Teknologi Maklumat dan Komunikasi ICT

berlegar sekitar penyediaan keperluan infrastruktur maklumat. Justeru, bagi membudaya maklumat di Malaysia, satu polisi yang dipanggil Ubiquitous library U- Library diwujud di Malaysia pada tahun 2010 Anon 2010.

5.2.3 Teknologi Maklumat dan Komunikasi ICT

Teknologi Maklumat dan Komunikasi ICT dibincang secara serius oleh kerajaan mulai awal tahun 1980-an. Satu bab khusus diperuntuk bagi menjelas mengenai teknologi maklumat dalam RMK7. Ini adalah kali pertama teknologi maklumat diberi fokus secara serius dalam enam buah rancangan sepanjang lima tahun dan enam kali kajian separuh penggal dalam tempoh tiga dekad Dewan Rakyat Malaysia 1996a. Bagi menjadikan ICT sebagai agenda kebangsaan, beberapa insiatif dikemukakan oleh kerajaan antaranya ialah gagasan Koridor Raya Multimedia MSC yang menjadi asas pembangunan industri dan revolusi teknologi maklumat dan komunikasi di Malaysia Dewan Negara Malaysia 2004. Sementara itu, bagi menggubal dasar dan menentu arah tuju sektor ICT negara, kerajaan membentuk Majlis Teknologi Maklumat Kebangsaan NITC iaitu satu badan peringkat kebangsaan yang dianggotai oleh agensi yang berkaitan maklumat, wakil swasta dan masyarakat awam Dewan Negara Malaysia 2006a. Kesungguhan kerajaan dalam bidang ICT dapat dibuktikan dengan peruntukan besar sebanyak RM46.3 juta kepada Bahagian Dasar Teknologi Maklumat dan Komunikasi ICT bagi memasti maklumat berkualiti dapat hasil bagi membantu perkembangan polisi sains dan teknologi di Malaysia Dewan Rakyat Malaysia 2008d. Agensi yang bertanggungjawab menjalankan kajian berkaitan ICT adalah Malaysian Institute Of Microelectronic Systems MIMOS. MIMOS berfungsi sebagai institusi RD dalam bidang mikrotronik dan teknologi maklumat dan komunikasi negara. Antara kejayaan MIMOS adalah memperkenal dan menyedia perkhidmatan Internet pertama di Malaysia, mencipta dan membangun komputer peribadi kebangsan yang pertama, reka bentuk cip, membangun tenaga manusia berkemahiran dalam bidang mikrotronik dan semi-konduktor Dewan Rakyat Malaysia 2005a. Selain itu MIMOS turut menubuh National Information Security Emergency Respond NISER Dewan Rakyat Malaysia 2005a bagi memenuhi keperluan melindungi infrastruktur kritikal daripada ancaman dan serangan siber Dewan Rakyat Malaysia 1998a. Selain MIMOS, Perbadanan Pembangunan Multimedia MDeC melaksana dua inisiatif bagi menjadikan Malaysia sebagai pusat ICT Asia iaitu Program Dana Prapertumbuhan Usahawan Tekno dan Pusat Panggilan Pelanggan MSC Malaysia. Program Dana Prapertumbuhan Usahawan Tekno diwujudkan dalam RMK9 dengan dana sebanyak RM80 juta bagi membiayai 400 projek berkait ICT Dewan Negara Malaysia 2007c. Bagi tujuan RD antara skim yang ditawar kerajaan adalah Skim Geran RD MSC. Sebanyak 56 syarikat tempatan berstatus MSC diberi bantuan, 18 buah daripadanya adalah syarikat bumiputera yang menerima geran berjumlah RM36 juta Dewan Negara 2004. Melalui Rancangan Malaysia Ke-10 RMK10, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi memperkukuh bidang penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan RDC dengan memberi penekanan kepada keusahawanan yang berorientasi pasaran bagi menghasil output bernilai komersial tinggi. Antara bidang keutamaan Sains, Teknologi dan Inovasi STI adalah ICT dengan menyedia dana seperti dana penyelidikan, dana pra pengkomersialan serta mempertingkat kolaborasi antara institusi penyelidikan, institusi pengajian tinggi dengan pihak industri Dewan Negara Malaysia 2010b. Kerajaan Malaysia turut membangun piawai kebangsaan sebagai salah satu asas penting kepada kemajuan ICT dan inovasi. Disamping itu, piawaian sedia ada yang sepadan dengan piawai antarabangsa diadaptasi menjadi piawaian Malaysia. Kerjasama dengan badan piawai antarabangsa pula dipertingkat dan diperkukuh. Jaringan usaha sama dengan badan piawai dunia iaitu American Society of Mechanical Engineers ASME, American National Standards of Institute ANSI, British Standard, European Standard, dan Japan Institute of Technology turut dilakukan. Selain itu, Jabatan piawaian Malaysia dan SIRIM Berhad menjalin hubungan kerjasama dengan badan piawai dunia seperti International Organization for Standardization ISO, International Electro Technical Commission IEC, Pacific Area Standards Congress PASC dan Asia Pasific Economy Corporation Sub Committee on Standard and Conformance APECSCSC Dewan Negara Malaysia 2007c. Walaupun terdapat beberapa agensi yang sedia menjalankan kegiatan berkaitan ICT seperti MIMOS dan MDeC, kajian perlu terus dijalan bagi menetapkan bidang yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan apabila hendak memulakan aktiviti ICT pada peringkat kebangsaan William Miller dlm. Minit Mesyuarat Panel Penasihat Antarabangsa kali kelapan 2004. Bagi tujuan tersebut, kerajaan mengenal pasti tujuh bidang utama yang perlu dikuasai iaitu perkomputeran berkuasa tinggi, perisian, storan data, simulasi komputer dan pemodelan, mikro elektronik, pengesan dan pemprosesan isyarat serta pengimejan dan paparan berdefinisi tinggi Dewan Rakyat Malaysia 2001c. Sementara itu, Dewan Rakyat Malaysia 1997d turut mencadang empat komponen yang boleh dikaitkan dengan infrastruktur maklumat kebangsaan iaitu, rangkaian telekomunikasi, alat kelengkapan maklumat seperti sistem komputer, televisyen, mesin faksimili, dan telefon, perisian, perkhidmatan maklumat serta pangkalan data dan tenaga pakar. Dari aspek infrastruktur ICT, Telekom Malaysia Berhad TMB adalah syarikat berkaitan kerajaan GLC yang bertanggungjawab menyedia rangkaian telekomunikasi di Malaysia. TMB turut bertanggungjawab menyedia rangkaian telefon berdasarkan taburan telefon yang ditetap oleh kerajaan Dewan Negara Malaysia 1994. Pada tahun 2005 kadar pemilikan telefon adalah 45 telefon bagi setiap 100 orang penduduk. Bagi kawasan luar bandar, kadar ini ditetapkan pada 10 telefon bagi setiap 100 orang penduduk. TMB turut memperuntukkan sebanyak RM93.153 juta dari tahun 1998 hingga 2001 bagi menyedia rangkaian telekomunikasi luar bandar khususnya di negeri Sarawak. Sebanyak 500 buah rumah panjang dan kampung dikenal pasti oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sarawak bagi mencapai matlamat 25 telefon setiap 100 orang penduduk dapat dicapai pada tahun 2020. Pada tahun 2000, TMB melaksana sistem tanpa wayar di kawasan pedalaman. Sebanyak RM318 juta dibelanja untuk melaksana infrastruktur pemasangan telefon di kawasan pedalaman dengan seramai 120,000 orang penduduk di kawasan pedalaman menikmati kemudahan telefon Dewan Rakyat Malaysia 2000a. Perkhidmatan sistem tanpa wayar diberi melalui sistem radio, Mulyi Access Radio System MARSCountry Set dan Automatic Telephone Using Radio ATUR Dewan Negara Malaysia 1994. Selain itu, Code division multiple access CDMA turut dilaksana di Sabah bagi projek Wireless Internet Look WIL Dewan Negara Malaysia 2001a. Bagi melengkapi infrastruktur telekomunikasi negara, syarikat swasta turut diberi lesen mengendali perkhidmatan selular dalam dan luar negeri seperti Celcom, dan MOBICOM. Lesen untuk memasang dan mengendali rangkaian optik fiber di seluruh negara diberi kepada syarikat Time Engineering. Satelit Komunikasi Malaysia, MEASAT pula dikendali oleh Syarikat Bina Riang yang melancarkannya pada tahun 1995. Syarikat Bina Riang turut diberi lesen untuk mengendali perkhidmatan selular, General System Mobile GSM Dewan Negara Malaysia 1993. Kerajaan turut memperkenal program Time 3 pada tahun 2008 untuk memperluas liputan selular di seluruh negara termasuk kawasan pedalaman. Peluasan liputan selular awam ini melibatkan pembinaan 1,000 buah menara telekomunikasi di seluruh negara, di mana 127 buah menara telah beroperasi Dewan Rakyat Malaysia 2010d. Kerajaan disaran untuk mencapai sasaran liputan selular sebanyak 97 peratus kawasan berpenduduk dapat dicapai pada akhir tahun 2010 Dewan Rakyat Malaysia 2010e, Dewan Negara Malaysia 2010. Selain infrastruktur pada peringkat kebangsaan, infrastruktur telekomunikasi dalam sektor awam turut dipertingkat agar kualiti perkhidmatan dapat diperbaiki Dewan Rakyat Malaysia 1997e. Sebagai contoh, kerajaan menyedia infrastruktur telekomunikasi bersepadu di setiap jabatan dan agensi kerajaan melalui infrastruktur rangkaian telekomunikasi bersepadu kerajaan Government Integrated Telecommunication Network – GITN yang dilaksana pada tahun 1995 Dewan Rakyat Malaysia 1997e; Dewan Negara Malaysia 2005. Kerajaan turut melaksana konsep perkhidmatan tanpa kertas melalui Electronic Data Interchange EDI membolehkan urusan perdagangan dijalankan secara dalam talian dan penyeragaman dalam sistem kewangan dalam badan berkanun melalui pelaksanaan pakej Standard Accounting System for Government Agencies SAGA Dewan Rakyat Malaysia 1997e. Rangkaian komunikasi dengan keupayaan jalur lebar dikenal pasti sebagai keperluan utama bagi penyampai berbagai perkhidmatan dalam masyarakat Dewan Negara Malaysia 2006b; Dewan Rakyat Malaysia 2010. Justeru, capaian universal kepada lebuhraya maklumat perlu menjadi kemudahan mampu milik bagi semua rakyat bagi mencapai wawasan masyarakat bermaklumat Dewan Rakyat Malaysia 1996b; Dewan Rakyat Malaysia 2006b. Bagi tujuan tersebut, pelan jalur lebar Malaysia diperkenal pada akhir 2004 sebagai satu strategi meningkat infrastruktur jalur lebar. Inisiatif Jalur Lebar Nasional adalah satu strategi menyeluruh kerajaan yang dilaksana melalui dua kategori iaitu jalur lebar berkelajuan tinggi dan jalur lebar untuk orang awam Dewan Negara Malaysia 2010a. Sehingga akhir tahun 2005, kadar penembusan jalur lebar isi rumah ialah sebanyak 8.5 peratus Dewan Negara Malaysia 2006. Kadar penembusan meningkat kepada 12 peratus pada tahun 2007 dan dijangka mencapai sasaran 50 peratus pada tahun 2010 Dewan Rakyat Malaysia 2007e; Dewan Negara Malaysia 2010a; Dewan Rakyat Malaysia 2010e, Dewan Negara Malaysia 2010c. Kerajaan mensasar 75 isi rumah mendapat liputan jalur lebar menjelang tahun 2015 Malaysia 2011. Antara inisiatif yang dilaksana oleh pihak industri dengan sokongan Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi ialah Initiative Easy to Own Broadband PC oleh penyedia perkhidmatan Internet. Strategi MY SMS 886 juga turut menumpu usaha bagi mempertingkat kadar pemilikan komputer dan langganan jalur lebar melalui kempen one home one Internet access dengan sasaran sebanyak 90 isi rumah mempunyai capaian kepada Internet pada tahun 2010. Pihak TIMEdotCom menyedia perkhidmatan 3G secara komersial di Lembah Kelang, Pulau Pinang dan Johor Bahru pada tahun 2007. Liputan perkhidmatan Streamyx oleh Telekom Malaysia diperluas ke seluruh Sabah dan Sarawak khususnya di kawasan pedalaman. Perkhidmatan jalur lebar di Sabah dan Sarawak juga dijangka dapat diperluas dengan pelaksanaan teknologi jalur lebar tanpa wayar iaitu WiMax Dewan Rakyat Malaysia 2007c. Faktor kadar pemilikan komputer yang rendah dikenal pasti menjadi penghalang kepada penembusan perkhidmatan jalur lebar. Sehingga akhir Jun 2006 kadar penembusan komputer dilapor sebanyak 23.6 peratus. Bagi memperbaiki keadaan ini, kerajaan melaksana beberapa program. Kerajaan menyedia makmal komputer dan menggalak syarikat swasta membekal komputer percuma ke sekolah, seterusnya meningkat dasar pendidikan seumur hidup bagi melahir sumber tenaga manusia yang produktif melalui pembelajaran maya. Bagi golongan pekerja pula, kerajaan membenar pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja KWSP, pinjaman yang berulang selepas 5 tahun dan pelepasan cukai kepada syarikat yang membekal komputer untuk kakitangan. Sementara itu, kerajaan turut meningkat penggunaan teknologi maklumat dalam semua institusi kerajaan Dewan Rakyat Malaysia 2001. Selain itu, dalam Bajet 2007, kerajaan mengumumkan tempoh layak menuntut galakan cukai bagi pembelian komputer dari lima tahun kepada setiap tiga tahun Dewan Negara Malaysia 2006c. Perkhidmatan telekomunikasi yang tidak memuaskan di kawasan pedalaman masih menjadi isu Dewan Rakyat Malaysia 2000a. Kerajaan digesa untuk mencapai tahap celik komputer dalam kalangan semua rakyat dengan menyedia infrastruktur ICT yang meliputi semua kawasan Dewan Rakyat Malaysia 1997f. Perkhidmatan telekomunikasi di luar bandar serta di Sabah dan Sarawak menjadi perbahasan ahli parlimen hingga ke tahun 2007 Dewan Negara Malaysia 2001a; Dewan Rakyat Malaysia 2007c. Selain itu, kemudahan ICT yang belum memuaskan terutama isu perkongsian komputer oleh para pelajar turut menjadi perhatian kerajaan Dewan Rakyat Malaysia 2010d. Berhubung dengan infrastruktur ICT, kerajaan digesa agar menyedia kemudahan elektrik apabila membekal kemudahan komputer di sekolah Dewan Rakyat Malaysia 2008e dan memperluas liputan MSC ke negeri lain seperti Sarawak Dewan Rakyat Malaysia 1997d. Walaupun infrastruktur asas ICT didapati berkembang baik dan menyeluruh, namun caj penggunaan Internet di Malaysia masih tinggi. Justeru, kerajaan diseru agar caj capaian kepada produk dan aplikasi multimedia diturun pada kadar yang berpatutan kepada semua rakyat Dewan Negara Malaysia 1997. Hal ini dapat dilakukan dengan mengoptimum dana USP yang terkumpul melalui SKMM yang berjumlah RM1.6 bilion. Dana ini digesa agar diguna bagi menyedia perkhidmatan telefon dan Internet ke seluruh negara. Selain itu, sejumlah RM12 bilion peruntukkan untuk RMK9 bagi menyedia prasarana lain untuk sekolah, komuniti dan perpustakaan desa perlu dibelanja dengan sepenuhnya bagi menjamin perkhidmatan Internet dapat dinikmati secara menyeluruh dengan harga yang berpatutan Dewan Rakyat Malaysia 2006b. Teknologi maklumat menjadi perkara pokok bagi kerajaan Malaysia disamping memupuk semangat serius kepada transisi Malaysia menjadi masyarakat bermaklumat. Sehubungan itu, kerajaan dicadang menubuh satu kementerian khusus bagi membimbing pembangunan IT dan mengawal selia pembangunan infrastruktur maklumat kebangsaan serta semua perkara yang berkaitan dengan komunikasi dan multimedia Dewan Rakyat Malaysia 1998a. Namun cadangan mewujud kementerian berkaitan maklumat tidak dapat dilaksana kerana kuasa untuk menubuh kementerian baharu atau memberi tugas kepada menteri adalah hak Perdana Menteri Dewan Rakyat Malaysia 1998b. Bagi meneruskan visi ICT kebangsaan, kerajaan perlu kepada komitmen menyeluruh dari pimpinan negara dan badan politik tertinggi negara William Miller dlm. Minit Mesyuarat Panel Penasihat Antarabangsa kali kelapan 2004. Begitu juga kejayaan NITA adalah bergantung kepada pemimpin yang bersedia menukar kerangka pemikiran berkenaan budaya masyarakat bermaklumat. Pemimpin yang bersedia belajar sepanjang hayat didapati bersikap terbuka dan menerima baik idea tanpa mengira sumber maklumat tersebut. Namun sebahagian pemimpin pada peringkat parlimen dan dewan undangan negeri didakwa tidak mengambil perhatian serius mengenai ICT Dewan Rakyat Malaysia 1998a. Mengenai MSC, majoriti rakyat Malaysia termasuk pemimpin pada peringkat negeri, pegawai kerajaan dan pihak swasta didakwa belum memahami matlamat dan faedah sebenar MSC kepada negara Dewan Rakyat Malaysia 1997a. Rakyat Malaysia perlu menukar pemikiran yang menganggap Teknologi Maklumat IT dan MSC adalah perkara yang sama. MSC adalah sebahagian daripada Agenda IT Kebangsaan NITA. MSC boleh dianggap sebagai ‘crown jewel’ bagi Infrastruktur Maklumat Kebangsaan yang perlu dibina oleh kerajaan bagi melakukan transisi ke era ‘masyarakat bermaklumat’. Dalam erti kata lain, MSC bukan Infrastruktur Maklumat Kebangsaan. Ini merupakan persoalan pokok bagi NITA Dewan Rakyat Malaysia 1997d. Kerajaan sedar bahawa ICT adalah pemangkin kepada pembangunan ekonomi khususnya yang berasaskan pengetahuan Dewan Rakyat Malaysia 2008f. Rakyat perlu diberi pendidikan agar Internet tidak hanya dianggap sebagai alat penyelesai masalah atau dikaitkan dengan komputer sahaja, tetapi juga dikaitkan dengan cara hidup. Rakyat dan pemimpin juga perlu diberi kefahaman bagaimana Internet boleh mengubah cara manusia bekerja, hidup, belajar dan bermain, bukan sekadar teknologi yang berkaitan kuasa mikropemprosesan atau jalur lebar. Justeru, dasar IT kebangsaan sepatutnya merupakan satu dasar, strategi dan rancangan yang berpusat kepada rakyat dan bukan berpusat kepada projek atau berpusat kepada MSC Dewan Rakyat Malaysia 1998b. Promosi MSC perlu dilakukan pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Walaupun MSC dikenali pada peringkat tempatan dan sebahagian daripada negara luar, namun MSC perlu membawa jenamanya dan pengiktirafan pada peringkat global. Hal ini dapat dilaksana dengan mempertingkat hubungan dengan negara ASEAN, The Organisation of the Islamic Conference OIC dan Non-Aligned Movement NAM. Bagi tujuan tersebut, MDeC membuka pejabat di Dalian, China dan Jeddah, Arab Saudi. Natijahnya, MSC diiktiraf dan dianugerahi beberapa kontrak antarabangsa seperti di Arab Saudi, Bahrain, Myanmar dan Iran Minit Mesyuarat Panel Penasihat Antarabangsa kali kelapan 2004. Selain itu matlamat strategik MSC perlu diperluaskan kepada beberapa bidang kritikal lain antaranya sistem penyampaian awam, pendidikan, kesihatan dan bioteknologi Minit Mesyuarat Panel Penasihat Antarabangsa kali kelapan 2004. Refleksi dan Kritik Malaysia adalah antara negara yang mempunyai infrastruktur yang menyeluruh dan baik dalam kalangan negara Asia walaupun ketinggalan berbanding purata untuk seluruh dunia Muhammad Abkari Mokhtar 2006. Infrastruktur menyeluruh diakui sukar untuk dilaksana terutama di Sabah dan Sarawak. Selain kawasan yang luas, geografinya yang bergunung-ganang menyebabkan penyediaan infrastruktur ICT menjadi sukar. Namun begitu, dengan mengguna teknologi tanpa wayar kerajaan dapat menyedia kemudahan ICT di kawasan pedalaman khususnya di Sabah dan Sarawak Dewan Rakyat Malaysia 2000a. Kerajaan juga sedar tentang kepentingan menyedia jalur lebar kepada rakyat. Rancangan Jalur Lebar Kebangsaan diluluskan oleh kabinet Malaysia pada Oktober 2004. Rancangan ini mendapat input yang besar dengan pengenalan rancangan lima tahun Blueprint MyICMS Malaysian Information, Communications and Multimedia Services 886 Rashidah 2007. Perbahasan ICT didapati berkisar tentang penyediaan infrastruktur yang menyeluruh kepada rakyat dan aspek teknikal yang lain seperti piawaian ICT. Dalam kalangan penggubal polisi negara iaitu Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Negara Malaysia, didapati tidak mengaitkan isu infrastruktur dengan infostruktur. Hal ini menjadikan isu kandungan dan tekologi ICT ditangani secara berasingan dan menyebabkan infostruktur menjadi isu yang dikesampingkan. Infrastruktur adalah alatan dan keupayaan mengguna alatan adalah penting. Namun infostruktur menjadi isu yang besar kerana perlu dibangun dari dalam negara. Hal ini penting kerana kira- kira 75 dari jumlah maklumat berasal dari luar Malaysia Ding 1998. Keadaan ini memberi ruang kepada musuh negara untuk menyerang Malaysia dari sudut ekonomi, sosio-politik dan kedaulatan negara. Masalah tersebut dijangka dapat dikurang dengan mempertingkat tahap profesionalisme dan kesedaran dalam kalangan kakitangan awam tentang kepentingan maklumat negara terhadap kedaulatan negara. Kakitangan awam perlu sedar bahawa tanpa pembangunan maklumat dari dalam negara, kandungan dari luar diimport dan hal ini membabit persoalan mengenai kesesuaiannya dengan nilai dan budaya kebangsaan dan agama. Sementara itu Saxby 2011, bertegas kejayaan ICT tidak hanya berkaitan dengan penyediaan infrastruktur tetapi sejauh mana pembangunan kandungan tempatan dapat selari dengan pengenalan ICT dalam negara. ICT juga didapati dibahas secara berasingan daripada sektor lain terutama perpustakaan dan perkhidmatan maklumat. Kerajaan disaran mewujud satu kementerian khas bagi mengurus dan mentadbir maklumat termasuk mencipta, mentadbir, menyebar, mengekal dan menghapus maklumat dalam negara dengan berkesan.

5.2.4 Sosial