Rancangan-rancangan Berunsur Ganas Yang Kerap Di Tonton Oleh Para Pelajar

2.7 Rancangan-rancangan Berunsur Ganas Yang Kerap Di Tonton Oleh Para Pelajar

Menurut kajian Carmode (1999) di England terhadap golongan pelajar yang berusia 6 hingga 15 tahun, beliau mendapati televisyen dan filem merupakan media utama yang mula mendedahkan tingkah laku ganas ketika remaja masih di alam kanakkanak lagi. Kajiannya juga mendapati filem-filem yang ditayangkan banyak mendedahkan perlakuan ganas yang liar dan ditayangkan secara langsung kepada umum seperti babak pergaduhan suami isteri, aksi perkelahian, peperangan, membalas dendam, letupan bom, berpelukan, ciuman bibir ke bibir, adegan separa ranjang, kisah-kisah cinta yang romantik, hubungan seks sebelum perkahwinan, adegan keganasan seks, rogol dan pelbagai babak lain yang mendebarkan penonton. Pengkaji merumuskan bahawa kesan daripada pendedahan pelbagai peristiwa ganas yang berterusan dan berulangan dari alam kanak-kanak sehingga remaja akan menyebabkan mereka mudah menerima keganasan sebagai sebahagian dari kehidupan dan keadaan ini meningkatkan kekerapan remaja bertingkah laku agresif

. Dapatan kajian ini hampir sama dengan kajian yang dilakukan oleh Mary

(2003) di Amerika Syarikat yang mendapati terdapat cerita-cerita rakyat di Barat yang dengan sengaja memasukkan unsur-unsur ganas seperti pergaduhan, peperangan, penipuan, penindasan, seks, percintaan dan hubungan romantik. Apa yang menariknya cerita-cerita rakyat Barat ini, menjadi cerita yang sangat popular dan diminati di seluruh dunia. Dalam kajiannya juga cerita-cerita tersebut adalah seperti Zorro, Robinhood, The Snow White, Cinderalela, Romeo and Juliet, The Prince Frog, Rapunzel dan Titanic. Kesemua cerita-cerita klasik ini menurut beliau dilakonkan semula dengan memaparkan kisah peperangan dan hubungan romantik yang intim hingga menyebabkan kanak-kanak dan remaja terpengaruh untuk bertindak agresif dan ingin mengalami adegan asmara. Penyelidik merumuskan bahawa media merupakan alat pandang dengar yang banyak (2003) di Amerika Syarikat yang mendapati terdapat cerita-cerita rakyat di Barat yang dengan sengaja memasukkan unsur-unsur ganas seperti pergaduhan, peperangan, penipuan, penindasan, seks, percintaan dan hubungan romantik. Apa yang menariknya cerita-cerita rakyat Barat ini, menjadi cerita yang sangat popular dan diminati di seluruh dunia. Dalam kajiannya juga cerita-cerita tersebut adalah seperti Zorro, Robinhood, The Snow White, Cinderalela, Romeo and Juliet, The Prince Frog, Rapunzel dan Titanic. Kesemua cerita-cerita klasik ini menurut beliau dilakonkan semula dengan memaparkan kisah peperangan dan hubungan romantik yang intim hingga menyebabkan kanak-kanak dan remaja terpengaruh untuk bertindak agresif dan ingin mengalami adegan asmara. Penyelidik merumuskan bahawa media merupakan alat pandang dengar yang banyak

Kajian yang dijalankan oleh Bickam, Wright dan Huston (2000) pula mendapati kekerapan pelajar agresif menonton media yang berunsur ganas adalah disebabkan jumlah saluran televisyen yang semakin bertambah setiap tahun. Secara puratanya, di Amerika pertambahan jumlah saluran televisyen satelit swasta bertambah sebanyak 10 saluran dalam jangka masa 5 tahun. Beliau mendapati, masyarakat terutamanya yang tinggal di kota-kota besar juga dapat mengakses program-program dari berbagai televisyen pelbagai negara. Kajiannya juga mendapati program-program yang ditayangkan seringkali menonjolkan kehidupan bebas dan penggunaan kata-kata kasar dengan mudah dapat dilihat. Kajiannya juga menyentuh perkembangan media cetak seperti akhbar, buku dan buku cerita yang bilangannya bertambah sebanyak 30 peratus setahun. Keadaan ini secara tidak langsung menggalakkan semua pihak termasuklah pelajar agresif untuk menggunakannya sebagai bahan bacaan umum. Di samping itu, kajiannya juga mendapati jumlah pertambahan laman web dunia terus meningkat iaitu pada kadar 50 hingga 100 laman web baru didaftarkan setiap hari. Keadaan ini sudah pasti akan menyebabkan pelajar mendapatkan pelbagai maklumat mengenai keganasanan dalam media. Berdasarkan perkara ini, pengkaji merumuskan semakin banyak bahan berunsurkan keganasan yang ditonton atau dibaca maka semakin kerap pelajar agresif mudah terdedah kepada tingkah laku ganas.