Teori-Teori Berkaitan Pembelajaran Keganasan

2.3 Teori-Teori Berkaitan Pembelajaran Keganasan

Dalam bahagian ini penyelidik akan membincangkan teori pembelajaran sosial yang telah diasaskan oleh Bandura (1965 dan 1973) dan teori ini digunakan dalam penyelidikan ini. Penyelidik juga mengemukakan beberapa teori pembelajaran keganasan yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh lain untuk menguatkan lagi penggunaan teori pembelajaran sosial dalam kajian ini.

2.3.1 Teori Pembelajaran Sosial Albert Bandura

Manusia sentiasa mencari cara yang mudah dan senang untuk melakukan sesuatu dalam kehidupan. Adakalanya adalah lebih senang mempelajari sesuatu dengan cara melihat apa orang buat iaitu dengan cara meniru. Satu daripada kajian awal yang melihat kepada perkara ini telah dilakukan oleh Bandura (1965 dan 1973). Beliau ingin tahu apakah kanak-kanak boleh mempelajari tingkah laku agresif dengan hanya melihat orang lain bertingkah laku agresif.

Dalam kajian tersebut, Bandura (1973) mengumpulkan beberapa orang kanak-kanak lelaki dan perempuan, dan menayangkan filem yang mempunyai tingkah laku agresif. Kanak-kanak tersebut dipecahkan kepada tiga kumpulan berasingan. Kumpulan pertama melihat aksi individu yang bertingkah laku agresif dan selepas bertingkah laku demikian, dia mendapat ganjaran. Kumpulan kedua juga melihat rakaman aksi individu yang bertingkah laku agresif tetapi individu ini kemudian dihukum kerana perbuatannya. Kumpulan ketiga hanya melihat rakaman aksi-aksi agresif tanpa melihat pelakon itu mendapat ganjaran atau hukuman. Hasil daripada kajian itu, beliau dapati kesemua kanak-kanak meniru tingkah laku agresif tetapi kekerapan tingkah laku aggresif yang dilakukan oleh kumpulan dua berkurangan berbanding dengan kumpulan satu dan tiga. Tetapi apabila mereka bertingkah laku agresif dan kemudiannya diberi ganjaran kerana berkelakuan sedemikian, Bandura (1973) dapati yang kekerapan bagi semua kumpulan meningkat dengan kadar yang tinggi.

Kesimpulannya mengapakah kita harus meniru untuk mempelajari sesuatu tingkah laku boleh dibahagikan kepada tiga perkara iaitu;

1. Melalui cara meniru kita mengambil contoh bagaimana tingkah laku itu dapat dilaksanakan dalam keadaan sebenar. Kita tidak perlu membayangkan bagaimana ia harus dilakukan.

2. Meniru merupakan jalan terdekat untuk kita mempelajari sesuatu. Sesuatu tingkah laku akan lebih mudah dipelajari cara-caranya dengan memerhati contoh- contoh bagaimana ia perlu dilakukan daripada membaca arahanarahan tertentu dalam buku-buku panduan.

3. Dengan cara meniru melalui pemerhatian, kita mengelakkan kegagalan yang mungkin timbul hasil daripada proses cuba jaya. Kita tahu dan dapat lihat di mana kesilapan berlaku dan ini boleh dielakkan dengan serta merta.

Peniruan (modeling) merupakan teknik modifikasi tingkah laku yang melibatkan pemerhatian ke atas tingkah laku orang lain yang dinamakan model dan meniru perbuatan tersebut. Bandura (1973) tidak menafikan kepentingan aspek peneguhan dalam mempengaruhi tingkah laku, tetapi beliau tidak bersetuju jika tingkah laku boleh dipelajari hanya melalui peneguhan secara langsung. Bandura (1973) telah menjalan satu kajian di mana beberapa orang kanak-kanak prasekolah telah ditunjukkan adegan seorang dewasa yang memukul patung bernama Bobo. Kemudian, apabila kanak-kanak tadi dibiarkan bersendirian dengan patung tadi, mereka telah memukul patung tersebut sebagai mana telah dilakukan oleh orang dewasa tadi. Kadar tingkah laku agresif yang ditunjukkan adalah sama, sama ada dilihat secara langsung, menonton televisyen atau watak- watak dalam filem.

Dalam satu kajian lain, Bandura (1973) membuat perbandingan antara tingkah laku ibu bapa yang mempunyai anak yang agresif dan anak yang terkawal. Teori Bandura mengatakan bahawa tingkah laku anak sepatutnya selari dengan tingkah laku ibu bapa. Kajian tersebut mendapati ibu bapa yang mempunyai anak yang terkawal terdiri daripada ibu bapa yang tidak agresif dan Dalam satu kajian lain, Bandura (1973) membuat perbandingan antara tingkah laku ibu bapa yang mempunyai anak yang agresif dan anak yang terkawal. Teori Bandura mengatakan bahawa tingkah laku anak sepatutnya selari dengan tingkah laku ibu bapa. Kajian tersebut mendapati ibu bapa yang mempunyai anak yang terkawal terdiri daripada ibu bapa yang tidak agresif dan

‘Verbal modeling’ juga boleh melahirkan tingkah laku tertentu selagi ia disertakan dengan penerangan yang difahami. Dengan kata lain, verbal modeling melibatkan arahan atau kaedah yang selalu digunakan dalam proses pengajaran untuk mendapat kemahiran tertentu seperti memandu kereta. Ia biasanya disertai dengan demonstrasi, seperti pelatih dalam latihan memandu kereta yang menjadi model dalam menunjukkan cara-cara memandu kereta yang betul.

Bandura (1973) percaya kebanyakan tingkah laku manusia, sama ada baik atau buruk, normal atau tidak normal, dipelajari dengan meniru tingkah laku orang lain. Dari bayi bermula dengan ibu bapa sebagai model, manusia belajar bahasa dan bergaul dengan cara yang diterima oleh budaya masyarakat. Bandura mendapati 3 faktor yang mempengaruhi peniruan tingkah laku iaitu;

1. Karektor model.

2. Karektor pemerhati

3. Kesan atau ganjaran ke atas perbuatan.

Ciri-ciri yang ada pada model mempengaruhi kecenderungan untuk meniru perbuatannya. Dalam kehidupan, kita lebih cenderung dipengaruhi oleh seseorang yang penampilannya seperti kita daripada oleh seseorang yang menampilkan perbezaan yang ketara dengan kita. Dalam kajiannya, Bandura (1973) mendapati kadar peniruan tingkah laku berkurangan jika ciri-ciri persamaan antara kanak- kanak dan model kurang. Terdapat kadar peniruan tingkah laku yang tinggi jika model adalah organisma yang hidup daripada watak kartun dalam televisyen. Usia dan jantina model juga memainkan peranan dalam peniruan tingkah laku. Bandura mendapati manusia lebih cenderung meniru model yang sama jantina dengannya. Umur juga mempengaruhi peniruan tingkah laku seseorang, contohnya, remaja didapati mudah terpengaruh dengan tingkah laku rakan sebaya. Status dan pangkat juga penting dalam mempengaruhi tingkah laku. Didapati bahawa pejalan kaki lebih cenderung untuk menyeberangi jalan raya pada masa lampu hijau. Kebanyakan pelaku ini adalah yang berpakaian mahal, bergaya dan kemas. Ini berbeza dengan orang yang berpakaian lusuh dan kotor yang lebih suka melintas Ciri-ciri yang ada pada model mempengaruhi kecenderungan untuk meniru perbuatannya. Dalam kehidupan, kita lebih cenderung dipengaruhi oleh seseorang yang penampilannya seperti kita daripada oleh seseorang yang menampilkan perbezaan yang ketara dengan kita. Dalam kajiannya, Bandura (1973) mendapati kadar peniruan tingkah laku berkurangan jika ciri-ciri persamaan antara kanak- kanak dan model kurang. Terdapat kadar peniruan tingkah laku yang tinggi jika model adalah organisma yang hidup daripada watak kartun dalam televisyen. Usia dan jantina model juga memainkan peranan dalam peniruan tingkah laku. Bandura mendapati manusia lebih cenderung meniru model yang sama jantina dengannya. Umur juga mempengaruhi peniruan tingkah laku seseorang, contohnya, remaja didapati mudah terpengaruh dengan tingkah laku rakan sebaya. Status dan pangkat juga penting dalam mempengaruhi tingkah laku. Didapati bahawa pejalan kaki lebih cenderung untuk menyeberangi jalan raya pada masa lampu hijau. Kebanyakan pelaku ini adalah yang berpakaian mahal, bergaya dan kemas. Ini berbeza dengan orang yang berpakaian lusuh dan kotor yang lebih suka melintas

2.3.2 Teori Pembelajaran Pemerhatian Anderson dan Bushman

Menurut teori ini, keganasan yang diterima daripada model mempunyai satu kitaran yang berasaskan;

1. Data-data yang masuk melalui deria berdasarkan situasi di mana individu berada.

2. Penilaian dalaman naluri individu yang meliputi kognitif, emosi dan psikomotor.

3. Tingkah laku yang terhasil dari maklumat dan penilaian.

Menurut Anderson dan Bushman (2002), manusia melakukan pelbagai keganasan melalui beberapa episod. Episod pertama ialah penerimaan maklumat keganasan dan situasi keganasan. Maklumat dan situasi keganasan yang sesuai ini kemudiannya akan disimpan di dalam naluri manusia dan memberi kesan kepada pemikiran yang kemudiannya meransang naluri untuk melakukan sesuatu kelangsangan. Walau bagaimanapun kelangsangan terhasil sebagai ‘out put’ setelah manusia menilai dan membuat penilaian terhadap jenis kelangsangan yang bersesuaian dengan pemikiran dan situasi rangsangan berdasarkan masa yang Menurut Anderson dan Bushman (2002), manusia melakukan pelbagai keganasan melalui beberapa episod. Episod pertama ialah penerimaan maklumat keganasan dan situasi keganasan. Maklumat dan situasi keganasan yang sesuai ini kemudiannya akan disimpan di dalam naluri manusia dan memberi kesan kepada pemikiran yang kemudiannya meransang naluri untuk melakukan sesuatu kelangsangan. Walau bagaimanapun kelangsangan terhasil sebagai ‘out put’ setelah manusia menilai dan membuat penilaian terhadap jenis kelangsangan yang bersesuaian dengan pemikiran dan situasi rangsangan berdasarkan masa yang

2.3.3 Teori Pembelajaran Pemerhatian: Proses Perkembangan Penilaian dan Pemilihan Krull dan Dill

Menurut teori Pembelajaran Pemerhatian Krull dan Dill (1996), terdapat beberapa episod sebelum berlakunya keganasan. Maklumat keganasan yang diterima akan disimpan dalam naluri individu dan kemudiannya individu akan menilai jenis keganasan itu. Biasanya, manusia bertingkah laku agresif secara spontan dan otomatik tanpa menyedarinya. Proses ini dinamakan bangkitan jangka pendek. Setelah bertindak agresif dan menerima peneguhan (negatif atau positif), manusia akan memilih sumber keganasan yang sesuai dengan dirinya. Jika keganasan itu sesuai dengan dirinya ini akan membawa kesan kepada tingkah lakunya. Tetapi apabila keganasan itu tidak sesuai ia akan dinilai semula melalui pemikiran dan tindakan ini akan dihindarkan. Proses penilaian akan berlaku secara berulang kali terhadap setiap bangkitan keganasan yang diterima. Oleh itu, keganasan yang berlaku dalam diri individu adalah berdasarkan ransangan persekitaran yang kemudiannya dihasilkan melalui aksi pemikiran dan muncul dalam bentuk tingkah laku

2.3.4 Teori Pembelajaran Pemerhatian : Proses Personaliti Huesman & Miller

Huesman dan Miller (1994) menekankan tentang pendedahan yang berterusan kepada keganasanan dalam media akan mempengaruhi kepercayaan dan sikap, skema persepsi, jangkaan, tingkah laku dan psikomotor individu. Kesemua perkara ini akan membentuk keganasan personaliti secara keseluruhan yang kemudiannya terjelma atau dapat dilihat melalui perubahan kepada personaliti individu yang disesuaikan dengan perubahan situasi keganasan yang diterima. Teori ini menekankan, keganasan bermula dalam diri individu terlebih dahulu sebelumianya dipamerkan melalui tingkah laku. Oleh itu personaliti individu yang ganas adalah kesan atau gabungan 5 aspek di bawah atau pun Huesman dan Miller (1994) menekankan tentang pendedahan yang berterusan kepada keganasanan dalam media akan mempengaruhi kepercayaan dan sikap, skema persepsi, jangkaan, tingkah laku dan psikomotor individu. Kesemua perkara ini akan membentuk keganasan personaliti secara keseluruhan yang kemudiannya terjelma atau dapat dilihat melalui perubahan kepada personaliti individu yang disesuaikan dengan perubahan situasi keganasan yang diterima. Teori ini menekankan, keganasan bermula dalam diri individu terlebih dahulu sebelumianya dipamerkan melalui tingkah laku. Oleh itu personaliti individu yang ganas adalah kesan atau gabungan 5 aspek di bawah atau pun

2.3.5 Teori Pembelajaran Sosial Julian Rotter

Teori Pembelajaran Sosial (social-learning) Rotter (1963) adalah berasaskan kepada empat konsep iaitu potensi tingkah laku, ekspektasi, nilai peneguhan dan situasi psikologi. Potensi tingkah laku (behavioral potential) merujuk kepada kebarangkalian tingkah laku tertentu akan terhasil dalam situasi tertentu. Ini bermaksud potensi suatu tingkah laku terhasil adalah dipengaruhi oleh persepsi seseorang terhadap tingkah laku orang lain yang terdapat dalam situasi tersebut. Pemilihan tingkah laku tertentu daripada tingkah laku yang lain berdasarkan kepada pengaruh terhadap situasi tersebut yang berbentuk subjektif. Oleh itu, potensi tingkah laku bukan sahaja dipengaruhi oleh situasi rangsangan tetapi juga kesedaran kita melalui pemilihan dalam kalangan tingkah laku yang ada. Dalam pembentukan sesuatu tingkah laku Rotter melibatkan tingkah laku luaran dan juga menekankan aspek yang tidak dapat dilihat iaitu proses kognitif. Beliau menganggap manusia membuat interpretasi secara aktif terhadap kejadian yang dialami. Rotter (1963) percaya proses kognitif melibatkan rasionalisasi, penekanan, pemilihan alternatif yang ada dan perancangan. Dalam aspek ekspektasi (expectancy) Rotter (1963) menyatakan kita akan berkelakuan baik hanya dalam cara dan situasi tertentu dan membuat andaian terhadap peneguhan yang akan terhasil. Tahap ekspektasi pula dipengarhi oleh factor peneguhan sebelum berlakunya sesuatu dan sejauh mana tahap generalisasi sesuatu tingkah laku yang dilakukan akan juga dilakukan dalam situasi lain yang sama. Nilai peneguhan (reinforcement) pula merujuk kepada asas kecenderungan terhadap sesuatu peneguhan daripada orang lain. Setiap orang mempunyai persepsi dan peneguhan yang berbeza hasil daripada peneguhan pengalaman yang lepas. Dalam aspek situasi psikologi, Rotter (1963) percaya manusia berada dalam keadaan yang sentiasa memberi tindak balas kepada aspek kognitif dan persekitaran. Situasi psikologi ialah gabungan faktor dalaman dan luaran yang mempengaruhi persepsi manusia untuk bertindak balas terhadap rangsangan. Menurutnya seseorang akan berkelakuan agresif jika mendapat rangsangan dan isyarat yang Teori Pembelajaran Sosial (social-learning) Rotter (1963) adalah berasaskan kepada empat konsep iaitu potensi tingkah laku, ekspektasi, nilai peneguhan dan situasi psikologi. Potensi tingkah laku (behavioral potential) merujuk kepada kebarangkalian tingkah laku tertentu akan terhasil dalam situasi tertentu. Ini bermaksud potensi suatu tingkah laku terhasil adalah dipengaruhi oleh persepsi seseorang terhadap tingkah laku orang lain yang terdapat dalam situasi tersebut. Pemilihan tingkah laku tertentu daripada tingkah laku yang lain berdasarkan kepada pengaruh terhadap situasi tersebut yang berbentuk subjektif. Oleh itu, potensi tingkah laku bukan sahaja dipengaruhi oleh situasi rangsangan tetapi juga kesedaran kita melalui pemilihan dalam kalangan tingkah laku yang ada. Dalam pembentukan sesuatu tingkah laku Rotter melibatkan tingkah laku luaran dan juga menekankan aspek yang tidak dapat dilihat iaitu proses kognitif. Beliau menganggap manusia membuat interpretasi secara aktif terhadap kejadian yang dialami. Rotter (1963) percaya proses kognitif melibatkan rasionalisasi, penekanan, pemilihan alternatif yang ada dan perancangan. Dalam aspek ekspektasi (expectancy) Rotter (1963) menyatakan kita akan berkelakuan baik hanya dalam cara dan situasi tertentu dan membuat andaian terhadap peneguhan yang akan terhasil. Tahap ekspektasi pula dipengarhi oleh factor peneguhan sebelum berlakunya sesuatu dan sejauh mana tahap generalisasi sesuatu tingkah laku yang dilakukan akan juga dilakukan dalam situasi lain yang sama. Nilai peneguhan (reinforcement) pula merujuk kepada asas kecenderungan terhadap sesuatu peneguhan daripada orang lain. Setiap orang mempunyai persepsi dan peneguhan yang berbeza hasil daripada peneguhan pengalaman yang lepas. Dalam aspek situasi psikologi, Rotter (1963) percaya manusia berada dalam keadaan yang sentiasa memberi tindak balas kepada aspek kognitif dan persekitaran. Situasi psikologi ialah gabungan faktor dalaman dan luaran yang mempengaruhi persepsi manusia untuk bertindak balas terhadap rangsangan. Menurutnya seseorang akan berkelakuan agresif jika mendapat rangsangan dan isyarat yang

2.3.6 Teori Hieraki Keperluan Manusia Maslow

Maslow (1951) menekankan aspek manusia mempunyai naluri semulajadi yang baik dan mempunyai keinginan mencapai kesempurnaan kendiri. Jika keadaan persekitaran menghalang atau mengganggu perkembangan tadi, individu akan berkembang secara neurotik kerana naluri dalaman manusia adalah lemah dan mudah dipengaruhi oleh faktor persekitaran. Menurut Maslow (1951), manusia mempunyai keperluan asas dalam kehidupan. Keperluan asas tersebut ialah keperluan fisiologi, keperluan keselamatan, menyayangi dan disayangi, keperluan untuk harga diri dan kesempurnaan kendiri. Keperluan yang paling asas dalam kehidupan adalah keperluan fisiologi. Ini termasuklah rasa lapar, dahaga, rehat, mendapatkan udara dan seks. Jika keperluan fisiologi tidak dipenuhi, keperluan yang lain seperti keselamatan, , menyayangi dan disayangi, keperluan untuk harga diri dan kesempurnaan kendiri akan diabaikan. Oleh itu, manusia akan melakukan sesuatu tingkah laku untuk memenuhi keperluan fisiologinya terlebih dahulu sebelum timbul keperluan yang lain. Apabila keperluan fisiologi telah dipenuhi, timbullah keperluan keselamatan dan keperluan-keperluan lain.

Menurut Maslow (1951), golongan kanak-kanak dan remaja tidak terkecuali daripada memenuhi keperluan mereka seperti yang terdapat dalam hieraki keperluan manusia. Remaja mereka akan melakukan sesuatu tingkah laku untuk memenuhi keperluan kehidupan manusia. Mereka akan melakukan tingkah laku langsang bagi memenuhi keperluan fisiologi, keperluan keselamatan, kasih syang dan penghargaan kendiri daripada orang lain di persekitarannya. Oleh itu, mereka akan melakukan sesuatu perkara walau pun ianya dianggap langsang bagi memenuhi keperluan kehidupan mereka dan ingin berasa selamat dan dihargai oleh rakan sebaya atau ‘peer group’.