyebabkan pengkaji lampau membuat kajian bagi menentu disiplin kajian yang sebenar bagi polisi maklumat seawal 1993 oleh Burger, diikuti oleh Hernon McClure dlm. Nilsen 2000, Duff 2004 hinggalah yang terkini oleh Wilkinson Nilsen 2010. Berbeza dari Hill, beberapa kajian cuba membuktikan polisi maklumat adalah satu komponen bagi disiplin sains maklumat. Kecenderungan ini dikesan sejak 1993 oleh Burger dan Browne 1997a. Pandangan ini disokong oleh Rowlands 1999 yang membuat kajian terhadap 771 artikel berkaitan dengan polisi maklumat. Kajian Rowlands mendapati 540 artikel diterbit dalam jurnal kajian maklumat dan perpustakaan, 92 artikel dalam jurnal perundangan, 32 pentadbiran awam, 32 sains politik, 26 kajian komunikasi, sains sosial 24 dan pengurusan dan perniagaan 15 buah. Sementara Hahn 2003 pula mendakwa dalam kebanyakan kes, penulis artikel berkaitan maklumat mempunyai latar belakang pendidikan sains maklumat dan perpustakaan. Orna 2008 turut mengakui peranan dan sumbangan disiplin sains maklumat kepada badan ilmu polisi maklumat secara teori dan amalan. Perenggan 2.3.3 menunjukkan sains maklumat adalah rumah disiplin yang berpotensi bagi bidang polisi maklumat. Bagaimanapun kajian ini mengambil pandangan Wilkinson Nilsen 2010 dan Braman 2010 yang mendakwa polisi maklumat adalah bidang silang disiplin. Kajian ini menyimpul bahawa disiplin akademik yang dikaitkan dengan polisi maklumat adalah seperti berikut: a Bidang Sains Maklumat dan Perpustakaan. b Bidang Ekonomi. c Bidang Sains Politik. d Bidang Dasar awam. e Bidang Sosiologi. f Bidang Kajian Komputer. g Bidang Komunikasi. h Bidang Pentadbiran Awam. i Bidang Undang-Undang.

2.3.4 Matlamat Polisi Maklumat