13 Teori Pembelajaran Sosial Bandura

Rajah 2.13 Teori Pembelajaran Sosial Bandura

Metodologi kajian yang digunakan adalah merujuk kepada cara-cara yang paling berkesan bagi mendapatkan maklumat yang berfaedah dengan penggunaan instrumen yang minimum untuk mencapai matlamat penyelidikan. Menurut Majid ( 1998 ), kegagalan menggunakan kaedah pengumpulan data yang berkesan akan menghasilkan maklumat yang tidak tepat dan kabur. Oleh itu, bab ini bertujuan membincangkan metodologi yang digunakan oleh penyelidik untuk menyempurnakan kajian ini. Ianya dibahagikan kepada enam bahagian iaitu reka bentuk kajian, tempat kajian, populasi dan persampelan kajian, kaedah persampelan dan instrumen kajian, kajian rintis, kesahan dan kebolehpercayaan instrumen, pengumpulan dan penganalisisan data.

3.2 Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian keganasan dalam media dan kesannya terhadap tingkah laku agresif pelajar sekolah-sekolah menengah di daerah Pasir Guang, Johor adalah berbentuk deskriptif dengan menggunakan kaedah tinjauan. Penyelidikan deskriptif merupakan penyelidikan yang bermatlamat untuk menerangkan sesuatu fenomena yang sedang berlaku atau menerokai sesuatu bidang yang belum atau kurang dikaji (Majid, 1994). Penyelidikan deskriptif juga terdiri daripada beberapa jenis seperti penyelidikan tinjauan, penyelidikan korelasi dan penyelidikan perkembangan. Untuk kajian ini, penyelidik telah menggunakan penyelidikan deskriptif jenis tinjauan. Blake dan Champion (1976) pula berpendapt bahawa, kaedah tinjauan merupakan satu cara yang spesifik bagi mengumpul maklumat berkenaan sekumpulan besar populasi.Dalam kajian ini maklumat pelajar yang terlibat akan dikumpul melaluipenggunaan instrumen berbentuk soal selidik laporan kendiri. Soal selidik merupakan instrumen yang kerap digunakan dalam kajian deskriptif (Skager dan Weinberd, 1979). Menurut Tuckman (1988), penggunaan kaedah tinjauan menggunakan soal selidik memudahkan penyelidik memperolehi kerjasama daripada responden. Penyelidik menggunakan instrumen berbentuk soal selidik kerana iasenang ditadbir, data mudah dikutip dan dianalisa.

3.3 Tempat Kajian

Kajian ini dijalankan di daerah Pasir Gudang, Johor yang melibatkan 3 buah sekolah menengah harian biasa. Dua buah sekolah menengah telah dipilih untuk digunakan dalam kajian rintis dan 3 buah sekolah lagi digunakan untuk kajian sebenar penyelidik.

3.4 Populasi dan Persampelan Kajian

Menurut Kerlinger (1986), persampelan merupakan pengambilan sebahagian daripada sesuatu populasi. Sampel yang dipilih terdiri daripada 250 orang pelajar untuk mewakili seluruh populasi pelajar tingkatan empat yang terlibat dalam kajian ini kerana bilangan 250 adalah menghampiri kepada bilangan populasi. Menurut Azizi, Shahrin, Yusuf, Jamaludin dan Rahim (2007), saiz sampel adalah penting kerana ia melambangkan kekuatan keputusan kajian itu nanti. Dengan pertambahan saiz sampel akan lebih mewakili populasi dan mengurangkan ralat persampelan.

Dalam persampelan secara kluster, elemen-elemen daripada responden yang dibenarkan dalam sesuatu sampel hanya jika ia merupakan sebuah kluster (unit sampling asas) yang termasuk dalam sampel. Persampelan secara kluster ini merupakan pemilihan secara berperingkat mengikut kumpulan yang telah ditetapkan dalam kajian yang dijalankan. Ahli kumpulan yang sama lebih cenderung untuk mirip kepada unsur yang dipilh secara rawak dalam populasi. Dengan menjadikan semua responden dalam sebuah kluster, sebahagian maklumat yang sama akan diulangi. Ia bukanlah bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang baru tetapi ia akan menunjukkan kurang ralat dari nilai yang sebenar (Sharon, 2001).

Menurut Webster (1985), sampel adalah bahagian set responden yang dipilih daripada populasi yang lebih besar untuk tujuan kajian. Manakala menurut Portney dan Walkin (1993), sampel adalah subset populasi yang dipilih untuk dikaji. Penggunaan saiz sampel menurut Majid (1998) perlu digalakkan melebihi

30 unit kerana taburan normal biasanya dipenuhi apabila saiz sampel melebihi 30 unit dan pertambahan dalam saiz sampel akan lebih mewakili populasi dan mengurangkan ralat persampelan .

Populasi kajian adalah pelajar-pelajar tingkatan 5 dari 3 buah sekolah menengah di daerah Pasir Gudang, Johor. Terdapat 2 buah sekolah lain yang tidak digunakan sebagai sampel kajian kerana terlibat dalam kajian rintis. Jumlah keseluruhan pelajar agresif dalam tingkatan 5 dari 3 buah sekolah menengah di daerah Pontian adalah seramai 169 orang. Daripada jumlah ini 135 orang merupakan pelajar lelaki dan bakinya 34 orang merupakan pelajar perempuan.

Pelajar-pelajar agresif yang menjadi responden dalam kajian ini merujuk kepada pelajar-pelajar yang telah melakukan kesalahan dari segi keganasan tingkah laku fizikal (bergaduh, memukul, membuli, mencuri dan membawa senjata berbahaya), verbal (menghina, memfitnah, memaki, bercakap kasar, menengking, perkataan dan isyarat lucah ), nonverbal (isyarat untuk berkelahi, kasar dan lucah) dan antisosial (menyertai kumpulan samseng dan melakukan vandalism di sekolah). Maklumat pelajar-pelajar ini terdapat dalam rekod disiplin dan kaunseling. Mereka terdiri daripada pelajar-pelajar yang sedang disiasat, telah disiasat, telah dikenakan dendaan atas kesalahan mereka dan pelajar yang telah menerima sesi kaunseling.

Penentuan saiz sampel dalam kajian ini adalah berasaskan kaedah yang digunakan oleh Krejcie dan Morgan (1970). Menurut Krejcie dan Morgan (1970), tatacara untuk menentukan saiz sampel adalah berdasarkan formula berikut:

S = X 2 NP(1-P) ÷ d 2 (N-P) + X 2 P(1-P) di mana

S = saiz sampel

X 2 = Jadual Nilai Khi-kuasa dua untuk 1 darjah kebebasan pada aras keyakinan yang diperlukan 0.05 ( 3.841 )

N = saiz populasi

P = nisbah populasi ( dianggarkan sebagai 0.50 untuk memberi saiz

sampel yang maksimum).

D = Darjah ketepatan yang dinyatakan sebagai nisbah 0.05

= 3.841 X 169 X 0.5 ( 1 – 0.5 )

0.05² X ( 169 – 1) + 3.841 X 0.5 ( 1 – 0.5 )

= 117.59 @ 118 orang sampel.

Walau bagaimanapun, bagi memudahkan pengiraan Krejcie dan Morgan (1970) telah menyediakan Jadual Penentuan Saiz Sampel seperti dalam jadual 3.1. Oleh itu bagi populasi seramai 180 orang, jumlah sampel yang ditentukan mengikut jadual Krejcie, R.V. & Morgan, D.W. (1970) berdasarkan angka yang terhampir ialah seramai 118 orang pelajar. Oleh kerana jumlah pelajar agresif yang dilaporkan oleh guru disiplin dan kaunselor adalah terhad, maka dalam kajian ini penyelidik telah memilih kesemua populasi pelajar agresif iaitu seramai 180 orang untuk dijadikan responden kajian. Penggunaan kesemua pelajar agresif adalah bertujuan untuk mengurangkan ralat apabila sampel tidak mewakili atau tidak mempunyai ciriciri populasi. Penggunaan pelajar yang lebih daripada yang ditetapkan juga bertujuan untuk memastikan bahawa pengkaji mempunyai jumlah Walau bagaimanapun, bagi memudahkan pengiraan Krejcie dan Morgan (1970) telah menyediakan Jadual Penentuan Saiz Sampel seperti dalam jadual 3.1. Oleh itu bagi populasi seramai 180 orang, jumlah sampel yang ditentukan mengikut jadual Krejcie, R.V. & Morgan, D.W. (1970) berdasarkan angka yang terhampir ialah seramai 118 orang pelajar. Oleh kerana jumlah pelajar agresif yang dilaporkan oleh guru disiplin dan kaunselor adalah terhad, maka dalam kajian ini penyelidik telah memilih kesemua populasi pelajar agresif iaitu seramai 180 orang untuk dijadikan responden kajian. Penggunaan kesemua pelajar agresif adalah bertujuan untuk mengurangkan ralat apabila sampel tidak mewakili atau tidak mempunyai ciriciri populasi. Penggunaan pelajar yang lebih daripada yang ditetapkan juga bertujuan untuk memastikan bahawa pengkaji mempunyai jumlah

Jadual 3.1: Jadual Penentuan Saiz Sampel

Petunjuk: N = Bil. Populasi dan S = Bil. Sampel

Sumber : Krejcie, R.V. dan Morgan, D.W. (1970). Determining sample size for research Educational and Psychological Measurements, 30, 607-610.

Sekolah-sekolah yang dipilih dan jumlah pelajar yang terlibat adalah seperti jadual berikut;

Jadual 3.2 : Jumlah Responden Kajian Mengikut Sekolah

Bil Nama Sekolah Jumlah Pelajar Jumlah Respoden

LP

1 SMK PERMAS JAYA

2 SMK PERMAS JAYA 2

3 SMK PERMAS JAYA 3

JUMLAH KESELURUHAN

3.5 Instrumen Kajian

Instrumen yang digunakan dalam kajian adalah berbentuk soal selidik. Instrumen berbentuk soal selidik merupakan cara yang paling berkesan bagi mendapatkan maklumat daripada responden (Tuckman, 1978). Cates (1980) pula berpendapat, pengunaan instrumen berbentuk soal selidik adalah amat berkesan jika ia disediakan dengan baik dan mempunyai item-item yang konsisten dan boleh dipercayai. Instrumen berbentuk soal selidik merupakan instrumen yang mudah ditadbir, senang untuk diedarkan kepada responden dan mudah untuk Instrumen yang digunakan dalam kajian adalah berbentuk soal selidik. Instrumen berbentuk soal selidik merupakan cara yang paling berkesan bagi mendapatkan maklumat daripada responden (Tuckman, 1978). Cates (1980) pula berpendapat, pengunaan instrumen berbentuk soal selidik adalah amat berkesan jika ia disediakan dengan baik dan mempunyai item-item yang konsisten dan boleh dipercayai. Instrumen berbentuk soal selidik merupakan instrumen yang mudah ditadbir, senang untuk diedarkan kepada responden dan mudah untuk

i. Responden mudah membaca dan memahami item-item soal selidik

ii. Responden mempunyai pengetahuan atau pengalaman yang mencukupi untuk menjawab item-item dalam soal selidik

iii. Responden menjawab soal selidik secara suka rela dan ikhlas

Penggunaan soal selidik tertutup adalah baik kerana ia tidak memerlukan subjek berfikir atau melahirkan idea-idea baru terhadap sesuatu soalan (Kerlinger, 1986). Data-data yang diperolehi juga akan disusun secara teratur, jelas dan seterusnya dapatan dianalisis daripada jawapan yang diberikan untuk ditafsirkan dengan lebih berkesan.

Soal selidik dalam bahagian ini dibahagikan kepada 5 bahagian iaitu;

Bahagian A ( Soal selidik Demografi ) Bahagian B ( Soal selidik Daya Tarikan Program-program Media ) Bahagian C ( Soal selidik Tingkah Laku Keganasan ) Bahagian D ( Soal selidik Kisah-kisah Keganasan Dalam Media ) Bahagian E ( Soal selidik Tahap Keganasan )

3.5.1 Soal Selidik

Bahagian A, mengandungi item-item yang berkaitan dengan faktor demografi iaitu umur, bangsa, jantina, kedudukan sekolah, media yang terdapat di rumah dan sekolah serta kemudahan media dan liputan siaran media yang diterima di tempat tinggal. Responden hanya perlu menjawab dengan menandakan ( √ ) pada ruangan yang disediakan mengikut kesesuaian maklumat yang ada. Kaedah ini mampu memberikan maklumat tepat yang dikehendaki ( Borg dan Gall, 1983).

Bahagian B ialah mengenai soal selidik daya tarikan program-program media dan perbezaan dalam daya tarikan untuk menonton program-program media berasaskan jantina pelajar. Soal selidik ini diadaptasi daripada soal selidik The Attractive Media and The Effect on Audience Questionnaire yang telah dibangunkan oleh Heinichi, Molenda, Russel dan Ely (1991). Soal selidik ini digunakan untuk melihat program-program dalam media yang menjadi daya tarikan untuk ditonton oleh pelajar-pelajar agresif dan perbezaan dalam daya tarikan untuk menonton program-program media antara pelajar agresif lelaki dan perempuan. Soal selidik ini mengandungi 12 soalan dan dibahagikan kepada 4 subskala iaitu program media menggambarkan kewujudan secara asli, siaran secara langsung sesuatu peristiwa, teknik pergerakan gambar dan informasi.

Untuk memudahkan responden menjawab, penyelidik menggunakan pemeringkatan skala lima mata seperti berikut;

1 Sangat tidak setuju

2 Tidak setuju

3 Hampir setuju

4 Setuju

5 Sangat setuju

Jadual 3.3 : Pembahagian Item Berdasarkan Daya Tarikan Program- program Media

Bil

Komponen Item

No. Item

Jumlah

1 Program media

3 menggambarkan kewujudan secara asli

3 sesuatu peristiwa

2 Siaran secara langsung

3 lambat, cepat dan berulang-ulang

3 Memiliki gerakan secara

Jumlah Item

Bahagian C adalah soal selidik tingkah laku langsang. Soal selidik ini diadaptasi daripada soal selidik The Effect by Violent Media on Aggression yang telah dibina oleh Buss and Perry Aggression Questionnaire (1992). Soal selidik ini digunakan untuk mengetahui sama ada tingkah laku keganasan dalam kalangan pelajar agresif adalah disebabkan menonton kisah-kisah keganasan dalam media. Soal selidik ini mengandungi 20 item yang terbahagi kepada 4 jenis subskala iaitu keganasan fizikal, verbal, permusuhan dan jenayah. Untuk memudahkan responden menjawab, penyelidik menggunakan pemeringkatan skala lima mata seperti berikut;

1. Sangat tidak setuju

2. Tidak setuju

3. Tidak pasti

4. Setuju

5. Sangat setuju

Jadual 3.4 : Pembahagian Item Tingkah Laku Agresif

Bil

Komponen Item

No. Item

Jumlah Item

Bahagian D adalah soal selidik kisah-kisah keganasan yang kerap ditonton dalam media. Soal Selidik ini diadaptasi dari General Aggression Model : Short- term and Long-term Effect of Media Violence Exposure ( GAM ) yang dibangunkan oleh Anderson and Dill (2000), dan Anderson and Bushman (2002). Soal selidik ini bertujuan untuk mengetahui kisah-kisah keganasan yang kerap ditonton oleh pelajarpelajar agresif ( soalan 1 hingga 25 ), jumlah masa menonton media selama sehari ( soalan 26) , jenis filem (soalan 27) dan jenis tayang (soalan

28) yang digemari oleh oleh pelajar-pelajar agresif sama ada dalam media cetak dan media elektronik. Untuk memudahkan responden membuat persepsi tentang kisah-kisah keganasan yang kerap ditonton oleh pelajar-pelajar dalam media penyelidik menggunakan soal selidik berasaskan jawapan ‘Ya’ dan ‘Tidak’.

Jadual 3.5 : Pembahagian Item Berdasarkan Media

Bil

Komponen Item

No. Item

Jumlah

1 Kisah-kisah langsang Soalan 1 hingga 25

2 Kekerapan masa menonton

3 Filem-filem yang digemari

4 Jenis tayangan yang diminati

Jumlah Item

Bahagian E ialah soal selidik tahap tingkah laku langsang yang diadaptasi daripada soal selidik Television Violence and The Adolescent yang telah dibina oleh William (1978). Soal selidik ini bertujuan untuk mengira tahap tingkah laku langsang dalam kalangan pelajar yang mengandungi 35 item dan dibahagikan kepada kelangsangan fizikal, verbal, non verbal , seksual dan anti-sosial. Untuk memudahkan responden membuat persepsi tentang tahap tingkah laku langsang penyelidik menggunakan pemeringkatan skala lima mata seperti berikut;

1. Tidak pernah

2. Sangat jarang } ( Rendah)

3. Jarang } ( Sederhana )

4. Kadang-kadang

5. Kerap } ( Tinggi )

Jadual 3.6: Pembahagian Item Mengikut Tahap Tingkah Laku Agresif

Bil Komponen Item

No. Item

7 Jumlah Item

3.5.2 Kaedah Terjermahan Soal Selidik

Kaedah terjemahan untuk soal selidik yang digunakan dalam kajian ini adalah penyelidik sendiri menterjemahkan soal selidik dengan meminta bantuan guru-guru Bahasa Inggeris daerah Pasir Gudang dan pakar-pakar Psikologi. Penyelidik telah menterjemahkan soal selidik dengan dbantu oleh guru-guru Bahasa Inggeris dan soal selidik ini kemudiannya telah diserahkan kepada pakar- pakar Psikologi, untuk dinilai kesahan kandungannya.

Dalam perterjemahan instrument-instrumen kajian beberapa perubahan kecil dilakukan bagi menyesuaikan item-item tertentu dengan keperluan persoalan kajian, latar belakang budaya dan persekitaran pelajar di negara ini. Setelah soal selidik dinilai dan disahkan oleh pakar-pakar Psikologi, barulah ianya akan digunakan dalam instrumen kajian.

3.5.3 Kajian Rintis

Menurut Polit et al. (2001), kajian rintis adalah merujuk kepada versi kajian kecil atau percubaan yang dilakukan sebagai persediaan untuk kajian yang lebih besar atau utama. Baker (1994) pula berpendapat, kajian rintis boleh merupakan pra ujian untuk mencuba instrumen kajian yang khusus. Kajian rintis dapat membantu penyelidik memperoleh pertunjuk awal tentang mana-mana bahagian kajian yang mungkin tidak tepat atau gagal. Ianya juga membolehkan penyelidik mengenal pasti sebarang kekurangan dalam instrumen kajian dan seterusnya memperbaiki kelemahan tersebut.

Menurut Borg dan Gall (1983), kajian rintis ialah satu kajian yang dilaksanakan sebelum set soal selidik diedarkan kepada responden sebenar. Tujuan utama kajian rintis dijalankan ialah untuk menguji kesahan dan kebolehpercayaan instrumen tersebut. Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen adalah penting bagi memastikan maklumat yang diperolehi mencapai matlamat penyelidikan. Kajian rintis juga dapat digunakan untuk menguji kefahaman Menurut Borg dan Gall (1983), kajian rintis ialah satu kajian yang dilaksanakan sebelum set soal selidik diedarkan kepada responden sebenar. Tujuan utama kajian rintis dijalankan ialah untuk menguji kesahan dan kebolehpercayaan instrumen tersebut. Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen adalah penting bagi memastikan maklumat yang diperolehi mencapai matlamat penyelidikan. Kajian rintis juga dapat digunakan untuk menguji kefahaman

Sebelum kajian sebenar dijalankan, satu kajian rintis telah dilakukan. Tujuan utama penyelidik menjalankan kajian rintis ialah untuk:

i. Menguji kefahaman responden terhadap item-item dalam alat penyelidikan yang digunakan

Item-item yang digunakan ialah item-item yang telah diterjemahkan dan diadaptasi oleh penyelidik. Soal selidik ini adalah daripada “The Attractive Media and The Effect on Audience Questionnaire ” yang dibina oleh Heinichi, Molenda, Russel dan Ely (1991), “The Effect by Violent Media on Aggression” oleh Buss dan Perry (1992), “General Aggression Model: Short-term and Long-term Effect of Media Violence Exposure” yang dibangunkan oleh Anderson dan Dill (2000) dan Anderson dan Bushman (2002), dan “Television Violence and The Adolescent ” yang dibina oleh William A. Belson (1978).

ii. Tujuan kedua kajian rintis ini dilakukan ialah untuk menguji kesahan dan kebolehpercayaan alat-alat penyelidikan yang digunakan.

Kajian rintis dijalankan selepas kerja-kerja pengumpulan maklumat mengenai lokasi dan sampel serta kaedah kajian yang bersesuain dikenalpasti. Kajian menggunakan kaedah tinjauan dijalankan sedndiri oleh pengkaji. Soal selidik telah ditadbirkan kepada 20 orang pelajar yang dipilih secara rawak kelompok.

Maklumbalas responden menunjukkan instrument yang digunakan adalah sesuai dan boleh digunakan untuk menjalankan kerja lapangan sebenar dengan sedikit pembaikan dan ubahsuai. Bagi setiap item, nilai alpha yang diperolehi dapat dilihat dalam jadual 3.7.

3.7 Jadual Nilai Alpha Cronbach bagi setiap item soal selidik.

Nilai Alpha Soal selidik Daya Tarikan Program-program Media

Item

0.911 Soal Selidik Tingkah Laku Keganasan

0.867 Soal Selidik Kisah-kisah Keganasan Dalam Media

0.815 Soal Selidik Tahap Keganasan

Keseluruhan Item

Berdasarkan analisa yang dibuat, pengkaji menetapkan nilai Alpha Cronbach di tahap 0.70 kerana menurut Majid (1990), pekali kesahan yang sering digunakan hendaklah melebihi daripada 0.70. Nilai alpha kajian rintis bagi Berdasarkan analisa yang dibuat, pengkaji menetapkan nilai Alpha Cronbach di tahap 0.70 kerana menurut Majid (1990), pekali kesahan yang sering digunakan hendaklah melebihi daripada 0.70. Nilai alpha kajian rintis bagi

3.5.3.1 Kefahaman Responden Terhadap Item Soal Selidik

(a) Kefahaman terhadap item-item soal selidik

Soal selidik yang digunakan merupakan alat penyelidikan yang diterjemahkan dan diadaptasi daripada beberapa modul soal selidik seperti yang telah dijelaskan dalam 3.5.3. Sebelum alat ini digunakan dalam kajian sebenar, penyelidik telah menguji kefahaman responden terhadap item-item yang digunakan. Sekiranya item-item yang digunakan sukar difahami oleh responden kajian, perubahan-perubahan perlu dibuat oleh penyelidik sehingga ia mudah difahami oleh responden kajian.

Pelajar-pelajar agresif yang telah dipilih, digunakan untuk menguji sama ada mereka dapat memahami item-item yang digunakan dalam soal selidik. Mereka dikehendaki memangkah atau menggariskan perkataan yang tidak difahami dalam soal selidik tersebut. Item-item yang dikenali sebagai sukar difahami telah diperbaiki semula oleh penyelidik. Soal selidik ini kemudian telah diberikan semula kepada pelajar-pelajar yang sama seminggu kemudian. Pada kali ini mereka dapat memahami semua item yang dikemukakan. Dalam 4 jenis soal selidik yang dikemukakan hanya 2 jenis soal selidik sahaja yang mengalami perubahan. Berikut adalah senarai item dan perubahan-perubahan yang telah dilakukan dalam 2 jenis soal selidik yang diberikan:

i. Soal Selidik Program-Program Media Yang Menjadi Daya Tarikan

NO

Item Asal

Diubah kepada

11 Saya dapat menonton Saya dapat menonton pelbagai pelbagai peristiwa dan aksi peristiwa dan aksi secara realiti. secara nyata.

44 Media dapat memaparkan Media dapat menayangkan

sesuatuperistiwa atau

sesuatu peristiwa atau kejadian

kejadian dengan paparan

dengan tayangan yang aali

yang asli.

ii. Soal Selidik Tahap Keganasan Kesan Menonton Media

NO

Item Asal

Diubah kepada

22 Mengakses halaman lucah Melayari halaman lucah

diinternet

diinternet

24 Menghantar sms/mms Menghantar sistem pesanan

lucah

suara/ system pesanan bergambar lucah

3.5.4 Kesahan Instrumen

Menurut Abu Bakar (1998), pengujian tahap kesahan adalah penting untuk memastikan item yang dibuat adalah bersesuaian dengan responden yang hendak diuji. Kesahan sesuatu alat penyelidikan merujuk kepada sejauh mana alat tersebut dapat mengukur apa yang sepatutnya hendak diukur. Dalam ujian psikologi seperti yang digunakan dalam kajian ini penyelidik memfokuskan kepada kesahan konstrak dalam membina item-item. Bagi menentukan kesahan instrumen kajian ini, penyelidik meminta bantuan daripada pakar-pakar yang mempunyai pengalaman dalam bidang psikologi pendidikan.

Dalam kajian ini penyelidik telah mengedarkan instrumen kajian kepada lima orang pakar psikologi untuk menilai sama ada instrumen yang digunakan sesuai dan menguji bidang yang hendak diuji. Sekiranya semua pakar bersetuju atau tiga daripada lima orang pakar bersetuju terhadap instrumen tersebut maka ianya akan dianggap mempunyai kesahan. Sebaliknya jika hanya dua pakar sahaja bersetuju dan tiga lagi pakar tidak bersetuju terhadap instrumen tersebut maka ianya akan dianggap tidak sah. Hasil daripada penilaian pakar-pakar tersebut, penyelidik telah membuat perubahan terhadap soal selidik berdasarkan cadangan- cadangan yang telah dikemukakan. Kesemua soal selidik yang digunakan dalam proposal penyelidik ini telah disahkan oleh pakar-pakar tersebut sebagai mempunyai kesahan kandungan.

3.5.5 Kebolehpercayaan Soal Selidik

Sesuatu kajian yang dijalankan amat bergantung kepada alat-alat penyelidikan yang digunakan. Sebelum alat-alat ini digunakan, alat-alat ini perlu dipastikan mempunyai kebolehpercayaan yang baik. Kebolehpercayaan alat-alat penyelidikan merujuk kepada darjah ketekalan atau kestabilan sesuatu alat penyelidikan apabila ia digunakan beberapa kali pada subjek yang sama (Anastasi, 1982).

Berikut dijelaskan kebolehpercayaan alat-alat penyelidikan yang digunakan dalam kajian ini. Kaedah yang digunakan untuk menentukan kebolehpercayaan instrumen kajian ialah dengan melihat korelasinya. Dalam kajian rintis yang dijalankan, penyelidik telah memberikan soal selidik dalam dua peringkat bagi menentukan kebolehpercayaannya. Seramai 24 orang pelajar agresif yang telah dipilih digunakan untuk menguji sama ada mereka dapat memahami item-item yang digunakan dalam soal selidik yang telah diterjemahkan melalui kaedah uji- ulang-uji. Peringkat pertama kajian rintis telah dijalankan pada minggu pertama bulan Januari 2010 dan peringkat kedua pula telah dijalankan pada minggu keempat bulan Januari 2010. Data yang diperolehi melalui soal selidik kali pertama telah dikorelasikan dengan data yang diperolehi melalui soal selidik kali kedua. Nilai Korelasi Pearson bagi soal selidik The Attractive Media and The

Effect on Audience Questionnaire ialah 0.833, Soal Selidik The Effect by Violent Media on Aggression Questionnaire ialah 0.831, Soal Selidik The General Aggression Model ialah 0.832 dan Soal Selidik Television Violence and The Adolescent ialah 0.828. Korelasi tersebut menunjukkan soal selidik yang dikemukakan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi dan dengan itu ia sesuai digunakan dalam kajian ini.

3.6 Prosedur Pengumpulan Data

Sebelum memulakan kajian di sekolah-sekolah, penyelidik telah memohon kebenaran daripada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. Setelah kebenaran diperolehi, penyelidik telah mendapatkan kebenaran daripada pihak Jabatan Pelajaran Negeri bagi menggunakan pelajar sekolah sebagai sampel kajian. Proses pengumpulan data pula menggunakan soal selidik yang diedarkan ke sekolah-sekolah melalui guru disiplin dan kaunselor sekolah. Penyelidik akan pergi sendiri ke sekolah- sekolah terlibat untuk mengedar soal selidik, taklimat pentadbiran kepada pihak sekolah, menerangkan tatacara menjawab soal selidik dan memungut soal selidik untuk tindakan selanjutnya.

3.7 Analisis Data

Data-data yang diperolehi dianalisis berdasarkan tujuan dan hipotesis kajian. Analisis deskriptif dan peratus digunakan untuk menentukan kekerapan dan tahap tingkah laku langsang dalam kalangan pelajar agresif di sekolah-sekolah menengah yang dikaji. Analisis kekerapan dan peratusan digunakan untuk melihat taburan latar belakang responden seperti jantina, keturunan, kemudahan media dan liputan media yang diterima. Untuk tujuan pengujian hipotesis, statistik ujian- t digunakan. Datadata yang diperolehi dianalisis menggunakan komputer. Program yang digunakan adalah `Statistical Package for the Social Science (SPSS) ’ versi 14.

3.7.1 Min

Penggunaa dan pengiraan min bagi item-item merupakan penilaian setiap pembolehubah yang sangat penting dalam kajian ini. Min adalah purata dengan mencampurkan semua skor dibahagi dengan jumlah responden atau item. Nilai ini menerangkan kecenderungan setiap pembolehubah secara purata. Menurut Muhammad Najib (1999), analisis skor min boleh digunakan untuk menentukan setiap tahap kecenderungan respon dalam penilaian setiap persoalan kajian. Jadual

3.7 menunjukkan penggunaan min untuk menilai kekerapan keganasan, kekerapan menonton dan tahap keganasan.

Jadual 3.8 : Penggunaan Min Untuk Menilai Tahap Tingkah Laku Agresif

Min Skor

Tahap Keganasan

Sangat rendah

Sangat Tinggi

3.7.2 Ujian – t

Ujian – t merupakan satu kaedah statistik yang sangat berguna untuk membandingkan perbezaan min antara dua kumpulan. Dalam kajian ini, ujian t digunakan untuk membandingkan perbezaan dalam daya tarikan media untuk mononton program-program media antara pelajar-pelajar agresif lelaki dan perempuan. Untuk memberi gambaran yang lebih jelas, Jadual 3.8 menunjukkan ringkasan statistik yang digunakan.

Jadual 3.9 : Jadual Ringkasan Pengujian Statistik Objektif Kajian

Bil

Persoalan Kajian

Jenis Statistik

1 Mengenal pasti program-program Peratusan media yang menjadidaya tarikan untuk ditonton oleh pelajar-pelajar agresif

2 Mengenal pasti perbezaan dalam Ujian t daya tarikan untuk menonton program-program dalam media antara pelajar-pelajar agresif lelaki dan perempuan

3 Mengenal pasti tingkah laku ganas Min, Peratusan, dalam kalangan pelajar agresif disebabkan menonton kisah-kisah langsang dalam media

4 Mengenal pasti kisah-kisah ganas Kekerapan, yang kerap ditonton oleh pelajar-

Peratusan, pelajar agresif

5 Mengenal pasti tahap tingkah laku Min,Peratusan ganas dalam kalangan pelajar-pelajar agresif kesan menontonkeganasan dalam media

3.8 Penutup

Dalam bab ini, penyelidik menerangkan tentang cara serta kaedah yang digunakan berdasarkan kepada reka bentuk kajian, sampel kajian, instrumen kajian, prosedur pengumpulan data dan pentadbiran soal selidik, analisis data, kesahan dan kebolehpercayaan kajian. Hal ini bertujuan untuk mendapatkan hasil kajian yang sah supaya dapatan kajian adalah sahih dan boleh dipertanggungjawabkan.

Verbal Jantina

VCD/DVD Internet

Rajah 3.8 Model Hipotetikal: Media Cetak, Media Elektronik, Jantina dan Tingkah Laku Agresif