kalangan penggubal polisi negara iaitu Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Negara Malaysia, didapati tidak mengaitkan isu infrastruktur dengan infostruktur. Hal ini
menjadikan isu kandungan dan tekologi ICT ditangani secara berasingan dan menyebabkan infostruktur menjadi isu yang dikesampingkan. Infrastruktur adalah
alatan dan keupayaan mengguna alatan adalah penting. Namun infostruktur menjadi isu yang besar kerana perlu dibangun dari dalam negara. Hal ini penting kerana kira-
kira 75 dari jumlah maklumat berasal dari luar Malaysia Ding 1998. Keadaan ini memberi ruang kepada musuh negara untuk menyerang Malaysia dari sudut ekonomi,
sosio-politik dan kedaulatan negara. Masalah tersebut dijangka dapat dikurang dengan mempertingkat tahap profesionalisme dan kesedaran dalam kalangan kakitangan awam
tentang kepentingan maklumat negara terhadap kedaulatan negara. Kakitangan awam perlu sedar bahawa tanpa pembangunan maklumat dari dalam negara, kandungan dari
luar diimport dan hal ini membabit persoalan mengenai kesesuaiannya dengan nilai dan budaya kebangsaan dan agama. Sementara itu Saxby 2011, bertegas kejayaan
ICT tidak hanya berkaitan dengan penyediaan infrastruktur tetapi sejauh mana pembangunan kandungan tempatan dapat selari dengan pengenalan ICT dalam negara.
ICT juga didapati dibahas secara berasingan daripada sektor lain terutama perpustakaan dan perkhidmatan maklumat. Kerajaan disaran mewujud satu
kementerian khas bagi mengurus dan mentadbir maklumat termasuk mencipta, mentadbir, menyebar, mengekal dan menghapus maklumat dalam negara dengan
berkesan.
5.2.4 Sosial
Istilah dan perbahasan ‘masyarakat bermaklumat’ dan ‘masyarakat berpengetahuan’ mula popular apabila diguna sewaktu perbahasan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara
Malaysia terutama dalam perbahasan Rang Undang-Undang berkaitan MSC seperti
Rang Undang-Undang Hakcipta Pindaan 1997, Rang Undang-Undang Jenayah
Komputer 1997, dan Rang Undang-undang Cakera Optik 2000 Dewan Negara Malaysia 1998a; Dewan Rakyat Malaysia 2000b. Namun, konsep masyarakat
bermaklumat tidak disepakati dalam kalangan penggubal polisi di Malaysia. Sebahagian penggubal polisi merujuk masyarakat bermaklumat sebagai golongan
pelajar Dewan Rakyat Malaysia 2009f dan sebahagian merujuk kepada satu
masyarakat yang meletak ilmu sebagai tumpuan utama dan menganggap ilmu sebagai komponen penting bagi kehidupan peribadi serta pekerjaan Dewan Rakyat Malaysia
1996b. Kerajaan Malaysia berusaha membangun masyarakat bermaklumat sebagai salah satu matlamat negara maju pada tahun 2020 Dewan Rakyat Malaysia 1999a;
Dewan Rakyat Malaysia 2007d. MSC pula menjadi simbol kepada visi kerajaan bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berteras kepada masyarakat bermaklumat
Dewan Negara Malaysia 2008g.
Bagi membangun masyarakat bermaklumat kerajaan Malaysia menghadapi beberapa cabaran antaranya adalah membangun modal insan, keupayaan inovasi
pembentukan budaya ilmu dalam kalangan rakyat Dewan Rakyat Malaysia 2007e. Bagi menangani cabaran di atas, kerajaan melaksana beberapa dasar termasuk
mensasarkan 60 dari masyarakat yang berusia 18 ke 25 tahun mempunyai kelayakan minimum sijil, diploma dan ijazah. Bagi mencapai sasaran tersebut, kerajaan
menambah bilangan IPTA dan IPTS. Pada tahun 2008, Malaysia mempunyai 20 IPTA dan 468 IPTS yang menyumbang kepada pembangunan masyarakat bermaklumat
Dewan Rakyat Malaysia 2008g. Bukan sekadar pendidikan formal, pendidikan sepanjang hayat juga diakui penting bagi tujuan membangun masyarakat bermaklumat
Dewan Rakyat Malaysia 2007f. Selain pendidikan, kerajaan turut mengubal akta bagi tujuan mengadakan peruntukan pemerolehan, pemeliharaan, pameran dan pemajuan
karya seni visual di Malaysia dan perkara yang berkaitan dengannya melalui penubuhan Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara dan Balai Seni Visual Negara
Dewan Rakyat Malaysia 2010g. Selain itu, aspek penguasaan kemahiran dan capaian teknologi maklumat juga penting kerana teknologi maklumat dan multimedia diakui
menjadi alat strategik bagi membentuk masyarakat bermaklumat Dewan Rakyat Malaysia 1999a; Dewan Negara Malaysia 2001b; Dewan Negara Malaysia 2006b.
Selain mengakui
kepentingan ICT
terhadap kemajuan
masyarakat bermaklumat, kerajaan menyedari pelaksanaan aplikasi elektronik yang melibat
kegiatan harian seperti perdagangan elektronik e-dagang dalam kalangan masyarakat umum tidak menggalakkan. Bagi mengatasinya, usaha meningkat kesedaran orang
ramai tentang manfaat serta kepentingan e-dagang serta aktiviti melalui elektronik dijalankan menerusi kursus dan kempen tertentu. Kerajaan mempertingkat keyakinan
orang ramai tentang keselamatan laman web serta aktiviti dalam ruang siber melalui penyediaan kerangka undang-undang dan peraturan yang kondusif Dewan Negara
Malaysia 2001c. Perlindungan kebersendirian menerusi perundangan perlindungan data adalah perlu bagi masyarakat maklumat kerana pengaliran data peribadi yang
besar berlaku menerusi rangka telekomunikasi, contohnya kad kredit, pemprosesan transaksi dan maklumat kesihatan Dewan Negara Malaysia 1998b.
Agenda IT Kebangsaan NITA dilancar sebagai satu kerangka pada peringkat kebangsaan bertujuan menyokong agenda kerajaan dalam membangun masyarakat
bermaklumat di Malaysia Dewan Rakyat Malaysia 2001e; Malaysia 2001a. Selain itu, langkah lain yang dilaksana oleh kerajaan adalah melaksana MSC dengan 7
aplikasi utama, penubuhan Majlis Teknologi Maklumat Kebangsaan NITC, bagi merangka NITA bagi membantu menyusun strategi pembangunan dan penggunaan
teknologi maklumat, membangun E-Komuniti, mewujud persekitaran E-Dagang, mewujud banyak ISP bagi menggalak penggunaan Internet dalam kalangan
masyarakat, menggalak pembangunan industri gantungan tempatan, mengadakan undang-undang siber untuk melindungi pengguna dan industri seperti Akta
Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Tandatangan Digital 1997, Akta Jenayah Komputer 1997 dan Akta Telemedicine 1997 dan penubuhan Kementerian Tenaga,
Komunikasi dan Multimedia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Dewan Negara Malaysia 1998c.
Aliran bebas maklumat diakui penting bagi membentuk masyarakat bermaklumat Dewan Rakyat Malaysia 2007g. Dengan alasan tersebut, MSC tidak
mengenakan sebarang tapisan berita ke atas maklumat dan media massa tempatan bagi menyiar berita. Berkaitan dengan itu, kerajaan turut didesak agar akta rahsia rasmi
OSA dimansuh dan diganti dengan akta kebebasan maklumat kerana menganggap maklumat sebagai satu hak asasi rakyat Perbahasan Dewan Rakyat Malaysia 1999b.
Kerajaan turut digesa bersikap terbuka dengan menyedia maklumat yang telus kepada rakyat menerusi penyiaran program secara langsung Dewan Rakyat Malaysia 1998c.
Kerajaan dituntut mengeluar satu laporan status IT ke Parlimen sebagai satu bukti komitmen yang tinggi dari kerajaan ke arah transisi Malaysia menjadi masyarakat
bermaklumat Dewan Rakyat Malaysia 1998c.
Jurang digital adalah isu yang perlu ditangani oleh kerajaan kerana jurang digital boleh membantut usaha kerajaan membangun masyarakat bermaklumat. Isu
jurang digital turut menjadi perbahasan dalam kalangan penggubal polisi dan kerajaan digesa mengambil langkah drastik dan berkesan bagi menangani jurang digital Dewan
Rakyat Malaysia 2003. Menurut laporan Unit Perancang Ekonomi UPE, pada tahun 2006 negeri Selangor dan Kuala Lumpur menunjukkan tahap kemahiran yang tinggi
berbanding negeri lain. Laporan UPE turut menunjukkan 90 peratus dari daerah luar bandar di Malaysia berada di bawah kadar purata capaian kepada Internet. Pada tahun
2006, capaian kepada Internet adalah sekitar 500,000 sedangkan sasaran kerajaan dalam tahun 2010 adalah dua juta capaian Dewan Rakyat Malaysia 2006b.
Beberapa usaha dilakukan oleh kerajaan bagi mengurangi jurang digital di Malaysia. Antaranya dengan meluaskan MSC ke kawasan baharu seperti Bayan Lepas
Pulau Pinang dan Bandar Kulim Hi-Tech di Kedah Minit Mesyuarat Panel Penasihat Antarabangsa kali kelapan 2004. Sementara itu, program pembudayaan ICT dan
program merapat jurang digital turut dilaksanakan oleh agensi kerajaan seperti MOSTI, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pelajaran serta kerajaan negeri
Dewan Negara Malaysia 2006a. UPE pula berfungsi menjadi penyelaras usaha menangani jurang digital antara agensi seperti Kementerian Kemajuan Luar Bandar
dan Wilayah dan Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi KTAK. Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi KTAK turut menyedia infrastruktur latihan dan
perkhidmatan bagi 1,169 pusat Internet desa di seluruh negara Dewan Negara Malaysia 2010a. Sementara itu, syarikat besar terutamanya yang dikuasai kerajaan
seperti Telekom, TNB, Petronas dan MISC turut terlibat secara aktif membantu kerajaan dalam program dan projek yang bertujuan merapat jurang digital. Sebagai
contoh, Program Internet Desa dan Universal Service Provider USP oleh Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia. Kerajaan turut melaksana inisiatif
Tabung Perkhidmatan Sejagat di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia memboleh sumbangan diperoleh daripada pelesen pembekal perkhidmatan industri komunikasi
dan multimedia. Tabung ini diguna bagi membiayai penyediaan rangkaian telekomunikasi di kawasan luar bandar yang tidak diliputi oleh prasarana sedia ada.
Kerajaan turut memperkenal projek e-komuniti bagi memastikan masyarakat luar bandar tidak ketinggalan dalam arus perdana IT Dewan Rakyat Malaysia 1999c.
Selain itu, kerajaan juga menyedia prasarana telekomunikasi ICT termasuk komputer serta Internet terutamanya di kawasan luar bandar melalui penubuhan pusat ICT
seperti Internet Desa, Infodesa, pembekalan komputer di sekolah, pusat komuniti dan masjid Dewan Negara Malaysia 2001c; Dewan Negara Malaysia 2010a serta Pusat
Internet 1Malaysia Dewan Negara Malaysia 2010d. Inisiatif lain yang diperkenal adalah pelaksanaan Pusat Jalur Lebar Komuniti PJK, penubuhan Pusat Internet
Rakyat PIR, peluasan liputan selular awam melalui pembinaan 873 menara telekomunikasi baharu di seluruh negara termasuk 212 di Sabah dan 203 di Sarawak
dan penyediaan RM1 bilion daripada dana pemberian perkhidmatan universal atau USP bagi pelaksanaan pengagihan satu juta komputer riba kepada golongan kurang
berkemampuan Dewan Rakyat Malaysia 2010d.
Refleksi dan Kritik
Analisis menunjukkan salah satu sebab pengenalan ICT kepada rakyat adalah bagi tujuan membentuk masyarakat bermaklumat. Istilah ‘masyarakat bermaklumat’ mulai
diguna dalam perbahasan berkaitan dengan ICT dalam Dewan Rakyat Malaysia dan Dewan Negara. Bagi membangun masyarakat bermaklumat kerajaan perlu mengatasi
beberapa halangan seperti kadar celik computer yang rendah. Menurut World Competitiveness Yearbook, IMD 2008-2009, Malaysia menduduki tempat ke-24 dari
aspek kemahiran teknologi maklumat berbanding negara Sweden, Finland, Denmark, Singapore dan India Malaysia Productivity Corporation - MPC 2009. Kedudukan
pengguna Internet pula adalah pada kedudukan ke-49 berbanding negara Denmark, Iceland, Sweden, Finland, Republik Korea, United Kingdom dan Germany. Jurang
digital menjadi isu utama di Malaysia, namun kerajaan didapati serius menangani isu jurang digital dengan melaksana beberapa program seperti Program Internet Desa,
Infodesa dan menyedia komputer ke sekolah seluruh negara.
5.2.5 Maklumat Kerajaan