Kekerapan Masa Menonton Media

2.8 Kekerapan Masa Menonton Media

Hasil kajian Sri Andayani (1997) terhadap golongan pelajar dan remaja di Indonesia mendapati golongan ini merupakan golongan yang mudah bertingkah laku agresif. Hasil kajiannya juga mendapati golongan pelajar dan remaja Jogjakarta menghabiskan masa selama 20 hingga 22 jam menonton media ( 7 hingga 11 tahun) dan 17.1 hingga 17.7 jam ( 12 hingga 18 tahun) seminggu. Beliau menyatakan kekerapan masa menonton media akan menyebabkan golongan ini mudah terdedah kepada pelbagai bentuk keganasan yang berterusan dan berulangan. Dalam kajian ini pengkaji merumuskan semakin banyak masa digunakan untuk menonton media maka semakin banyaklah pelajar-pelajar dan Hasil kajian Sri Andayani (1997) terhadap golongan pelajar dan remaja di Indonesia mendapati golongan ini merupakan golongan yang mudah bertingkah laku agresif. Hasil kajiannya juga mendapati golongan pelajar dan remaja Jogjakarta menghabiskan masa selama 20 hingga 22 jam menonton media ( 7 hingga 11 tahun) dan 17.1 hingga 17.7 jam ( 12 hingga 18 tahun) seminggu. Beliau menyatakan kekerapan masa menonton media akan menyebabkan golongan ini mudah terdedah kepada pelbagai bentuk keganasan yang berterusan dan berulangan. Dalam kajian ini pengkaji merumuskan semakin banyak masa digunakan untuk menonton media maka semakin banyaklah pelajar-pelajar dan

Kajian ini disokong dengan dapatan kajian oleh Huesmen dan Jessica (2003) di Chicago terhadap 557 orang pelajar wanita dan 329 orang pelajar lelaki yang berusia 16 hingga 20 tahun. Kajiannya mendapati golongan pelajar menghabiskan masa di antara 20 hingga 24 jam seminggu untuk menonton media. Kajiannya juga mendapati pelajar-pelajar wanita lebih banyak menghabiskan masa menonton media berbanding dengan pelajar lelaki. Kajian ini merumuskan bahawa golongan pelajar dan remaja merupakan golongan yang aktif menonton media dan keadaan ini akan menyebabkan mereka lebih mudah terdedah kepada pelbagai situasi positif dan negatif yang dipaparkan oleh media.

Begitu juga kajian perbandingan yang dijalankan oleh Ling dan Thomas (1986) terhadap remaja Maori (yang tidak pernah menonton media) dan remaja Eropah (yang biasa menonton media melebihi 3 jam sehari). Kajiannya mendapati remaja Maori hanya melakukan tindakan keganasan untuk tujuan permainan dan keperluan mendapatkan makanan seperti memburu. Remaja Eropah pula didapati banyak memaparkan tingkah laku agresif disebabkan meniru tingkah laku yang diadaptasi dari media. Kajian ini menunjukkan faktor jumlah kekerapan masa menonton media menyebabkan remaja akan mudah untuk bertingkah laku agresif kerana mereka telah dirangsang oleh media untuk bertindak ganas.

Kajian Blumer (1997) pula mendapati kesan kekerapan masa menonton media dalam kalangan pelajar-pelajar bukan sahaja boleh menyebabkan pelajar bertingkah laku agresif, malahan ianya boleh meningkatkan munculnya masalah sosial lain seperti delinkuen. Kajiannya juga mendapati remaja lelaki lebih terdorong untuk melakukan tingkah laku anti sosial dan remaja perempuan lebih banyak terlibat dengan aktiviti seks. Kajian beliau mendapati pelajar lelaki dan perempuan yang berisiko melakukan keganasan ini biasanya bukan sahaja kerap menonton media tetapi berasal dari keluarga induk tunggal ( singel parenting ) yang mana penjaga mereka sibuk bekerja dan mempunyai masa terluang yang terhad dengan anak-anak mereka. Oleh itu, mereka akan menghabiskan banyak masa dengan menonton media. Kekerapan masa menonton media yang tinggi Kajian Blumer (1997) pula mendapati kesan kekerapan masa menonton media dalam kalangan pelajar-pelajar bukan sahaja boleh menyebabkan pelajar bertingkah laku agresif, malahan ianya boleh meningkatkan munculnya masalah sosial lain seperti delinkuen. Kajiannya juga mendapati remaja lelaki lebih terdorong untuk melakukan tingkah laku anti sosial dan remaja perempuan lebih banyak terlibat dengan aktiviti seks. Kajian beliau mendapati pelajar lelaki dan perempuan yang berisiko melakukan keganasan ini biasanya bukan sahaja kerap menonton media tetapi berasal dari keluarga induk tunggal ( singel parenting ) yang mana penjaga mereka sibuk bekerja dan mempunyai masa terluang yang terhad dengan anak-anak mereka. Oleh itu, mereka akan menghabiskan banyak masa dengan menonton media. Kekerapan masa menonton media yang tinggi