Perbincangan Dapatan Kajian

5.3 Perbincangan Dapatan Kajian

Bahagian ini akan membincangkan hasil kajian berdasarkan analisis data kajian di dalam bab iv. Perbincangan ini akan membincangkan persoalan-persoalan kajian dalam bab pertama. Perbincangan ini juga akan berdasarkan kepada huraian tentang pemerhatian, pendapat penyelidik serta sokongan kajian terdahulu. Antara Bahagian ini akan membincangkan hasil kajian berdasarkan analisis data kajian di dalam bab iv. Perbincangan ini akan membincangkan persoalan-persoalan kajian dalam bab pertama. Perbincangan ini juga akan berdasarkan kepada huraian tentang pemerhatian, pendapat penyelidik serta sokongan kajian terdahulu. Antara

5.3.1 Analisis Deskriptif dan Rumusan Demografi Kajian

Dapatan kajian bagi taburan kekerapan dan peratus responden mengikut bangsa menunjukkan 84 orang (44.2%) bangsa Melayu merupakan kekerapan tertinggi, diikuti 81 orang (42.6%) bangsa Cina, 24 orang (12.6%) bangsa India dan 1 orang (0.5%) bangsa lain iaitu kekerapan terendah. Ini bermakna pelajar Melayu adalah majoriti yang belajar di sekolah ini diikuti pelajar Cina kemudian India dan lain-lain.

Dari segi jantina dalam kajian ini, pelajar perempuan adalah responden teramai dengan peratus 57. Pelajar perempuan lebih mendominasi daripada pelajar lelaki di sekolah ini dari segi bilangan.

Kawasan populasi pula terdiri daripada kawasan Bandar dan kawasan luar Bandar. Kawasan Bandar merupakan peratus terbanyak iaitu 76.3 peratus berbanding kawasan luar Bandar dengan peratus 23.7. Ini menunjukkan bahawa banyak sekolah didirikan di kawasan Bandar berbanding sekolah Bandar. Bagaimana pun hanya 3 buah sekolah yang dikaji iaitu SMK Permas Jaya, SMK Permas Jaya 2 dan SMK Permas Jaya 3.

Taburan kekerapan bagi pendapatan keluarga pula peratus keluarga yang berpendapatan RM1001 hingga RM 5000 adalah peratus responden tertinggi iaitu 41.6%, diikuti pendapatan kurang daripada RM1000 iaitu 37.9 peratus dan RM 2051 hingga RM5000 dan paling sedikit responden yang mempunyai pendapatan keluarga sebanyak lebih daripada RM5001 iaitu hanya 3.7%. Ini menunjukkan bahawa kebanyakan keluarga berpendapatan sederhana dan kurang daripada RM1000.

Seterusnya jadual 4.5 menunjukkan taburan kekerapan dan peratus responden mengikut media yang terdapat di rumah atau sekolah. Hasil kajian menunjukkan 185 orang (97.4%) mempunyai televisyen, 179 orang (94.2%) mempunyai akhbar, 179 orang (94.2%) mempunyai buku, 166 orang (87.4%) mempunyai komputer, 163 orang (85.8%) mempunyai radio, 155 orang (81.6%) mempunyai internet, 154 orang (81.6%) mempunyai pemain VCD/DVD dan 152 orang (81.1%) mempunyai majalah. Majoriti pelajar mempunyai televisyen di rumah dan masih ada lagi segelintir pelajar yang tidak mempunyai televisyen di rumah iaitu seramai 2.6%. Pada keseluruhannya, televisyen adalah media massa yang paling utama diminati oleh pelajar, seterusnya surat akhbar, diikuti buku, komputer, radio, internet dan lain- lain. Dapatan kajian ini menunjukkan media massa televisyen adalah sebagai pilihan utama pelajar dalam kajian ini. Keadaan ini disebabkan faktor asal televisyen iaitu memberi perkhidmatan berasaskan konsep hiburan, menyeronokkan, mudah dan ia boleh ditonton. Dapatan ini secara asasnya selaras dengan pandangan Larking (1997) yang menyatakan televisyen telah mengambil alih fungsi bahan-bahan bacaan sebagai sumber ilmu dan hiburan.

Antara faktor lain menyumbang kepada tingginya tahap pendedahan pelajar kepada televisyen berbanding dengan bahan-bahan bacaan lain adalah kerana akses yang mudah dan menyeluruh bagi media elektronik itu di rumah. Hampir semua rumah di negara ini, sama ada di bandar atau luar bandar, mampu memiliki televisyen kerana harganya yang murah.

5.3.2 Analisis berdasarkan Objektif Kajian

Daripada objektif khusus kajian ini, beberapa perkara diambil kira untuk dianalisis iaitu dari segi analisis deskriptif iaitu:

1. Mengenal pasti media yang paling berpengaruh terhadap tingkah laku agresif dalam kalangan remaja seperti media cetak dan media elektronik.

2. Mengenal pasti jenis tingkah laku agresif remaja yang dihasilkan melalui pengaruh keganasan media iaitu dalam bentuk fizikal, verbal, permusuhan dan jenayah.

3. Mengenal pasti program-program berunsurkan keganasan yang kerap ditonton oleh pelajar agresif.

4. Mengenal pasti langkah-langkah pencegahan tingkah laku agresif iaitu oleh pelajar dan guru dari aspek fizikal, verbal, non-verbal, seksual dan anti-sosial.

Kajian mengenai analisis inferensi pula terdiri daripada objektif kajian berikut:

5. Mengenal pasti hubungan antara media dengan keganasan fizikal, verbal, emosi dan seksual dalam kalangan pelajar.

6. Mengenal pasti perbezaan pengaruh Keganasan Media Dengan Kawasan Sekolah

7. Mengenal pasti perbezaan antara keganasan media dengan jantina pelajar.

8. Mengenal pasti perbezaan antara keganasan media dengan kaum dalam kalangan pelajar.

9. Mengenal pasti perbezaan pengaruh keganasan media dengan pendapatan keluarga.

5.3.2.1 Analisis Deskriptif mengenal pasti media yang paling berpengaruh terhadap tingkah laku agresif dalam kalangan remaja seperti media cetak dan media elektronik

Berdasarkan kajian yang dijalankan, mengenal pasti media yang paling berpengaruh terhadap tingkah laku agresif dalam kalangan remaja seperti media

cetak dan media elektronik dianalisis. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa media elektronik merupakan media paling berpengaruh kerana menggambarkan kewujudan secara asli yang menghasilkan purata min 3.62 iaitu semua responden hampir setuju. Ini menggambarkan bahawa hampir separuh remaja menyatakan bahawa media adalah suatu bahan yang menggambarkan kewujudan secara asli kerana dapat menonton pelbagai peritiwa dengan min 3.74 dan memiliki gerakan secara lambat, cepat dan berulang-ulang dengan min 3.46 dan merupakan suatu informasi dengan min 3.88. Purata keseluruhan adalah 3.68. Kajian ini menyokong dapatan kajian Heinich, Molenda, Ely dan Russel (1991) yang melaporkan bahawa program- program media berbentuk siaran langsung dan memperlihatkan pelbagai aksi pergaduhan menjadi daya tarikan untuk ditonton oleh pelajar-pelajar kerana kebolehan program ini memberikan gambaran yang asli. Kajian ini juga disokong dengan dapatan kajian Tomilson (1999), yang menyatakan bahawa media mempunyai bentuk informasi yang menjadi daya tarikan utama untuk ditonton oleh pelajar-pelajar kerana informasi yang disampaikan bersifat menyeluruh dan mempamerkan pelbagai budaya bangsa di mana-mana.

Selain itu, dapatan kajian ini juga seiringan dengan dapatan kajian Seels et al. (2002), yang mendapati media yang memberikan informasi menarik perhatian pelajar kerana mampu mempersembahkan pelbagai bentuk maklumat lama dan baru mengenai liputan sesuatu peristiwa dan beberapa perkara yang diminati. Kajian ini juga bersamaan dengan kajian Liebes, Robert dan Curan (1998), yang mendapati media dianggap oleh penonton sebagai satu ruang untuk menyebarkan maklumat agar individu lebih berpengetahuan.

Dapatan kajian ini juga bersesuaian dengan Teori Krull dan Dill (1996) yang menyatakan proses penerimaan maklumat merupakan perkara utama yang berlaku dalam perubahan tingkah laku pelajar sebelum sesuatu tingkah laku itu berlaku.

Walau bagaimanapun, dapatan kajian ini bertentangan dengan laporan kajian Pieterse (1995) yang menyatakan program media yang menggambarkan kewujudan Walau bagaimanapun, dapatan kajian ini bertentangan dengan laporan kajian Pieterse (1995) yang menyatakan program media yang menggambarkan kewujudan

5.3.2.2 Tahap Jenis Tingkah Laku Agresif Remaja Yang Dihasilkan Melalui Pengaruh Keganasan Media Iaitu Dalam Bentuk Fizikal, Verbal, Emosi (Permusuhan) Dan Jenayah Seksual

Analisis deskriptif taburan kekerapan min mengikut jenis tingkah laku agresif remaja yang dihasilkan melalui pengaruh keganasan media aspek fizikal menunjukkan min 1.84 iaitu ramai responden yang sangat tidak setuju. Dari aspek verbal, min adalah 1.92, manakala permusuhan 2.56 dan jenayah 1.55 min. Purata keseluruhan min adalah 1.97. Ini menunjukkan bahawa walaupun remaja melihat program-program yang memaparkan keganasan di media namun pengaruh keganasan tersebut tidak semestinya mempengaruhi tingkah laku mereka dalam bentuk fizikal. Hasil kajian ini juga menyokong dapatan kajian yang dilakukan oleh Rice, Huston dan Wright (1987) yang bertajuk yang menyatakan bahawa walaupun terdapat pelbagai bentuk keganasan dalam media tetapi kesan tingkah laku ganas dan liar yang dipamerkan oleh kanak-kanak adalah pada tahap yang rendah. Selain itu, kajian ini juga menyokong dapatan kajian Bradley dan Cuthbert (1997) yang menyatakan walaupun media memaparkan pelbagai bentuk dan jenis keganasan tetapi ramai pelajar masih tidak terpengaruh untuk melakukan tingkah laku liar adalah pada tahap yang tinggi.

Walau bagaimanapun, kajian ini bertentangan dengan dapatan Taylor, Peplau dan Sears (1997) di Amerika Syarikat yang yang memperoleh dapatan bahawa dalam media sendiri telah menyebabkan pelajar-pelajar bertingkah laku ganas mempunyai tahap yang tinggi. Selain itu, kajian yang dilakukan oleh Pannel dan Browne (1999) juga mendapati perlakuan delinkuen dalam media menjadi sandaran utama dalam meningkatkan tingkah laku delinkuen dalam kalangan pelajar-pelajar.

Selain itu, analisis deskriptif taburan min mengikut jenis tingkah laku agresif remaja yang dihasilkan melalui pengaruh keganasan media aspek verbal adalah 1.92. Dapatan ini juga menunjukkan bahawa pelajar-pelajar sangat tidak setuju bahawa media yang memaparkan aksi-aksi ganas akan mempengaruhi mereka dari aspek verbal. Kajian ini bertentangan dengan kajian yang dijalankan oleh Dietz (1998). Beliau mendapati semua tingkah laku liar yang dikaji dari aspek fizikal, verbal, non verbal, seksual dan antisosial berada pada tahap yang tinggi kesan menonton media yang liar dan ganas. Dapatan kajian ini juga bertentangan dengan dapatan kajian Vincent dan Boruszkowski (1987) yang mendapati tahap tingkah laku agresif iaitu ganas dan liar dalam kalangan pelajar-pelajar kesan menonton media berada pada tahap yang tinggi terutama dalam tingkah laku ganas berbentuk verbal dan seksual. Kajiannya juga mendapati kesan menonton tayangan video yang mengandungi unsur seks bebas telah menyebabkan pelajar-pelajar berbicara tentang hubungan seks secara terbuka tanpa perasaan malu.

5.3.2.3 Mengenal pasti program-program berunsurkan keganasan yang kerap ditonton oleh para pelajar

Dapatan menunjukkan analisis deskriptif taburan min mengikut program- program dalam media yang kerap ditonton oleh pelajar agresif aspek kisah-kisah keganasan adalah 1.50 dan sisihan piawai 0.48. Kekerapan masa menonton pula adalah 3.34 jam. Manakala filem-filem yang digemari memaparkan purata 1.55 pelajar sangat tidak setuju dengan filem-filem yang dicadangkan. Begitu juga cadangan jenis tayangan yang diminati adalah 1.47 merupakan purata sangat tidak setuju. Ini menunjukkan bahawa pelajar-pelajar agresif kurang berminat menonton program-program berunsurkan keganasan. Dapatan kajian Lang et al. (2000) yang mendapati tidak dinafikan bahawa kesan menonton program-program keganasan dalam media telah menyebabkan tahap tingkah laku agresif dalam kalangan pelajar- pelajar meningkat pada tahap yang tinggi. Kajian Lang menunjukkan tidak bertepatan dengan kajian ini. Malahan kajian ini seolah-olah menyokong Teori Pembelajaran Pemerhatian yang dikemukakan oleh Krull dan Dill (1996) dari segi terdapat beberapa episod sebelum berlakunya keganasan iaitu maklumat keganasan Dapatan menunjukkan analisis deskriptif taburan min mengikut program- program dalam media yang kerap ditonton oleh pelajar agresif aspek kisah-kisah keganasan adalah 1.50 dan sisihan piawai 0.48. Kekerapan masa menonton pula adalah 3.34 jam. Manakala filem-filem yang digemari memaparkan purata 1.55 pelajar sangat tidak setuju dengan filem-filem yang dicadangkan. Begitu juga cadangan jenis tayangan yang diminati adalah 1.47 merupakan purata sangat tidak setuju. Ini menunjukkan bahawa pelajar-pelajar agresif kurang berminat menonton program-program berunsurkan keganasan. Dapatan kajian Lang et al. (2000) yang mendapati tidak dinafikan bahawa kesan menonton program-program keganasan dalam media telah menyebabkan tahap tingkah laku agresif dalam kalangan pelajar- pelajar meningkat pada tahap yang tinggi. Kajian Lang menunjukkan tidak bertepatan dengan kajian ini. Malahan kajian ini seolah-olah menyokong Teori Pembelajaran Pemerhatian yang dikemukakan oleh Krull dan Dill (1996) dari segi terdapat beberapa episod sebelum berlakunya keganasan iaitu maklumat keganasan

Dengan kata lain, kajian ini mendapati pelajar-pelajar tidak suka menonton kisah-kisah berbentuk ganas yang ditayangkan oleh media. Dapatan kajian ini tidak bersesuaian dengan laporan kajian Bickham et al. (2000) yang menyatakan pelajar- pelajar lebih tertarik untuk menonton kisah-kisah kegansan dan agresif yang ditayangkan oleh media berbanding kisah-kisah humor dan dokumentari. Kajian ini juga tidak menyokong dapatan kajian Sri Andayani (1997) yang melaporkan bahawa pelajar-pelajar remaja di Indonesia lebih suka menonton filem-filem dan muzik yang bercorak sensasi seperti pergaduhan, pembunuhan, alam ghaib dan keganasan seks.

Selain itu, kajian ini juga bertentangan dengan kajian Baxter et al. (1985) yang mendapati pelajar-pelajar lebih berminat menonton kisah-kisah yang dapat menggabungkan unsur-unsur humor, seks, percintaan dan keganasan berbanding dengan filem-filem yang hanya mempunyai satu atau 2 daripada ciri yang disebutkan.

Walau bagaimanapun, kajian ini menyokong dapatan kajian Bennet dan Ferrel (1987) yang mendapati pelajar-pelajar lebih berminat menonton kisah-kisah humor dan percintaan berbandingan kisah-kisah ganas yang ditayangkan oleh media. Kajian ini bersesuaian dengan Teori Hieraki Keperluan Manusia oleh Maslow (1968) yang menyatakan bahawa manusia akan memenuhi keperluan fisiologi terlebih dahulu sebelum memenuhi keperluan-keperluan yang lain seperti keselamatan, kasih sayang, kendiri dan sempurna kendiri. Oleh itu, golongan remaja yang baru meningkat matang dan mengalami perubahan fisiologi tubuh badan akan menyesuaikan keperluan hidupnya dengan menonton kisah-kisah yang digemarinya bersesuaian dengan tahap perkembangan biologi dan naluri hidup mereka. Bagi kekerapan menonton media, kajian ini mendapati kekerapan masa menonton media Walau bagaimanapun, kajian ini menyokong dapatan kajian Bennet dan Ferrel (1987) yang mendapati pelajar-pelajar lebih berminat menonton kisah-kisah humor dan percintaan berbandingan kisah-kisah ganas yang ditayangkan oleh media. Kajian ini bersesuaian dengan Teori Hieraki Keperluan Manusia oleh Maslow (1968) yang menyatakan bahawa manusia akan memenuhi keperluan fisiologi terlebih dahulu sebelum memenuhi keperluan-keperluan yang lain seperti keselamatan, kasih sayang, kendiri dan sempurna kendiri. Oleh itu, golongan remaja yang baru meningkat matang dan mengalami perubahan fisiologi tubuh badan akan menyesuaikan keperluan hidupnya dengan menonton kisah-kisah yang digemarinya bersesuaian dengan tahap perkembangan biologi dan naluri hidup mereka. Bagi kekerapan menonton media, kajian ini mendapati kekerapan masa menonton media

Dapatan kajian ini adalah selari dengan dapatan kajian Samsudin (2001) yang mendapati golongan remaja menghabiskan masa untuk menonton media sebanyak

21.3 hingga 22 jam seminggu dan merupakan golongan yang paling banyak menggunakan media. Dapatan kajian ini bersamaan dengan dapatan kajian William, Zabrack dan Joy (1982) yang menyatakan bahawa pelajar-pelajar kelas menengah biasanya menghabiskan masa di antara 19 hingga 22 jam seminggu menonton media.

Walau bagaimana pun dapatan kajian ini adalah berbeza dengan kajian Huston et al. (1992) di Amerika yang melaporkan bahawa pelajar-pelajar kelas menengah menghabiskan masa selama 3 hingga 4 jam sehari menonton media. Begitu juga dengan kajian yang dijalankan oleh Huesman et al. (1984) yang mendapati golongan remaja Amerika menghabiskan masa secara purata di antara 24 hingga 25 jam seminggu bersama media yang merangkumi; 14 jam untuk membaca buku atau majalah, 24 jam menonton televisyen dan mendengar radio, dan 9 jam untuk melayari internet.

Berdasarkan analisa tahap tingkah laku agresif dalam kalangan pelajar kesan menonton keganasan dalam media didapati tahapnya masih rendah. Ini bersesuaian dengan teori yang menyatakan individu akan memilih jenis keganasan yang bersesuaian dengannya dan situasi di mana dia berada. Remaja adalah golongan yang amat mudah terpengaruh dan sentiasa melakukan sesuatu mengikut gerak hati dan gemar meniru gaya masa terkini. Mereka juga akan memberontak jika keseronokan dan kebebasan mereka dihalang. Mereka sering berkhayal atau lebih tepat berangan- angan kosong selain mempunyai keinginan untuk mencapai sesuatu diluar kemampuan serta sering meminta sesuatu yang tidak realistik.

5.3.2.4 Mengenal pasti langkah-langkah pencegahan tingkah laku agresif oleh pelajar dan guru dari aspek fizikal, verbal, non-verbal, seksual dan anti- sosial

Hasil daripada dapatan kajian, menunjukkan tahap langkah-langkah pencegahan tingkahlaku agresif iaitu oleh pelajar dan guru. Aspek fizikal mempunyai nilai 1.53 dengan 169 orang (88.9%) tahap rendah, 13 orang (6.8%) tahap sederhana dan 8 orang (4.2%) tahap tinggi. Manakala aspek verbal mengandungi 1.85 di mana 147 orang (77.4%) tahap rendah, 35 orang (18.4%) tahap sederhana dan 8 orang (4.2%) tahap tinggi. Justeru itu, aspek non-verbal di mana nilai min 1.66 menunjukkan 154 orang (81.1%) tahap rendah, 28 orang (14.7%) tahap sederhana dan 8 orang (4.2%) tahap tinggi. Dengan itu, aspek seksual dengan nilai min 1.52 menunjukkan 168 orang (88.4%) tahap rendah, 14 orang (7.4%) tahap sederhana dan 8 orang (4.2%) tahap tinggi. Aspek anti-sosial menunjukkan nilai min

1.70 dengan 158 orang (83.2%) tahap rendah, 26 orang (13.7%) tahap sederhana dan

6 orang (3.2%) tahap tinggi. Purata min keseluruhan adalah 1.62 iaitu ramai pelajar- pelajar sangat tidak setuju dengan langkah-langkah pencegahan tingkah laku agresif oleh pelajar dan guru dari aspek fizikal, verbal, non-verbal, seksual dan anti-sosial.

5.3.2.5 Mengenal pasti hubungan antara media dengan keganasan fizikal, verbal,

non-verbal, seksual dan antisosial dalam kalangan pelajar

Korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan yang sangat lemah antara media dengan keganasan fizikal iaitu 0.014 kurang dari aras signifikan yang ditetapkan 0.05. Maka hipotesis nul ditolak.

Hubungan yang signifikan yang lemah pula diperoleh antara media dengan verbal kerana kurang daripada 0.05 iaitu aras signifikan yang ditetapkan. Begitu juga hubungan antara media dengan tingkah laku non-verbal iaitu 0.001 hubungan yang lemah juga. Maka kedua-dua aspek hipotesis nul ditolak.

Selain itu, hubungan yang signifikan juga diperoleh antara media dengan seksual sebanyak 0.033. Maka hipotesis nul juga ditolak. Manakala hubungan antara media dengan antisosial adalah sangat lemah walaupun terdapat hubungan iaitu 0.005. Maka hipotesis nul juga ditolak.

5.3.2.6 Mengenal pasti perbezaan pengaruh Keganasan Media Dengan Kawasan Sekolah

Dapatan kajian menunjukkan analisis ujian t perbezaan pengaruh keganasan media dengan kawasan sekolah memperoleh nilai p<0.05 iaitu 0.37 lebih besar daripada aras signfikan yang di tetapkan iaitu 0.05, maka tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara pengaruh keganasan media dengan kawasan sekolah. Oleh itu, hipotesis nul kajian ini diterima.

Kajian ini memberi gambaran bahawa keganasan media boleh berlaku di mana-mana sahaja atau tidak berlaku di mana-mana sahaja. Faktor kawasan sama ada di Bandar atau di luar Bandar tidak mempunyai perbezaan kerana faktor tempat bukanlah faktor yang menjamin keselamatan mahu pun bahayanya sesuatu media tersebut. Keganasan media banyak mengambil kira bahan-bahan atau isi kandungan media tersebut.

5.3.2.7 Perbezaan Dalam Pengaruh Keganasan Media Terhadap Pelajar Lelaki dan Perempuan

Dapatan kajian ini menunjukkan analisis ujian t perbezaan pengaruh keganasan media dengan jantina mempunyai nilai p<0.05 iaitu 0.92 lebih besar daripada aras signfikan yang di tetapkan, maka tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara perbezaan pengaruh keganasan media dengan jantina. Kajian ini mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pengaruh keganasan Dapatan kajian ini menunjukkan analisis ujian t perbezaan pengaruh keganasan media dengan jantina mempunyai nilai p<0.05 iaitu 0.92 lebih besar daripada aras signfikan yang di tetapkan, maka tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara perbezaan pengaruh keganasan media dengan jantina. Kajian ini mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pengaruh keganasan

Sebaliknya, dapatan kajian perbandingan tingkah laku agresif dalam kalangan para pelajar lelaki dan perempuan kesan menonton keganasan dalam media yang dilakukan oleh Dietz (1998) juga bertentangan dengan dapatan kajian penyelidik. Dietz mendapati kesan menonton keganasan dalam media telah meningkatkan tahap tingkah laku agresif dalam kalangan pelajar lelaki terutamanya keganasan berbentuk seksual terhadap pelajar perempuan.

Dapatan kajian ini adalah selari dengan kajian yang dijalankan oleh Bickham et al. (2000) yang mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar- pelajar lelaki dan perempuan di New York dalam daya tarikan untuk menonton program-program media. Beliau juga melaporkan bahawa walaupun pelajar-pelajar ini berbeza dari segi jantina tetapi mereka mempunyai banyak persamaan dalam bentuk tingkah laku, kegemaran, berpakaian dan menonton program media. Kajian ini juga bersamaan dengan dapatan kajian yang dilakukan oleh Terry (2004) di Universiti of Idaho , Amerika Syarikat. Beliau mendapati pelajar-pelajar universiti tidak menunjukkan perbezaan yang ketara dalam soal selidik pemilihan jenis-jenis program media. Kajiannya juga mendapati pelajar-pelajar agresif dan pelajar-pelajar yang normal mempunyai banyak persamaan dalam aspek menonton program- program media. Walau bagaimanapun, dapatan kajian ini adalah bertentangan dengan dapatan kajian Oos M. Anwas (2003) yang mendapati terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar-pelajar lelaki dan perempuan dalam daya tarikan untuk menonton program-program media. Beliau mendapati pelajar pelajar lelaki lebih meminati program-program media yang dapat menggambarkan siaran secara langsung tentang sesuatu peristiwa. Program ini menjadi daya tarikan utama kepada pelajar-pelajar lelaki kerana bersesuaian dengan ciri-ciri fizikal pelajar lelaki yang lasak dan suka melakukan sesuatu perkara jika dapat melihatnya secara langsung. Bagi pelajar-pelajar perempuan pula, mereka lebih meminati program-program Dapatan kajian ini adalah selari dengan kajian yang dijalankan oleh Bickham et al. (2000) yang mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar- pelajar lelaki dan perempuan di New York dalam daya tarikan untuk menonton program-program media. Beliau juga melaporkan bahawa walaupun pelajar-pelajar ini berbeza dari segi jantina tetapi mereka mempunyai banyak persamaan dalam bentuk tingkah laku, kegemaran, berpakaian dan menonton program media. Kajian ini juga bersamaan dengan dapatan kajian yang dilakukan oleh Terry (2004) di Universiti of Idaho , Amerika Syarikat. Beliau mendapati pelajar-pelajar universiti tidak menunjukkan perbezaan yang ketara dalam soal selidik pemilihan jenis-jenis program media. Kajiannya juga mendapati pelajar-pelajar agresif dan pelajar-pelajar yang normal mempunyai banyak persamaan dalam aspek menonton program- program media. Walau bagaimanapun, dapatan kajian ini adalah bertentangan dengan dapatan kajian Oos M. Anwas (2003) yang mendapati terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar-pelajar lelaki dan perempuan dalam daya tarikan untuk menonton program-program media. Beliau mendapati pelajar pelajar lelaki lebih meminati program-program media yang dapat menggambarkan siaran secara langsung tentang sesuatu peristiwa. Program ini menjadi daya tarikan utama kepada pelajar-pelajar lelaki kerana bersesuaian dengan ciri-ciri fizikal pelajar lelaki yang lasak dan suka melakukan sesuatu perkara jika dapat melihatnya secara langsung. Bagi pelajar-pelajar perempuan pula, mereka lebih meminati program-program

Seperti mana kajian Hansen (1989), kajian ini turut sama mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar-pelajar lelaki dan perempuan dalam daya tarikan untuk menonton program-program media. Beliau juga mendapati tidak terdapat reaksi yang terlalu berbeza bila kandungan filem ganas ditayangkan melalui video terhadap pelajar-pelajar lelaki dan perempuan yang menunjukkan tidak terdapat perbezaan dalam daya tarikan untuk menonton program-program media. Begitu juga dengan kajian Lang dan Basil (1998) yang mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar-pelajar lelaki dan perempuan dalam daya tarikan untuk menonton program-program media. Dapatan kajian ini bersesuaian dengan Teori Hieraki Keperluan Manusia Maslow yang menyatakan semua manusia mempunyai keperluan yang sama dan masing-masing akan cuba untuk memenuhi keperluan tersebut tanpa memikirkan soal jantina, umur dan kebolehan masing- masing. Ini menyebabkan pelajar-pelajar tidak kira lelaki atau pun perempuan mempunyai kecenderungan yang sama untuk menonton keganasan dalam media bagi memenuhi keperluan fisiologi masing-masing.

Berdasarkan analisis data, kajian ini juga mendapati terdapat perbezaan yang signifikan dalam daya tarikan untuk menonton program-program media antara pelajar-pelajar lelaki dan perempuan dalam 2 jenis program iaitu media menggambarkan kewujudan secara asli dan program berbentuk informasi. Dapatan kajian ini juga bertepatan dengan kajian Flemming dan Levie (1993) yang mendapati terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar-pelajar lelaki dan perempuan dalam daya tarikan untuk menonton program-program media yang dapat menggambarkan kewujudan secara asli dan berbentuk informasi. Kajiannya juga melaporkan pelajar- pelajar lelaki lebih tertarik menonton program-program media yang dapat menggambarkan kewujudan secara asli berbanding program berbentuk informasi. Dapatan kajian ini juga menyokong kajian Anderson dan Dill (2000) yang mendapati program media yang dapat mengambarkan kewujudan secara asli lebih diminati oleh Berdasarkan analisis data, kajian ini juga mendapati terdapat perbezaan yang signifikan dalam daya tarikan untuk menonton program-program media antara pelajar-pelajar lelaki dan perempuan dalam 2 jenis program iaitu media menggambarkan kewujudan secara asli dan program berbentuk informasi. Dapatan kajian ini juga bertepatan dengan kajian Flemming dan Levie (1993) yang mendapati terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar-pelajar lelaki dan perempuan dalam daya tarikan untuk menonton program-program media yang dapat menggambarkan kewujudan secara asli dan berbentuk informasi. Kajiannya juga melaporkan pelajar- pelajar lelaki lebih tertarik menonton program-program media yang dapat menggambarkan kewujudan secara asli berbanding program berbentuk informasi. Dapatan kajian ini juga menyokong kajian Anderson dan Dill (2000) yang mendapati program media yang dapat mengambarkan kewujudan secara asli lebih diminati oleh

Dapatan kajian ini adalah bersesuaian dengan Teori Pembelajaran Sosial Bandura yang menyatakan usia dan jantina model memainkan peranan dalam peniruan tingkah laku. Pelajar-pelajar perempuan didapati lebih meminati program berbentuk informasi kerana ia bersesuaian dengan watak jantinanya yang mempunyai tingkah laku kurang agresif dan takut untuk menonton kisah-kisah langsang secara langsung. Pelajar-pelajar lelaki pula lebih meminati programprogram media yang dapat menggambarkan kewujudan secara asli kerana bersesuaian dengan watak jantinanya yang lebih agresif dan berani untuk melihat adegan-adegan ganas yang ditayangkan secara langsung melalui media. Berdasarkan teori ini juga setiap jantina mempunyai persepsi yang berbeza terhadap sesuatu. Berdasarkan kecenderungan ini seseorang individu akan melakukan sesuatu tingkah laku yang seseai dengan keperluan jantina dan peneguhan yang akan diterima daripada persekitaran.

Dapatan kajian perbandingan tingkah laku keganasan dalam kalangan pelajar- pelajar lelaki dan perempuan kesan menonton keganasan dalam media yang dilakukan oleh Dietz (1998) juga bertentangan dengan dapatan kajian penyelidik. Dietz mendapati kesan menonton keganasan dalam media telah meningkatkan tahap tingkah laku agresif dalam kalangan pelajar lelaki terutamanya keganasan berbentuk seksual terhadap pelajar perempuan. Dietz (1998) juga mendapati semua tingkah laku agresif yang dikaji iaitu fizikal, verbal, nonverbal, seksual dan antisosial berada pada tahap yang tinggi kesan menonton media yang ganas.

5.3.2.10 Mengenal pasti perbezaan antara keganasan media dengan kaum dalam kalangan pelajar.

Hasil dapatan kajian menunjukkan analisis anova perbezaan pengaruh keganasan media dengan kaum memperoleh nilai p<0.05 iaitu 0.00 lebih kecil daripada aras signfikan yang di tetapkan, maka terdapat perbezaan yang signifikan di antara pengaruh keganasan media dengan bangsa. Responden berbangsa melayu (min=4.01) menunjukkan kecenderungan paling ketara terhadap pengaruh keganasan media. Oleh itu hipotesis nul ditolak. Bagaimana pun, tiada kajian tempatan yang dapat menyokong dapatan kajian ini kerana belum pernah diuji dari segi kaum di kalangan pelajar. Faktor-faktor dapatan mengambil kira bahawa min kaum Melayu lebih tinggi kerana jumlah kekerapan responden adalah paling tinggi di kalangan pelajar yang diuji. Selain itu, kaum terbesar di Malaysia juga merupakan kaum Melayu berbanding kaum-kaum lain. Maka tidak mustahil pengaruh keganasan media banyak berlaku di kalangan pelajar Melayu.

5.3.2.11 Mengenal Pasti Perbezaan Pengaruh Keganasan Media dengan Pendapatan Keluarga

Analisis anova perbezaan pengaruh keganasan media dengan pendapatan keluarga. Nilai p<0.05 iaitu 0.11 lebih besar daripada aras signfikan yang di tetapkan, maka tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara pengaruh keganasan media dengan pendapatan keluarga. Ini menunjukkan bahawa sebanyak mana pun pendapatan keluarga yang diperoleh, pengaruh keganasan daripada media tiada bezanya. Ibu bapa yang mempunyai pendapatan yang tinggi boleh jadi anak mereka terpengaruh dengan keganasan. Begitu juga ibu bapa yang berpendapatan rendah juga tidak dapat membendung aksi keganasan daripada mempengaruhi anak mereka. Bagaimanapun, menurut Maslow (1951) setiap kanak-kanak memerlukan keperluan asas yang mencukupi. Keperluan asas tersebut ialah keperluan fisiologi, keperluan keselamatan, menyayangi dan disayangi, keperluan untuk harga diri dan kesempurnaan kendiri. Keperluan yang paling asas dalam kehidupan adalah keperluan fisiologi. Ini termasuklah rasa lapar, dahaga, rehat, mendapatkan udara dan Analisis anova perbezaan pengaruh keganasan media dengan pendapatan keluarga. Nilai p<0.05 iaitu 0.11 lebih besar daripada aras signfikan yang di tetapkan, maka tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara pengaruh keganasan media dengan pendapatan keluarga. Ini menunjukkan bahawa sebanyak mana pun pendapatan keluarga yang diperoleh, pengaruh keganasan daripada media tiada bezanya. Ibu bapa yang mempunyai pendapatan yang tinggi boleh jadi anak mereka terpengaruh dengan keganasan. Begitu juga ibu bapa yang berpendapatan rendah juga tidak dapat membendung aksi keganasan daripada mempengaruhi anak mereka. Bagaimanapun, menurut Maslow (1951) setiap kanak-kanak memerlukan keperluan asas yang mencukupi. Keperluan asas tersebut ialah keperluan fisiologi, keperluan keselamatan, menyayangi dan disayangi, keperluan untuk harga diri dan kesempurnaan kendiri. Keperluan yang paling asas dalam kehidupan adalah keperluan fisiologi. Ini termasuklah rasa lapar, dahaga, rehat, mendapatkan udara dan

Selain itu, remaja memerlukan perhatian yang lebih daripada ibu bapa yang mempunyai kesedaran untuk memberikan kasih sayang, motivasi diri untuk maju dalam pelajaran dan tidak terlibat dengan gejala sosial. Semakin keperluan fisiologi tidak mencukupi dalam sesebuah keluarga, semakin tinggi keperluan-keperluan lain diabaikan kerana ibu bapa akan memikirkan cara memenuhi keperluan fisiologi terlebih dahulu sebelum memenuhi keperluan psikologi anak-anak mereka. Kemungkinan faktor pendidikan ibu bapa dan sikap ibu bapa boleh berperanan dalam mengatasi pengaruh keganasan media.

5.3.2.10 Analisis Regrasis Berganda

Hasil analisis nilai R² bagi model 1 (jantina) adalah 0.237. Semakin kecil R², maka semakin kurang kemampuan pemboleh ubah bebas (jantina) untuk menerangkan pemboleh ubah bersandar (tingkah laku agresif) , F(1,188) = 58.483, p = 0.000 <

0.05. Bila dilihat kepada nilai Beta, faktor jantina (Beta = -0.488, t = -7.647, Sig = 0.000 dan R² = 0.237). Ini bermakna model yang dicadangkan sesuai dengan data dalam nilai peratusan 23.7 peratus sahaja. Kesimpulan yang dibuat turut disokong oleh analisis ANOVA yang signifikan di mana nilai signifikannya 0.000 adalah lebih kecil dari nilai aras signifikan yang ditentukan iaitu 0.05. Dapatan ini bermaksud peramal pertama iaitu jantina yang ditunjukkan oleh model pertama menyumbang sebanyak 23.7 peratus perubahan tambahan dalam pemboleh ubah kriterion (tingkah laku agresif). Dapatan kajian ini adalah selari dengan kajian yang dijalankan oleh Bickham et al. (2000) yang mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar-pelajar lelaki dan perempuan di New York dalam daya tarikan untuk menonton program-program media yang ditayangkan. Begitu juga dengan kajian

Lang dan Basil (1998) yang mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar-pelajar lelaki dan perempuan dalam daya tarikan untuk menonton program-program media.

Nilai analisis R² bagi model 2 (media elektronik: televisyen) adalah 0.253. Semakin kecil R², maka semakin kurang kemampuan pemboleh ubah bebas (media elektronik: televisyen) untuk menerangkan pemboleh ubah bersandar (tingkah laku agresif), F(1,187) = 3.892, p = 0.000 < 0.05. Bila dilihat kepada nilai Beta, faktor media elektronik: televisyen (Beta = 0.125, t = 1.973, Sig = 0.000 dan R² = 0.253). Ini bermakna model yang dicadangkan sesuai dengan data dalam nilai peratusan 25.3 peratus sahaja. Kesimpulan yang dibuat turut disokong oleh analisis ANOVA yang signifikan di mana nilai signifikannya 0.000 adalah lebih kecil dari nilai aras signifikan yang ditentukan iaitu 0.05. Dapatan ini bermaksud peramal kedua iaitu media elektronik: televisyen yang ditunjukkan oleh model 2 menyumbang sebanyak (25.3-23.7) peratus = 1.6 peratus perubahan tambahan dalam pemboleh ubah kriterion (tingkah laku agresif).

Berdasarkan nilai R² bagi ketiga-tiga model ini dapat disimpulkan bahawa dapatan ini menunjukkan bahawa 23.7 peratus faktor jantina menyumbang terhadap tingkah laku agresif, peratus pertambahan ini meningkat kepada 25.3 peratus apabila sumbangan faktor media elektronik: televisyen diambil kira terhadap perubahan tingkah laku agresif. Dapatan ini bersesuaian dengan Teori Pembelajaran Sosial Bandura (1973) yang merumuskan bahawa perkara utama yang sering dipelajari oleh kanak-kanak dan remaja ialah melalui permerhatian terhadap tingkah laku orang lain. Bandura (1973) juga menyatakan, pemerhatian terhadap pelbagai watak dan suasana dalam televisyen telah menyebabkan remaja melakukannya dalam dunia yang sebenar. Proses peniruan ini akan lebih lebih kerap berlaku apabila pelajar terdedah kepada tayangan media dalam jangka masa yang panjang.

Kesimpulan dapatan regresi ini ialah ,

iii) Apabila faktor jantina meningkat seunit, maka skor tingkah laku agresif akan meningkat sebanyak 23.7 peratus.

iv) Apabila faktor jantina dan media elektronik: televisyen meningkat seunit, maka skor tingkah laku agresif akan meningkat sebanyak 25.3 peratus.

Dapat disimpulkan bahawa dapatan ini menunjukkan bahawa 23.7 peratus faktor jantina menyumbang terhadap tingkah laku agresif, peratus pertambahan ini meningkat kepada 25.3 peratus apabila sumbangan faktor hubungan kekeluargaan diambil kira. Dapatan kajian ini adalah selari dengan kajian yang dijalankan oleh Bickhamet al. (2000) yang mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar-pelajar lelaki dan perempuan di New York dalam daya tarikan untuk menonton program-program media yang dapat menggambarkan siaran secara langsung sesuatu peristiwa dan media memiliki gerakan secara lambat, cepat dan berulang-ulang. Beliau juga melaporkan bahawa walau pun pelajar-pelajar ini berbeza dari segi jantina tetapi mereka mempunyai banyak persamaan dalam bentuk tingkah laku, kegemaran, berpakaian dan menonton program media. Kajian ini juga bersamaan dengan dapatan kajian yang dilakukan oleh Terry (2004) di Universiti of Idaho , Amerika Syarikat. Beliau mendapati pelajar-pelajar universiti tidak menunjukkan perbezaan yang ketara dalam soal selidik pemilihan 2 jenis program media iaitu media menggambarkan siaran langsung sesuatu peristiwa dan memiliki gerakan secara lambat, cepat dan berulang-ulang. Kajiannya juga mendapati pelajar- pelajar lelaki dan pelajar-pelajar perempuan mempunyai banyak persamaan dalam aspek menonton program-program media.

Walau bagaimanapun, dapatan kajian ini adalah bertentangan dengan dapatan kajian Oos M. Anwas (2003) yang mendapati terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar-pelajar lelaki dan perempuan dalam daya tarikan untuk menonton

program-program media yang menggambarkan siaran langsung sesuatu peristiwa dan memiliki gerakan secara lambat, cepat dan berulang-ulang. Beliau mendapati pelajar- pelajar lelaki lebih meminati program-program media yang dapat menggambarkan siaran secara langsung tentang sesuatu peristiwa. Program ini menjadi daya tarikan utama kepada pelajar-pelajar lelaki kerana bersesuaian dengan ciri-ciri fizikal pelajar lelaki yang lasak dan suka melakukan sesuatu perkara jika dapat melihatnya secara langsung. Bagi pelajar-pelajar perempuan pula, mereka lebih meminati program program media yang memiliki gerakan secara lambat, cepat dan berulang-ulang. Program ini didapati sesuai dengan ciri-ciri fizikal perempuan yang lebih sensitif dan tidak gemar kepada kekerasan fizikal. Menurut Hansen (1989), dalam kajiannya juga mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar-pelajar lelaki dan perempuan dalam daya tarikan untuk menonton program-program media. Beliau juga mendapati tidak terdapat reaksi yang terlalu berbeza bila kandungan filem berbentuk keganasan ditayangkan melalui video terhadap pelajar-pelajar lelaki dan perempuan yang menunjukkan tidak terdapat perbezaan dalam daya tarikan untuk menonton program-program media.