Merubah Realiti dan Manghapuskan Kemungkaran

6.5 Merubah Realiti dan Manghapuskan Kemungkaran

Sesungguhnya rasa tanggungjawab untuk merubah realiti masyarakat yang buruk dan hina serta berselaput dengan segala adat lapuk tidaklah bererti terpaksa dirubah serta merta dan memerangi secara langsung atau memasuki medan pertentangan. Ini akan melibatkan para pendukugnya jatuh ke dalam satu pertarungan juz'iah yang mungkin memburukkan bentuk usaha dan amal Islami dan menjauhkan manusia dari para da'i malah membangunkan tembok penghalang di antara manusia dengan mereka tanpa menemui jalan kebenaran.

Janganlah disangka dengan meruntuhkan tempat yang dianggap manusia sebagai tempat keramat dan sakti akan dapat menghalang orang awam membuat perkara yang bertentangan dengan syariat Islam di sekitar tempat yang dianggap keramat itu atau akan menghalang mereka daripada membangunkan semula bangunan keramat seperti itu pada masa akan datang. Janganlah kita menyangka bahawa dengan meruntuhkan kedai-kedai arak dan tempat-tempat hiburan akan menghapuskan mungkar dan maksiat dan akan membersihkan masyarakat daripadanya.

Di zaman mutakhir ini ada kejadian di mana ada segolongan manusia meruntuhkan bebetapa bangunan hiburan dan kedai arak. Apakah yang terjadi sesudah itu? Para pendokong maksiat dan mungkar segera membangunkan semula bangunan-bangunan yang lebih hebat daripada sebelumnya. Mereka berkata: "Mereka meruntuhkannya dan merobohkannya tetapi Allah memperkembangkannya dan memperbaikinya". Demikianlah pendokong maksiat dan mungkar dengan sombong dan berani mereka kepada Allah. Itulah yang dipropagandakan melalui suratkhabar.

Ini cuma satu contoh sahaja dan terdapat banyak lagi contoh-contoh yang lain dan lebih bahaya dari itu yang mesti kita berwaspada daripadanya. Kerana sesungguhnya merubah kemungkaran dengan cara seperti ini di dalam peringkat dakwah seperti sekarang ini bukanlah cara yang betul. Jangan pula disangka bahawa tanpa berbuat demikian kita redha menerima realiti yang buruk dan merosakkan itu ataupun disangka bahawa kita telah mengakui kemungkaran. Tiada faedahnya kalau berusaha memperbaiki cabang-cabang pada hal pokoknya telah rosak binasa.

Marilah layangkan pandangan kita kepada Rasulullah s.a.w. di dalam peringkat dakwah baginda di Mekah. Tidak mampukah baginda menyuruh sebahagian sahabatnya supaya meruntuhkan berhala-berhala yang berdiri di sekitar Ka'abah di Masjidil Haram itu dengan tujuan menghapuskan kemungkaran atau membunuh orang dari peminpin kufur untuk melemahkan kekuatan dan kekuasaan mereka. Rasulullah s.a.w. tidak pernah menyuruh berbuat demikian di dalam marhalah itu kerana tindakan juz'iah seperti itu akan menambahkan kemarahan para pendokong syurik dan penyembah berhala yang sememangnya telah marah kepada Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda. Sebagai tindakbalas mereka nanti bersungguh-sungguh mencari orang-orang mukmin di setiap tempat untuk bertindak lebih keras lagi ke atas mereka dan terus membunuh mereka seluruhnya. Sedangkan orang-orang mukmin pada waktu itu baru merupakan benih yang lemah dan lembut. Kemudian para pendokong syirik dan berhala itu akan membangunkan semula berhala mereka di situ dan boleh jadi lebih baik daripada yang telah diruntuhkan. Tetapi Rasulullah s.a.w. menunggu waktu dan hari yang sesuai, barulah setiap berhala itu diruntuhkan tanpa menerima tentangan dan akhirnya mereka tidak bangun lagi sesudah itu. Ini terjadi setelah tentera mujahidin dari Madinah datang menawan kota Mekah pusat kufur dan jahiliah di tanah Arab itu. Setahun sebelum peristiwa besar itu berlaku, Rasulullah dan muslimin bertawaf di Baitullah padahal berhala itu masih berada di sekitar Ka'aah dan orang-orang kafir Quraisy berada di luar Mekah. Namun demikian Rasulullah belum lagi menyuruh sahabat- sahabatnya meruntuhkan barhala-berhala itu. Mengapa? Kerana belum tiba masa yang sesuai, tetapi kemudiannya berhala-berhala itu telah dimusnahkan apabila waktu yang sesuai:

"Dan katakanlah: Yang benar telah datang dan yang bathil telah lenyap. Sesungguhnya yang bathil itu sesuatu yang pasti lenyap". (Al-Isra': 8)

Sepohon kayu yang besar dan keras batangnya, adalah bermula dari batangnya yang lembut dan beransur-ansur naik tinggi, kerana menurut hikmah yang dikehendaki Allah. Setiap kali ditiup angin kencang atau dipukul ribut taufan, dia melentok lembut dan condong bersama angin tetapi setelah ribut itu reda, dia akan tegak kembali. Waktu demi waktu dia beransur tumbuh dan membesar, akarnya terus menjalar di setiap penjuru, batangnya beransur besar dan keras sedikit demi sedikit dan condongnya pula berkurangan bersama tiupan angin sehingga tiba waktu sempurna kekuatan batangnya, kedalaman dan kejauhan jalaran akar umbinya dan mampu menghadapi angin dan ribut taufan. Di waktu itulah dia tidak akan patah dan tidak dapat dicabut oleh angin ribut. Cubalah kita fikirkan batang yang tinggi pada mulanya dan keras tentu mudah dipatahkan oleh angin ribut atau dicabut ribut. Demikianlah juga dakwah Islam di waktu tumbuh dan berkembangnya diperingkat lemah dan sedikit bilangannya, adalah tidak sesuai baginya menghadapi musuhnya dengan kekuatan dan kekerasan, tetapi mestilah dihadapi dengan kesabaran, ketabahan, ketahanan, redha menerima segala derita sehingga ia menjadi satu organisasi yang kuat.

Demikianlah pula sebaliknya, adalah tidak benar kalau kita paksa pokok yang telah keras batangnya untuk tunduk dan condong sebab yang demikian itu merbahaya kepadanya. Demikian juga halnya dengan harakah Islam, apabila dia telah kuat, tidaklah ia redha menerima taraf kedudukan yang lemah. Oleh kerana itu, di waktu itu telah turun firman Allah: "Telah diizinkan (berperang) bagi orang-orang yang diperangi kerana sesungguhnya mereka telah dianiayai. Dan sesungguhnya Allah benar-benarMaha Kuasa menolong mereka itu ". (Al-Hajj: 39)