Fungsi Dan Pelaksanaan Zakat Di Negeri Johor.

F. Fungsi Dan Pelaksanaan Zakat Di Negeri Johor.

Fungsi utama Pusat Urusan Zakat Johor adalah untuk memungut Zakat dan Fitrah daripada orang Islam di negeri Johor serta membagikan uang kutipan Zakat dan Fitrah kepada asnaf yang telah ditentukan serta yang layak untuk menerima. Selain daripada itu juga, ia dilaksanakan untuk menjadikan zakat sebagai asas pembangunan negara dan ummah. Obyektif zakat yang besar adalah untuk menunaikan hak dan tanggungjawab kepada asnaf yang ditetapkan Syarak dan Syariat Islam. Ia juga bisa meningkatkan taraf hidup golongan asnaf dalam semua bidang kehidupan merangkumi aspek-aspek rohani, aqli dan jasmani serta membantu melaksanakan usaha-usaha memantap dan meninggikan penghayatan agama Islam agar semua masyarakat mempunyai kesadaran dan memiliki kefahaman yang tinggi. 88 Pelaksanaan zakat di negeri Johor adalah dilaksanakan mengikuti hukum- hukum Syariat Islam serta pembagiannya mengikut syarat dan aturan yang terkandung didalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Johor 2003. Harta zakat dibagi mengikut keperluan asnaf berdasarkan keutamaan serta pemindahan bagian dari satu asnaf ke asnaf yang lain dibenarkan berdasarkan kepada kebutuhan dan lebihan yang ada. Tiada ijtihad lagi dalam masalah menentukan asnaf yang menerima zakat kecuali pada perkara yang berkaitan dengan perlaksanaan pembagian kepada asnaf 89 . Semua pembagian zakat hendaklah dilakukan dengan pengawasan 87 Seksyen 41 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Johor Tahun 2003 : “ Maka hendaklah ada satu badan bernama “ Majlis Agama Islam Negeri Johor “ untuk membantu dan menasihati Sultan dalam perkara- perkara yang berhubungan dengan agama Islam 88 Mohd. Abdullah Hj Fikri, Wibawa Zakat di Dalam Urusan Negara Johor: Karangkraff Johor Press, 2003, h.53. 89 http:www.siwakz.netmod.php?mod=publisherop=viewarticlecid=16artid=24 dan kawalan rapi. Sebarang pembagian zakat yang meragukan perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Fatwa Johor dan Jawatankuasa Zakat Dan Fitrah 90 . Pendistribusian dilakukan dengan segera selepas dikenal pasti layak untuk menerima zakat. Tenaga kerja yang terlibat memproses permohonan hendaklah menjalankan tugas dengan segera bersesuaian dengan prinsip Muraqabah. 91 Untuk mengetahui perkembangan sumber zakat sejalan dengan perkembangan ekonomi moderen, kepada lembaga- lembaga pengumpul zakat, baik Pusat Urusan Zakat Badan Amil Zakat lainnya, yang ada dinegara ini untuk mensosialisasikan zakat dengan lebih luas dan merata. 92 Para pengurus Zakat hendaknya terus mengkaji dan mendalami hukum Islam khususnya yang berkaitan dengan zakat, agar dalam pelaksanaan tugas pokoknya mampu mengelola dan mengimplementasikan sesuai dengan kondisi sekarang, sehingga hukum Islam tetap relevan dalam setiap tempat dan saat. Untuk melihat secara lebih jelas lagi mengenai fenomena ini sila lihat Tabel I, II dan III. Tabel I Statistik Pembagian Zakat Pada Tahun 2008 Tahun Jumlah 2000 RM 17,831,029.00 90 http:www.mainj.gov.com.my 91 Enakmen Pentadbiran Islam tahun 1978 dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Johor 2003 92 Ramli Sadari, Pengaruh Zakat dan Kekuatannya Didalam Pendidikan Masyarakat Kuala Lumpur: MustikaKraf Press, 2005, h.3 2001 RM 22,474,139.50 2002 RM 29,053,833.06 2003 RM 26,546,996.03 2004 RM 30,076,294.42 2005 RM 39,243,990.00 2006 RM 46,142,937.81 2007 RM 67,675,527.82 2008 RM 78,627,641.25 Sumber data : Majlis Agama Islam Negeri Johor Tabel II Statistik Agihan Zakat Tahun 2008 Mengikut Jenis Asnaf Asnaf Bajet 2008 RM Perbelanjaan Perbelanjaan Fakir RM 7,017,667.00 RM 6,913,072.00 98.51 Miskin RM 14,234,333.00 RM 17,926,266.19 125.94 Amil RM 11,752,000.00 RM 11,918,083.47 101.41 Muallaf RM 7,915,000.00 RM 6,186,416.72 78.16 Gharim RM 1,050,000.00 RM 1,794,993.43 170.95 Ibnu Sabil RM 350,000.00 RM 133,065.50 38.02 Fi Sabilillah RM 34,806,100.00 RM 33,755,743.94 96.98 Riqab RM 1,000.00 - Jumlah RM 77,126,100.00 RM 78,627,641.25 101.95 Sumber data : Majlis Agama Islam Negeri Johor Tabel III Pecahan Agihan Zakat Tahun 2008 Sumber data : Majlis Agama Islam Negeri Johor

G. Kasus-Kasus Yang Berlaku Keatas Gharimin