Isu Lain yang Turut diKemuka oleh Responden

matlamat menjadikan masyarakat bermaklumat selain berfungsi menyedia kandungan tempatan ke dalam rangkaian Internet. Namun pelaksanaannya dipersoal kerana ketiadaan wakil dari perpustakaan negara sebagai ahli dalam NITC. Perpustakaan terus terasing dari aliran utama maklumat negara kerana tidak ada pihak yang menganggap bahawa sains perpustakaan adalah sebahagian daripada komponen polisi maklumat. Hal ini bukan saja berlaku pada peringkat amalan, malah pengkaji dalam bidang polisi maklumat didapati tidak mengaitkan perpustakaan dengan polisi maklumat selepas kajian Sajjad pada tahun 1996. Polisi maklumat didapati dikaitkan dengan bidang perpustakaan bermula pada tahun 1979 dan 1981 oleh Wijasuriya sebagai respon kepada program NATIS oleh UNESCO. Selepas kajian Sajjad, polisi maklumat di Malaysia dikaitkan dengan teknologi maklumat dan Internet seperti kajian oleh Ramli 2001, Mashkuri et al. 2002, International Telecommunication Union 2002 dan Xue 2005 dan pengawalaturan kandungan oleh Ida 2004. Selain daripada itu, perpustakaan yang diletak di bawah Kementerian Kebudayaan dan Warisan KEKWA turut mengundang persepsi yang tidak sihat, kerana umumnya KEKWA dikaitkan dengan perkara budaya dan warisan negara sedangkan konsep masyarakat maklumat yang didokong oleh perpustakaan adalah bentuk masyarakat masa hadapan dan dinamik.

5.3.7 Isu Lain yang Turut diKemuka oleh Responden

Selain daripada isu yang dikemuka di atas, responden turut mengutara beberapa isu yang penting berkaitan dengan polisi maklumat di Malaysia. Isu yang diutarakan oleh responden adalah seperti berikut: a Ekonomi Walaupun mempunyai polisi dan strategi serta peruntukan pelaburan yang banyak, pencapaian ekonomi berasaskan pengetahuan k-ekonomi di Malaysia masih belum boleh dibanggakan. Beberapa bukti menunjukkan pencapaian k-ekonomi di Malaysia masih rendah antaranya ialah: i. Sistem ekonomi Malaysia masih bergantung kepada aktiviti nilai tambah yang rendah seperti pengeluaran, pertanian dan pembinaan. ii. Transformasi budaya dan sosial masih berada pada tahap pemprosesan material seperti dalam era pertanian dan industri. iii. Sains dan teknologi hanya memberi impak yang marginal kepada pembangunan secara keseluruhan. iv. Kerangka pengurusan kerajaan bagi pembangunan masih berdasarkan kepada mekanisme atas-bawah dan berdasarkan pertimbangan politik. v. Ketahanan sistem kemanusiaan dan persekitaran tidak kuat akibat daripada kekurangan pengkayaan dan pengurusan kendiri. vi. Maklumat yang diperoleh dari Internet tidak diguna untuk memanipulasi atau menghasil pengetahuan baharu, tetapi sekadar penggunaan untuk aktiviti harian dan sosial. b Pendidikan ICT Keperluan celik ICT dalam kalangan rakyat Malaysia diakui penting. Namun, celik ICT diakui masih belum dapat dicapai sepenuhnya di Malaysia kerana celik ICT bukan sekadar tahu mengguna komputer, tetapi melibatkan manipulasi maklumat dan pembangunan kandungan. Bagi mengatasi masalah celik ICT, pendidikan ICT perlu diperbaiki bagi melahirkan pelajar yang tidak hanya boleh mengguna komputer, tetapi boleh belajar secara berdikari dan mampu menimba ilmu dari sumber Internet yang luas. Bagi mengatasi masalah celik ICT, sistem pendidikan ICT di Malaysia perlu dibebas dari dorongan mengaut keuntungan dari aktiviti perniagaan semata-mata. Kontraktor ICT didakwa sekadar membekal peralatan infrastruktur tanpa ada kesedaran tentang kepentingan menyedia infrastruktur yang baik bagi capaian maklumat. Hal ini dapat dibukti dengan kes seperti makmal ICT yang roboh, komputer tidak berfungsi dan seumpamanya. Selain itu, kerajaan juga didakwa tidak menyedia kakitangan penyelenggaran yang tidak mencukupi. Sebagai contoh, walaupun Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia SKMM dapat menyedia infrastruktur capaian maklumat di sekolah tetapi dari segi kandungan pengajaran tidak diisi oleh Kementerian Pendidikan. Selain itu, kurikulum pendidikan tidak ubah agar sesuai dengan penggunaan ICT sementara latihan kepada guru tidak diberi dengan sempurna dan menyeluruh. Hal ini didakwa berlaku akibat daripada koordinasi yang lemah antara agensi kerajaan. Selain faktor infrastruktur ICT dan isu kandungan, kejayaan membanteras celik ICT juga dikaitkan dengan faktor motivasi dalam kalangan guru. Kerajaan disaran menobatkan kerjaya guru sebagai satu kerjaya pilihan utama di Malaysia. Bagi tujuan tersebut, kerajaan digesa menawarkan imbuhan yang setimpal disamping peluang kenaikan pangkat yang luas dalam bidang perguruan. Kegagalan menyediakan guru yang baik adalah antara penyebab kegagalan melahirkan pelajar yang kreatif iaitu pelajar yang berupaya mencari, menapis dan memanipulasi maklumat bagi menghasil produk inovasi. Keupayaan memanipulasi maklumat adalah penting untuk pasaran pekerjaan. Salah satu faktor syarikat multinasional membuat pelaburan di Malaysia adalah sumber manusia yang mempunyai kemahiran kreatif dan berupaya manipulasi maklumat yang perlu dihasil melalui sistem pendidikan di Malaysia.

5.4 ULASAN MODEL POLISI MAKLUMAT BERSEPADU