PENGENALAN Bab 2 - Sorotan Susastera

BAB II SOROTAN SUSASTERA

2.1 PENGENALAN

Sorotan susastera dilakukan sebelum sesuatu kajian direka bentuk. Sorotan susastera bertujuan meletakkan konteks kajian ke dalam disiplin kajian yang luas. Pada permulaan dan akhir kajian, pembaca boleh melihat bagaimana kajian tersebut bermula dan menyumbang kepada perkembangan pengetahuan dalam disiplin kajian. Pada peringkat ijazah doktor falsafah proses ini melibatkan sintesis analitik masalah yang meliputi semua kerja yang diketahui termasuk susastera dalam bahasa lain. Penilaian kajian lampau berkaitan masalah yang dikaji dibuat berdasarkan bahan yang diperoleh dari sumber sekunder sama ada diterbit atau sebaliknya Sekaran Bougie 2009. Sorotan susastera dalam kajian ini bertujuan mencari lompang yang terdapat dalam kajian lampau bagi membantu penyelidik menjalankan kajian yang tidak serupa dengan kajian lampau Sekaran Bougie 2009. Terdapat dua pendekatan penulisan sorotan susastera iaitu pertama dalam satu bab khusus dan yang kedua disepadu dalam beberapa bab yang berasingan Ridley 2008. Pendekatan pertama sering diguna apabila sorotan susastera diletak dalam satu bab atau beberapa siri bab dengan tajuk yang dikaitkan dengan topik dan kelazimannya diletak pada permulaan tesis seperti yang dilakukan oleh Ei Ieen Lee Ridley 2008. Pendekatan kedua pula iaitu sorotan susastera yang muncul semula dipelbagai tempat dalam penulisan tesis. Pendekatan kedua sesuai bagi tesis ijazah doktor falsafah kerana kebanyakan tesis ijazah doktor falfasah terdiri dari beberapa sub topik kajian yang berbeza tetapi ada hubungan antara satu dengan yang lain di bawah satu tajuk kajian yang sama. Pendekatan bersepadu adalah pilihan yang kerap diguna bagi kajian yang berasaskan kepada analisis kandungan dokumen Ridley 2008. Dalam bidang polisi maklumat pula, pendekatan ini diguna oleh Arnold 2007 bagi mengkaji corak polisi maklumat di Afrika Selatan. Dalam kajian ini, sorotan susastera dibahagi kepada dua bahagian iaitu Bab 2 dan Bab 3. Bab 2 menyoroti susastera lampau mengenai latar belakang teori dan konsep yang dikaitkan dengan polisi maklumat. Manakala Bab 3 pula menyelidik model polisi maklumat lampau bagi mengenal pasti lompang dan isu yang dikaitkan dengan polisi maklumat. Lompang dan isu yang dikenal pasti seterusnya berfungsi sebagai asas bagi membentuk kerangka teori kajian ini. Pembahagian perbincangan sorotan susastera kepada beberapa bab turut diguna oleh pengkaji lain seperti Mohd Bakhari 2009. Polisi maklumat didakwa wujud sejak awal abad ke-16 lagi dan terus mengalami perkembangan sebagai satu bidang ilmu yang tersendiri. Walaupun pendekatan polisi maklumat moden wujud mulai tahun 1960-an Hernon Relyea 2003 namun, sehingga hari ini bidang ini masih belum mencapai kematangan dari segi teori dan amalan Arnold 2007; Duff 2004. Keadaan ini mendorong penyelidik menyoroti dua masalah yang dikaitkan dengan polisi maklumat iaitu teori dan masalah amalan polisi. Aspek teori yang disoroti adalah berkaitan dengan definisi polisi maklumat, bentuk polisi maklumat, disiplin polisi maklumat, matlamat polisi maklumat, polisi maklumat kebangsaan, isu polisi maklumat dan pengkelasan polisi maklumat. Manakala sorotan susastera berkaitan dengan aspek amalan pula dilakukan bagi mengenal pasti lompang yang berkaitan dengan amalan polisi maklumat.

2.2 LATAR BELAKANG TEORI