Bahkan Demikianlah Sunnah Allah Di dalam Dakwah

10.2 Bahkan Demikianlah Sunnah Allah Di dalam Dakwah

Sudah menjadi sunnatullah di dalam proses dakwah yang mendedahkan orang-orang mukmin dan pendakwah yang berdakwah kerana Allah kepada pancaroba dan pelbagai ujian yang begitu hebat sehingga boleh menggoyahkan mereka. Sesungguhnya iman itu bukanlah sekadar kata- kata yang diucapkan dengan mudah, syiar-syiar yang dilaung-laung dan bukan perarakan yang diringi pekikan-pekikan yang bergemuruh. Sebaliknya, iman mestilah diuji dan diduga. Pertolongan Allah tidak akan datang kepada mereka melainkan setelah mereka dapat mangatasi ujian dan dugaan itu. Inilah mesej yang terkandung jalam ayat-ayat al-Quran yang berulang kali menyebut tentang sunnah ini.

“Apakah manusia mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: Kami beriman, sedang mereka belum diuji? Sesungguhnya kami telah menguji orang-orang ymg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang dusta ". Ankabut: 2-3

"Apakah kamu mengira kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana orang-orang yang dahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah rasul dan orahg.orang yang beriman bersamanya. "Bilakah datangnya pertolongan Allah ?" Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu sangat dekat". Al-Baqarah: 214

"Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu, dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ehwalmu.” Muhammad: 31

"Dan sesungguhnya telah didustakan (pula) rasul-rasul sebelum kamu akan tetapi mereka sabar terhadap pendustaan dan penganiayaan (yang dilakukan) terhadap mereka hingga datang pertolongan Kami kepada mereka. Tak ada seorang pun yang dapat merubah kalimah-kalimah (janji-janji) Allah. Dan sesungguhnya telah datang kepada mu sebahagian dari berita rasul-rasul itu". Al-An'aam: 34

"Allah sekali-kali tidak tidak akan membiarkan orang-orang yang beriman dalam keadaan kamu sekarang ini, sehingga dia menyisihkan yang buruk (munafik) dari yang baik (mukmin). Dan Allah sekali-kali tidak akan memperlihatkan kepadamu hal-hal yang ghaib, akan tetapi Allah memilih siapa yang dikehendakiNya di antara rasul-rasulNya, kerana itu berimanlah kepada Allah dan rasul-rasulNya; dan jika kamu beriman dan bertakwa, maka bagimu pahala yang besar". Alilmran: 179

"Dan agar Allah membersihkan orang-orang yang beriman (dari dosa mereka)". Alilmran: 141 "Demikianlah Allah membuat perumpamaan (bagi) yang benar dan bagi yang batil. Adapun buih itu

akan hilang sebagai sesuatu yang tidak ada harganya, adapun yang memberi menafaat kepada manusia, maka ia tetap di bumi. Demikianlah Allah membuat perumpamaan-perumpamaan ". ArRa'ad: 17

"Dan dj antara manusia ada yang berkata: "Kami beriman kepada Allah" maka apabila ia disakiti kerana ia beriman kepada Allah, ia menganggap fitnah manusia itu sebagai azab Allah. Dan sesungguhnya jika datang pertolongan dari Tuhanmu, mereka pasti akan berkata: "Sesungguhnya kami adalah bersertamu ". Bukankah Allah lebih mengetahui apa yang ada di dalam dada manusia ?. Dan sesungguhnya Allah benar- benar mengetahui orang yang beriman dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang munafik". Al- Ankabut : 10-11

Jelas di sini kita dapat melihat bahawa ujian yang menimpa para pendokong dakwah, merupakan sunnah Allah yang sentiasa bersilih ganti di dalam urusan dakwah. Bukanlah di atas sebab-sebab kesalahan. Ayat-ayat tadi menegaskan bahawa ujian-ujian itu mempunyai hikmah untuk membezakan orang-orang yang benar dan orang-orang yang dusta dan berbohong. Di antara orang-orang yang munafik, untuk dikenal siapa yang sabar dan berjihad. Supaya dikenal siapa yang menentang dan taghut yang sombong. Supaya nyata kepada kita keadilan Allah tatkala diberi pembalasan yang setimpal kepada tiap-tiap golongan.

Lebih dari itu hikmah dari ujian itu adalah untuk membersihkan dan mensucikan_orang- orang yang beriman, supaya mereka bertambah imannya, dari iman yang telah sedia ada supaya mereka bertambah kuat memegang dakwah meraka sehingga mereka layak menerima pertolongan dari Allah. Supaya mereka memelihara dan mendokong amanah itu dengan sebaik-baiknya:

"(Iaitu) orang-orang yang jika kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat makrufdan mencegah dari perbuatan yang mungkar, dan kepada Allahlah kembali segala urusan:" Al-Hajj: 41

"Sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah; di pusakakanNya kepada siapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa ". Al-A'raaf : 128 Dengan yang demikian itu kita berkata dengan hati yang tenang bahawa segala ujian dan tribulasi yang menimpa para pendokong dakwah itu adalah sunnah Allah, bukan akibat kesalahan. Lebih dari itu, kita berkata bahawa para pendokong dakwah yang tidak terdedah kepada ujian dan bencana, perlu merujuk kembali, memeriksa sikap dan keadaan mereka kerana kemungkinan besar mereka telah tersalah jalan dan melalui jalan yang tidak pernah dilalui oleh para pendokong dakwah. Imam kita as-Syahid Hassan al-Banna rahimahullah pernah menyatakan tentang apa yang mungkin menimpa jamaah Ikhwan dari berbagai ujian dan bencana. Kenyataan itu dinyatakan sepuluh tahun sebelum terjadinya ujian dan bencana terhadap al Ikhwan. Kenyataan ini bukanlah- merupakan satu khayalan atau imaginasi, tetapi ia berdasarkan sejarah dan kefahaman beliau terhadap dakwah bahawa sesungguhnya ujian itu merupakan sunnah Allah pada dakwah yang benar. Beliau berkata:

"Di kala ini kamu telah memulakan perjalanan di jalan para pendokong dakwah dan ujian- ujian ini boleh jadi panjang, adakah kamu sanggup bertahan? Dalam pada itu kita tidak menafikan adanya kesalahan yang telah kita lakukan kerana kita adalah manusia. Kita pun bukanlah maksum yang terpelihara dari segala kesalahan. Pada hakikatnya, barangsiapa yang bekerja, tentu terdedah kepada kesalahan dan orang yang tidak bekerja tidak akan terdedah kepada kesalahan. Tetapi kesalahan yang mungkin kita lakukan itu hanyalah merupakan kesalahan juz'iah atau kesalahan perseorangan yang terjadi sebagai natijah ijtihad dari pemikiran manusia yang terbatas dalam batas niat yang baik yang kita berharap mendapat pahala daripadanya. Di samping itu kita mestilah mengambil faedah dan pengajaran daripadanya".

BAB 11