Keadaan Ekonomi GAMBARAN UMUM TENTANG HIERARKI MAHKAMAH SIVIL DI
sesuatu pertikaian yang ditadbirkan oleh pemerintah di mana tugas untuk menegakkan keadilan, melaksanakan undang-umdang dan mentafsirkannya, atau tempat
membicarakan kasus-kasus pertikaian dan masalah-masalah yang berkaitan dengan undang-undang serta melaksanakan undang-undang.
12
Dalam sistem kehakiman Malaysia, terdapat berbagai peringkat mahkamah yang berfungsi untuk mentadbir keadilan. Mahkamah yang tertinggi adaalah
menbicarakan kasus-kasus mengenai perlembagaan dan bertindak sebagai Mahkamah Rayuan. Kemudian diikuti pula oleh Mahkamah Tinggi yang terdapat di Malaysia
Barat dan Malaysia Timur Mahkamah ini juga bertindak sebagai mahkamah rayuan dan membicarakan
sebarang kasus melainkan kasus-kasus yang berkaitan dengan perlembagaan. Akhir sekali terdapat Mahkamah Rendah yang terdiri dari Mahkamah Seksyen, Mahkamah
Majistret Kelas Dua Dan Mahkamah Penghulu. Terdapat juga Mahkamah yang membicarakan golongan tertentu, antaranya
ialah Mahkamah Syariah. Mahkamah ini hanya membicarakan kasus-kasus yang berkaitan dengan agama dan orang-orang islam saja. Manakala Mahkamah Juvana
pula membicarakan pesalah anak-anak yang berumur di bawah 18 tahun. Mahkamah- mahkamah lain yang termasuk dalam kontaks ini ialah Mahkamah Tentera,
Mahkamah Bumiputera dan sebagainya yang hanya membicarakan soal-soal
12
Ibid., h. 3-4.
tertentu.
13
Mahkamah-mahkamah di Malaysia terdiri daripada Mahkamah Penghulu, Mahkamah Majistret, Mahkamah Sesyen, Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan,
Mahkamah Persekutuan, dan Mahkamah yang ditubuhkan untuk tujuan tertentu.
14
Mahkamah sivil terdiri dari mahkamah tinggi dan mahkamah-mahkamah rendah. Mahkamah Tinggi pula terdiri daripada Mahkamah Agung dan Mahkamah
Tinggi. Mahkamah ini ditubuhkan oleh perlembagaan persekutuan. Bidang kuasa mahkamah-mahkamah ini diperuntukan dalam Akta Mahkamah Kehakiman 1962.
Mahkamah Rendah terdiri dari Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret,bagi Malaysia barat terdapat satu lagi Mahkamah Rendah iaitu Mahkamah
Penghulu. Penubuhan dan bidang kuasa mahkamah-mahkamah ini diperuntukkan di dalam Akta Mahkamah mahkamah Rendah 1948disemak 1972
Di Mahkamah Sivil, pemeriksaan dan keputusan mengenai undang-undang atau fakta atau pertentangan,maksudnya pihak yang bertentangan datang ke
mahkamah dan bertanding dalam usaha mereka untuk membuktikan dengan hujah- hujah dan keterangan yang sesuai tuduhan atau tuntutan mereka.
15
13
Mohd Nadzri HJ. Mohamad, Penghinaan Mahkamah Undang-undang Sivil dan Undang- undang Islam, Mahzum Book Services, h. 5-6.
14
A Vijayalakshmi V enugopal, Introduction To Law In Malaysia, 200, h. 365.
15
Ahmad Mohamed Ibrahim, Ahilemah Joned, Sistem Undang-undang di Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 245.