Implikasi Kajian

5.4 Implikasi Kajian

Kajian ini menunjukkan bahawa keganasan dalam media telah mempengaruhi tingkah laku agresif dalam kalangan pelajar-pelajar walaupun dalam jumlah peratusan yang rendah. Perkara ini tidak boleh dipandang remeh kerana ia mungkin akan mencetuskan situasi yang lebih negatif pada masa akan datang jika tiada langkah-langkah pencegahan yang diambil oleh pihak-pihak yang terlibat. Dapatan kajian ini patut dijadikan panduan dan ingatan kepada pihak-pihak yang terlibat dalam menerbitkan dan menyiarkan program-program media supaya dapat menapis pelbagai pelbagai bentuk keganasan dalam media sebelum ianya disiarkan untuk ditonton oleh orang ramai. Media sepatutnya berperanan menyajikan program- program yang bermanfaat dan ianya menjadi tanggungjawab kepada semua pihak seperti guru, masyarakat, produser program, stesen televisyen dan pemerintah dalam mengawal kelangsangan dalam media.

Dalam rangka menjadikan rakyat Malaysia masyarakat bermaklumat dan memiliki minda kelas pertama program media sepatutnya meningkatkan program- program berbentuk pendidikan. Masyarakat dapat memainkan peranan yang aktif misalnya mengajukan permintaan program-program berbentuk pendidikan dan filem- filem berbentuk dokumentari. Syarikat-syarikat yang memiliki media cetak dan media elektronik seharusnya menggunakan media untuk tujuan memenuhi matlamat dan aspirasi negara bagi mencapai Wawasan 2020 iaitu membangunkan sebuah negara industri dan mempunyai rakyat yang mempunyai kekentalan pendidikan rohani. Syarikat-syarikat ini perlu memastikan tayangan-tayangan media mereka mesti menepati saranan Lembaga Penapis Filem Negara (FINAS) supaya kandungan tingkah laku langsang yang terdapat dalam media dapat disunting dan ditayangkan dalam bentuk yang paling minima. Kementerian Pelajaran Malaysia perlu memainkan peranan yang amat penting supaya dapat menerbitkan pelbagai bentuk perisian media yang sangat efektif untuk situasi pengajaran dan pembelajaran. Misalnya perkara ini telah dilakukan oleh Utusan Malaysia yang menerbitkan laman web khas untuk golongan pelajar iaitu Portal Pendidikan. Begitu juga dengan peranan yang telah dimainkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum di mana agensi ini telah menerbitkan buku-buku teks yang disertai dengan laman-laman web berkaitan untuk diakses oleh pelajar-pelajar supaya mereka dapat memahami dengan lebih lanjut sesuatu topik pelajaran. Usaha-usaha seumpama ini seharusnya diberikan nilai tambah dan dijadikan panduan oleh semua pihak untuk menjadikan negara Malaysia pusat perkembangan ilmu pengetahuan.

Semua sedia maklum, pada masa kini, pelbagai kemudahan dan hiburan telah muncul hasil dari perkembangan sains dan teknologi. Segalanya telah membawa manusia secara amnya lebih maju ke hadapan. Tidak seperti seabad lalu, segala keperluan dan kehendak kini dapat dicapai dengan mudah dalam tempoh masa yang singkat. Demikian juga dengan dunia maklumat hari ini. Teknologi maya seperti internet mampu menghubungkan manusia di tempat berlainan seluruh dunia. Pa yang memilukan adalah penyalahgunaan teknologi ini dalam penyebaran maklumat. Berita-berita palsu, gambar porno dan lucah, teknik-teknik penipuan dan aktiviti tidak bermoral lain tersebar luas dan mudah dipelajari oleh semua lapisan masyarakat tanpa disekat. Perkara-perkara ini tidak sepatutnya dilihat dan ditonton oleh pelajar Semua sedia maklum, pada masa kini, pelbagai kemudahan dan hiburan telah muncul hasil dari perkembangan sains dan teknologi. Segalanya telah membawa manusia secara amnya lebih maju ke hadapan. Tidak seperti seabad lalu, segala keperluan dan kehendak kini dapat dicapai dengan mudah dalam tempoh masa yang singkat. Demikian juga dengan dunia maklumat hari ini. Teknologi maya seperti internet mampu menghubungkan manusia di tempat berlainan seluruh dunia. Pa yang memilukan adalah penyalahgunaan teknologi ini dalam penyebaran maklumat. Berita-berita palsu, gambar porno dan lucah, teknik-teknik penipuan dan aktiviti tidak bermoral lain tersebar luas dan mudah dipelajari oleh semua lapisan masyarakat tanpa disekat. Perkara-perkara ini tidak sepatutnya dilihat dan ditonton oleh pelajar

Melihat kepada peningkatan jenayah juvana dan dekadensi moral di kalangan remaja, generasi muda khususnya pelajar amat penting dididik dengan pendidikan agama dan moral. Ia perlu dilaksanakan bagi mengatasi masalah sosial yang kian meruncing dan membimbangkan ini. Dapatan kajian ini dapat digunakan oleh pihak sekolah dan guru-guru untuk memahami bahawa banyak faktor yang menyebabkan pelajar-pelajar bertingkah laku agresif dan di antaranya ialah faktor keganasan dalam media itu sendiri. Oleh itu pihak sekolah perlu menekankan bahawa penggunaan media amat penting untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah. Oleh it para pelajar tidak akan menyalahgunakan media untuk tujuan negatif dan tidak berfaedah. Para kaunselor juga dapat membantu dan memberikan nasihat atau bimbingan terhadap pelajar-pelajar yang menghadapi masalah tingkah laku agresif kesan menonton media. Dapatan kajian ini juga mempunyai implikasi yang jelas kepada ibu bapa supaya sentiasa memantau penggunaan media dalam kehidupan seharian anak-anak.

Ibu bapa seharusnya mementingkan kandungan program-program media yang dapat menyumbang ke arah pembentukan ilmu, maklumat dan sahsiah diri yang tinggi. Tayangan-tayangan media yang ditonton oleh anak-anak mereka seharusnya bebas daripada perisian media yang langsang atau meminimakan menonton rancangan yang mengandungi keganasan. Ibu bapa juga disarankan supaya sentiasa mengawal masa anak-anak menonton media kerana ini akan mendedahkan anak-anak kepada pelbagai bentuk keganasan dalam media. Bagi ibu bapa yang mempunyai Ibu bapa seharusnya mementingkan kandungan program-program media yang dapat menyumbang ke arah pembentukan ilmu, maklumat dan sahsiah diri yang tinggi. Tayangan-tayangan media yang ditonton oleh anak-anak mereka seharusnya bebas daripada perisian media yang langsang atau meminimakan menonton rancangan yang mengandungi keganasan. Ibu bapa juga disarankan supaya sentiasa mengawal masa anak-anak menonton media kerana ini akan mendedahkan anak-anak kepada pelbagai bentuk keganasan dalam media. Bagi ibu bapa yang mempunyai