Wewenang Mahkamah Sivil GAMBARAN UMUM TENTANG HIERARKI MAHKAMAH SIVIL DI

memutuskan soal-soal undang-undang yang dirujuk dibawah seksyen 66 dalam Akta Mahkamah Kehakiman 1964. 18 b. Mahkamah Rendah i Mahkamah Penghulu Mahkamah Penghulu hanya wujud di Malaysia Barat. Mahkamah ini mempunyai bidang kuasa kes-kes jinayah dan sivil. Penghulu boleh membicarakan kes jika diberi kuasa dalam bentuk surat kuasa yang dikeluarkan oleh raja negeri yang berkenaan. Bidang kuasa sivilnya oleh Akta Mahkamah-mahkamah Rendah, 1948 yang menurut seksyen 94, memperuntukkan seperti berikut: Sebuah Mahkamah Penghulu boleh mendengar dan memutuskan suatu perkara sivil dalam mana plaintif Penghulu boleh mendengar dan memutuskan suatu perkara sivil dalam mana plaintif hendak menuntut bayaran hutang atau harga barang, dengan atau tanpa bunga, yang tidak lebih daripada lima puluh ringgit dan semua pihak yang terlibat adalah orang-orang bangsa Asia, bertutur dan memahami bahasa melayu. Mahkamah Penghulu boleh menjatuhkan hukuman denda tidak lebih daripada dua puluh lima ringgit. Jika suatu perintah yang sah yang di buat oleh Mahkamah Penghulu tidak dipatuhi. Mahkamah itu boleh melaporkan kepada Mahkamah Majistret, dan mahkamah majistret boleh menguatkuasakan perintah tersebut seolah- 18 Ahmad Mohamed Ibrahim, Ahilemah Joned, Sistem Undang-undang di Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 259-260. olah perintah itu dibuat sendiri olehnya. Rayuan kepada Mahkamah Penghulu boleh dibuat kepada Majistret kelas pertama. 19 ii Mahkamah Majistret Mahkamah Majistret mempunyai bidang kuasa membicarakan kes-kes sivil dan jenayah, mengeluarkan saman dan waran. Bidang kuasa Mahkamah Majistret bergantung ke kepada samaada dia merupakan Majistret kelas Pertama atau Majistret Kelas Kedua. Bidang kuasa Majistret Kelas Pertama ialah membicarakan kesalan-kesalahan yang hukumannya tidak lebih daripada sepuluh tahun pengjara atau denda saja, dan kesalahan-kesalahan di bawah seksyen 392 dan 457 kanun keseksaan. Hukuman yang berta sekali yang boleh dijatuhkan Majistret pada umumnya lima tahun penjara, denda sepuluh ribu ringgit, dirotan 12 kali atau gabungan kedua-dua atau ketiga-tiga hukuman tersebut. Bidang kuasa Majistret Kelas Kedua ialah membicarakan kesalahan yang maksimum 12 bulan penjara atau denda saja, Majistret Kelas Kedua di Malaysia Barat boleh menjatuhi hukuman tidak melebihi tiga bulan penjara, denda 250 ringgit atau gabungan kedua-duanya. Manakala Majistret di Sabah dan Sarawak boleh menjatuhkan hukuman tidak melebihi enam bulan penjara, denda seribu ringgit atau gabungan kedua-duanya. 20 19 Ibid., h. 261. 20 Ibid., h. 262. iii Mahkamah Sesyen Mahkamah Sesyen mempunyai kuasa dalam kes-kes sivil dan jenayah. Umumnya, Mahkamah ini membicarakan semua kesalahan selain kesalahan yang boleh dihukum mati. Mahkamah Sesyen boleh pada umumnya menjatuhkan apa-apa hukuman yang dibenarkan oleh undang-undang selain daripada hukuman mati. Mahkamah ini juga boleh menjalamkan siasatan permulaan mengenai kesalahan- kesalahan berat. Bidang kuasa sivil Mahkamah Sesyen ini ialah membicarakan kes- kes yang melibatkan jumlah uang atau nilai pokok perkara tidak lebih daripada dua puluh lima ribu ringgit atau dengan persetujuan pihak-pihak dalam kes, yang melibatkan lebih dari nilai itu. Akta Mahkamah Rendah,1948, memberikan kuasa penyeliaan kepada Presiden Mahkamah Seksyen. Akta menetapkan bahwa Preseden Mahkamah Seksyen boleh meminta dan memeriksa rekod sesuatu perbicaraan sivil di hadapan mana-mana mahkamah yang lebih rendah daripada Mahkamah Sesyen untuk memuaskan hatinya tentang sah atau tidak keputusn yang dibuat dan tentang betul atau tidak cara perbicaraan itu dijalankan. Jika Presiden Mahkamah Seksyen itu berpendapat bahwa keputusan mahkamah yang lebih rendah daripada itu tidak sah atau tidak betul atau perbicaraannya tidak betul, dia hendaklah memghantar rekod kepada mahkamah Tinggi berserta apa-apa jua cacatan yang dipikirkan patut. Rayuan terhadap Mahkamah Sesyen dalam kes sivil dan jinayah boleh dibuat kepada Mahkamah Tinggi sama seperti rayuan terhadap keputusan Mahkamah Majistret. 21 21 Ibid., h. 268. 43

BAB IV IMPLEMENTASI ATURAN JINAYAH NARKOBA

A. Tujuan Dan Matlamat Akta

Undang-undang bertulis terbahagi kepada dua kumpulan yaitu undang-undang bertulis sebelum merdeka dan undang-undang selepas merdeka. Undang-undang bertulis sebelum merdeka ialah undang-undang yang dibuat oleh badan perundangan sebuah kerajaan, baik kerajaan negeri atau persekutuan dan kerajaan, sebelum Negara mencapai kemerdekaan pada 31 Agustus 1957. Manakala undang-undang bertulis selepas merdeka secara umum ialah terbagi kepada dua: yaitu undang-undang negeri-negeri dan Akta Parlemen. Terdapat banyak jenis undang-undang bertulis sebelum merdeka karena undang-undang ini dibuat badan-badan perundangan yang berbeda. Akta adalah undang-undang yang dibuat oleh parlemen. Akta adalah undang- undang yang digubal dan diluluskan oleh badan perundangan kerajaan persekutuan, sama ada persekutuan yang dikenali sebagai persekutuan tanah Melayu 1957 ataupun persekutuan Malaysia 1963, dikenali sebagai Akta. Akta yang dibuat oleh Parlemen dikelaskan dalam kategori ini. 1 Akta diluluskan oleh Parlimen. Ia merupakan sumber utama undang-undang karena semua keputusan hakim-hakim sepatutnya didasarkan atas Akta. Keputusan 1 Abu Bakar Abdullah, Ke Arah Pelaksanaan Undang-undang Islam di Malaysia : Masalah dan Penyelesaiannya, Kuala Terengganu, Pustaka Damai, 1986, Cet Pertama, h. 200. hakim yang bertentangan dengan peruntukan Akta boleh dirayukan sebagai keputusan yang dibuat yang di luar kuasa hakim karena hakim-hakim ditugaskan untuk menafsirkan Akta yang dibuat oleh Parlimen. Jikalau statut itu dianggap sebagai tidak berpatutan, caranya adalah dengan akta pindaan, dan bukan dengan keputusan mahkamah. 2 Tujuan dan matlamat Akta Dadah Berbahaya 1952 adalah membuat peruntukan selanjutnya yang lebih baik untuk mengawal pengimportan, pengeksportan, pengilangan, penjualan, dan penggunaan candu dan beberapa bahan dan narkoba berbahaya tertentu yang lain, membuat peruntukan khas berhubung dengan bidangkuasa mahkamah terhadap kesalahan-kesalahan yang tertakluk dibawahnya dan perbicaraan mahkamah dan maksud-maksud yang berkaitan dengannya. 3

B. Sanksi Pidana Jinayah Narkoba

Didalam akta dadah berbahaya 1952, yang telah diluluskan di parlemen memuatkan tujuh bagian: 1. Bagian satu memuatkan takrif dan tafsiran, terdiri dari syeksen dua dan tiga. 2. Bagian dua memuatkan tentang pengawalan terhadap candu mentah, daun koka, jerami popi dan ganja. Terdiri dari seksyen empat hingga tujuh 2 A Vijayalakshmi Venugopal , Introduction To Law In Malaysia, 2001, h. 345. 3 Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta 234Akta Penagih Dadah Rawatan Pemulihan 1983Akta 283, Lembaga Penyelidikan Undang-undang , International Law Book Services, Selangor. 2009, h. 7. 3. Bagian tiga memuatkan tentang pengawalan terhadap candu masak, ganja dan resen ganja. Terdiri dari syeksen lapan hingga sepuluh. 4. Bagian empat memuatkan tentang pengawalan terhadap narkoba berbahaya tertentu. Terdiri dari syeksen 11 hingga 17. 5. Bagian lima memuatkan tentang pengawalan terhadap perdagangan luar. Terdiri dari seksyen 18 hingga seksyen 25. 6. Bagian enam dimansuhkan 7. Bagian tujuh memuatkan tentang peruntukan Am dan sampingan. Terdiri dari seksyen 26 hingga 50. Didalam bagian tujuh yang memuatkan peruntukan am dan sampingan, didalam seksyen-seksyen ada menyebutkan hukuman bagi pesalah narkoba . hukumanya adalah seperti berikut: SEKSYEN KESALAHANJENIS NARKOBA HUKUMAN 39B  Pengedar narkoba  Menawar untuk mengedar narkoba berbahaya  Melakukan atau menawar atau melakukan sesuatu perbuatan sebagai persediaan untuk atau bagi pengedaran narkoba berbahaya  Memiliki 15 gm atau lebih dan heroin atau morfin  Memiliki 1000 gm atau lebih candu masak atau mentah  Memiliki 40 gm kokain atau lebih  Memiliki 200 gm atau lebih ganja  Memiliki 2000 gm daun koka Mati Mandatori