Ekonomi ANALISIS DAN INTERPRETASI KANDUNGAN DOKUMEN

menyedia keperluan maklumat kepada rakyat. Maklumat yang disedia dalam portal kerajaan bukanlah maklumat terkini, pautan kepada bukan maklumat yang sepatutnya dan maklumat tidak mencukupi adalah antara rungutan berkait maklumat kerajaan yang sering kedengaran. Keadaan ini menimbulkan persoalan adakah kerajaan tidak mengiktiraf maklumat sebagai sumber kepada negara? Kajian ini mendapati punca utama maklumat kerajaan tidak didapat dicapai dengan mudah di Malaysia bukan disebabkan oleh teknologi, tetapi komitmen dan kesungguhan kepimpinan politik dan birokrasi peringkat atasan untuk mengguna dengan sebaiknya kemudahan teknologi maklumat demi membekal perkhidmatan dan maklumat yang baik kepada rakyat Malaysia. Kakitangan awam perlu menyedari kepentingan berkongsi maklumat kepada rakyat kerana selain perlu penyediaan maklumat berguna kepada rakyat, juga hal ini dapat mengurangkan kos pentadbiran kerajaan. Selain itu, perkongsian maklumat turut memberi peluang kepada sektor swasta dan pengguna sektor ketiga menambah nilai kepada maklumat sedia ada Saxby 2011. Dengan teknologi ICT, kerajaan sepatutnya tidak lagi berfungsi dengan tindakan dan polisi secara atas bawah dengan sektor awam bagi mencipta maklumat. Budaya perkongsian perlu diwujudkan bagi mencipta peluang membangun idea dan maklumat dalam semua lapisan masyarakat. Selain itu, mekanisme tradisional melalui lobi, proses konsultasi parlimen dan penggubalan polisi atas bawah yang berlaku di berbagai peringkat pembangunan polisi perlu dihapus.

5.2.6 Ekonomi

Industri maklumat mula diberi perhatian oleh kerajaan Malaysia bermula akhir 1980- an. Dalam jangka waktu berkenaan, industri maklumat menjadi salah satu komponen kecil di bawah sektor perkhidmatan perniagaan. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, sumbangan Industri Maklumat Komputer kepada Keluaran Dalam Negara Kasar KDNK pada tahun 1987 dan 1988 adalah sekitar RM8 hingga RM9 juta. Industri maklumat berkembang pada kadar 12 pada tahun 1988 selaras dengan pengenalan dan peningkatan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan komputer dan teknologi Dewan Rakyat Malaysia 1989c. Mulai pertengahan tahun 1990-an, kerajaan menyedari ICT adalah penting dalam pembangunan ekonomi dari segi meningkat kecekapan, produktiviti dan daya saing Dewan Rakyat Malaysia 1999a. Justeru, struktur ekonomi negara diubah daripada berasaskan pengeluaran dan eksport komoditi kepada ekonomi berteknologi tinggi dan berasaskan pengetahuan Dewan Negara Malaysia 1997g. Keupayaan inovasi turut diakui penting bagi membangun ekonomi berasaskan maklumat Dewan Rakyat Malaysia 2007h, Malaysia 2011. Hal ini selari dengan saranan World Economic Forum WEF agar Malaysia beralih kepada ekonomi berasaskan maklumat yang didorong oleh inovasi Dewan Rakyat Malaysia 2009b. Pada tahun 2009, sektor ICT menyumbang 9.8 peratus kepada KDNK Malaysia 2011 dan menjadi salah satu daripada 12 Bidang Ekonomi Utama Negara NKEA yang berpotensi menjana pendapatan tinggi kepada negara Dewan Rakyat Malaysia 2007i; Dewan Rakyat Malaysia 2010j. Dalam belanjawan 2010 kerajaan menganjak Malaysia kepada satu tahap dan bentuk model ekonomi baharu berasaskan inovasi, kreativiti dan nilai tambah tinggi. Justeru, sektor ICT terus menjadi fokus utama bagi Malaysia dan dijangka menyumbang kepada KDNK sebanyak 10.2 menjelang tahun 2015 Malaysia 2011. Bagi membangun sistem ekonomi berasaskan maklumat beberapa faktor perlu diatasi, antaranya ialah kebebasan maklumat Dewan Rakyat Malaysia 2007g. Maklumat yang tepat dan cepat diperlukan bagi membuat keputusan sama ada untuk perniagaan, pelaburan, pendidikan, penyelidikan, keselamatan, mahupun politik. Masyarakat yang menguasai dan berupaya memperoleh maklumat dengan tepat dan cepat mempunyai kelebihan dalam penguasaan ekonomi berasaskan maklumat. Justeru, kebebasan media mesti diwujud untuk memberi kelebihan kepada masyarakat dalam menerokai pengetahuan, pasaran peluang perniagaan, perkhidmatan pekerjaan dan sebagainya. Media berperanan sebagai pemangkin dalam menjana pertumbuhan ekonomi berasaskan maklumat, mengawal dan mengimbang dalam sistem politik demokrasi Dewan Rakyat Malaysia 2008h. Bagi tujuan menggalak pertumbuhan industri maklumat, kerajaan melaksana beberapa dasar. Antaranya, Kementerian Kewangan melalui Akta Penggalakan Pelaburan 1986 mengambil langkah memberi status Taraf Perintis dengan pengecualian cukai selama 5 tahun kepada syarikat yang terlibat dengan pembangunan perisian dan pemasangan komputer, serta aktiviti yang berkaitan dengannya disamping elaun cukai pelaburan sehingga 100 peratus Dewan Rakyat Malaysia 1989c. Kerajaan juga memberi pengecualian semua cukai ke atas peralatan multimedia dan memberi galakan istimewa untuk syarikat yang kehadirannya mendorong syarikat lain menjalankan operasi di bandar teknologi tersebut Dewan Rakyat Malaysia 1996d. Bagi memacu pembangunan ekonomi berasaskan maklumat dan inovasi, kerajaan turut menggubal Model Inovasi Negara. Model Inovasi Negara adalah satu usaha kerajaan untuk menghasil teknologi baharu bagi membantu meningkat eksport barangan dan pelaburan dalam negara. Model ini menggabung semua faktor yang berkaitan seperti tenaga pekerja, sumber kewangan, pembangunan keusahawanan, pasaran dan dasar kerajaan yang berkaitan. Melalui model ini, kerajaan mensasar capaian sekurang- kurangnya 5 pengkomersilan hasil RD selain membangun syarikat dan usahawan techno baharu berasaskan sains dan teknologi Dewan Rakyat Malaysia 2008f. Selain itu, bagi memastikan model inovasi berjaya, MOSTI mengkaji semula dan mengemas kini Dasar Sains dan Teknologi Kedua 2002 hingga 2010. MOSTI turut mengemukakan kerangka pelan strategik dan pelan tindakan dengan tujuan membangun modal insan untuk penjanaan ilmu, membudaya kreativiti dan inovasi, mempertingkat penyelidikan RD untuk pengkomersialan dan memperkasa masyarakat untuk menjana pendapatan dan kesejahteraan melalui sains, teknologi dan inovasi. Kerajaan turut mengkaji semula polisi yang berkaitan dengan undang-undang harta intelek dan prosedur imigresen serta memudah cara pembiayaan dan pakej insentif bagi menggalak penyelidikan dan inovasi Dewan Rakyat Malaysia 2007k. Bagi menjadikan industri multimedia kreatif berkembang dengan dinamik, Dasar Industri Kreatif Negara dirancang untuk digubal manakala projek Penyiaran Televisyen Terestrial Digital Negara DTTB dilaksanakan. Menyedari kebaikan dan manfaat ICT, kerajaan disaran agar meluas sektor tersebut ke seluruh negara Dewan Rakyat Malaysia 2010j. Bagi tujuan tersebut, kerajaan mengguna strategi mengembang industri ICT melalui MSC. MSC bertanggungjawab mengenal pasti dan membangun beberapa bidang terpilih termasuk pembangunan perisian, multimedia kreatif, perkhidmatan perkongsian dan penyumber luaran serta e-dagang. Konsep kluster pula diguna pakai bagi memacu pertumbuhan bidang ICT yang melibatkan kolaborasi di antara syarikat global sebagai nukleus dengan Enterpris Kecil dan Sederhana EKS tempatan Malaysia 2011. Sementara itu, dalam tempoh RMK6 dan Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua, beberapa langkah diambil bagi meningkat industri maklumat iaitu melalui penggunaan teknologi maklumat dalam sektor awam, pembangunan piawai, pangkalan maklumat dan rangkaian data serta menggalak kesedaran mengenai kepentingan teknologi maklumat. MOSTI juga memberi perhatian terhadap keperluan masyarakat luar bandar bagi membantu menjana pendapatan dan mempertingkat kesejahteraan serta kualiti hidup. Bagi tujuan tersebut, projek inovasi komuniti dilaksana oleh kerajaan Dewan Rakyat Malaysia 2008i. Selain itu, kerajaan turut memperuntuk sumber bagi mempertingkat RD dalam bidang yang berkaitan dengan industri maklumat. Kerajaan juga menggalak pengwujudan rantaian antara industri maklumat dengan sektor ekonomi yang lain supaya penglibatan syarikat tempatan dan nilai tambah sektor ICT dapat dipertingkat Dewan Rakyat Malaysia 1991. Prasaran dan keupayaan dalam industri maklumat turut dipertingkat kerana berpotensi menyumbang kepada perkembangan industri baharu terutamanya industri bioteknologi Dewan Rakyat Malaysia 2000c. Sehingga hujung tahun 2010, bidang multimedia kreatif menyumbang sebanyak 1.6 kepada KDNK. Kerajaan terus memberi penekanan kepada multimedia kreatif terutamanya animasi bagi simulasi, pengiklanan dan hiburan serta pembangunan permainan komputer. Kerajaan turut mempertingkat teknologi digital agar banyak kandungan dapat disalur dengan cekap dan berkesan Malaysia 2011. Beberapa syarikat tempatan menunjukkan keupayaan untuk menghasil dan menjual produk ICT bernilai tinggi. Nilai eksport ICT Malaysia bernilai 1.2 Bilion ringgit sehingga tahun 2003. Namun, nilai tersebut perlu ditingkatkan dan banyak lagi syarikat tempatan yang kompetitif perlu diwujudkan Minit Mesyuarat Panel Penasihat Antarabangsa kali kelapan 2004. Bidang kajian lain seperti bioteknologi dan pengaruhnya kepada ICT serta industri kandungan kreatif turut dibiayai dan diterokai oleh kerajaan. Bagi menggalak aktiviti RD, kerajaan menawar insentif kepada penyelidik menerusi pemberian kadar pembayaran royalti sebanyak 80, manakala baki 20 kepada institusi penyelidikan. Galakan ini bertepatan dengan hasrat kerajaan bagi memasti harta intelek yang berjaya dikomersial dapat menjana hasil pulangan yang maksimum kepada negara Dewan Rakyat Malaysia 2007k. Rangkaian inforastruktur berkualiti tinggi turut diakui penting bagi menjadi pemangkin kepada ekonomi berasaskan maklumat Dewan Negara Malaysia 2007j; Dewan Rakyat Malaysia 2010e; Dewan Negara Malaysia 2010c. Dalam hal ini, negara mempunyai kemampuan teknikal dalam bidang teknologi maklumat. Walaupun jumlahnya kecil berbanding dengan negara lain, profesional dalam bidang komputer dan kejuruteraan telekomunikasi dijangka memadai bagi memboleh Malaysia mewujud pasukan hadapan yang menjadi peneraju dalam bidang industri maklumat Dewan Rakyat Malaysia 1997h. Bagi menjayakan gagasan sistem ekonomi berasaskan maklumat, kerajaan digesa membentuk persekitaran yang sihat, bebas dan berdaya saing bagi merangsang dan menggalak kreativiti dalam kalangan rakyat Dewan Negara Malaysia 2009c. Justeru, penekanan terhadap aspek pendidikan dan latihan dalam bidang berkaitan dengan industri maklumat perlu dimulakan dari pendidikan seawal peringkat rendah hingga peringkat pendidikan tinggi Dewan Rakyat Malaysia 1991; Dewan Rakyat Malaysia 2010. Pada peringkat pendidikan menengah, pengambilan pelajar bagi pendidikan teknikal dan latihan vokasional TEVT ditambah dan kualiti latihan secara keseluruhan diperbaiki bagi meningkat tahap kemahiran tenaga kerja supaya bekalan modal insan berkemahiran bertambah Malaysia 2011. Selain daripada menyedia tenaga kerja berkemahiran teknikal bagi keperluan industri maklumat, profesional dalam bidang dan disiplin lain termasuk perubatan dan undang-undang perlu diselaras dengan golongan teknikal. Ini kerana produk dan aplikasi seperti teleperubatan, undang-undang dalam talian, perbankan dalam talian dan perdagangan elektronik adalah produk yang berkaitan dengan industri maklumat Dewan Rakyat Malaysia 1997h. Pada peringkat pengajian tinggi pula, Kementerian Pengajian Tinggi dan IPT melalui Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara menyokong dan mempertingkat program RD di universiti awam dan swasta. Bagi tujuan penyediaan sumber manusia kreatif, peningkatan keupayaan tenaga kerja dalam negara dipertingkat melalui kerjasama di antara universiti, institut penyelidikan, industri, pemberi dana dan sektor awam Dewan Rakyat Malaysia 2010l. Bidang lain yang perlu dibangun pada peringkat pengajian tinggi termasuklah bidang perfileman kreatif, reka bentuk industri, penulisan, pengiklanan, kewartawanan dan penerbitan elektronik Dewan Rakyat Malaysia 1997h. Kerajaan turut mengiktiraf inisiatif pihak majikan swasta yang menghargai sumbangan pekerja cemerlang dan berprestasi tinggi dengan memberi pengecualian cukai ke atas anugerah perkhidmatan cemerlang diperluas kepada semua anugerah berkaitan dengan inovasi dan produktiviti Dewan Rakyat Malaysia 2008j. Kerajaan turut merancang dan berusaha menambah bilangan penyelidik, saintis dan jurutera RSE melalui program pembangunan modal insan dan brain gain. Bagi tujuan tersebut, kerajaan menambah bilangan calon peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah PhD daripada 200 orang kepada 400 orang setahun mulai 24 September 2008 Dewan Rakyat Malaysia 2008i. Melalui rancangan MyBrain15 yang dilancar pada tahun 2008 pula, kerajaan menyasarkan 60,000 daripada tenaga pengajar di IPT mempunyai ijazah peringkat PhD. Agenda ini menjadi satu daripada 18 agenda kritikal dalam Pelan Strategik Pendidikan Tinggi Negara. Sehingga Oktober 2009, seramai 6900 orang daripada 26,700 iaitu kira-kira 26 daripada pensyarah IPTA memiliki ijazah peringkat PhD. Kerajaan menetapkan pada tahun 2010, empat buah universiti penyelidikan hendaklah mempunyai komposisinya 75 pensyarahnya berkelayakan PhD dan 75 bagi keseluruhan IPTA pada tahun 2015 Dewan Rakyat Malaysia 2009g. Berkaitan dengan bilangan penyelidik, saintis dan jurutera RSE, pada tahun 2006 nisbah RSE adalah 17.9 bagi setiap 10,000 tenaga kerja Dewan Rakyat Malaysia 2009h dan meningkat kepada 21 orang pada tahun 2009 Dewan Rakyat Malaysia 2009g. MOSTI pula menetapkan sasaran 50 RSE bagi setiap 10 ribu tenaga kerja sepanjang RMK9 Dewan Rakyat Malaysia 2008i. Manakala menjelang tahun 2015, nisbah RSE dijangka 60 orang bagi setiap 10,000 penduduk Dewan Rakyat Malaysia 2009g. Malaysia terus membangun kepakaran ICT tempatan melalui insiatif MSC disamping menggalak pelaburan luar Dewan Negara Malaysia 1997g; Dewan Negara Malaysia 1998c. Galakkan diberi melalui penyediaan geran seperti e-Kandungan, Demonstrator Application Grant Scheme DACS, Skim Geran Multimedia MGS serta berbagai geran lain di bawah MDeC Dewan Rakyat Malaysia 2008i. Kerajaan turut melaksana MSC Knowledge Workers Development Initiatives melalui MDeC bagi menyedia Program Kemahiran Siswazah, Program Latihan Graduan, Program Kem Kerjaya, Program Kerjasama antara Industri dan Akademia dan ICT Career of Choice. Antara kepakaran yang dilatih termasuk dalam bidang teknologi maklumat, perkongsian perkhidmatan dan penyumber luaran SSO, Kejuruteraan Elektronik dan Multimedia Kreatif. MDEC melatih seramai 28,936 graduan dalam RMK9. Sehingga Disember 2009, MDEC melatih seramai 21,802 graduan iaitu 75 daripada jumlah sasaran. Daripada jumlah ini 90 berjaya mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas menjalani latihan Dewan Negara Malaysia 2010b. Beberapa inisiatif lain turut dilakukan oleh kerajaan bagi meningkatkan bilangan pengkaji yang mahir dan berkeupayaan dalam bidang Sains dan Teknologi. Antaranya dengan menambah bilangan penajaan Skim National Science Fellowship NSF di bawah Program Pembangunan Modal Insan dalam bidang Sains, Teknologi dan Inovasi daripada 200 orang pada 400 orang setahun mulai tahun 2008, menambah peruntukan pembangunan sebanyak RM157.98 juta bagi tempoh dari 2008 sehingga 2010 bagi pembangunan modal insan di bawah Program NSF dan mewujud sektor kritikal dalam bidang Bioteknologi, Industri, Sains Marin dan Angkasa, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, lain-lain bidang Sains dan Teknologi berkaitan dengan pertanian Dewan Rakyat Malaysia 2009h. Bagi menambah bilangan pekerja berpengetahuan, kerajaan digesa mengkaji dasar visa untuk imigran pekerja berpengetahuan. Kerajaan disaran mencontohi negara lain seperti AS yang mana, 25 pemegang Ph.D dan lebih 30 profesor kejuruteraan terdiri daripada imigran pekerja berpengetahuan Dewan Rakyat Malaysia 2007b. Selain itu, kerajaan Malaysia perlu menarik pekerja berpengetahuan warga negara Malaysia yang bekerja di luar negara dengan mewujud polisi khas dan insentif Dewan Negara Malaysia 2009c. Beberapa langkah galakan diambil untuk menarik kepakaran yang diperlukan seperti pengecualian cukai pendapatan selama 2 tahun, pengecualian cukai barangan persendirian dan pemberian taraf pemastautin tetap dalam tempoh 6 bulan kepada isteri atau suami dan anak yang bukan rakyat Malaysia Dewan Negara Malaysia 2000b. Selain daripada itu kadar cukai individu kompetitif diturunkan daripada 28 kepada 27 mulai tahun taksiran 2009. Kerajaan turut digesa mengambil perhatian serius tentang penghijrahan rakyat Malaysia yang berbakat dan kreatif ke luar negara Dewan Rakyat Malaysia 2007g; Dewan Rakyat Malaysia 2008j. Kerajaan didakwa gagal mengekal pekerja berpengetahuan yang dibawa pulang dari luar negara 35 orang kembali semula ke luar negara, justeru kerajaan perlu mencari alternatif bagi mengatasinya. Kerajaan disaran mengadakan rangkaian kerja dengan mereka agar masih boleh mendapat manfaat Dewan Rakyat Malaysia 2007m. Bagi memajukan industri maklumat, faktor infrastruktur terkini, polisi menyeluruh dan pekerja berpengetahuan sahaja adalah tidak mencukupi. Kerajaan perlu memupuk kesedaran dalam kalangan rakyat kerana maklumat berkaitan industri maklumat berteras ICT masih baharu di Malaysia. Hal ini menyebabkan kesamaran tentang perundangan, operasi teknikal, ilmu dan industri maklumat dan komputeran dalam kalangan sebahagian masyarakat termasuk penggubal polisi Dewan Rakyat Malaysia 1997c. Malaysia perlu pemimpin yang mempunyai bentuk kepemimpinan baharu yang serasi dan selari dengan zaman maklumat Dewan Rakyat Malaysia 1997h. Kepimpinan birokrasi dan politik Malaysia pada semua peringkat hendaklah memahami teknologi maklumat secara menyeluruh. Dasar perlu diubahsuai dan dasar baharu perlu digubal sesuai dengan era maklumat. Aktiviti menjana, menyebar dan mengguna maklumat pula perlu dijadikan budaya bagi membantu membangun ekonomi berasaskan maklumat Dewan Rakyat Malaysia 2007h. Bagi menjamin kejayaan inovasi negara, kerajaan juga perlu menyedia ruang diskusi terbuka serta pentadbiran yang berkesan, bertanggungjawab dan telus Dewan Negara Malaysia 2009c. Refleksi dan Kritik Pertumbuhan industri berorientasi eksport tidak dapat membawa Malaysia mencapai sasaran ekonomi wawasan 2020 Tengku Mohd Azzman 2008b. Bagi mengatasinya, ICT melalui agenda MSC diguna untuk membuat lompatan kuantum bagi mencapai wawasan tersebut. MSC adalah percubaan bagi membangun gugusan industri yang dinamik bermatlamat untuk menghasil produk dan perkhidmatan multimedia berasaskan ICT yang inovatif. MSC boleh menjadi pencetus kepada industri aplikasi dan kandungan di Malaysia Tengku Mohd Azzman 2008b. Kajian ini mendapati Malaysia mempunyai perancangan yang baik, terperinci dan menyeluruh mengenai hasrat dan dasar kerajaan mengubah sistem ekonomi sedia ada kepada sistem ekonomi berasaskan maklumat. Namun beberapa isu seperti keperluan menyedia sumber manusia yang kreatif dan inovatif, masalah pengaliran keluar pekerja berpengetahuan tinggi, dan usaha menarik profesional warga negara Malaysia yang berada di luar negara perlu dilaksana dengan serius melalui program dan agenda yang berkesan. Selain itu rancangan dan inisiatif kerajaan berkaitan ekonomi berasaskan maklumat perlu diperjelas dan difahami oleh semua peringkat masyarakat. Kajian ini turut mendapati wujud perkaitan yang jelas antara keperluan menyedia infrastruktur ICT dengan matlamat mengubah ekonomi berasaskan maklumat dan difahami oleh penggubal polisi. Pendekatan kerajaan yang mengaitkan ICT dengan perkembangan sosial dan ekonomi adalah selaras dengan perkembangan semasa di peringkat antarabangsa. Bagi mengesan keberhasilan gagasan k-ekonomi, kerajaan dianjurkan untuk melaksana kajian impak dalam kalangan seluruh kakitangan awam serta pemimpin politik pada semua peringkat. Selain polisi yang baik, pelaksanaan polisi juga hendaklah dilaksana dengan serius. Selain daripada itu, ekonomi perkhidmatan seperti pendidikan bank, insurans, logistik, pelancongan, perkapalan, perkhidmatan utara dan sebagainya juga harus dimantapkan.

5.2.7 Pendidikan ICT