Pelaksanaan Akta 234 Akta Penagih Dadah Di Mahkamah Sivil

tindakan pencegahan yang lebih bertenaga dikemukakan sebagai peringatan kepada para pengedar narkoba berbahaya, supaya mereka yang terlibat dalam perniagaan jahat dan amat menguntungkan ini dapat dipujuk dan dipengaruhi untuk berhenti dan bertaubat, mengetahui sekiranya mereka ditangkap, kemungkina besar terdapat hanya satu dan satu saja hukuman bagi mereka, sepadan dengan kerosakan buruk yang dilakukan oleh mereka kepada masyarakat ”. Defendan dalam kasus ini telah dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Persekutuan. 5 Dalam seksyen 39A yang dipinda, setiap orang yang didapati bersalah terhadap Akta ini, yang kesalahannya tidak membawa hukuman mati dan perkara atas kesalahan ialah Heroin dan morfin seberat lima gram atau lebih atau opium siap diproses atau opium mentah seberat 250 gram atau lebih, selain dikenakan hukuman yang ditetapkan untuk kesalahan itu di bawah seksyen yang seseorang itu telah didapati bersalah, dikenakan hukuman penjara seumur hidup atau untuk suatu tempoh yang tidak kurang daripada lima tahun, dan boleh juga dikenakan hukuman sebat yang tidak kurang dari enam sebatan. Perlu diingatkan di sini bahwa seksyen 3 Ordinan Keadilan Jinayah 1953 mendifinisikan penjara seumur hidup sebagai hanya penjara 20 tahun. Di samping kebanyakan kes, walaupun sebelum pindaan 1983, mahkamah tidak tergamak untuk menjatuhkan hukuman penjara maksimun yang dibenarkan. Dalam banyak kes mahkamah hanya menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan mengarahkan pesalah 5 Mohamad Sabri Yusuf dan Che Mat Che Bakar, Penyalahgunaan dan Pengedaran Dadah di Malaysi, Dewan bahasa dan pustaka, 2008, Edisi kedua, h. 86-87. dibebaskan dengan jaminan bon atau tanpa penjamin di bawah seksyen 294 Kanun Prosedur Jinayah 6 Dalam memberantas narkoba memang tidak gampang karena terkait juga dengan masalah ekonomi masyarakat. Masyarakat yang sulit mencari perkerjaan yang agak layak seringkali mencari jalan pintas, menjual narkoba yang cukup menggiurkan karena keuntungannya tergolong cukup tinggi. Salah satu kendala utama dalam mengatasi bahaya narkoba adalah manuver aparat penegak hukum yang masih setengah-setengah. Di suatu sisi, aparat hukum memburu-buru penyalahgunaan narkoba dari golongan kelas teri dan kelas menengah. Tapi pada sisi lain, kadang atau seringkali aparat penegak hukum dan elit politik sengaja melindungi bahkan memelihara pebisnis atau Bandar atau produser atau mafia narkoba kelas atas, kelas kakap, dan super kakap. Motifnya jelas adalah faktor ekonomi dan uang. 7

D. Efek Jera Daripada Implementasi Hukuman.

Hukuman adalah suatu bentuk untuk mengajar manusia dari suatu kesalahan atau kesilapan yang telah dilakukannya, begitu juga hukuman yang diadakan oleh kerajaan Malaysia adalah untuk memberi pengajaran kepada pesalah dan orang lain agar insaf dari kesilapan yang lalu dan tidak akan melakukan kesalahan. Islam telah mengajar manusia tentang balasan dosa dan pahala atau syurga dan neraka untuk mencegah mereka dari melakukan kejahatan dan menggalakkan 6 Ibid., h. 80-81. 7 M. Arief Hakim, Bahaya Narkoba Dan Alkohol Cara Islam Mencegah, Mengatasi Dan Melawan, Bandung, Komp. Cijambe Indah, Mei 2004, Cet Pertama, h. 82. mereka memperbanyakkan kebaikan. Di kalangan manusia, terdapat segelintir yang masih berterusan melakukan kejahatan tanpa menghiraukan balasan akhirat tadi. Justeru itu undang-undang atau hukuman diperlukan untuk menghukum dan mengajar manusia yang degil supaya tidak mengulangi perbuatan jinayah dan juga dapat memberi pengajaran kepada seluruh masyarakat 8 Di Malaysia hukuman yang paling berat yang boleh dijatuhkan dalam kes jinayah ialah hukuman mati. Dalam kes-kes tertentu seperti pembunuhan, tidak ada alternative selain daripada hukuman mati. Hukuman mati juga boleh dijatuhkan bagi kesalahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 dan Akta Dadah Berbahaya 1952. Pengampunan boleh diberi oleh yang di-Pertuan Agung atau Sultan atau yang Di Pertuan Negeri sesebuah Negeri dengan nasihat Lembaga Pengampunan. Selepas hukuman mati, hukuman yang kedua berat ialah hukuman penjara seumur hidup. Dibawah keadilan jinayah 1953, hukuman yang disarankan ialah untuk tempoh dua puluh lima tahun. Bagaimanpun, badan perundangan boleh dengan nyata memperuntukkan bahawa hukuman seumur hidup hendaklah untuk tempoh hayat seseorang . 9 8 Hamidi bin Abdul Ghani, Jurnal KIAS, Kelantan, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, 2004, h. 28. 9 Ahmad Mohamed Ibrahim, Ahilemah Joned , Sistem Undang-undang di Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 303. Dan hukuman sebat juga merupakan salah satu bentuk hukuman dikenakan keatas tindak pidana narkoba di Malaysia. Di kecualikan keatas perempuan, lelaki yang dijatuhkan hukuman mati dan lelaki yang mahkamah berpendapat berumur melebihi 50 tahun. Rotan yang digunakan untuk menyebat tidak boleh melebihi ukuran 1 cm dan dalam kes berhubung dengan pesalah muda, sebatan itu hendaklah dikenakan secara disiplin sekolah, iaitu dengan menggunakan rotan halus. 10 Di Malaysia sejarah menunjukkan masalah penyalahgunaan narkoba dikesan sebelum merdeka dan semakin berleluasa sejak 30 tahun lalu. Lebih membimbangkan dan menyedihkan, pecandu narkoba mula menyerang wanita yang mana jika dulu pembabitan kaum ini boleh dikira dengan jari, kini jumlah pecandu narkoba wanita semakin bertambah tahun demi tahun. Statistik sejak Januari hingga Jun 2010 menunjukkan jumlah pecandu narkoba di seluruh negara adalah 12,079 orang dengan 8,984 pecandu baru dan 3,095 pecandu berulang, iaitu satu jumlah yang menakutkan. Ini kerana setiap hari ada 17 kes pecandu berulang atau 515 kes sebulan. Bukan saja golongan ini menjadi beban kepada masyarakat tetapi pengaruh mereka adalah sangat buruk dan meluas. 11 10 Mohamad Sabri Yusof, Che Bakar Che Mat, Penyalahgunaan dan Pengedaran Dadah di Malaysia , Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2008, Edisi Kedua, h. 81-82. 11 http:www.hmetro.com.myarticlesMenggigiltakdapatdadahArticle, diakses pada1022011 pada jam 11.40 malam.