Marilah Kita Wasiat-Mewasiati

21.3 Marilah Kita Wasiat-Mewasiati

Hendaklah kita saling berwasiat dengan kebenaran yang telah menyatukan kita di atas jalan dakwah Islam dengan berpegang teguh kepada kebenaran dan menghayatinya. Janganlah kita berpaling darinya. Kita mesti menjaga dan mempertahankannya untuk diwariskan kepada generasi yang akan menggantikan kita tanpa menyelewengkannya dan merubahnya dan tidak memecah- mecahkan kepada beberapa bahagian.

Hendaklah kita saling berwasiat dengan kesabaran, sabar menanggung kesusahan di sepanjang jalan dakwah, tabah mengharungi berbagai-bagai rintangan dan memelihara diri dari segala penyelewengan. Lalu kita berjalan di atas ilmu dan pandangan yang benar dan jitu dengan mata terbuka dan terang, kefahaman yang sempurna terhadap manhaj perjalanan ini. Dengan keazaman yang teguh dan kemahuan yang kuat, amal yang tetap dan berterusan untuk masa depan yang cemerlang untuk dakwah ini dengan menilai bagaimana beratnya amanah ini dengan mengambil iktibar dan pengajaran dari berbagai-bagai peristiwa dan keadaan-keadaan masa lalu dan sedang berlaku sekarang.

Hendaklah kita wasiat mewasiati dengan meluangkan masa dan berkorban di jalan dakwah kerana dakwah Islam itu menuntut dari diri saudara dan apa-apa yang ada pada saudara semuanya dan tidak cukup dengan mengorbankan sebahagian sahaja. Penggabungan diri kita di dalam jalan dakwah ini menuntut supaya kita menggabungkan dengan sepenuhnya hingga ke titik penghabisan hidup kita, bukan penggabungan yang sementara dan sebahagian sahaja. Kita telah mengikat satu perjanjian teguh dengan Allah bahawa kita akan menyerahkan harta dan jiwa kita. Kita akan Hendaklah kita wasiat mewasiati dengan meluangkan masa dan berkorban di jalan dakwah kerana dakwah Islam itu menuntut dari diri saudara dan apa-apa yang ada pada saudara semuanya dan tidak cukup dengan mengorbankan sebahagian sahaja. Penggabungan diri kita di dalam jalan dakwah ini menuntut supaya kita menggabungkan dengan sepenuhnya hingga ke titik penghabisan hidup kita, bukan penggabungan yang sementara dan sebahagian sahaja. Kita telah mengikat satu perjanjian teguh dengan Allah bahawa kita akan menyerahkan harta dan jiwa kita. Kita akan

"Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jualbeli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar". At-Taubah: 111 Sekiranya saudara sanggup dan mampu menyerahkan waktu, usaha, harta dan fikiran saudara untuk dakwah ini, buatlah dan janganlah saudara bimbang lagi, kerana bila saudara berbuat demikian, saudaralah yang berjaya dan beruntung:

"Dan apa-apa yang kamu usahakan dari kebaikan bagi dirimu, tentu kamu akan mendapat pahalanya pada sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Melihat apa-apa yang kamu kerjakan ". Al-Baqarah:110 Adapun orang yang bakhil dengan sesuatu dari yang demikian maka dialah yang tertipu dan rugi:

"Dan siapa yang kikir sesungguhnya dia hanyalah kikir terhadap dirinya sendiri. Dan Allahlah yang Maha Kaya sedangkan kamulah orang-orang yang berkehendak (kepadaNya), dan jika kamu berpaling nescaya Doa akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan seperti kamu (ini)".

Muhammad: 138 Bergembiralah wahai saudaraku dan berbahagialah saudara tatkala mendapati waktu saudara dipenuhi dengan amal untuk dakwah, daya dan tenaga saudara dihabiskan dan dikorbankan di bidang dakwah Islam ini kerana itu adalah dari kurnia Allah ke atas saudara:

"Katakanlah: Dengan kurnia Allah dan RahmatNya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. Kurnia Allah dan RahmatNya itu adalah lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan". Yunus:58 Masa itu adalah kehidupan dan kewajipan kita lebih banyak dari masa yang ada seperti yang pernah dikatakan Imam as-Syahid. Hendaklah kita wasiat mewasiati dengan ikhlas kerana Allah kerana tiada keselamatan bagi kita dan tiada hasil bagi amalan kita kecuali dengan ikhlas niat dan tujuan kita kerana Allah semata- mata. Allah s.w.t tidak menerima suatu amalan kecuali yang ikhlas kerana Allah.

"Katakanlah: "Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepadaNya dalam (menjalankan) agama". Az-Zumar: 11 "Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepadaNya dalam menjalankan agama dengan lurus, dan supaya mereka mendirikan salat, dan menunaikan zakat, dan yang demikian itu adalah agama yang lurus". Al-Bayinah: 5

Wahai saudaraku sentiasalah memeriksa hati saudara dan bersihkanlah dia dari segala bahaya. Rendahkanlah diri kepada saudara-saudaramu di atas jalan dakwah, berlemah lembutlah dengan mereka. Tawadhuklah kepada mereka dan janganlah merelakan diri saudara bersikap sombong kepada saudara-saudaramu. Janganlah menonjol-nonjolkan diri sebab yang demikian itu memusnahkan tulang belakang! Kenali dan fahamilah taraf diri sendiri dan taraf saudara- saudaramu.

Saudara, jauhilah dari terpedaya dengan diri sendiri. Ini akan menjauhkan saudara dari barisan dan kawan-kawan juga menjauhkan saudara dari jalannya. Hendaklah saudara sentiasa memulangkan segala kemuliaan itu bagi Allah di dalam segala kebaikan dakwah yang tercapai melalui usaha saudara. Janganlah menganggap bahawa ilmu yang ada pada saudara, kemampuan atau kekuatan peribadi adalah hak saudara semata-mata kerana sesungguhnya tiada kekuatan kecuali dengan Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung.

Hendaklah kita wasiat mewasiati supaya kita sama-sama memikul tanggungjawab dan tugas kita terhadap dakwah, supaya bangun dari tidur yang nyenyak dan menjauhkan diri dari corak hidup bermewah-mewah dan bermalas-malas, tetapi hendaklah sentiasa berfikir dan sibuk dengan urusan dakwah. Dakwah ini adalah segala-galanya dalam hidup kita. Kita sentiasalah berfikir dan berusaha melaksanakan sesuatu yang boleh menjayakan kepentingan dakwah dan kepentingannya dan menolak bahaya daripadanya. Hendaklah kita faham bahawa setiap dari kita berada di tiap-tiap penjuru dakwah yang penting, janganlah dakwah itu dirosakkan dari penjuru kita.

Hendaklah kita wasiat mewasiati, supaya kita memperbanyakkan bekalan di atas jalan dakwah ini dan sebaik-baik bekalan ialah takwa kepada Allah. Itulah yang menguatkan kita untuk memikul segala kesusahan dan kesulitan di atas jalan dakwah ini, yang memelihara kita dari tergelincir di tempat-tempat licin, yang menolong kita menempuh segala rintangan.

"Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa bila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya". Al-A'raaf: 201