Majlis Teknologi Maklumat Kebangsaan NITC

berdasarkan interpretasi penulis sesuai dengan kajian berbentuk kualitatif Samuel et al. 2001.

5.3.1 Majlis Teknologi Maklumat Kebangsaan NITC

NITC adalah akronim kepada National IT Council iaitu satu badan koordinasi berkaitan teknologi maklumat tertinggi peringkat kebangsaan yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri dan dianggotai oleh beberapa menteri mewakili kementerian yang berkenaan serta wakil dari sektor swasta. NITC diiktiraf sebagai agensi pusat dan forum yang bertanggungjawab mengkoordinasi polisi maklumat di Malaysia kerana dianggotai oleh semua ketua agensi atau kementerian yang bertanggungjawab kepada Teknologi Maklumat dan Komunikasi ICT, termasuk Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi KTAK, Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi MOSTI, Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia MAMPU serta agensi bukan berteras ICT seperti Unit Perancangan Ekonomi EPU. NITC adalah forum yang merentas semua agensi kerajaan polisi pada peringkat kebangsaan namun wujud pertindanan dari segi bidang tugas pada peringkat operasi. Kelemahan koordinasi didapati ketara terutama berkaitan dengan implementasi Agenda Teknologi Maklumat Kebangsaan NITA. Selain itu, NITC didakwa sebagai tidak lagi memainkan peranan sebagai agensi koordinasi polisi maklumat di Malaysia. Hal ini dibukti dengan kegagalan mengadakan mesyuarat koordinasi NITC secara berkala. Koordinasi yang tidak diamal dan diberi keutamaan menyebabkan NITC terpinggir. Koordinasi yang tidak berfungsi turut didakwa menjadi penyebab pengasingan komponen komunikasi dan teknologi maklumat di bawah dua kementerian yang berbeza pada tahun 2004. NITA dan MSC diletak di bawah Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi MOSTI manakala komponen komunikasi iaitu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia SKMM di bawah Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi KTAK. Tindakan pemisahan komponen teknologi maklumat IT dan komunikasi di bawah seliaan kementerian yang berbeza dianggap sebagai satu tindakan terkebelakang sedangkan percantuman antara IT dan komunikasi di Malaysia sudah bermula pada tahun 1998. Hal ini menimbulkan kesukaran terutamanya apabila kerajaan hendak membuat perjanjian persefahaman atau kerjasama berkaitan ICT dengan negara yang telah beranjak kepada percantuman antara komunikasi dan teknologi maklumat. Dalam hal ini, kerajaan Malaysia diwakili oleh kedua-dua menteri dari KTAK dan MOSTI untuk menandatangani perjanjian tersebut. Keadaan serupa turut berlaku apabila kerajaan Malaysia perlu menghantar perwakilan dari kedua-dua kementerian untuk mewakili Malaysia ke persidangan atau mesyuarat seperti The International Telecommunication Union ITU dan persidangan yang berkaitan dengan ICT yang lain. Akibat daripada keadaan pemisahan teknologi maklumat dan komunikasi ini, Malaysia tidak mendapat pulangan dari pelaburan yang dibuat disamping berlakunya pembaziran sumber. Keadaan yang sedemikian tidak berlaku di negara lain terutamanya Korea dan Finland yang mendapat pulangan yang baik lantaran koordinasi yang baik. Selain itu, beberapa faktor seperti masalah demografi dan kecelaruan dalam kalangan badan politik, kepimpinan dan penjawat awam turut memberi impak kepada pemisahan antara komponen komunikasi dan teknologi maklumat IT. Walaupun pemisahan komponen IT dan komunikasi dikaitkan dengan pembaziran dan tindakan kebelakang namun ada kemungkinan pemisahan antara sektor komunikasi dan teknologi maklumat adalah bagi memudah pentadbiran utiliti di bawah satu kementerian. Bahagian komunikasi di bawah tanggungjawab KTAK kerana KTAK turut bertanggungjawab ke atas utiliti air dan tenaga. Sementara itu, bahagian teknologi maklumat pula terletak di bawah tanggungjawab MOSTI kerana MOSTI adalah kementerian yang bertanggungjawab terhadap pembangunan kandungan tempatan. Sebagai contoh Perbadanan Pembangunan Multimedia MDeC bertanggungjawab terhadap pembangunan kandungan digital kebangsaan, ICT-RD dalam bidang teknikal dan Cybersecurity untuk pembangunan keselamatan siber. Umumnya, pemisahan bahagian komunikasi dan teknologi maklumat ini membolehkan KTAK memfokus kepada pembangunan infrastruktur, manakala SKMM pula bertanggunjawab menjadi penguatkuasa kepada rangkaian telekomunikasi di Malaysia.

5.3.2 Agenda Teknologi Maklumat Kebangsaan NITA