Keburukan Keadaan Orang Yang Kita Seru

20.3 Keburukan Keadaan Orang Yang Kita Seru

Seperkara yang memalingkan manusia dari seruan Islam, adalah keburukan keadaan dan suasana masyarakat, kerendahan taraf hidup serta asing dari Islam dan ajarannya. Itu adalah sebahagian dari perkara-perkara yang mendorong sebahagian manusia bersikap putus asa dari jalan kebaikan dan berpaling dari memikul tugas dakwah Islam, tugas menyeru manusia kepada Allah. Sebahagian dari mereka berfikir untuk mengasingkan diri dari manusia dan menjauhkan diri dari segala pergolakan hidup. Sebahagiannya pula bersikap berkecuali dan berdiri di atas pagar menonton pertarungan di antara Islam dan jahiliah kerana takut fitnah, bimbang diganggu-gugat oleh manusia serta takut menerima risiko. Sikap sedemikian adalah salah. Melaungkan seruan Islam kepada manusia yang sedang tenggelam dalam lautan jahiliah serupalah dengan mengejutkan orang-orang yang tidur nyenyak yang berhampiran dengan kebakaran, dan api semakin menghampiri mereka padahal mereka tidak sedar bahawa diri mereka di dalam bahaya besar. Tidaklah patut kita membiarkan mereka tanpa berusaha membangunkan mereka walau bagaimana Seperkara yang memalingkan manusia dari seruan Islam, adalah keburukan keadaan dan suasana masyarakat, kerendahan taraf hidup serta asing dari Islam dan ajarannya. Itu adalah sebahagian dari perkara-perkara yang mendorong sebahagian manusia bersikap putus asa dari jalan kebaikan dan berpaling dari memikul tugas dakwah Islam, tugas menyeru manusia kepada Allah. Sebahagian dari mereka berfikir untuk mengasingkan diri dari manusia dan menjauhkan diri dari segala pergolakan hidup. Sebahagiannya pula bersikap berkecuali dan berdiri di atas pagar menonton pertarungan di antara Islam dan jahiliah kerana takut fitnah, bimbang diganggu-gugat oleh manusia serta takut menerima risiko. Sikap sedemikian adalah salah. Melaungkan seruan Islam kepada manusia yang sedang tenggelam dalam lautan jahiliah serupalah dengan mengejutkan orang-orang yang tidur nyenyak yang berhampiran dengan kebakaran, dan api semakin menghampiri mereka padahal mereka tidak sedar bahawa diri mereka di dalam bahaya besar. Tidaklah patut kita membiarkan mereka tanpa berusaha membangunkan mereka walau bagaimana

Demikian juga halnya dengan seorang doktor yang sedang mengubat orang sakit. Dia bersabar dan meneruskan rawatannya tanpa putus asa bagaimana tenat sekalipun penyakit si pesakit itu. Dia yakin bahawa yang menyembuhkan orang sakit itu Allah Taala sahaja dan Dialah sahaja yang berkuasa menyembuhkan penyakit. Demikianlah juga sikap sahibud-dakwah yang menyeru manusia kepada Allah walaupun bagaimana buruk keadaan manusia yang diseru. Walaupun mereka menolak dan mengganggunya. Dia mesti terus menyeru mereka kepada ajaran Islam yang sejati tanpa merasa putus.asa. Dia yakin bahawa yang memberi hidayah hanyalah Allah. Kita hanyalah berusaha dan berikhtiar dan menunaikan kewajipan.

Adapun sikap berpaling atau tidak endah kepada usaha dakwah Islam atau berdiri di atas pagar membisu seribu bahasa kerana takut fitnah dan gangguan, maka itu adalah sikap negatif yang tidak sihat dan bertentangan dengan ajaran Islam yang hakiki. Adakah patut bagi seorang doktor tidak mahu mengubati orang sakit kerana takut dijangkiti? Sekiranya doktor itu bersikap demikian, nescaya penyakit itu melanda masyarakat dan memusnahkan masyarakat termasuk doktor itu sekali. Demikian juga kalau para duat yang menyeru manusia kepada Allah memberhentikan dakwah dan seruan mereka, akan tersebarlah fitnah dan pesona. Fitnah dan pesona itu kelak akan melanda rumah-rumah para pendokong dakwah sendiri, akan melanda segala yang hijau, yang basah dan kering," malah terus menular kepada fitnah yang lebih dahsyat lagi. Tidak ada jalan yang lebih selamat untuk kita kecuali berdakwah dan menyeru manusia kepada jalan Allah. Inilah satu- satunya jalan selamat untuk kita dan manusia.

Untuk itu, kita memohon perlindungan, pertolongan dan hidayah dari Allah dengan memperbaiki hubungan kita dengan Allah dan menggabungkan diri kita dengan sahibud-dakwah, dengan saudara kita yang mengingatkan apabila kita lupa, menolong kita apabila kita telah ingat. Kita hendaklah menggabungkan diri kita dan manusia di bawah naungan jamaah Islam dan bekerjasama dengan mereka di dalam urusan dakwah Islam. Hanya kambing yang terasing dari kumpulannya yang mudah diterkam oleh serigala yang buas. Setiap orang dari kita hendaklah yakin dan percaya bahawa kebenaran yang kita bela dan perjuangkan, pasti akan menghapuskan batil yang ada pada manusia walau bagaimana bongkak dan congkak pun ia.