Mempelajari keganasan

2.4 Mempelajari keganasan

Kajian-kajian lepas mengenai keganasan dalam media dan bagaimana para pelajar meniru atau mempelajari tingkah laku ganas telah dijalankan oleh Sri Andayani (1997) di Indonesia terhadap 850 orang pelajar sekolah rendah ( berusia

9 hingga 12 tahun ) dan 850 orang pelajar sekolah menengah ( berusia 14 hingga

18 tahun) melalui kaedah tayangan video, soal selidik dan pemerhatian. Melalui kaedah pemerhatian apabila pelajar-pelajar menonton rancangan yang dikhaskan untuk mereka melalui 11 siaran televisyen di Indonesia, beliau mendapati beberapa siri kartun dan filem yang ditayangkan pada waktu ‘puncak’, petang dan malam memang menyebabkan kanak-kanak dan remaja mudah mempelajari tingkah laku ganas. Penemuan dalam kajiannya juga menunjukkan bahawa filem yang ditayangkan pada waktu ‘puncak’ mengandungi adegan antisosial sebanyak 58.4% berbanding dengan adegan prososial sebanyak 41.6%.

Dalam kajiannya juga Sri Andayani (1997) mendapati kesan daripada menonton 3 jenis tayangan video iaitu kartun Superman, filem fiksyen sains ( yang mengandungi adegan peperangan dan keganasan ) dan gusti, beliau mendapati ketiga-tiga jenis tayangan video ini telah menyebabkan para pelajar mempelajari cara untuk bertingkah laku agresif dengan rakan sebaya khusus kelangsangan verbal dan fizikal. Sri Andayani (1997) telah merumuskan dalam kajiannya bahawa filem-filem yang banyak bertemakan kepahlawanan, wira dan wirawati yang membawa watak hero dan seks sekaligus, membalas dendam, penyiasatan, keunggulan individu,

menakutkan, keganasan dan kehebatan teknikal sangat diminati dan mudah ditiru oleh pelajar sekolah rendah dan menengah. Secara tidak langsung, kesan daripada menonton pelbagai adegan yang ganas ini, beliau mendapati pelajar- pelajar lebih mudah terpengaruh, meniru dan mempelajari pelbagai tingkah laku langsang yang diadaptasi dari media.

Paparan aksi dan tingkah laku ganas yang sering disiarkan di kaca televisyen dan media-media elektronik sememangnya mempengaruhi kanak- kanak dan para remaja untuk meniru dan mempelajari tingkah laku tersebut ( Johnson et al., 2002 ). Dalam kajiannya terhadap 426 sampel pelajar-pelajar di 6 Paparan aksi dan tingkah laku ganas yang sering disiarkan di kaca televisyen dan media-media elektronik sememangnya mempengaruhi kanak- kanak dan para remaja untuk meniru dan mempelajari tingkah laku tersebut ( Johnson et al., 2002 ). Dalam kajiannya terhadap 426 sampel pelajar-pelajar di 6

membawa kepada kematian apa bila ditayangkan telah menyebabkan para pelajar mempunyai masalah kawalan tingkah laku, emosi dan pembelajaran. Hasil kajiannya semasa video ditayangkan para pelajar didapati sering menjerit, berasa tertekan, takut dan menangis sementara selepas tayangan video didapati pelajar telah mengulang dan mempamerkan tingkah laku agresif yang ditonton dari media. Oleh itu dalam kajiannya, beliau telah merumuskan bahawa kanak-kanak dan remaja yang terdedah kepada tingkah laku dan aksi ganas akan belajar menerima keganasan sebagai kehidupan seharian. Mereka seterusnya akan membentuk sikap positif terhadap penggunaan kekerasan dan akhirnya gagal untuk menyedari kesan-kesan negatif akibat daripada tingkah laku agresif tersebut.

Kajian ini disokong pula dengan kajian yang telah dijalankan oleh Willes dan Strasburger ( 1998 ) yang dijalankan di New Jersey terhadap terhadap 224 orang pelajar sekolah rendah ( 9 hingga 11 tahun ) dan pelajar-pelajar sekolah menengah ( 14 hingga 15 tahun ). Dalam kajian ini pelajar-pelajar dikehendaki menyenaraikan tingkah laku agresif yang sering didapati dari media dan sering pula dilakukan atau ditiru oleh mereka. Di samping itu pelajar juga diberikan soal selidik yang mempunyai perkaitan di antara tingkah laku agresif dengan status sosial. Dapatan kajian menunjukkan terdapat 3 jenis tingkah laku ganas yang sering ditiru oleh pelajar-pelajar iaitu fizikal, verbal dan anti sosial seperti memukul, menarik rambut,menendang, mengejek, menghina, mengusik, memulau, mengata, fitnah dan merosakkan kemudahan awam. Willes dan Strasburger ( 1998 ) juga mendapati bahawa tingkah laku agresif merupakan sebagai sumber status sosial atau cara yang efektif untuk menyelesaikan masalah. Oleh itu, imej dan maklumat media yang memaparkan keganasan dan tingkah laku buruk akan menyumbang kepada peniruan

tingkah laku ini yang kemudiannya akan menyebabkan perlakuan agresif dalam kalangan pelajar dan pelajar beranggapan tingkah laku agresif ini diterima, popular dan humor.