Perpustakaan dan Perkhidmatan Maklumat

ahli sains seawal 1800-an lagi. Menurut Lamberton 1974, polisi maklumat mula dikemukakan oleh Charles Babbage pada tahun 1830-an melalui Polisi Sains Kebangsaan. Pada awal tahun 1900-an, ahli ekonomi England mengesa agar British memperkukuh teknologinya bagi menghadapi persaingan perdagangan antarabangsa. Hal ini membuktikan maklumat teknikal dan saintifik menjadi keperluan bagi meneroka dan membangun teknologi. Seterusnya teknologi dapat diguna bagi memperbaiki kebajikan sosial Ruenwai 2007. Hubung kait antara maklumat saintifik, teknologi dan sosial adalah jelas. Gesaan untuk menjadikan maklumat teknikal dan saintifik sebagai asas kepada pembangunan polisi maklumat mula disuarakan oleh Lamberton sejak tahun 1974 lagi. Gesaan terus dikemukakan oleh Porat 1977, Brown 1983, Stroetmann Schwuchow 1992, Hill 1994, Kularatne 1998, Duff 2004, Kamar 2006, Ruenwai 2006, Bustamante 2007, Pajaro Betancourt 2007, dan Orna 2008. Bagaimanapun kebanyakan pengkaji tidak menyenarai atau mengenal pasti isu yang diletak di bawah sektor maklumat teknikal dan saintifik kecuali Ruenwai. Isu yang dimasukkan dalam sektor maklumat teknikal dan saintifik adalah isu infrastruktur ICT bersepadu, perolehan sumber elektronik, penambahbaikan perkhidmatan, komunikasi dengan pengguna dan maklum balas, pendidikan pengguna, pembiayaan RD saintifik, penggunaan sumber yang berkesan, transaksi perpustakaan elektronik dan perkongsian pengetahuan. Justeru, dalam kajian ini, sektor maklumat teknikal dan saintifik dianggap satu sektor tersendiri kerana maklumat teknikal dan saintifik adalah asas kepada perkembangan polisi maklumat semasa.

2.5.2 Perpustakaan dan Perkhidmatan Maklumat

Sebahagian pengkaji menganggap perpustakaan sebagai suatu entiti penting yang menjadi asas dalam pembangunan polisi maklumat. Perpustakaan mula dikemukakan sejak tahun 1974 oleh Lamberton diikuti oleh Porat pada tahun 1977, Chartrand 1989, Eisenbeis 1989, Hill 1994, Rowlands 1999, Arnold 2002a, 2004, 2007, Smith 2004, Duff 2004, Kamar 2006, Bustamante 2007, Pajaro Betancourt 2007 dan terkini oleh Chen et al. 2010. Semua pengkaji di atas mendakwa tanpa perpustakaan dan perkhidmatan maklumat, polisi maklumat adalah pincang. Tidak sekadar menjadi isu utama, sektor perpustakaan dan perkhidmatan maklumat sepatutnya menjadi peneraju polisi maklumat kebangsaan sementara profesional maklumat mestilah terlibat secara langsung dalam pengubalan dan pelaksanaan polisi maklumat Gill et al. 2001. Antara sebab mengapa perkhidmatan maklumat menjadi bertambah penting adalah ekoran kesedaran rakyat dan penggunaan teknologi maklumat yang semakin baik pada masa kini Chen et al. 2010. Perpustakaan sebagai satu sektor polisi maklumat membuka ruang kepada banyak perkara lain yang berkaitan seperti aliran data merentas sempadan, sistem maklumat kebangsaan, pakar maklumat dan bidang kerjaya, kemahiran mengguna maklumat, pengedaran kandungan, undang-undang berkaitan buku, polisi pengumpulan, penggunaan dan pengedaran data, kempen membaca, mengekal maklumat, pusat capaian awam, perkongsian maklumat, bibliografi kebangsaan, perpustakaan repositori, perolehan penerbitan asing, arkib digital, ketersediaan maklumat dan capaian buku. Ekoran kepentingan peranan perpustakaan, Orna 2008 mencadangkan supaya pembangunan polisi maklumat kebangsaan dikoordinasi secara berpusat oleh jawatankuasa penasihat yang diwakili oleh sektor swasta, kerajaan tempatan, ahli akademik dan profesional dalam disiplin yang berkaitan dengan perpustakaan dan sains maklumat. Selari dengan saranan pengkaji seperti Arnold 2002, Library Association 2002, Duff 2004, Smith 2004, Arnold 2004, 2007, Kamar 2006, Kargbo 2007, Pajaro Betancourt 2007 dan Bustamante 2007, kajian ini menjadikan perpustakaan sebagai satu sektor yang perlu dimasuk ke dalam bidang polisi maklumat.

2.5.3 Teknologi Maklumat dan Komunikasi ICT