Meragui Jalan dan Meragu-Ragukan Orang-orang Yang Berjalan Di Atas Jalan Dakwah

20.5 Meragui Jalan dan Meragu-Ragukan Orang-orang Yang Berjalan Di Atas Jalan Dakwah

Adanya puak-puak yan menaburkan benih-benih keraguan dan debu-debu syak wasangka di sekitar jalan dakwah Islam di sepanjang jalan dakwah untuk mengabui mata petunjuk-petunjuk dakwah Islam di sepanjang jalan dakwah bukanlah satu perkara asing. Tujuan mereka semata-mata hanya mahu memadamkan hidayah Islam dari manusia, supaya manusia yang berminat melalui jalan dakwah Islam berpaling daripadanya. Untuk itu, mereka melemparkan pelbagai tuduhan palsu dan jahat terhadap para pendokong dakwah Islam dan melemparkan tuduhan-tuduhan melulu. Ada yang sanggup berkata: "Para pendokong dakwah Islam itu mabuk kuasa, mabuk dunia, bertopengkan agama, memperalatkan agama dan berbagai-bagai lagi tuduhan busuk dan lidah yang tidak bertulang dari pemeluk jahiliah dari luar atau dari dalam. Di samping itu ada pula suara-suara sumbang yang mengatakan bahawa mereka, para pendokong dakwah Islam hanya bergiat di bidang pendidikan, dan memberi nasihat kepada manusia dan tidak pernah memikirkan pemerintahan. Oleh itu mereka tidak akan dapat melahirkan satu cita-cita dan mencapai satu tujuan. Lebih dari itu ada lagi pihak yang tergamak melemparkan tuduhan yang lebih jahat dan berkata: "Sesungguhnya mereka ini, para pendokong dakwah Islam, pengganggu keamanan, hendak menumpahkan darah". Di pihak lain pula ada yang menuduh lalu berkata: "para pendokong dakwah Islam telah penat, dan menjadi bacul, meninggalkan jihad, telah lesu dan mengampu pihak yang berkuasa". Tidak ketinggalan juga ada yang menuduh dan berkata: "para pendokong dakwah Islam telah menyeleweng dari jalan dakwah Islam. Mereka telah bertukar bulu, menukar pendirian mereka, mereka telah berubah". Ada lagi yang berkata: "Sahib-ud-dakwah Islam itu beku, mempunyai fahaman sempit dan tidak mampu menyesuaikan harakah mereka dengan zaman moden ini". Ada lagi yang berkata: "Para duat Islam itu menutup pintu di hadapannya dan membantah kerja-kerja Islam". Ada pula yang berkata: "Mereka tidak mementingkan urusan akidah Islam. Mereka hanya sibuk dengan urusan fikrah dan harakah sahaja". Ada juga yang menuduh bahawa sahib-ud-dakwah itu tidak beriltizam dengan manhaj ahli sunnah dan salafussoleh dan condong kepada fahaman khilafiah orang muta'akhirin di zaman muta'akhirin, dan pelbagai lagi uslub dan cara yang meragukan manusia. Ini sengaja ditaburkan oleh pihak-pihak yang tertentu dengan tujuan yang Adanya puak-puak yan menaburkan benih-benih keraguan dan debu-debu syak wasangka di sekitar jalan dakwah Islam di sepanjang jalan dakwah untuk mengabui mata petunjuk-petunjuk dakwah Islam di sepanjang jalan dakwah bukanlah satu perkara asing. Tujuan mereka semata-mata hanya mahu memadamkan hidayah Islam dari manusia, supaya manusia yang berminat melalui jalan dakwah Islam berpaling daripadanya. Untuk itu, mereka melemparkan pelbagai tuduhan palsu dan jahat terhadap para pendokong dakwah Islam dan melemparkan tuduhan-tuduhan melulu. Ada yang sanggup berkata: "Para pendokong dakwah Islam itu mabuk kuasa, mabuk dunia, bertopengkan agama, memperalatkan agama dan berbagai-bagai lagi tuduhan busuk dan lidah yang tidak bertulang dari pemeluk jahiliah dari luar atau dari dalam. Di samping itu ada pula suara-suara sumbang yang mengatakan bahawa mereka, para pendokong dakwah Islam hanya bergiat di bidang pendidikan, dan memberi nasihat kepada manusia dan tidak pernah memikirkan pemerintahan. Oleh itu mereka tidak akan dapat melahirkan satu cita-cita dan mencapai satu tujuan. Lebih dari itu ada lagi pihak yang tergamak melemparkan tuduhan yang lebih jahat dan berkata: "Sesungguhnya mereka ini, para pendokong dakwah Islam, pengganggu keamanan, hendak menumpahkan darah". Di pihak lain pula ada yang menuduh lalu berkata: "para pendokong dakwah Islam telah penat, dan menjadi bacul, meninggalkan jihad, telah lesu dan mengampu pihak yang berkuasa". Tidak ketinggalan juga ada yang menuduh dan berkata: "para pendokong dakwah Islam telah menyeleweng dari jalan dakwah Islam. Mereka telah bertukar bulu, menukar pendirian mereka, mereka telah berubah". Ada lagi yang berkata: "Sahib-ud-dakwah Islam itu beku, mempunyai fahaman sempit dan tidak mampu menyesuaikan harakah mereka dengan zaman moden ini". Ada lagi yang berkata: "Para duat Islam itu menutup pintu di hadapannya dan membantah kerja-kerja Islam". Ada pula yang berkata: "Mereka tidak mementingkan urusan akidah Islam. Mereka hanya sibuk dengan urusan fikrah dan harakah sahaja". Ada juga yang menuduh bahawa sahib-ud-dakwah itu tidak beriltizam dengan manhaj ahli sunnah dan salafussoleh dan condong kepada fahaman khilafiah orang muta'akhirin di zaman muta'akhirin, dan pelbagai lagi uslub dan cara yang meragukan manusia. Ini sengaja ditaburkan oleh pihak-pihak yang tertentu dengan tujuan yang

Islam menuntut dari para pemeluknya supaya mereka meneliti, mengkaji, menyelidik dan meneropong segala perkara supaya mereka tidak mudah tertipu, tidak mudah hanyut dan tidak mudah menjatuhkan hukuman. Muslim yang sejati, yang dedikasi, yang telah memasang niat dan berazam benar untuk bekerja dan berusaha untuk Islam, tidak akan terpengaruh oleh mana-mana puak pemesong, penyelewengan yang hendak memalingkannya dari jalan yang benar. Tidak akan dapat dikaburi mata mereka oleh berbagai-bagai tuduhan, perangkap pujuk rayu. Dia mestilah sentiasa berwaspada, dan sentiasa meneropong segala perkara untuk mengenali segala perkara, untuk mengenali hakikat yang tersembunyi di sebalik mazhar yang lahir:

"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa satu berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada satu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu". Al-Hujurat: 6

Setiap orang yang mencari penjelasan, yang meneropong dan memeriksa, lambat laun akan mengetahui dengan limpah kurnia Allah tentang kepalsuan segala tuduhan jahat yang batil itu. Mereka akan mengetahui tentang keaslian jalan kita yang benar itu tanpa penukaran dan tanpa penyelewengan. Malah mereka akan mendapat kekuatan, kemantapan, ketahanan, kesungguhan dan keteguhan serta jauh dari kelemahan, kebaculan dan kelesuan. Dia akan mendapat hikmah, tidak hentam keromo dan tidak mudah melatah. Dia akan mendapat perencanaan yang selamat, bukan beku dan lapuk.

Muslim sejati yang menggabungkan dirinya dengan jamaah Islam tidak akan mendapati pintu yang terus tertutup atau terus terbuka. Sebaliknya dia akan mendapati akidah yang sejati, manhaj salafussoleh, ahli sunnah wal jamaah, berpegang dengan kitab Allah dan sunnah Rasulullah s.a.w. Tidak mudah merasa taksub dan degil di atas satu-satu kesalahan, tidak menoIak nasihat dari penasihat yang jujur dan amanah atau kritikan yang membina. Tidak pula menonjol-nonjolkan dirinya dalam lapangan dakwah kita dan tidak mendewa-dewakan (hero worship) sesiapapun. Dia akan mendapati syura dan tolong menolong dan persaudaraan kerana Allah. Dia akan mendapati hati yang pengasih dan tangan yang penyayang, akal yang terbuka dan minat yang benar di dalam tolong menolong ke arah kebaikan dan takwa. Ini adalah untuk menyatukan segala usaha dan kemudiannya kita bersatu menjadi padu di atas jalan dakwah. Barangsiapa merasai di dalam dirinya satu keraguan, syak wasangka, tekanan atau kebimbangan, hendaklah berhubung dengan kita dari dekat supaya mengenali kita dan harakah Islam kita. Ini perlu supaya dia tidak mensia-siakan dirinya di dalam daerah prasangka, supaya dia tidak terjerumus di dalam lumpur dosa dan longkang noda dan menghampakan dirinya dari kebaikan yang banyak. Wahai para kekasih, hai muslimin yang tercinta! Sebenarnya ini bukanlah dakwah individu atau jamaah orang-orang yang tertentu, tetapi sebenarnya inilah dakwah tiap-tiap muslim, inilah Islam dan dakwah Islam di abad keempat belas dan kelima belas hijrah zaman ini sebagaimana yang dikatakan oleh Iman as-Syahid Hassan al-Banna. Barangsiapa yang bersegera dan bekerjasama dengan kita di dalam dakwah Islam, dia mendapat kebaikan dan itulah yang lebih baik. Siapa yang bimbang dan ragu, kita mohon kepada Allah supaya Dia menghapuskan keraguan dan kebimbangannya. Barangsiapa bermalas-malas dan suka duduk berpeluk tubuh menjadi penonton maka dia telah berbuat salah dan menganiaya dirinya dan benarlah Allah di dalam firmanNya:

"Dan barangsiapa yang berjihad, maka sesungguhnya jihadnya itu adalah untuk dirinya sendiri. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam". Al-Ankabut:6 "Dan jika kamu berpaling nescaya Dia akana mengganti kamu dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan seperti kamu". Muhammad: 38

Lantaran itu, hai semua muslimin, gabungkanlah dirimu dengan angkatan dakwah Islam dan janganlah membuang waktu dengan sia-sia kerana masa itu adalah kehidupan, kewajiban lebih banyak dari masa.

BAB 21