Keganasan Dalam Media

2.6 Keganasan Dalam Media

Kajian mengenai keganasan dalam media telah dilakukan oleh Crick dan Grotpeter (1995) terhadap 210 orang pelajar psikologi Universiti Midwestern yang terdiri daripada 104 orang pelajar perempuan dan 106 pelajar lelaki. Dalam kajian ini pelajar dikehendaki menonton sebanyak 7 filem yang bertemakan keganasan seksual, pembunuhan, penderaan kanak-kanak, keganasan kaum, seni mempertahankan diri, peperangan dan jenayah. Setiap kali selepas menonton filem yang langsang pelajar dikehendaki menjawab 30 soalan soal selidik yang dibahagikan kepada 2 tahap iaitu keganasan yang rendah dan tinggi. Hasil kajiannya, pengkaji mendapati terdapat 5 jenis keganasan dalam media iaitu keganasan tingkah laku, keganasan individu dan kumpulan, keganasan jantina, keganasan isyarat (verbal dan nonverbal) dan kelangsangan imaginasi yang sangat diminati oleh pelajar-pelajar. Hasil kajiannya juga mendapati pelbagai jenis keganasan dalam media ini dipersembahkan sama ada dalam media yang berunsurkan rancangan pendidikan , kartun, berita, rencana dan hinggalah kepada tayangan-tayangan filem. Kesannya, semua pihak sama ada orang dewasa, remaja dan kanak-kanak seolah-olah menjadi ‘ketagih’ untuk menonton siaran dalam media walaupun tahu program-program tersebut boleh memberikan kesan yang negatif.

Kajian yang hampir sama mengenai kelangsangan dalam media juga telah dilakukan oleh Anderson dan Dill ( 2000 ) yang bertajuk ‘ Media Violence and Trait Aggressiveness ’ terhadap pelajar-pelajar Kolej di Columbia. Seramai 237 sampel telah dipilih iaitu 78 orang pelajar lelaki dan 149 pelajar perempuan yang berumur 18 tahun. Dalam kajian ini, pelajar dikehendaki untuk menonton media yang mengandungi kadar keganasan yang rendah, tinggi dan permainan game video yang ganas selama 2 hingga 3 jam sehari dalam masa seminggu. Para pelajar juga dikehendaki mencatatkan jumlah tingkah laku agresif, delinkuen, keganasan fizikal, verbal, seksual dan pembunuhan yang terdapat dalam setiap permainan video dan filem yang ditayangkan. Mereka juga dikehendaki mencatatkan jenis tingkah laku langsang berdasarkan jantina. Hasil kajiannya, mereka mendapati dalam setiap tayangan media adegan keganasan memang Kajian yang hampir sama mengenai kelangsangan dalam media juga telah dilakukan oleh Anderson dan Dill ( 2000 ) yang bertajuk ‘ Media Violence and Trait Aggressiveness ’ terhadap pelajar-pelajar Kolej di Columbia. Seramai 237 sampel telah dipilih iaitu 78 orang pelajar lelaki dan 149 pelajar perempuan yang berumur 18 tahun. Dalam kajian ini, pelajar dikehendaki untuk menonton media yang mengandungi kadar keganasan yang rendah, tinggi dan permainan game video yang ganas selama 2 hingga 3 jam sehari dalam masa seminggu. Para pelajar juga dikehendaki mencatatkan jumlah tingkah laku agresif, delinkuen, keganasan fizikal, verbal, seksual dan pembunuhan yang terdapat dalam setiap permainan video dan filem yang ditayangkan. Mereka juga dikehendaki mencatatkan jenis tingkah laku langsang berdasarkan jantina. Hasil kajiannya, mereka mendapati dalam setiap tayangan media adegan keganasan memang

Menurut Tannebaum dan Zillman (1975), keanasan dalam media merujuk kepada ‘hipotesis bangkitan’ iaitu pendedahan terhadap keganasan media akan membangkitkan perasaan dan meningkatkan rangsangan untuk bertindak balas terhadap sesuatu perkara atau situasi langsang. Beliau telah menjalankan kajian terhadap pelajar-pelajar yang berusia 10 hingga 15 tahun di New York. Seramai 580 orang pelajar lelaki dan 580 orang pelajar perempuan telah digunakan sebagai sampel kajiannya yang menggunakan kaedah tayangan MTV (Music Television), pemerhatian, temubual dan soal selidik. Menurut Tannebaum dan Zillman (1975), selepas pelajar-pelajar menonton MTV yang mengandungi unsur-unsur ganas beliau mendapati keganasan dalam media telah menimbulkan 3 kesan bangkitan dalam kalangan pelajar-pelajar iaitu meningkatkan kadar tingkah laku agresif, kandungan siaran yang ganas dapat diingati dengan mudah dan pelajar-pelajar mengulangkan dialog dan babak-babak keganasan yang diadaptasi dari media. Pengkaji merumuskan bahawa keganasan dalam media dapat merangsang pelajar- pelajar untuk bertingkah laku agresif dan membangkitkan keinginan pelajar- pelajar untuk melakukan keganasan.

Kajian ini disokong oleh dapatan kajian Comstock dan Lindsey (1975) yang mendapati keganasan dalam media dapat mengubah tingkah laku individu dan masyarakat seperti cara berpakaian, bercakap, cara melakukan hubungan sosial dan seks sehingga menjadi budaya dalam sesuatu masyarakat. Beliau telah menjalankan kajian kepada golongan pelajar dan orang dewasa yang berusia di antara 12 hingga 34 tahun di Santa Monica. Rumusan kajiannya mendapati keganasan yang terdapat dalam media telah mempengaruhi cara hidup, interaksi sosial, budaya, persepsi individu dan masyarakat di sesebuah tempat. Kajiannya Kajian ini disokong oleh dapatan kajian Comstock dan Lindsey (1975) yang mendapati keganasan dalam media dapat mengubah tingkah laku individu dan masyarakat seperti cara berpakaian, bercakap, cara melakukan hubungan sosial dan seks sehingga menjadi budaya dalam sesuatu masyarakat. Beliau telah menjalankan kajian kepada golongan pelajar dan orang dewasa yang berusia di antara 12 hingga 34 tahun di Santa Monica. Rumusan kajiannya mendapati keganasan yang terdapat dalam media telah mempengaruhi cara hidup, interaksi sosial, budaya, persepsi individu dan masyarakat di sesebuah tempat. Kajiannya