Pendidikan ICT ANALISIS DAN INTERPRETASI KANDUNGAN DOKUMEN

dan agenda yang berkesan. Selain itu rancangan dan inisiatif kerajaan berkaitan ekonomi berasaskan maklumat perlu diperjelas dan difahami oleh semua peringkat masyarakat. Kajian ini turut mendapati wujud perkaitan yang jelas antara keperluan menyedia infrastruktur ICT dengan matlamat mengubah ekonomi berasaskan maklumat dan difahami oleh penggubal polisi. Pendekatan kerajaan yang mengaitkan ICT dengan perkembangan sosial dan ekonomi adalah selaras dengan perkembangan semasa di peringkat antarabangsa. Bagi mengesan keberhasilan gagasan k-ekonomi, kerajaan dianjurkan untuk melaksana kajian impak dalam kalangan seluruh kakitangan awam serta pemimpin politik pada semua peringkat. Selain polisi yang baik, pelaksanaan polisi juga hendaklah dilaksana dengan serius. Selain daripada itu, ekonomi perkhidmatan seperti pendidikan bank, insurans, logistik, pelancongan, perkapalan, perkhidmatan utara dan sebagainya juga harus dimantapkan.

5.2.7 Pendidikan ICT

Pendidikan dan latihan adalah elemen penting bagi membentuk modal insan dalam sektor ICT di Malaysia. Pembangunan model insan dilaksana melalui kerjasama antara industri-akademia-kerajaan, terutamanya dalam pembangunan kurikulum dan latihan industri Malaysia 2011. Melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Negara kerajaan berusaha memperbaiki sistem pendidikan negara bagi membangun masyarakat bermaklumat, inovatif, berbudaya dan bermoral tinggi Dewan Negara Malaysia 2007d bermula sejak zaman persekolahan Dewan Negara Malaysia 2000c; Dewan Negara Malaysia 2009c. Hal ini dibuktikan dengan gesaan dari kalangan ahli parlimen agar pelajar sekolah didedah kepada teknologi Internet sebagai asas bagi mencari maklumat Dewan Rakyat Malaysia 2000d; Dewan Negara Malaysia 2001a. Selain pendedahan, elemen teknologi maklumat dan komunikasi turut diajar secara eksplisit kepada pelajar berserta elemen kreativiti dan inovasi dan elemen keusahawanan Dewan Negara Malaysia 2010b. Selain murid, guru juga diberi latihan ICT secara intensif oleh Kementerian Pelajaran Dewan Rakyat Malaysia 2008e. Pada peringkat pendidikan lanjutan, ICT dijadikan bidang pengajian yang diberi tumpuan di kolej komuniti. Sehingga bulan Jun 2010, Kementerian Pengajian Tinggi mewujudkan 53 buah kolej komuniti induk, dengan 42 buah telah beroperasi dan 11 buah lagi dalam peringkat pembangunan Dewan Rakyat Malaysia 2010d. Program pendidikan ICT turut diberi kepada golongan dewasa. Program seumpama ini disaran mengguna kemudahan yang ada di universiti awam dan dijalankan pada waktu cuti semester Dewan Negara Malaysia 2000d. Bagi ahli masyarakat yang bekerja, kerajaan menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat bagi meningkatkan pengetahuan ICT mereka Dewan Rakyat Malaysia 2005c. Selain galakan, kerajaan turut memperuntuk sejumlah dana bagi tujuan pendidikan ICT. Sebagai contoh, Kementerian Pendidikan memperuntuk perbelanjaan sebanyak RM594.4 juta bagi pelaksanaan Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris PPSMI serta Program Kursus ICT Dewan Negara Malaysia 2003. Sementara itu, peruntukan sebanyak RM205.5 juta bagi melaksana program pengkomputeran sekolah di seluruh negara Dewan Negara Malaysia 2001a. SKMM turut memperuntukkan RM45 juta bagi melaksana projek school.net bagi menyedia perkhidmatan Internet di sekolah Dewan Negara Malaysia 2007e. Pada tahun 2000, kementerian Pendidikan melaksana projek penyediaan infrastruktur fizikal dan pengkomputeran di semua sekolah rendah dan menengah yang mempunyai pelajar melebihi 150 orang dengan matlamat mencapai nisbah satu komputer kepada setiap sepuluh pelajar menjelang tahun 2005. Makmal komputer dengan komputer terkini, kemudahan rangkaian setempat LAN dan Internet dibina di sekolah dan dibekal antara 10 hingga 40 komputer mengikut jumlah pelajar. Pada tahun 2000, penggunaan buku elektronik e-buku secara rintis di 50 buah sekolah rendah dan 50 buah sekolah menengah diperkenalkan dan melibatkan hampir 8,000 pelajar. Bagi memastikan majoriti rakyat mendapat manfaat, kerajaan turut digesa agar pusat pendidikan yang berteras teknologi maklumat dibangunkan di seluruh negara Dewan Rakyat Malaysia 1998b. Refleksi dan Kritik Kerajaan Malaysia menyedari kepentingan pendidikan ICT kepada semua golongan rakyat. ICT diakui penting sebagai medium bagi membangun masyarakat bermaklumat, berinovatif, berbudaya dan bermoral tinggi. Bagi tujuan tersebut, kerajaan mengubal polisi dan menyedia dana bagi membiayai program terutama bagi melahir golongan celik ICT. Namun begitu, sebahagian sekolah terutama di luar bandar didapati belum dapat menikmati program ICT sepenuhnya kerana sebahagian sekolah di pedalaman tidak mempunyai kemudahan tenaga elektrik. Masalah lain yang dikaitkan dengan kadar celik komputer dalam kalangan pelajar sekolah adalah kekurangan infrastruktur komputer dan tenaga pakar akibat tarikan di sektor industri Raslan 2002. Selain itu, masalah lain adalah kekurangan perancangan yang menyeluruh berkaitan Pembelajaran Berasaskan Computer CAL lantaran tidak ada penekanan terhadap penggunaan komputer sebagai medium pembelajaran. Selain itu, program celik komputer di sekolah tidak ada kesinambungan di antara satu program dengan program sedia ada. Komputer yang diderma atau sedia ada ditinggal dan terbiar apabila program baharu seperti penubuhan kelab komputer diperkenal Raslan 2002.

5.3 ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA TEMU BUAL