Beberapa Perkara Yang Berhubungan Dengan Pendokong Dakwah

18.2 Beberapa Perkara Yang Berhubungan Dengan Pendokong Dakwah

Ad-da'i ilallah, pendokong dakwah mestilah tahu bahawa melaksanakan tugas dakwah kepada Allah adalah perkara yang wajib dan bukanlah perkara sukarela sahaja. Dia mesti berdakwah setiap masa, setiap tempat dan dalam apa jua suasana dan situasi walaupun di dalam penjara atau di bawah tekanan dan kesusahan. Sekalipun dia terdedah kepada gangguan dan ujian, lantaran berdakwah kepada Allah, janganlah perkara tersebut menghalangnya dari meneruskan dakwahnya demi membawa kebaikan kepada manusia dengan kesabaran dan hanya mengharap pertolongan dan ganjaran dari Allah kerana Allah berfirman:

"Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal soleh dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri?". Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang di antara kamu dan dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia. Sifat-sifat yang baik itu tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang mempunyai keberuntungan yang besar".

Fushilat: 33-35 Imam as-Syahid telah memberi wasiat dalam pengertian ini dengan berkata: "Jadilah kamu di kalangan manusia seperti pokok buah-buahan. Mereka melemparnya Fushilat: 33-35 Imam as-Syahid telah memberi wasiat dalam pengertian ini dengan berkata: "Jadilah kamu di kalangan manusia seperti pokok buah-buahan. Mereka melemparnya

Para pendokong dakwah yang menyeru manusia kepada Allah, mestilah menyeru manusia kepada Allah dari markas kekuatan dan kemuliaan, bukan dari markas kelemahan dan kehinaan. Dari kedudukan orang yang percaya, yakin dan puas hati, bukan dari kedudukan orang yang ragu dan bimbang dan bukan dari kedudukan orang yang mempertahankan dan membela musuh-musuh Islam, agama yang benar itu.

Para du'at kepada Allah mesti menjadi contoh teladan yang baik kepada apa yang diserukan dan benar-benar berjalan dengan apa yang diseru kepada manusia. Setiap yang diserukan itulah yang dibuatnya, apa yang dikata itulah yang dikota, supaya amalannya sesuai dengan kata-katanya. Supaya dia tidak terdedah kepada kemurkaan Allah.

"Hai orang-orang yang beriman, mengapakah kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat? Amat besar kebencian di sisi allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan". As-Saff:2-3 Pendokong dakwah yang menyeru manusia mestilah ikhlas kerana Allah di dalam dakwahnya. Tidak ada yang diharapkan daripadanya kecuali keredhaan Allah. Tidak mengharapkan pujian dan sanjungan dari manusia dan tidak harus menunggu untuk dikagumi ucapannya oleh manusia. Dia mesti berkata benar dan bersifat benar di dalam segala perkara supaya dia sentiasa dipercayai oleh manusia.

Ad-da'i kepada Allah mesti sabar, redha menanggung segala rintangan yang mengganggunya di tengah jalan, redha menanggung dan menerima segala penyiksaan, kritikan, persendaan dan berpalingnya manusia daripadanya. Dia mesti bersifat ramah pengasih, penyayang, lemah-lembut. Sebab yang demikian itu akan menyebabkan manusia sayang kepadanya dan menolongnya, tertarik hati kepadanya dan menggabungkan diri kepadanya dan benarlah Allah yang Maha" Agung:

"Maka disebabkan Rahmat dari Allahlah kamu berlaku lemah-lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu ". Alilmran: 159 Sahibud-dakwah mestilah bersifat Hilm tatkala mengendalikan dirinya di waktu marah. Jangan mudah marah dan melatah, mestilah berlapang dada dan berjiwa besar kepada setiap yang bertanya, yang mengkritik atau yang memberi nasihat sekalipun bagaimana cara nasihat yang paling baik dan sempuma dan mesti bersedia menerima nasihat dalam apa jua bentuk.

Sahibud-dakwah, pendokong dakwah kepada Allah, mestilh menghafaz al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w. selagi dia mampu berbuat demikian. Sebab yang demikian itu menolongnya mengambil dalil dari al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w. dalam setiap urusan dan pengertian yang datang kepadanya.

Dia mesti mengetahui sirah yang harum tinggalan Rasulullah s.a.w. untuk memperolehi pengajaran, tunjuk ajar, pendirian dan teladan daripadanya sebab ia dapat mempengaruhi dan memberi kesan di dalam jiwa. Dari sirah Rasulullah s.a.w. itu, sahibud dakwah yang menyeru manusia kepada Allah memperoleh uslub, cara dakwah dan cara harakah dalam berdakwah. Dia patut menyediakan satu buku catatan semasa membaca kitab dan rencana untuk mencatat isi-isi penting dan perkara menarik daripada pembacaannya sebagai bekalan kepadanya dari satu masa ke satu masa. Ini kerana, terlalu bergantung kepada daya ingatan selalunya mengkhianati tuannya. Jadi perlulah disediakan buku catatan atau buku peringatan.

Sahibud-dakwah perlu mengetahui berbagai-bagai urusan agamanya, kerana dia sentiasa terdedah kepada berbagai-bagai soalan dan tafsiran daripada para pendengarnya. Dia juga perlu mempunyai pemikiran Islam supaya dia memandang segala perkara dan peristiwa dengan pandangan Islam dan menghukum segala sesuatu menurut kaca mata Islam.

Sahibud-dakwah, mesti mengetahui bahawa di samping mempunyai kefahaman yang teliti dan halus terhadap Islam, dia juga perlu kepada keimanan yang mendalam serta hubungan dan kepercayaan terhadap Allah. Inilah dia sebaik-baik bekalan di atas jalan dakwah.