Definisi Keganasan

2.2 Definisi Keganasan

Pelbagai definisi diberikan kepada maksud keganasan. Kebanyakan ahli psikologi mendefinasikan keganasan sebagai sebarang corak tingkah laku yang bertujuan membinasakan dan mencederakan orang lain, objek-objek tertentu atau Pelbagai definisi diberikan kepada maksud keganasan. Kebanyakan ahli psikologi mendefinasikan keganasan sebagai sebarang corak tingkah laku yang bertujuan membinasakan dan mencederakan orang lain, objek-objek tertentu atau

Tingkah laku ganas juga dapat dibezakan dalam dua keadaan iaitu bertindak agresif dengan tujuan menyakitkan dan tingkah laku yang bertujuan menyakitkan. Dengan kata lain, sebarang tindakan tingkah laku yang mempunyai motif mencederakan orang lain dikenali sebagai tindakan ganas. Tetapi tindakan ganas yang tidak bertujuan mencederakan orang lain dianggap tidak ganas walau pun tindakan tersebut mencederakan orang lain. Secara keseluruhan keganasan dapat didefinasikan sebagai sebarang tingkah laku yang bolehmencederakan diri sendiri, orang lain atau objek di sekitar pelaku itu sendiri.Kecederaan yang dialami ini boleh berlaku secara fizikal ( luaran ) atau pun afektif ( perasaan ).

Menurut Olweus (1978), keganasan ialah tingkah laku yang dirangsang oleh kemarahan, keganasan atau sifat bersaing, yang diarahkan terhadap orang atau objek lain mahupun terhadap diri sendiri dan boleh dianggap bertujuan untuk membahayakan, mengganggu atau memusnahkan. Tingkah laku agresif merupakan tingkah laku yang bertujuan untuk mencederakan orang lain secara fizikal atau psikologi.

Menurut pengasas Teori Psikoanalisa Freud (1956), manusia terdorong untuk bertindak ganas adalah disebabkan oleh naluri kematian ‘thanatos’. Freud (1956) mempercayai semua manusia memiliki naluri ini. Naluri kematian ini pada asalnya ditujukan kepada diri sendiri seperti membunuh diri tetapi manusia menyalurkannya keluar dari dalam diri dengan pelbagai cara. Keganasan dilihat sebagai sesuatu yang tidak dapat dielakkan kerana ia bersifat naluri. Menurut Freud (1956), tingkah laku ganas juga dilihat sebagai tenaga yang dihasilkan dari proses tubuh manusia. Proses tubuh ini menghasilkan tenaga yang mesti diluahkan sama ada melalui perdebatan, sukan atau melalui cara lain yang tidak dapat diterima oleh masyarakat seperti pergaduhan dan peperangan. Menurut pengikut fahaman Freud (1956) yang dikenali sebagai neo-Freudian, mereka Menurut pengasas Teori Psikoanalisa Freud (1956), manusia terdorong untuk bertindak ganas adalah disebabkan oleh naluri kematian ‘thanatos’. Freud (1956) mempercayai semua manusia memiliki naluri ini. Naluri kematian ini pada asalnya ditujukan kepada diri sendiri seperti membunuh diri tetapi manusia menyalurkannya keluar dari dalam diri dengan pelbagai cara. Keganasan dilihat sebagai sesuatu yang tidak dapat dielakkan kerana ia bersifat naluri. Menurut Freud (1956), tingkah laku ganas juga dilihat sebagai tenaga yang dihasilkan dari proses tubuh manusia. Proses tubuh ini menghasilkan tenaga yang mesti diluahkan sama ada melalui perdebatan, sukan atau melalui cara lain yang tidak dapat diterima oleh masyarakat seperti pergaduhan dan peperangan. Menurut pengikut fahaman Freud (1956) yang dikenali sebagai neo-Freudian, mereka

Menurut Konrad ( 1960 ), keganasan adalah naluri semulajadi yang diwarisi oleh manusia yang juga dikenali sebagai naluri perkelahian (fighting instinc). Naluri ini wujud bukan sahaja dalam kalangan manusia tetapi juga binatang bertujuan untuk mempertahan dan mengekalkan spesis. Konrad berpendapat keganasan tidak semestinya menyebabkan kecederaan, kematian atau kemusnahan tetapi ia bertindak menenangkan situasi khususnya di pihak yang kalah. Menurut Dollard et al. (1939), dalam Baron, Bryne dan Suls ( 1991 ) mereka memperkenalkan hipotesis kekecewaan-keganasan. Individu bertingkah laku ganas disebabkan oleh kekecewaan yang dialaminya. Tetapi pandangan ini telah dikritik oleh Miller (1941) dalam Baron, Bryne dan Suls ( 1991 ) yang menyatakan tidak semua kekecewaan menghasilkan keganasan. Oleh itu, kekecewaan dalam teori ini lebih merujuk kepada apabila usaha untuk memenuhi sesuatu keinginan tidak tercapai individu akan bertingkah laku ganas. Walau bagaimanapun, hasil kajian eksperimental mendapati keganasan tidak meningkat hasil daripada darjah kekecewaan (Deaux dan Wrightman, 1984 ). Kesimpulannya kekecewaan bukan merupakan faktor utama yang menyebabkan keganasan tetapi ia juga dipengaruhi oleh faktor persekitaran dan kesediaan untuk melakukan keganasan. Kekecewaan hanya menghasilkan kesediaan untuk bertindak ganas dan tandasaran persekitaran meningkatkan kekuatan gerak balas keganasan.

Menurut Zillman (1981) dalam Teori Pemindahan Kebangkitan, ekspresi atau luahan keganasan bergantung kepada tiga faktor iaitu kebiasaan yang dipelajari, sumber kebangkitan dan interpretasi individu terhadap keadaan kebangkitan tersebut. Antara ketiga-tiga faktor di atas, yang penting ialah bagaimana manusia menginterpretasikan kepentingan sesuatu peristiwa dalam menentukan keganasaan dan bagaimana tingkah laku ganas itu dapat dipindahkan dari satu situasi ke situasi lain. Menurut Berkowitz (1984) dalam Teori Neoassosiasi Kognitif melihat pengalaman perasaan negatif memberikan kesan untuk bertindak ganas. Terdapat hubungan antara perasaan negatif yang tidak menyenangkan dengan tingkah laku keganasan. Teori ini memerihalkan Menurut Zillman (1981) dalam Teori Pemindahan Kebangkitan, ekspresi atau luahan keganasan bergantung kepada tiga faktor iaitu kebiasaan yang dipelajari, sumber kebangkitan dan interpretasi individu terhadap keadaan kebangkitan tersebut. Antara ketiga-tiga faktor di atas, yang penting ialah bagaimana manusia menginterpretasikan kepentingan sesuatu peristiwa dalam menentukan keganasaan dan bagaimana tingkah laku ganas itu dapat dipindahkan dari satu situasi ke situasi lain. Menurut Berkowitz (1984) dalam Teori Neoassosiasi Kognitif melihat pengalaman perasaan negatif memberikan kesan untuk bertindak ganas. Terdapat hubungan antara perasaan negatif yang tidak menyenangkan dengan tingkah laku keganasan. Teori ini memerihalkan

Menurut Scott (1985) dalam Deaux dan Wrightsman (1988), dalam beberapa kajiannya merumuskan tidak terdapat bukti yang menunjukkan faktor dalaman atau fisiologi yang menyebabkan keganasan. Tingkah laku keganasanan datangnya daripada persekitaran dan dipelajari melalui pembelajaran instrumental dan pembelajaran pemerhatian. Prinsip pembelajaran instrumental menekankan setiap tindak balas yang diteguhkan atau diberi ganjaran berkecenderungan untuk diulangi pada masa hadapan. Individu yang ganas dan diteguhkan atau diberi ganjaran, cenderung melakukannya semula tingkah laku agresif. Ganjaran yang diterima boleh bersifat penerimaan masyarakat terhadap tingkah laku agresif mendapat status yang lebih tinggi, wang dalam kalangan orang dewasa ataupun gula-gula dalam kalangan kanak-kanak. Pada tahap yang melampau, mangsa yang mengalami kesakitan yang amat sangat boleh merupakan satu bentuk ganjaran.

Bandura (1973) mendapati pembelajaran melalui pemerhatian atau modeling merupakan teknik yang utama dalam membentuk tindak balas ganas. Dengan memerhati tindak balas model, berlaku dua bentuk gerak balas iaitu mempelajarinya dan melakukannya. Apabila melihat tingkah laku model, pelajar mempelajari dan gerakbalasnya ialah sewaktu berinteraksi dengan orang lain di mana kita melakukan tindakan ganas hasil daripada gerakbalas yang dipelajari. Dalam kalangan orang dewasa, kesediaan untuk bertindak ganas selalunya berdasarkan kehadiran model yang ganas. Model tersebut mungkin tidak bertindak sebagai sumber arahan atau boleh bertindak sebagai ‘penyebab’ keganasan.