Mengelakkan Tribulasi Adalah Penyelewengan Dari Jalan Dakwah:

11.4 Mengelakkan Tribulasi Adalah Penyelewengan Dari Jalan Dakwah:

Apabila dakwah Allah telah berjalan dan dijalankan oleh para pendokongnya di jalan yang benar dan sahih secara syumul dan sempurna tanpa cuai dan menyeleweng, musuh-musuh mengetahui tentang natijahnya untuk menghapuskan kebatilan mereka, menegakkan yang hak, membangunkan kebenaran di atas tempatnya kerana sesungguhnya kebenaran itulah yang lebih patut diikuti. Mereka musuh-musuh Allah mulalah menjalankan usaha-usaha dan tipudaya mereka tanpa henti untuk memalingkan dakwah Allah, para pendokong dan para petugasnya dari jalan sahih. Ini menyebabkan orang-orang yang beriman terdedah kepada bencana dan penyiksaan. Orang-orang yang beriman sebagai satu jamaah tidak akan dapat mengelakkan bencana dan penyiksaan itu kecuali apabila mereka meninggalkan dakwah mereka ataupun meninggalkan perkara yang menimbulkan kemarahan dan kegelisahan musuh-musuh Allah atau mereka bermuafakat dan bekerjasama untuk dakwah atau bergerak dengannya. Segala bentuk tolenrasi sedemikian pada hakikatnya menyelewengkan dakwah dari jalan yang diredhai Allah di mana Rasulullah s.a.w. dan para sahabat telah berjalan di atasnya. Kita wajib berjalan di atasnya mengikuti Rasulullah s.a.w. yang menjadi sebaik-baik tauladan.

Para pemimpin dan para pendokong dakwah harus mengetahui bahawa jalan dakwah tidak ditaburi dengan bunga-bungaan yang harum. Mereka mesti menguatkan azamnya untuk sabar dan mempertahankan akidah mereka. Hendaklah mereka bertenang dan percaya kepada pertolongan Allah dan sokonganNya kepada mereka. Pada hakikatnya, musuh-musuh Allah itu tidak memerangi tubuh-tubuh mereka yang lemah, yang menjadi sasaran seksaan, gangguan, sasaran senjata dan tali gantung mereka tetapi mereka itu hanya memusuhi Allah dan dakwah,

"Dan Allah berkuasa terhadap urusanNya, tetapi kebanyakan manusia tiuada mengetahui". Yusuf:21 Janganlah seseorang itu memahami bahawa kami.dari golongan yang suka memasuki dan mencari tempat tahanan atau dari golongan yang suka diganggu dan dibunuh. Sekali-kali tidak. Lebih dari itu kita sentiasa memohon ‘afiat pada Allah dan tidak menjadikan kita fitnah bagi orang- orang yang zalim. Kita mohon kepada Allah supaya kita diselamatkan dengan rahmatNya dari kaum yang zalim. Kita tidak pernah menolak keenakkan afiat yang terbuka selagi ia tidak menyentuh akidah kita, tidak mengganggu keselamatan tujuan, penerusan usaha dan tidak merintangi jalanNya.

Kita bukannya bercita-cita menemui musuh. Kita tidak mencari musuh atau membangkitkan kemarahan musuh dan kita tidak suka memberi alasan untuk membenarkan dia membuat permusuhan kepada kita. Sekiranya dia enggan juga menerimanya sebaliknya hendaknya mengganggu dan menyiksa kita, maka itu menunjukkan permusuhannya kepada dakwah dan kita tidak dapat berbuat apa-apa kecuali bersabar menanggung dan mengharap kepada Allah. Kita tidak akan mencuaikan usaha dakwah kita dan kita tidak akan menguranginya.

"Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah dan tidak lesu dan tidak pula menyerah kep.ada musuh. Allah menyukai orang-orang yang sabar. Tidak ada doa selain ucapan: "Ya Tuhan kami ampunilah dosa-dosa dan tindakan-tindakan kami yang berlebih-lebihan dalam urusan kami dan tetapkanlah pendirian kami, dan tolonglah kami menghadapi orang-orang yang kafir". Kerana itu Allah "Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah dan tidak lesu dan tidak pula menyerah kep.ada musuh. Allah menyukai orang-orang yang sabar. Tidak ada doa selain ucapan: "Ya Tuhan kami ampunilah dosa-dosa dan tindakan-tindakan kami yang berlebih-lebihan dalam urusan kami dan tetapkanlah pendirian kami, dan tolonglah kami menghadapi orang-orang yang kafir". Kerana itu Allah

"Mengapa kami tidak akan bertawakkal kepada Allah padahal Dia telah menunjukkan jalan kepada kami? Kami benar-benar akan bersabar terhadap gangguan-gangguan yang kamu lakukan terhadap kami, dan hanya kepada Allah sahaja orang-orang yang bertawakal itu berserah diri." Ibrahim: 12

BAB 12