Isteri dan Anak-Anak

9.2 Isteri dan Anak-Anak

Sesudah kita menerangkan bagaimana jawatan bertukar menjadi penghalang yang mulanya menjadi wasilah, muncullah pula peranan perkahwinan dengan segala perkara yang berhubung dengannya. Muncullah pula pelbagai bebanan, sekatan-sekatan dan tarikan yang memperdayakan untuk condong kepada kehidupan duniawi dan ingin melekat kepadanya. Demikian juga anak-anak yang kita kasihi mengikat kita. Kita sibuk menguruskan urusan dan segala keperluan mereka membuat kita risau memikirkan berbagai-bagai masalah untuk kepentingan mereka. Semuanya itu mungkin mempengaruhi orang yang berjalan di atas jalan dakwah dan inilah yang selalu mengganggu dakwah. la menghalang pendokong dakwah unutk meneruskan dakwah dan jihad pada jalan Allah dan boleh jadi (semoga di jauhkan Allah dari perkara sedemikian) berhenti langsung dari dakwah dan jihad Islam. Benarlah Allah yang Maha Agung ketika ia berfirman: "Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya di antara isteri-isteri kamu dan anak-anak mu ada yang Sesudah kita menerangkan bagaimana jawatan bertukar menjadi penghalang yang mulanya menjadi wasilah, muncullah pula peranan perkahwinan dengan segala perkara yang berhubung dengannya. Muncullah pula pelbagai bebanan, sekatan-sekatan dan tarikan yang memperdayakan untuk condong kepada kehidupan duniawi dan ingin melekat kepadanya. Demikian juga anak-anak yang kita kasihi mengikat kita. Kita sibuk menguruskan urusan dan segala keperluan mereka membuat kita risau memikirkan berbagai-bagai masalah untuk kepentingan mereka. Semuanya itu mungkin mempengaruhi orang yang berjalan di atas jalan dakwah dan inilah yang selalu mengganggu dakwah. la menghalang pendokong dakwah unutk meneruskan dakwah dan jihad pada jalan Allah dan boleh jadi (semoga di jauhkan Allah dari perkara sedemikian) berhenti langsung dari dakwah dan jihad Islam. Benarlah Allah yang Maha Agung ketika ia berfirman: "Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya di antara isteri-isteri kamu dan anak-anak mu ada yang

Lantaran itu, dia bersama dengan isterinya dan anak-anaknya sentiasa berada di atas jalan dakwah ini.Dia bersama keluarganya dan jamaah Islam berjalan terus di atas jalan dakwah dan menjadi qudwah hasanah (contoh teladan yang baik) sebagai keluarga Islam mithali dan menjadi tiang seri yang teguh untuk membangunkan masyarakat Islam. Kita telah melihat di dalam sejarah dakwah Islam di zaman silam dan zaman moden ini berapa ramai isteri-isteri solehah yang menunjukkan jasa-jasa yang besar dan gemilang, menjadi pembantu, penyokong and pendorong kepada suami mereka. Contoh yang paling ideal dan paling istimewa daripada mereka ialah Saidatina Khadijah r.a., Ummul Mukminin yang utama dan pertama itu. Mata air umat Islam ini tidak pernah kering daripada kebaikan sepanjang masa. Kita juga dapat menyaksikan di zaman moden ini beberapa contoh dan model yang indah dan istemewa dari isteri-isteri muslimah yang solehah, sabar dan tabah menanggung penderitaan bertahun-tahun, bahkan berpuluh-puluh tahun terdedah kepada berbagai bentuk rupa gangguan, gugatan dan penyeksaan sama ada mereka dipaksa masuk penjara yang gelap gelita dan penuh penyeksaan yang kejam dan sengsara. Isteri- isteri yang solehah itu menerima segala-galanya dengan redha dan bergembira dengan mengharapkan keredhaan Allah. Malah mereka bangun melindungi, mendidik, mengurus anak- anak dan segala keperluan hidup tanpa henti dan jemu di samping sentiasa mendorong suami- suami mereka supaya tetap bertahan di atas kebenaran, berhadapan dengan kezaliman angkatan thagut. Mereka sentiasa menenangkan hati suami mereka. Ada pula sebahagian dari isteri yang solehah itu dimasukkan di dalam penjara yang gelap gelita dan di dalam tahanan penuh dengan berbagai-bagai gangguan dan penyiksaan. Mereka tetap bersabar dan redha menanggungnya tanpa berundur dari jalan dakwah dan tidak pernah berganjak dari jihad dan perjuangan Islam.