Maklumat Kerajaan Ekonomi PENGKELASAN

2.5.5 Maklumat Kerajaan

Kaitan antara kerajaan dan polisi maklumat adalah jelas kerana maklumat adalah sumber bagi mencapai matlamat pembangunan negara. Menurut Orna 2008, capaian awam kepada maklumat kerajaan menjadi isu yang harus mendasari pembangunan polisi maklumat dan didapati mula dibahas sejak tahun 1960-an. Selain itu, terdapat isu lain yang dikaitkan dengan maklumat kerajaan seperti pertentangan di antara pengumpulan maklumat oleh kerajaan dengan perlindungan hak kebersendirian individu dan keselamatan kebangsaan Case 2010; Jaeger et al. 2011; Mokmin Zawiyah 2009; Prins et al. 2011. Kerajaan juga perlu menyediakan maklumat yang bukan sahaja tepat, tetapi murah dan dapat dicapai pada masa yang diperlukan. Hal keadaan yang dibentangkan di atas menjadikan maklumat kerajaan perlu menjadi sektor penting dalam bidang polisi maklumat.

2.5.6 Ekonomi

Polisi maklumat diperlu bagi menyokong industri maklumat Rowlands et al. 2002 bagi menyokong perubahan sistem ekonomi kepada berasaskan pengetahuan Saxby 2011. Menurut The International Engineering Consortium 2007 perkembangan ekonomi boleh berlaku dalam tiga sektor ekonomi iaitu sektor tertiari perdagangan, pengangkutan dan komunikasi, perkhidmatan kewangan; sektor sekunder penggubalan, elektrik, gas dan air, dan pembinaan dan sektor primer pertanian dan perlombongan. Isu ekonomi yang dikaitkan dengan polisi maklumat terdiri daripada isu hak harta intelek atau hak milik maklumat, hak cipta, industri maklumat dan kreatif, ekonomi berasas maklumat, e-dagang, inovasi, penyelidikan dan pembangunan RD dan perpindahan teknologi, undang-undang paten, maklumat pelanggan, aplikasi dan perisian, cetak rompak, industri teknologi maklumat, nilai maklumat bagi persaingan ekonomi, pindahan wang elektronik, cap dagangan, hak harta industri, undang-undang rahsia perniagaan, pasaran maklumat dan industri telekomunikasi. Hal keadaan di atas membuktikan bahawa ekonomi perlu dianggap sebagai salah satu sektor penting bagi bidang polisi maklumat.

2.5.7 Pendidikan ICT