Hirarki Mahkamah Sivil GAMBARAN UMUM TENTANG HIERARKI MAHKAMAH SIVIL DI

tertentu. 13 Mahkamah-mahkamah di Malaysia terdiri daripada Mahkamah Penghulu, Mahkamah Majistret, Mahkamah Sesyen, Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan, dan Mahkamah yang ditubuhkan untuk tujuan tertentu. 14 Mahkamah sivil terdiri dari mahkamah tinggi dan mahkamah-mahkamah rendah. Mahkamah Tinggi pula terdiri daripada Mahkamah Agung dan Mahkamah Tinggi. Mahkamah ini ditubuhkan oleh perlembagaan persekutuan. Bidang kuasa mahkamah-mahkamah ini diperuntukan dalam Akta Mahkamah Kehakiman 1962. Mahkamah Rendah terdiri dari Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret,bagi Malaysia barat terdapat satu lagi Mahkamah Rendah iaitu Mahkamah Penghulu. Penubuhan dan bidang kuasa mahkamah-mahkamah ini diperuntukkan di dalam Akta Mahkamah mahkamah Rendah 1948disemak 1972 Di Mahkamah Sivil, pemeriksaan dan keputusan mengenai undang-undang atau fakta atau pertentangan,maksudnya pihak yang bertentangan datang ke mahkamah dan bertanding dalam usaha mereka untuk membuktikan dengan hujah- hujah dan keterangan yang sesuai tuduhan atau tuntutan mereka. 15 13 Mohd Nadzri HJ. Mohamad, Penghinaan Mahkamah Undang-undang Sivil dan Undang- undang Islam, Mahzum Book Services, h. 5-6. 14 A Vijayalakshmi V enugopal, Introduction To Law In Malaysia, 200, h. 365. 15 Ahmad Mohamed Ibrahim, Ahilemah Joned, Sistem Undang-undang di Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 245.

E. Wewenang Mahkamah Sivil

Setelah terbentuknya Malaysia pada tahun 1963, maka undang-undang Sivil dan aturan jinayah telah diselaraskan antara negeri-negeri selat, negeri melayu bersekutu, negeri melayu tidak bersekutu, sabah dan Sarawak. Tugas kehakiman dalam Mahkamah Sivil wewenang sangat luas tidak terbatas kepada orang islam saja bahkan merangkumi orang islam dan bukan islam yang boleh memutuskan banyak perkara mengikut bidangkuasa yang ditetapkan oleh undang-undang dan akta persekutuan dan juga berpandukan kepada common law inggeris. 16 a. Mahkamah Tinggi i Mahkamah Tinggi Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa penyeliaan dan pengubahan keputusan semua Mahkamah Bawahan, serta juga bidang kuasa untuk membicarakan semua rayuan daripada Mahkamah Bawahan, baik kes sivil mahupun kes jenayah. 17 Dalam bidang kuasa asli adalah membicarakan semua kes jinayah dan sivil dalam bidang kuasa Mahkamah Rendah. Di bidang kuasa rayuan yang menyankut sivil ialah mendengar semua rayuan yang jumlah pertikaian atau nilai perkara pokok lebih dari ringgit Malaysia lima ribu, dan mendegar semua rayuan jenayah melainkan kesalahan boleh dihukum dengan denda tidak melebihi ringgit Malaysia dua puluh 16 Institut Kefahaman Islam Malaysia, Sistem Kehakiman Islam, Kuala Lumpur, Malindo Printers SDN BHD, 2001, h. 132. 17 http:ms.wikipedia.orgwikiMahkamah_Malaysia diakses pada 26 November 2010. lima, tertuduh telah mengaku salah dan disabitkan melainkan mengenai kesalahan atau berat hukumannya dan tertuduh telah dibebaskan melainkan ada kebenaran bertulis dari pendakwa raya. Mahkamah Tinggi mempunyai kuasa menasihat Mahakamah Rendah mengenai soal-soal perlembagaan. Dan yang terakhir mempuyai kuasa menyemak dan kuasa lain,iaitu dalam keputusan jinayah sivil dan keputusan badan separa kehakiman. ii Mahkamah agung Bidang kuasa asli Mahkamah Agung merangkumi kes sivil dan jinayah tidak terhad, soal kesahan undang-undang yang dilulus parlimen dan badan perundangan negeri dan Badan Perundangan Negeri dan pertikain antara kerajaan negeri dan persekutuan. Di bidang kuasa rayuan, mendengar rayuan yang berkaitan keputusan Mahkamah Tinggi yang menjalankan bidang kuasa aslinya, rayuan orang yang disabitkan, rayuan dari pendakwa raya, dan rayuan daripada orang yang tidak yang tidak didapati bersalah. Dan dibidang kuasa menasihat, menasihat yang di-Pertuan Agung mengenai peruntukan perlembagaan, dan menasihati Mahkamah Tinggi mengenai kesan peruntukan perlembagaan. Dan dibidang kuasa menyemak dan kuasa lain-lain, megulangkaji kes yang direzabkan untuk putusan Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Tinggi bagi kes-kes selain perlembagaan dan mendengar dan memutuskan soal-soal undang-undang yang dirujuk dibawah seksyen 66 dalam Akta Mahkamah Kehakiman 1964. 18 b. Mahkamah Rendah i Mahkamah Penghulu Mahkamah Penghulu hanya wujud di Malaysia Barat. Mahkamah ini mempunyai bidang kuasa kes-kes jinayah dan sivil. Penghulu boleh membicarakan kes jika diberi kuasa dalam bentuk surat kuasa yang dikeluarkan oleh raja negeri yang berkenaan. Bidang kuasa sivilnya oleh Akta Mahkamah-mahkamah Rendah, 1948 yang menurut seksyen 94, memperuntukkan seperti berikut: Sebuah Mahkamah Penghulu boleh mendengar dan memutuskan suatu perkara sivil dalam mana plaintif Penghulu boleh mendengar dan memutuskan suatu perkara sivil dalam mana plaintif hendak menuntut bayaran hutang atau harga barang, dengan atau tanpa bunga, yang tidak lebih daripada lima puluh ringgit dan semua pihak yang terlibat adalah orang-orang bangsa Asia, bertutur dan memahami bahasa melayu. Mahkamah Penghulu boleh menjatuhkan hukuman denda tidak lebih daripada dua puluh lima ringgit. Jika suatu perintah yang sah yang di buat oleh Mahkamah Penghulu tidak dipatuhi. Mahkamah itu boleh melaporkan kepada Mahkamah Majistret, dan mahkamah majistret boleh menguatkuasakan perintah tersebut seolah- 18 Ahmad Mohamed Ibrahim, Ahilemah Joned, Sistem Undang-undang di Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 259-260.