Putus Asa Dari Kemenangan

20.4 Putus Asa Dari Kemenangan

Ada orang berpendapat dengan pendapat yang dangkal dan terburu-buru apabila dia melihat muslimin berada di dalam kelemahan, kemunduran dan perpecahan. Di pihak yang lain pula ia melihat musuh Islam berada dalam kekuatan dan kemajuan. Mereka kelihatan saling bertentangan antara mereka, tetapi mereka bersatu memerangi Islam. Mereka sekarang ini memerangi dunia Islam dengan segala bentuk peperangan, serangan dan hentaman untuk menghancurkan muslimin dan meruntuhkan bangunan Islam serta menghapuskan Islam dari luar dan dalam. Mereka pecah-pecahkan daerah-daerah dan bahagian-bahagian Islam dari tubuh dunia Islam dan kita tidak melihat sebarang tindakbalas dari umat Islam yang berkesan kecuali perisytiharan demi perisytiharan, bantahan demi bantahan atau kesalan demi kesalan. Kalau demikian keadaannya, bagaimana para pendokong dakwah Islam dapat merealisasikan dan melahirkan cita-cita yang mereka harapkan? Mereka sedang dilambung oleh angan-angan kosong dan berenang di lautan khayalan dan kita berjalan bersama mereka menuju bayang-bayang dan fatamorgana?

Pemikiran dan konsep inilah yang menguasai fikiran mereka yang sedang terpedaya dengan sikap putus asa yang memalingkan mereka dari jalan dakwah. Sesungguhnya itulah konsep dan pemikiran yang salah yang timbul dari jiwa yang lemah yang merasai kekalahan dari dalam yang tidak merasai kemuliaan dan kekuatan yang diyakinkan oleh Islam di dalam jiwa para pemeluknya.

Orang yang mengukur setiap perkara dengan ukuran kebendaan semata-mata tentu memperolehi kesimpulan dan konsep pemikiran yang demikian. Pada hal, hakikatnya tidak demikian kerana urusan ini adalah pertarungan di antara hak dan batil, yang haklah yang mesti diikuti dan hapus;

"Demikianlah Allah membuat perumpamaan bagi yang benar dan yang batil. Adapun buih itu, akan hilang sebagai sesuatu yang tidak ada harganya; adapun yang memberi menafaat kepada manusia, maka ia tetap di bumi" Ar-Ra'ad: 17

Di satu ketika Rasulullah s.a.w. bersama dengan mukmin yang masih sedikit bilangannya Di satu ketika Rasulullah s.a.w. bersama dengan mukmin yang masih sedikit bilangannya

"Allah pasti menyempurnakan urusan ini, memberi kemenangan kepada Islam, sehingga berjalanlah penunggang itu dari San 'a ke Hadhramaut, tidak ada yang ditakuti kecuali Allah dan serigala yang akan memakan kambingnya, akan tetapi kamu terburu-buru, hendak mencapai kemenangan dengan segera".

Allah telah membuktikan kebenaran sabda Rasulullah s.a.w. itu lalu menanglah yang hak dan hapuslah yang batil kerana kemenangan itu dari Allah yang mempunyai tentera di langit dan bumi. Sesungguhnya Islan dan nur Allah itulah yang mengalahkan kegelapan batil dan apakah dapat pendokong kebatilan itu memadamkan nur Allah? Allah berfirman:

"Mereka ingin memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, dan Allah tetap menyempurnakan cahayanya meskipun orang-orang kafir benci. Dialah yang mengutuskan Rasulnya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar agar dia menenangkannya di atas segala agama- agama meskipun orang-orang musrik benci" As-Saff:8-9

Sebenarnya masa depan adalah untuk Islam dan zaman itu adalah untuk kepentingan Islam, InsyaAllah, kerana agama kita ini adalah agama fitrah, agama yang sesuai dengan fitrah kejadian manusia. Manusia akan mencarinya dan menuju kepadanya kerana disitulah kebahagiaan dan keamanan. Terutamanya pada hari ini di mana segala sistem keduniaan dan segala ideologi dan sistem hidup yang bukan Islam telah membuka pekongnya, telah mengisytiharkan kebangkrapannya dan mengakui kegagalannya setiap hari dalam memberi kebahagiaan kepada manusia. Segala kebudayaan yang telah dibangunkan di atasnya sedang menuju ke arah keruntuhan tatkala melihat kembali kebangkitan Islam yang sangat nyata gambaran dan tanda-tandanya di kalangan generasi Islam yang sedang muncul dan berkembang. Itu semua merupakan berita baik yang menggembirakan yang akan memperkuatkan harapan kita kepada kemenangan Islam yang agung dan gemilang itu suatu masa nanti. Insya Allah.